Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mac 13, 2008

Mencari asal-usul Beruas Gangganegara yang sebenar...

Assalamualaikum semua... Beberapa hari ini kita telah berlegar-legar dengan cerita perjalanan Perak yang dibuat dengan Sungai Siput menjadi pusatnya... Cerita Perjalanan pusing Perak daripada Sungai Siput... Penat-lelah menyajikan satu perjuangan untuk semua. di blogspot ini dan Sungai Siput as base camp... Where a giant face looks out from on top a hill... serta The ancient kingdom of Beruas and its ties with the more ancient kingdom of Gangganegara! di blogspot BERPETUALANG KE ACEH menyatakan tempoh perjalanan sekitar menginap di rumah saudara Syahir di bandar itu. Cerita Di Lenggong menjejaki warisan anak cucu Tun Saban... di sini berserta A quaint look at Sungai Siput... dan My own take on Perak man and what's available at the Lenggong archeological museum... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH pula menyatakan perjalanan bersama seorang lagi warga Sungai Siput iaitu saudara Asri.

Kini, sampailah masa untuk meninggalkan Sungai Siput terus... Walaupun dalam beberapa hari itu, saya telah pergi ke Kampung Kota, Beruas untuk menjejaki sejarah lama kerajaan Beruas yang berkaitan kerajaan purba Gangganegara malah Sungai Siput sendiri dikatakan ada kaitan dengan Gangganegara, berdasarkan catatan dalam kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang, saya percaya pusat asal Gangganegara juga Beruas terletak lebih dekat ke laut. Maka biar kita cari asal-usul Beruas Gangganegara yang sebenar... Biar kita tinggalkan Sungai Siput untuk ke pantai barat Perak... Mari!


Cerita ini bersambung daripada kisah yang dinukilkan dalam Di Lenggong menjejaki warisan anak cucu Tun Saban... Ahad malam Isnin itu, saya dan Asri serta anak isterinya kembali ke Sungai Siput. Keesokannya baru saya menumpang Asri yang ada urusan di Ipoh... Tergerak pula untuk mengambil gambar bukit-bukit batu kapur yang banyak terdapat di sekitar bandaraya itu... Yang nyata, banyak daripada bukit-bukit ini telah diambil kaum Cina untuk dijadikan kuil-kuil mereka...


Kami melalui pusat bandaraya untuk ke stesyen bas lama...


Tidak lama kemudian dapatlah saya menaiki bas ke hala yang dituju... Kalau tak salah ingatan gambar ini diambil di kawasan Bukit Keledang... Keledang ke Kelebang? Lebih kurang begitulah bunyinya...


Inilah rupa bas buruk yang diambil... Kalau tak biasa boleh sakit-sakit belakang disebabkan kadangkala ia tersenggut-senggut sehingga para penumpang boleh terhentak-hentak terutama apabila jalan berbalam-balam...

Teringat pula perjalanan daripada Mersing ke Kluang, Johor yang dibuat sebulan sebelum itu... Teringat bagaimana beg haversack saya sering terjatuh apabila bas buruk yang serupa mengambil selekoh atau turun-naik bukit... Hasilnya, apabila sampai di Kluang ternyata komputer laptop saya menghadapi masalah tidak mahu hidup... Katanya masalah motherboard atau integrated circuit tercabut atau longgar akibat hentakan bercampur goncangan... Maklumlah dah lebih 2 tahun saya bawak ke hulu ke hilir mengembara secara lasak... Sekali tu pernah pecah skrin komputer kerana saya terduduk kasar di atas beg... La ni ada pulak barang dalam yang tercabut. Ish! Sampai la ni masih kat Imbi Plaza belum siap lagi repair... Alahai!


Bas ini singgah sebentar di pekan Parit sebuah pekan yang comel. Di sini berdekatan kawasan pekan malah sekitar 300 meter sahaja daripada stesyen ini terdapat sebuah masjid yang agak menarik... Selalunya saya akan ke sana berehat sebentar. Tetapi kali ini malas hendak turun kemudian harus menunggu bas lain. Cukuplah setakat melihat pekan daripada dalam bas...


Kalau tidak, suka juga saya berjalan-jalan di sekitar kawasan ini, makan di kedai-kedai di belakang, sebelah kiri gambar ini sambil menghadap aliran Sungai Perak...

Cuma saya terasa tidak cukup masa ketika itu... Badan saya amat penat setelah pengembaraan 3 hari di Kedah disambung dengan siri perjalanan di Perak... Penat yang amat sangat sehingga ada juga terasa, ada baiknya jika daripada Ipoh tadi saya terus ke Teluk Intan, kampung ayah saya sebelum kembali ke Kuala Lumpur...

Tetapi ada lagi tempat yang saya perlu pergi. Kalau tidak, terasa perjalanan di Perak ini tidak akan lengkap... Maka pengembaraan lasak pun diteruskan walaupun ketika itu saya sebenarnya sedang demam-demam selain sakit-sakit badan...


Pemandangan ketika menyeberangi Sungai Perak, sekitar 5 km di utara pekan Parit...

 

Lagi 15 km kemudian sampailah ke pekan Beruas... Aiittt??? Bukankah hari itu sudah pergi ke Beruas? Bukankah ini sudah diceritakan dalam Perjalanan pusing Perak daripada Sungai Siput... Penat-lelah menyajikan satu perjuangan untuk semua. dan The ancient kingdom of Beruas and its ties with the more ancient kingdom of Gangganegara! ? Bukankah sudah saya sebut bahawa asal-usul sebenar kerajaan Beruas dan Gangganegara yang ingin dicari terletak lebih dekat ke laut? Sedangkan pekan Beruas ini terletak agak jauh ke darat...

Sebenarnya saya perlu ke tempat lain tetapi perlu menaiki bas daripada Ipoh ke Beruas terlebih dahulu. Tempat yang sebenarnya ingin dituju ialah Pantai Remis di mana terdapatnya Kuala Sungai Beruas... Mungkin di situ bermulanya Beruas... Mungkin di situ juga bermulanya Gangganegara kerana di situ kelihatan terang bukit-bukit Segari yang entah kenapa, setiap kali melihatnya, saya mesti teringat nama Gangganegara...

Di kawasan laut sekitar bukit-bukit itu juga terdapat sebuah kawasan yang agak misteri... Menurut beberapa orang rakan yang katanya pandai melihat secara batin, di kawasan laut itu wujud sebuah kerajaan dengan ciri-ciri bangunan dan rakyat yang saling tak ubah seperti yang diceritakan mengenai kerajaan lagenda Atlantis oleh orang-orang Barat! Malah menurut mereka, di situlah letaknya Atlantis. Menurut mereka lagi, di kawasan bukit-bukit itu terdapat sebuah lubang (mungkin tak kelihatan langsung dengan mata zahir) di mana kapal-kapal kencang milik kerajaan lama Gangganegara boleh keluar masuk... Lalu kerajaan ini dikatakan bersambung dengan kerajaan bawah bumi yang dikenali sebagai Bumi Dhika juga dengan kerajaan Kota Gelanggi yang dikatakan terletak selatan di Johor!

Adapun satu lagi teori tentang pusat asal kerajaan Gangganegara yang menurut kitab Sulalatus Salatin terletak di atas sebuah bukit yang kelihatan tinggi daripada hadapan tetapi rendah daripda belakang adalah di lereng Gunung Bubu. Kalau begitu, maka ia lebih dekat pada pekan Beruas sekarang...

Tadi, saya telah membuat sebuah cerita bertajuk A short stop in Beruas. And a talk on Beruas' very own mysterious "Batu bersurat" or inscribed stone... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Asalnya, saya setakat mahu meletakkan beberapa buah gambar di sekitar pekan Beruas tetapi ketika sedang bercerita, tiba-tiba muncul satu gerak untuk mengupas sedikit tentang Batu Bersurat Beruas!

Ya! Mungkin anda tidak pernah mendengar ini... Yang biasa kita dengar adalah Batu Bersurat Terengganu yang membuktikan Islam telah bertapak di sana sejak awal tahun 1300an Masihi lagi... Sekarang, biar anda tahu pula tentang Batu Bersurat Beruas yang ceritanya seolah-olah ingin disembunyikan pihak berwajib atas sebab-sebab tertentu, mungkin kerana ia mengandungi rahsia penting akhir zaman... Menurut satu kisah, ia adalah batu yang ditinggalkan oleh Raja Suran selepas menawan kerajaan Gangganegara sekurang-kurangnya 1,000 tahun lalu, batu yang menandakan tempat tersimpannya banyak harta baginda untuk kegunaan seorang anak-cucunya akhir zaman! Sila baca A short stop in Beruas. And a talk on Beruas' very own mysterious "Batu bersurat" or inscribed stone...


Daripada Beruas, saya ingatkan ada bas terus ke Pantai Remis... Rupanya tidak. Yang wujud adalah bas ke Taiping melalui Batu Hampar. Di Batu Hampar, baru boleh menaiki bas Taiping ke Pantai Remis.

Cuma semasa saya sampai ke Beruas itu, ternyata bas seterusnya ke Taiping cuma akan tiba lebih 1 jam lagi. Lalu saya membuat keputusan untuk hitchike kenderaan orang, dapatlah naik sebuah lori terus daripada pekan Beruas... Menurutnya dia mahu ke Lumut melalui Pantai Remis... Alhamdulillah, hati saya berbisik, dapat juga lori terus ke sana...

Rupa-rupanya saya perlu berhempas-pulas sedikit... Baru 2-3 km meninggalkan Beruas, lori ini mendapat isyarat daripada para pemandu dari arah berlawanan bahawa terdapat sekatan jalan JPJ di hadapan sana... Saya tidak tahu apa yang pemandu lori takutkan.... Rupa yang bermisai berjanggut tebal serta pakaian jubah dan kopiah kelihatan seperti orang Tabligh.

Apapun dia membuat keputusan untuk berpatah balik ke Beruas kemudian ambil jalan ke Sitiawan. Saya boleh ikut jika mahu tetapi saya tetap mahu ke Pantai Remis. Lalu saya pun turun dengan harapan dapat menumpang kenderaan lain nanti...


Ternyata kali ini sangat susah untuk mendapatkan kenderaan tumpangan... Terpaksalah saya berjalan kaki seorang diri dalam panas terik itu... Kelihatan pula batu tanda menunjukkan Taiping 49 km lagi... Larat ke kalau nak berjalan sampai ke sana?

 

Nasib baik sekitar 3-4 km kemudian saya dapat menumpang kenderaan lain (lupa pula apa, kalau tak salah sebuah lori kecil) sehingga ke Batu Hampar...

Saya pun menyambung jalan kaki menghala ke Pantai Remis. Tidak lama kemudian berhenti pula sebuah kereta...


Kebetulan pemandu kereta mahu pergi ke Pengkalan Baru, 2-3 km sahaja daripada Pantai Remis. Dan saya pun sebenarnya memang ingin ke sana terlebih dahulu... Alhamdulillah, akhirnya sampai juga!


Satu ciri-ciri di sekitar kawasan ini juga beberapa kawasan lain sekitar Perak malah Kedah dan Pulau Pinang adalah senibina Melayu lama menggunakan ukiran seperti lidah tergantung di sudut bumbung rumah... Di sesetengah kawasan, senibina ini turut dipakai pada hentian bas moden seperti yang terdapat dalam gambar ini...


Masjid Pengkalan Baru, salah satu tempat saya suka berehat apabila sampai di sekitar kawasan ini... Seingat saya, saya pernah tidur sekurang-kurangnya 2 kali di masjid ini... Menurut cerita sesetengah orang pula, di sekitar kawasan ini ada buaya putih sakti... Katanya, buaya putih Sungai Perak juga, buaya yang sama! Wallahualam...

 
Apapun, saya singgah sebentar di kedai makan sebelah masjid... Kemudian baru menunaikan hajat di tandas masjid, seterusnya mandi, bersolat dan rehat sebentar. Sedikit cerita tentang masjid ini telah diletakkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Masjid (mosque of) Pengkalan Baru... tadi. Turut dikaitkan adalah cerita Kota Kulit Kerang, sebuah kota purba yang diperbuat daripada kulit kerang dan terletak di sekitar kawasan ini... Sedikit kesannya masih ada dan saya pernah melihatnya sendiri...

Sungai Beruas terletak bersebelahan masjid tadi. Sungai ini panjangnya sampai ke Kampung Kota, Beruas lebih 30 km daripada sini, kampung yang diketengahkan dalam cerita The ancient kingdom of Beruas and its ties with the more ancient kingdom of Gangganegara!


Menurut ceritanya, Sungai Beruas dahulukala jauh lebih besar malah boleh dimasuki kapal-kapal laut sehingga ke Kampung Kota! Dalam lawatan kali pertama saya di sekitar kawasan ini lebih 2 tahun lalu, saya telah dibawa ke kawasan belakang sekitar latarbelakang gambar ini... Lalu ditunjukkan akan lembah-lembah berumput yang menurut orang tempatan adalah aliran Sungai Beruas lama...

Di belakang sana juga saya ditunjukkan sebuah kawasan agak luas yang dipenuhi pokok-pokok renek yang rendah. Kata mereka, di situlah terletak Padang Antah Berantah, padang legenda yang selalu disebut dalam cerita-cerita dongeng Melayu lama yang selalunya melibatkan kisah-kisah pergaulan antara manusia biasa dengan penduduk kayangan!

Daun pokok-pokok ini kelihatan sedikit kemerahan... Lalu menurut mereka lagi, ini adalah akibat darah beribu, mungkin berjuta orang yang mengalir dalam peperangan demi peperangan dahulukala... Salah satunya peperangan angkatan Raja Suran daripada benua Hindi melawan angkatan Raja Gangga Shah Johan yang pernah memerintah kerajaan Gangganegara, satu peperangan besar yang turut membuat kerajaan itu hancur menjadi padang jarak padang tekukur.


Daripada Pengkalan Kota, saya memilih untuk berjalan kaki ke Pantai Remis. Lagipun sudah tidak berapa jauh dan saya sebenarnya ingin mencari sebuah warung di tepi jalan di mana saya pernah menikmati sepinggan mee kari yang agak lazat...


  Dalam perjalanan itu, tiba-tiba muncul seorang dewasa menaiki motosikal lalu berhenti dan menegur saya... "Kenal lagi tak?", dia bertanya... Saya melihat mukanya betul-betul... Siapa dia ini? Di manakah kami pernah berjumpa... "Sayalah tokeh kedai mee kari yang awak pernah singgah dahulu!"...

Ya Allah! Sekarang baru saya ingat... Abang ini pula masih ingat muka saya kerana dia tahu saya adalah penulis siri buku "Berpetualang ke Aceh"... Semasa saya berjumpa dengannya dahulu awal tahun 2007, dia sempat membaca buku pertama dengan sub-title "Mencari Diri dan Erti" atau BKA II yang saya hadiahkan kepada seorang penduduk Pengkalan Baru.

Nasib baik abang ini menegur, kalau tidak, mungkin saya tidak akan berjumpa warung yang ingin dicari itu. Ini kerana warung yang lama sudah diruntuhkan, dibina warung baru di tempat lain... Lalu dia pun membawa saya menaiki motosikal ke warung itu...


Lihat betul-betul menu yang kelihatan ini... Mungkin gambar ini sedikit kabur tetapi cubalah melihatnya... Saya rasa tertarik dan kelakar sekali gus melihatkan betapa hampir semua makanan di sini melibatkan udang...

Ya... Itulah yang membuat saya ingin makan lagi di sini dan Allah pula telah menyampaikan hajat saya. Yang special di sini adalah masakan udang lipan... Jenis udang yang menurut kata orang tidak digemari ramai kerana satu, rupanya yang seakan-akan rupa lipan menyebabkan orang akan serta-merta geli lalu membuangnya ke laut... Dua, kerana kandungan kolesterolnya amat tinggi, kata orang le... Dan ketiga, udang jenis ini tidak terdapat di semua tempat...

Tetapi apabila sudah dipotong elok dan disajikan, ternyata (pada saya le) ia adalah suatu hidangan yang istimewa... Isinya manis melebihi udang biasa. Dan saya rasa ia agak kena dengan hidangan mee kari yang merupakan salah satu makanan kegemaran saya...


Selesai makan, perjalanan diteruskan ke Pantai Remis...


Singgah sebentar di masjid lama bandar... Kelihatan di dalam gambar adalah bukit-bukit Segari yang mana setiap kali melihatnya, mesti saya teringat nama Gangganegara...

Sedikit cerita bergambar tentang masjid lama ini telah dibuat tadi dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Nama artikelnya ialah Masjid lama (The old mosque of) Pantai Remis... . Silalah jengok...


Oh... Saya sampai di Pantai Remis selepas jam 6 petang... Oleh kerana ada kawasan-kawasan tertentu yang ingin saya lihat nanti sekitar sini, saya perlu bermalam sekurang-kurangnya sehari.

Kalau diikutkan, saya boleh sahaja bermalam di masjid tadi. Kalau malas tidur masjid kerana tidak mahu diganggu, saya juga boleh tidur di sebuah hotel di hadapan masjid. Tetapi saya terasa mahu dekat dengan kawasan bukit-bukit ini sedekat boleh. Lalu saya terus berjalan merentasi sepanjang kawasan bandar Pantai Remis dengan harapan akan tidur di mana-mana hotel yang paling dekat dengan kawasan bukit...


Rupa-rupanya tidak ada lagi hotel di Pantai Remis selain daripada di hadapan masjid lama tadi... Saya ada terlihat sekurang-kurangnya 2 buah tempat dengan papan-tanda hotel di penghujung selatan Pantai Remis menghala ke bukit-bukit tetapi ternyata hotel-hotel ini tidak beroperasi lagi... Ada yang sudah dijadikan "rumah penginapan" burung layang-layang...

Saya pun membuat keputusan untuk terus berjalan dan berjalan menghampiri bukit. Akhirnya saya terus berjalan sampai gelap, sampai Maghrib tamat menyusuri jalan di hadapan darat bukit seterusnya melepasi Isyak...

Hmm... Nantilah kita sambung cerita ini ya, bila-bila masa esok lusa... Lama dah saya menulis ni, dah masuk waktu Subuh... Selamat! :] Allah... Kena tambah lagi sikit...

Tadi saya telah membuat satu google search untuk mencari jumlah angkatan perang yang mengikuti Raja Suran menyerang kerajaan Gangga Negara. Ini kerana kalau tak salah ingatan, kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu menyebut angkatan itu terdiri daripada 1,200 laksa orang iaitu 1,200 x 10,000 bersamaan 12 juta orang!

Bayangkan betapa ramai agaknya orang yang berperang ketika itu jika dicampur angkatan Gangga Negara sekali. Mana tak tempat itu boleh jadi padang tekukur? Tetapi saya sendiri tidak pasti akan angka yang kelihatan begitu banyak dan mustahil ini sedangkan saya kini tidak memiliki apa-apa naskah Sulalatus Salatin untuk dibuat rujukan.

Dalam membuat google search itu, boleh pula terjumpa sebahagian daripada cerita Bercakap dengan Jin karangan Tamar Jalis yang pernah menggemparkan para pembaca seluruh Malaysia lebih 25 tahun lalu. Kalau tak salah ingatan, saya pertama kali membaca buku ini ketika Darjah Enam... Dan itulah kali pertama saya mendengar nama Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani disebut sehingga meremang bulu roma saya...

Apapun rasanya elok diletak sekali peta daerah Manjung ini supaya nampak kedudukan Beruas, Pantai, Remis dan tempat-tempat yang terlibat. Kemudian baru saya copy and paste sedutan cerita Bercakap dengan Jin itu ya (perlu di edit sedikit kerana ada kesilapan ejaan dan kata-kata)... Ini dia. Sekian!


----------------------------------------------------


Mahu atau tidak mahu. Saya mesti patuh pada perintahnya. Saya pun memilih beberapa pasang pakaian yang saya fikirkan sesuai untuk dipakai waktu malam. "Berapa lama kita di sana tok," tanya saya sambil memasukkan pakaian ke dalam beg. Datuk yang sedang menghisap rokok daun berhenti dari menulis rajah di atas kertas putih. Memang itu perangai datuk. Kalau mahu berjalan ke mana-mana. Dia buat rajah dahulu. Dia mahu memastikan, apakah perjalanannya itu membawa tuah atau sebaliknya. "Boleh jadi sehari dua, boleh jadi seminggu dua, bergantung pada keadaan." "Keadaan mana tok ?" "Kalau banyak burung yang kita dapat lamalah kita di sana." "Bila kita nak bertolak." "Aku fikir pagi esok sahaja." 

Datuk bangun. Dia turun ke tanah. Saya kira datuk bersiap-siap untuk pergi ke kampung bunian menemui isteri mudanya. Dugaan saya tidak tepat. Datuk cuma pergi ke belakang rumah melihat ayam dalam kandang. Barang yang mahu dibawa sudah saya kemaskan. Saya melangkah ke anjung rumah. Sebuah kereta tua masuk ke dalam kawasan rumah datuk. Bila pintu kereta dibuka, keluarlah seorang lelaki Inggeris. Kepalanya separuh botak. 

Saya kenal orang Inggeris itu. Namanya Mr. Brown pengurus ladang getah, Sungai Bruas. Mr. Brown terus mendapatkan datuk di belakang rumah. Pengurus ladang getah itu, memang selalu menemui datuk, kalau dia mengalami silap urat. Kalau dia diserang penyakit dia lebih dulu meminta ubat cara kampung dari datuk. Kalau tidak baik baru dia menemui doktor. Pernah dia menawarkan kerja di ladang getah pada saya. Dia suruh saya jadi kerani. Permintaan itu saya tolak. Kedatangannya pada hari itu, tidak saya perhiraukan. Saya agak tentu dia silap urat dan minta datuk mengurutnya. Kalau tidak masakan dia datang, fikir saya. 

Lama juga Mr.Brown bercakap dengan datuk di belakang rumah. Mr. Brown cukup fasih bercakap Melayu. Dia boleh membaca dan menulis jawi. Pernah dia bercerita pada saya yang dia lama duduk di Palastine dan Iraq masa perang dunia yang pertama dulu. Saya terus baring di anjung rumah. Mr.Brown naik ke atas anjung bersama datuk. Saya bangun dan duduk bersila macam mereka. Mr.Brown membuka peta. "Di sini, harta itu ada di sini,' ujarnya dengan tenang sambil menandakan kawasan dalam peta dengan pensil merah. Datuk termenung panjang. "Kawasan itu jauh, kalau silap masuk kita sesat dalam hutan," tingkah datuk sambil memeluk lutut. Mr.Brown tersenyum. Dia melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya beberapa kali. "Minggu dulu mandor saya pergi menembak ayam hutan, mereka jumpa kubur besar dalam hutan, macam kubur raja. Ada emas atas kubur, tapi mandor saya tidak berani ambil," jelas Mr.Brown lagi, "Saya dah minta kebenaran dari tuan OCPD untuk masuk kawasan itu dan membawa barang untuk meletupkan gua." 

Datuk terdiam. Saya mula resah. Saya tahu kawasan yang disebutkan oleh Mr.Brown itu, ialah kawasan kerajaan Melayu Bruas lama yang sekarang menjadi hutan belukar. Satu ketika dalu, pernah orang-orang kampung yang sesat dalam hutan kerana mencari rotan terjumpa kawasan istana lama, lengkap dengan taman bunga, rumah batu dan kawasan permakamam di raja. Bila orang itu pergi untuk kedua kalinya mencari kawasan tersebut, kawasan itu tidak dijumpai lagi. Malah orang pergi itu diserang demam panas berbulan-bulan lamanya. Menurut cerita arwah Haji Hamid, kawasan itu cukup keras, Mahkota, emas berlian dan pedang kebesaran raja-raja dahulu tertanam di situ. Orang-orang yang jujur dan ikhlas saja yang selalu terjumpa kawasan tersebut. Arwah Haji Hamid dua kali terjumpa kawasan tersebut. Anehnya, kalau sesiapa yang berniat mahu mencarinya, sampai kiamat tidak akan terjumpa. "Saya sudah lama menyiasatnya, sejak saya datang." Mr.Brown bersuara sambil melihat peta. 

Datuk terus tersenyum. "Di kawasan ini, dulu ada kota kerajaan Gangga Negara," Mr.Brown tanda peta dengan pensil merah. "Dari sini, kita boleh pergi ke Padang Serai, dari situ kita pergi ke Segari. Tidak jauh dari situ ada kawasan kerajaan Manjong," Mr.Brown berhenti menandakan peta dengan pensil merah. Saya gigit bibir. Datuk kelihatan tenang. Wajah Mr.Brown nampak cemas. Mata merenung ke peta kembali. Kemudian Mr.Brown bercerita tentang kerajaan Ganga Negara. Dia tahu semua kawasan dan wilayah kekuasaan kerajaan Gangga Negara. "Dari mana awak tahu ?" Soal datuk. "Di London, di sana semua fasal sejarah Malaya ada di muzium, saya datang ni bukan mahu jadi manager, tapi saya mahu siasat negeri awak." "Kalau dapat awak mahu buat apa ?" "Barang-barangnya saya bawa ke London, kemudian saya tulis buku sejarah negeri awak," ujar Mr.Brown dengan bangga. 

Kerana terlalu pandai Mr.Brown memujuk, datuk mahu membantunya mencari kesan sejarah lama itu. Mr.Brown berjanji dengan datuk kalau mereka berjumpa dengan barang-barang purba dia tidak akan mengambilnya. Dia sekadar mahu melihat dan menyiasat serta mengambil gambar. Mr.Brown juga akan membawa barang makanan yang secukupnya selama penyiasatan itu diadakan. Selain daripada itu Mr.Brown akan membawa tiga orang pekerjanya untuk turut sama dalam rombongan itu. Dalam tilikan datuk, rombongannya akan bertemu dengan kawasan yang dihajati oleh Mr.Brown itu. Akhirnya, rombongan itu berangkat ke tempat yang dituju. 

Saya cukup gembira, kerana saya tidak dikecualikan dari rombongan tersebut. Rombongan kami bertolak dari kawasan rumah datuk, kira-kira pukul enam pagi dengan sebuah jeep menuju ke kawasan pecah batu di Seputih. Dari situ berjalan kaki menuju ke tepi Sungai Bruas. Kami menaiki sebuah sampan kecil yang berbumbung. Sebelum itu, Mr.Brown dan datuk sudah pun pergi ke Kampung Kota melihat tulisan di batu nisan lama yang terdapat di situ. Menurut Mr.Brown, mencari kawasan lama itu lebih baik melalui sungai daripada mengikuti jalan darat. Ada dua sebab, kenapa Mr.Brown memilih ikut sungai, pertama mudah dan kedua orang-orang dahulu selalu membuka kawasan di tepi sungai. 

Lama juga bersampan di Sungai Bruas. Akhirnya Mr.Brown menyuruh orang yang mendayung sampan rapat ke tepi. Dari situ mendaki satu kawasan bukit kecil. Kami berkhemah di situ. Dua hari kami di situ, masuk hari yang ketiga. Salah seorang daripada rombongan kami jatuh sakit. Dia menjerit tidak tentu arah. Bagaikan kemasukan hantu. Puas datuk mengubatnya. Sakitnya tidak juga mahu hilang. Matanya merah. Lidahnya sentiasa keluar. Mr.Brown mengambil keputusan untuk menghantar pulang dua orang pekerjanya itu. Sepeninggalan Mr.Brown, datuk dan saya hanya duduk di dalam khemah saja. Malam itu, saya tidak dapat tidur dengan lena. Macam-macam suara yang saya dengar. Datuk duduk di kanan saya, sekali-sekala, saya dengar datuk bercakap. Dengan siapa dia bercakap, saya tidak pasti. Tetapi suara orang yang dilawannya bercakap jelas kedengaran. 

Orang itu menyuruh datuk berpindah ke tempat lain, kerana kawasan yang diduduki sekarang kawasan larangan. Datuk berjanji dengan orang itu akan pindah pada pagi esok. Lepas itu, saya lihat datuk tidur dengan lena hingga ke pagi. Lebih kurang pukul sepuluh pagi Mr.Brown pun tiba. Dia membuka peta lagi. Mr.Brown sukat peta dengan kayu pembaris. "Kita masuk ke dalam lagi," katanya. Tanpa membantah datuk dan saya mengikut perintahnya. Satu kawasan lapang kami cari. Berkhemahlah kami di situ. Sementara menanti matahari terbenam, Mr.Brown mengutip dan meneliti tanah dan batu yang ditemuinya di kawasan tersebut. "Kita berada di kawasannya," kata Mr.Brown pada datuk sambil membaca buku tebal yang dibawanya. Setiap kali dia dapat tanah atau batu dia buka buku. 

Matahari pun terbenam di kaki langit. Datuk ambil air sembahyang dari kolam yang terdapat di situ. Airnya cukup jernih. Lepas sembahyang datuk dan Mr.Brown terus masak. Lepas makan Mr.Brown baca buku. Lampu gasolin yang terpasang dalam khemah cukup terang. Dalam ingatan saya, sudah tiga malam kami berkhemah dalam hutan tebal. Lebih kurang pukul sembilan, saya sudah tidak berdaya membuka kelopak mata. Saya mengantuk betul. Saya terus tidur dan bermimpi menemui seorang perempuan yang cantiknya tidak dapat saya lukiskan. Dia bagaikan gadis bangsawan duduk berjuntai kaki di balairong seri sambil membawa lagu-lagu Hindu dengan irama yang merdu dan halus. Dia bangkit lalu mendekati saya. Dia mengajak saya berjalan mengelilingi istana. Kulitnya cukup halus. Bau badannya semerbak wangi. Senyum sentiasa terukir di bibir nipisnya. "Siapa namamu," tanya saya. Dia tidak menjawab. Jejari tangannya yang lentik terus mengheret tangan saya menuju ke pokok besar. 

Saya patuh pada arahannya, berjalan di rerumput yang menghijau di depan istana. "Ke mana ?" soal saya. Dia tidak menjawab, tapi jari telunjuknya menuju ke arah pohon beringin rendang. "Siapa namamu ?" ulang saya lagi. Dia berhenti berjalan. "Dayang pada Tuan Puteri Zarid Gangga," dia menjelaskan pada saya. Fahamlah saya sekarang. Rupanya dia orang kanan dalam istana kerajaan Gangga Negara. Sebaik saja sampai di bawah pohon beringin. Dia menghilangkan diri. Saya terkejut dan terbangun. Saya lihat Mr.Brown masih lagi membaca buku dan meneliti ketul batu dan tanah yang dikutipnya. Datuk masih lagi mengadap asap kemenyan yang dibakar. Saya ceritakan pada mereka apa yang saya alami dalam masa tidur tadi. 

Pagi esoknya, kami mencapai kata sepakat untuk mengali tanah di bawah pohon beringin. Lima jam kami mengali tanah. Akhirnya kami menemukan sebuah peti besi yang dibuat dari logam kekuningan. Mr.Brown segera membuka peti itu. Datuk terkejut, kerana dalam peti itu terisi tengkorak manusia. Kami berhenti menggali, kerana hari sudah beransur gelap. Datuk membungkus tengkorak itu dengan kain kuning. Malam pun tiba. Datuk mengusap tengkorak itu dengan kemenyan. Dua tiga kali dia meletakkan tengkorak itu atas peti dan merimbasnya dengan kain hitam. "Tengkorak ni tak ada apa-apa," kata datuk pada Mr.Brown. Mr.Brown anggukkan kepala. Tengkorak itu diletakkannya di dalam peti. Lepas itu kami masuk ke dalam kelambu masing-masing. 

Menjelang tengah malam, saya terjaga. Bagaikan ada tangan yang mengoyangkan bahu kanan saya. Yang pertama kali saya dengar, suara wanita menyanyi sayup-sayup di selang-seli dengan bunyi gendang. Nyanyian dan bunyi gendang makin lama makin dekat. Kemudian menghilang. Cuma yang kedengaran bunyi desiran angin yang kuat. Di tingkah dengan bunyi raungan harimau, suara burung tukang dan jampok bersahut-sahutan. Terfikir juga oleh saya untuk membangunkan Mr.Brown dan datuk. Bila saya kaji dalam-dalam, mereka tidak perlu dibangunkan. Saya jatuhkan kepala atas bantal. Desir angin dan nyanyian burung hutan terhenti. Saya terdengar suara orang memanggil saya di luar khemah. Saya amati suara itu. Datangnya dari arah pohon beringin. Suara itu cukup jelas. 

Saya membuat keputusan untuk keluar dari perut khemah dan menuju ke pohon beringin seorang diri. Di luar khemah, saya dongak ke atas. Malam memang tidak berbintang, tetapi awan kelihatan cukup bersih. Angin malam bertiup cukup keras. Pepohon di kiri kanan khemah bagaikan digoyang orang. Tiba-tiba saja hati saya membuat keputusan tidak mahu pergi ke bawah pokok beringin. Saya masuk ke dalam belukar di kanan khemah, saya mahu mengintip dari situ. Saya renung ke arah datangnya suara wanita itu. Badan saya mengeletar. Sepasang mata saya melihat tubuh seorang wanita berdiri tanpa kepala di situ. Tanpa saya sedari, dahi saya berpeluh, kawasan tempat wanita itu berdiri cukup terang. Saya membuat keputusan untuk masuk ke dalam khemah. Bila saya mahu melangkah, kepala lutut saya terasa cukup lemah. Saya jatuh terduduk atas tanah. Mata saya masih lagi tertumpu ke arah pohon beringin. 

Saya saksikan sebuah kepala bergolek-golek atas tanah, kemudian memanjat tubuh wanita itu, lalu bercantum dengan leher. Dalam sekejap mata wanita itu hilang. Kemudian berdiri betul di depan saya, Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Bumi serasa tidak ada. Peluh terus menguasai seluruh badan saya. Suara sudah tidak mampu keluar dari kerongkong. Dalam saat yang payah itu, segera wanita itu hilang. Berdiri di bawah pohon beringin hilir mudek di situ. Memang sahlah, wanita itulah yang saya temui dalam mimpi saya yang lalu. Kemudian wanita itu pergi ke khemah yang didiami oleh Mr.Brown dan datuk. Lebih kurang lima enam langkah mahu sampai ke gigi khemah, dia berpatah balik. Menuju ke kolam tempat datuk mengambil air sembahyang. Bila wanita itu berdiri di depan kolam, dia terus menjerit. Saya lihat kepalanya jatuh ke tanah, berguling-guling menuju ke pangkal pohon beringin. Tubuh wanita itu segera ghaib. 

Serentak dengan itu, saya terdengar suara orang bergaduh, saya terdengar suara jeritan gajah. Saya terdengar bunyi pedang berlaga. Semuanya tidak kelihatan dan berlaku di kawasan dekat khemah kami. Bila semuanya tidak kedengaran lagi, saya lihat ada tubuh lelaki hitam memeluk seorang gadis genit, tanpa baju dan kain. Lelaki hitam membalutkan tubuh wanita itu dengan jubah yang dipakainya. Wanita dibawanya naik ke atas belakang gajah. Mereka bergerak ke selatan bersama dengan bunyi gendang perang yang hebat. Sementara itu fajar pagi pun tiba. Saya masih tertiarap atas tanah. Seluruh badan saya terasa lemah. Datuk yang bangun untuk sembahyang subuh bagaikan tahu yang saya tidak ada dalam khemah. 

Selesai sembahyang subuh dia pun mencari saya. "Kenapa begini," tanya datuk terkejut melihat saya terbaring atas tanah. Saya mahu menceritakan semua yang saya lihat, tapi suara saya tidak keluar. Datuk kembali ke khemah mengambil kain hitam. Barulah saya boleh bergerak dan bersuara. Datuk memimpin saya ke khemah. Dia merungut dan marahkan saya, kerana saya keluar tidak memberitahunya. Semua yang saya lihat saya ceritakan pada Mr.Brown dan datuk dengan jelas dan terang. Ketika Mr.Brown membuka peti besi kecil tempat menyimpan tengkorak, dia terkejut. Tengkorak yang berbungkus kain kuning, hilang entah ke mana. 

Datuk mencadangkan pada Mr.Brown supaya menggali tanah di sekitar kawasan kolam. Mr.Brown tidak setuju , dia lebih suka kalau air kolam itu di keringkan, kemudian perut kolam itu digali. Datuk terima cadangan itu, kerana mengeringkan air kolam itu bukanlah satu perkara yang sukar. Mr.Brown sendiri ada membawa jentera untuk mengeringkan air. Lebih kurang pukul lapan pagi, kerja untuk mengeringkan kolam pun bermula. Satu jam kemudian air dalam kolam pun kering. Saya terkejut, rupanya kolam itu dibuat dari batu gunung yang tersusun rapi. Batu bahagian permukaannya sudah banyak yang pecah serta ditimbus oleh tanah. 

Datuk menduga, kolam itu tempat mandi dan tempat bermain keluarga bangsawan dalam zaman pemerintah Gangga Negara. Bila air kolam sudah kering betul. Datuk, Mr.Brown dan saya pun memecahkan lantai kolam. Tanah di situpun kami gali. Barang-barang yang kami temukan di dalam kolam itu ialah rangka manusia dan peti besi yang berisikan tengkorak yang hilang dari simpanan Mr.Brown. Dengan perintah datuk tulang-tulang serta tengkorak itu ditanam semula dalam satu lubang dekat pokok meranti. Pada sebelah malamnya, datuk membuat keputusan yang nekad. Dia mengajak saya dan Mr.Brown tidur dekat kolam yang sudah dikeringkan itu. "Ini merbahaya," bantah Mr.Brown. "Kalau awak mahu mencari apa yang awak hajat, awak kena ikut saya." Suara datuk meninggi. Matanya mula merah. "Ok saya ikut." "Begitulah." Datuk pun ketawa berdekah-dekah. 

Sepanjang malam di tepi kolam itu, datuk terus menerus membakar kemenyan. Dia memakai baju hitam, seluar hitam. Sekali pandang, datuk bagaikan hulubalang kerajaan Melayu Melaka. Datuk terus membaca mentera di depan asap kemenyan. Sekali-sekala dia membuka silat. Tiba-tiba datuk diam. Matanya pejam. Badannya tidak bergerak. Asap kemenyan berkepul-kepul naik ke udara. Datuk rebah di situ. Saya segera mahu menghampirinya. "Jangan, dia menerima pertunjuk dari orang lain," kata Mr.Brown sambil memegang bahu kanan saya. 

Malam terasa cukup dingin dengan tiupan angin yang sungguh kencang. Suara burung hantu dan salakkan anjing serigala kedengaran sayup-sayup. Datuk melompat dan terus duduk bersila memandang muka Mr.Brown sambil berkata: Seorang pengasuh puteri datang pada aku, dia mengucapkan terima kasih, kerana kita telah mempersatukan tubuh dengan kepalanya serta menanam jasadnya dengan penuh hormat. Ketika aku tanya kenapa dia mengalami nasib buruk itu. Dia telah menerangkan pada aku, kepalanya telah dipancung oleh angkatan Raja Suran, badannya dicampakkan ke dalam kolam, kepalanya ditanam di bawah pokok beringin. Dia ingin membalas jasa kita semua. Dia telah memberitahu pada aku di mana barang-barang Raja Gangga Negara, seperti pedang kebesaran, mahkota dan emas berlian ditanam." "Di mana tempatnya tok, " tanya saya tidak sabar. "Sabar, esok saja aku ceritakan." Suara datuk tenang. Lepas itu dia mengajak kami kembali ke khemah semula. 

Pagi esoknya, datuk menyuruh saya dan Mr.Brown meruntuhkan khemah. Kemudian turun ke dalam sampan. Dari situ kami menyusul tebing Sungai Bruas yang penuh dengan buaya liar ke sampai ke Tanjung Ara - dekat Pangkalan Bharu. Dari situ kami mendarat di satu kawasan berbukit. Hutannya cukup tebal. Kami berjalan ke arah matahari jatuh hingga bertemu dengan kawasan tanah yang agak tinggi yang gondol itu penuh dengan batu-batu pejal. Datuk menyuruh kami mendirikan khemah di situ. "Puteri itu telah membawa aku ke mari, " kata datuk, "menurutnya Raja Gangga Negara, Shah Johan telah menanam hartanya di sini. Jauh dari pusat kerajaannya, dia melakukan ini, sebelum kepalanya dipancung oleh Raja Suran." 

Datuk pun berhenti bercerita. Mr.Brown ketawa berdekah-dekah. Barang yang dicari dan dihajati sudah ada didepan matanya. Kawasan itu segera kami bersihkan. Saya terjumpa patung ular yang dibuat dari tembaga dipuncak tanah tinggi itu. Patung ditegah oleh datuk dari dijamah oleh sesiapapun. Kata datuk di bawah perut patung itulah tempat harta karun Raja Gangga Negara. Mr.Brown pun menyiapkan alat peletup. Menurutnya pendapatnya harta-harta itu tertanam lebih kurang sepuluh meter ke dalam bumi. Bila dinamit yang dipasang itu meletup, boleh menolong melongsurkan tanah sedalam enam atau lapan meter, kemudian tanah itu akan digali. Datuk setuju dengan cadangan itu, masa untuk meletupkan kawasan itu ditetapkan pada tepat pukul empat petang. 

Tepat pukul empat petang, terdengarlah satu letupan bergema dalam hutan tebal, batu-batu berterbangan, pokok-pokok habis tercabut. Tanah tinggi disitu kelihatan rata. Mr.Brown cukup gembira, dia tidak putus-putus ketawa. Bila ketawanya berhenti, Mr.Brown terkejut besar, dari kawasan tanah yang diletupkan itu keluar beratus-ratus ekor ular sebesar peha menyerang kami. Saya, datuk dan Mr.Brown lari lintang pukang menuju ke perahu untuk menyelamatkan diri, semua barang-barang kami tinggalkan. Sampai di perahu saya lihat dahi Mr.Brown berdarah. Seluarnya habis koyak. Kami menyusul tepi Sungai Bruas menuju ke arah pekan Pangkalan Bharu, Ketika itu senja sudahpun tiba, hari sudah mula gelap. Perahu kami tiba-tiba tidak boleh bergerak. Air sungai melimpah dengan tiba-tiba. Tebingnya yang tinggi ditenggelami air. 

Datuk nampak cemas. Kemudian dia senyum dan berkata : "Kalau kami salah ampunkanlah." Sehabis sahaja datuk berkata, dari perut sungai timbul seorang lelaki yang bertubuh besar dengan pakaian kebesaran seorang raja. Anehnya semua pakaiannya itu tidak basah, mestipun ia baru timbul dari dasar sungai. Wajahnya kelihatan bengis. Malam yang gelap itu bertukar menjadi cerah bagaikan siang hari. Datuk terus berhadapan dengan orang itu. "Awak mesti tahu, tidak seorangpun yang boleh mengambil harta kerajaan Gangga Negara. Itu milik kami. Awak sebenarnya manusia bodoh, kalau ular yang keluar dari lubang yang awak letupkan itu awak tangkap, ular-ular itu akan bertukar menjadi harta karun dan emas. Awak mesti menerima hukuman kerana mengkhinati kami," lelaki bertubuh besar bersuara. Datuk masih berhadapan dengannya, cukup tenang menghadapi suasana yang gawat itu. Datuk mengenakan tanjak di kepala dan mencabut keris dari pinggang.



Selasa, Mac 11, 2008

Di Lenggong menjejaki warisan anak cucu Tun Saban...

OK... Kita sambung lagi cerita perjalanan di Perak. Setelah selesai perjalanan keliling negeri melalui Ipoh, Gopeng, Tanjung Tualang, Kampung Gajah, Bota Kanan, Beruas, Manong dan Kuala Kangsar lalu kembali ke Sungai Siput seperti yang diceritakan dalam artikel Perjalanan pusing Perak daripada Sungai Siput... Penat-lelah menyajikan satu perjuangan untuk semua, keesokannya saya pun menghala ke Lenggong bersama seorang kawan lama Asri yang berasal daripada sana. Kali ini saya ingin menjejaki beberapa buah makam-makam lama milik para pembesar Melayu Perak daripada keturunan seorang pahlawan dan pembesar ternama Tun Saban yang pernah hidup sekitar 500 tahun lalu. Untuk pengetahuan, Tun Saban ialah salah seorang pembesar Hulu Perak yang terlibat dengan pertabalan Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Shah I tahun 1528.


Lihat peta sekitar Lenggong ini. Perjalanan yang akan dibuat nanti bersekitar pada tempat-tempat di dalam peta ini. Sedikit tentang perjalanan yang berlaku telah saya nukilkan dalam blogspot ini lebih sebulan lalu ketika berada di Lumut. Ceritanya bertajuk Salam daripada Lumut, Perak... Salam Perak Man, hehe!


Daripada Sungai Siput, saya, Asri dan isteri serta anak kecilnya menaiki kereta melalui jambatan lama menyeberangi Sungai Perak berhampiran Kuala Kangsar menuju ke Kati. Jalan yang diambil melalui Kampung Temong... Sekitar 20km utara Kati kami pun sampai ke Tasik Raban yang merupakan sebahagian daripada Tasik Chenderoh yang terbentuk apabila Sungai Perak dibuat empangan.

Hampir ke penghujung Tasik Raban, kelihatanlah sebuah bangunan makam yang terjaga betul-betul di tepi tasik. Asri memberhentikan kereta lalu menunjuk pada makam. Dia bertanya jika saya mungkin tahu siapakah pemilik makam ini...


Hmm... Tidak ada apa-apa coretan atau tulisan untuk menyatakan makam siapakah ini. Yang nyata ia diikat kain kuning yang selalunya menandakan pemiliknya adalah seorang berdarah raja...


Ini pula jalan ke utara menghala ke Lenggong dilihat daripada kawasan makam...


Perjalanan diteruskan dan sekitar 10km kemudian, kami sampai ke Kampung Banggol Belimbing di mana kelihatan masjid yang agak unik ini. Ceritanya sudah dinukilkan dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) semalam. Sila klik Sebuah masjid unik di Lenggong (A unique mosque in Lenggong) ...

Oh... Baru teringat. Semalam saya juga telah menukilkan sebuah cerita mengenai bandar Sungai Siput di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Tajuknya ialah A quaint look at Sungai Siput... . Saya juga telah membuat sebuah posting mengenai Masjid Sungai Siput yang dirasakan ada sesuatu yang istimewa tentangnya. Sila lihat Masjid jamek (main mosque of) Sungai Siput, Perak... Tetapi saya tidak pasti apakah yang istimewanya tentang masjid ini. Mungkin ada pembaca yang boleh menolong memberi pendapat dan komen?


Apapun, tidak lama kemudian kami pun sampai ke kampung Asri iaitu Kampung Chain, 1 km sahaja di selatan pekan Lenggong. Petang itu juga kami sempat bersiar-siar di pekan tersebut sebelum pergi bersolat di masjid berdekatan kemudian bertemu seorang rakan di rumah rehat.


Keesokannya, baru kami memulakan perjalanan untuk menziarahi makam-makam lama di sekitar Lenggong... Kebanyakan makam-makam ini adalah milik anak cucu Tun Saban...

Perjalanan dimulakan di Kampung Luat. Letaknya lebih 10km di selatan, sedikit ke timur Kampung Chain dan perlu menyeberangi Sungai Perak...


Kampung ini terletak di tebing kanan Sungai Perak. Pemandangan di sini sungguh menarik...

 

Kelihatan sebuah surau berwarna biru...


Di hadapannya terdapat sebuah makam yang terserlah binaannya...


Makam ini cuma ditanda dengan batu-batu sungai. Menggunakan buku bertajuk "Tempat-tempat Bersejarah Perak" oleh N. A. Halim (terbitan Jabatan Muzium tahun 1981) yang dibeli di Kota Ngah Ibrahim, Matang, Taiping, saya dapat tahu makam ini adalah milik seseorang yang dikenali sebagai Tok Lalang.

Menurut buku itu, Tok Lalang juga dikenali sebagai Tok Putih Rambai, anak kepada Tok Berolak bin Tok Hilang Dipilih bin Tun Kelalang bin Tun Saban. Tok Lalang pernah menjadi salah seorang orang besar lapan Perak dengan memakai gelaran Sri Adika Raja (sekarang dikenali sebagai Seri Adika Raja Shahbandar Muda). Ia adalah salah satu jawatan orang-orang besar Perak yang dipegang oleh anak cucu Tun Saban (atau Tun Sa'aban menurut sesetengah pendapat) dan Tok Lalang ialah Sri Adika Raja yang ketiga, hidup awal kurun ke 17 Masihi...


Pemandangan menghala ke sungai dilihat daripada makam. Cantik pula pokok-pokok bunga di sini. Kelihatan di dalam gambar adalah saudara Asri.

Adapun sebaik saja menyedari bahawa Tok Lalang ini pernah memegang jawatan Sri Adika Raja, terus saya teringat lawatan ke Masjid Paloh di Ipoh. Cerita tentang masjid ini telah saya nukilkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Masjid Paloh (the Paloh mosque), Ipoh . Di hadapan masjid ini terdapat makam seorang pembesar Perak yang dikatakan sangat terkenal semasa zaman Sultan ke 28 Perak, Sultan Idris memerintah (1887-1916). Tetapi semasa menulis artikel itu, saya terlupa nama beliau adalah Wan Muhammad Saleh yang dikurniakan gelaran Sri Adika Raja Syahbandar Muda pada tahun 1892.


Sekitar 2 km ke utara Kampung Luat iaitu hampir kembali ke jalan besar untuk ke Lenggong juga Kuala Kangsar, terdapat pula makam Tok Sendalu. Tok Sendalu adalah Sri Adika Raja yang ke4 menggantikan abangnya Tok Lalang, Sri Adika Raja ke 3. Untuk pengetahuan, bapa mereka Tok Berolak ialah Sri Adika Raja ke 2...


Sejurus selepas menyeberangi kembali Sungai Perak untuk menghala ke jalan besar Lenggong/ Kuala Kangsar, terdapat pula muzium arkeologi Lenggong...


Tempat ini terkenal dengan cerita Perak Man, katanya manusia tertua di Malaysia... Cerita tentangnya baru dinukilkan tadi dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH , dengan tajuk My own take on Perak man and what's available at the Lenggong archeological museum... . Silalah jengok... Mana tahu anda rupa-rupanya ada kaitan dengan Perak Man?


Tetapi saya lebih suka pameran di atas ini yang mungkin boleh dijadikan bukti bahawa cerita Cicakman yang pernah "menggemparkan" pawagam-pawagam di Malaysia suatu masa dahulu bukan sekadar dongengan ciptaan Yusri KRU. Gambar di atas menunjukkan Cicakman telah dikenali sejak ribuan tahun dahulu di Kelantan! Mungkin sebab itu si Yusri sungguh teruja sehingga sanggup berpisah dengan si Era Fazira... Peh... Sekali-sekala, laser gak mulut aku, eh jari-jari aku (sebab menaip le) rupanya... Hehe!

Turut menarik adalah nama tempat lukisan Cicakman ini ditemui iaitu Kuala Betis... Mungkin dari sini juga asal-usul pepatah Melayu, bagi betis nak paha... Lalu jadilah sifat bagi betis dan paha ni pakaian orang Melayu sekarang zaman Kentucky Fried Chicken hingga menjilat kaki dan ibu jari! Melayu "baru" le katakan... Pantang bagi kontrak ngan projek, semuanya mereka nak sapu belaka... Last-last habis Kedah, Pulau Pinang dengan Selangor kena "sapu" dek tsunami pilihanraya... Jangan lupa juga Perak yang sudah bertukar pemerintahan, mungkin akibat doa anak-cucu Perak Man?

Hmm... Melihatkan nama Kuala Betis ini, timbul lagi satu telahan. Mungkin dari situ juga asalnya seorang jaguh wrestling handal WWF bernama Batista? Mungkin Batista sebenarnya adalah orang Kelantan? Dan mungkin dia juga ada kaitan dengan Cicakman! Heh! :]


Seterusnya kami pergi ke Kampung Chegar Galah di selatan menghala ke Kati. Kami perlu melalui jalan untuk ke Tasik Chenderoh sebelum sampai ke sini.

Betul-betul sekitar 50 meter sahaja di hadapan pagar yang kelihatan dalam gambar ini terletak makam seorang lagi pembesar Melayu yang ada kena-mengena dengan Tun Saban. Tetapi jenuh kami mencarinya kerana kawasan itu sudah penuh hutan-belukar sehingga tempat yang dicari tidak lagi kelihatan daripada tepi jalan...


Setelah beberapa ketika mencari, barulah kami dapat jumpa makam ini. Ternyata tempatnya bersemak... Kami pula terpaksa bertungkus-lumus membersihkan kawasan dalaman makam.

Oh... Untuk pengetahuan, ini adalah makam Tok Terosor. Saya tak pasti apakah jawatan yang pernah beliau pegang, Yang pasti beliau juga seorang anak cucu Tun Saban.

Semasa keluar daripada kawasan makam menuju ke kereta, baru Asri mendapati kunci keretanya telah tercicir. Allah! Macamana ni. Sudahlah kawasan situ bersemak tebal... Terpaksalah kami meraba-raba mencarinya... Allah! Takda penyakit cari penyakit...

Nasib baik le dalam setengah jam begitu dapat juga berjumpa... Kalau tak tentu naya! Bagaimana mahu meneruskan perjalanan menziarahi makam-makam apalagi hendak kembali ke Lenggong? Bagaimana Asri mahu membawa ibunya berjalan petang nanti? Mesti saya dipersalahkan nanti kerana akibat hobi saya menziarahi makam le, si Asri boleh hilang kunci kereta...


Apapun, kami singgah ke Masjid Kampung Chegar Galah untuk bertanya pada orang makam seterusnya yang ingin diziarahi, makam terdekat seperti yang diceritakan dalam buku "Tempat-tempat bersejarah Perak"...


Lalu sampailah kami ke makam Tok Jawang. Beliau mempunyai hubungan persaudaraan yang sangat rapat dengan Tok Terosor.

Di sini kami jadi pening kepala sebentar... Teruk betul semak dan belukar yang kelihatan meliputi kawasan makam. Nasib baik jalan untuk masuk ke makam itu sendiri boleh kelihatan daripada tepi jalan, tidak seperi makam Tok Terosor yang terlindung terus. Tetapi ternyata apabila masuk ke kawasan makam, keadaan di sini jauh lebih teruk!

Maka bertungkus-lumuslah kami membersihkan makam ini. Ceritanya, bersama cerita tentang makam Tok Terosor telah dinukilkan lebih awal di blogspot ini dengan tajuk Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 2...


Kemudian kami pergi ke sebuah lagi makam, melalui sebuah lorong di sisi timur masjid tadi. Makam ini pula milik seseorang daripada keluarga yang lain... Pemiliknya bernama Syarif Syamsuddin yang pernah menjadi Menteri Paduka Tuan, seorang daripada orang besar empat Perak.

Ayahandanya adalah Syarif Abu Bakar bin Syarif Jalaluddin (juga dikenali sebagai Tok Tambak Pulau Pisang), pernah menjadi Bendahara Perak di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770). Syarif Syamsuddin menjadi Menteri Paduka Tuan pada zaman yang sama sebelum meninggal dunia tahun 1780. Keluarganya dikatakan berasal daripada keluarga Sayyid berketurunan Ahlul Bait keluarga Nabi Muhammad SAW yang ramai beranak-pinak di Hadramaut, Yaman...


Makam Syarif Shamsuddin juga ditanda dengan batu sungai. Tetapi ia jauh lebih terjaga dan kelihatan cantik dihiasi pokok berbanding makam Tok Terosor dan makam Tok Jawang yang turut terletak di Kampung Chegar Galah.


Selesai menziarahi makam-makam di Kampung Chegar Galah, kami pun kembali ke Kampung Chain lau pergi menziarahi makam seorang lagi anak cucu Tun Saban yang pernah memegang jawatan Sri Adika Raja. Beliau ialah Tok Busu Sega, anak kepada Sri Adika Raja Itam Pitok bin Tok Lambak bin Tok Sendalu... Ah... Cucu Tok Sendalu yang dimakamkan di Luat rupanya...

Tok Busu Sega adalah Sri Adika Raja yang ke 9, semasa zaman pemerintahan Sultan Ismail Muabiddin Riayat Shah (1871-1874) iaitu satu zaman di mana Inggeris mula menunjukkan taring untuk campur di dalam hal-ehwal pemerintahan negeri Perak.

Beliau terbunuh tahun 1876 dalam satu serangan pihak Inggeris. Menurut Asri, makam beliau adalah satu-satunya makam yang paling terserlah di sekitar Kampung Chain. Tetapi semasa kami mencarinya petang Sabtu, kami tidak dapat menemuinya...

Hari Ahad setelah selesai ziarah ke makam-makam Tok Lalang, Tok Sendalu, Tok Terosor, Tok Jawang dan Syarif Shamsuddin, barulah kami dapat menemui makam Tok Busu Sega... Rupa-rupanya di sebalik rimbunan tebal belukar terutama rumpun-rumpun buluh yang menutup pandangan daripada luar! Lalu apalagi, kami juga yang terpaksa membersihkannya. Dan ceritanya turut dinukilkan dalam artikel Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 2... . Sekian, selamat malam! :]


Ahad, Mac 09, 2008

Salam daripada Bukit Melawati... Salam untuk kesejahteraan rakyat terutama di Selangor

Rumah api di puncak Bukit Melawati, Kuala Selangor...






Peta daerah Kuala Selangor...


Assalamualaikum para pembaca sekalian. Adapun pada mulanya saya tidak pasti apakah mahu membuat apa-apa posting baru di mana-mana blogspot saya hari ini. Ini kerana mungkin apa yang telah disajikan dalam tempoh 2-3 hari lalu seperti artikel Perjalanan pusing Perak daripada Sungai Siput... Penat-lelah menyajikan satu perjuangan untuk semua. di blogspot ini, The ancient kingdom of Beruas and its ties with the more ancient kingdom of Gangganegara! di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan Makam 3 Muzaffar (Tombs of the 3 Muzaffars)... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) belum dimanfaatkan sepenuhnya. Maklumlah, dalam tempoh itu semua orang rasanya sedang sibuk dengan pilihanraya ke 12 Malaysia, sibuk dengan siapakah yang perlu diundi semalam seterusnya apakah kesannya kemudian... Lebih-lebih lagi apabila keputusan pilihanraya yang telah muktamad awal pagi tadi menunjukkan sesuatu yang memeranjatkan, satu perubahan besar dalam sejarah negara apabila Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor beralih pemerintahan.
Daripada satu segi, kalau boleh saya mahu meluahkan dan menghabiskan segala cerita yang terbuku berkaitan perjalanan di Perak yang telah selesai lebih sebulan lalu. Maka dengan itu saya boleh membuat perjalanan seterusnya ke Pantai Timur, Insyaallah dalam tempoh seminggu ini dengan lebih tenang kerana beban pengetahuan dan penceritaan untuk perjalanan yang lalu sudah dilepaskan. Tapi daripada segi penyampaian demi untuk faedah semua, penceritaan itu perlulah dicatu dalam kadar yang tertentu supaya boleh masuk ke dalam minda pembaca tanpa terburu-buru.
Apapun, terus terang saya kata walaupun saya tidak suka dengan dunia politik, saya amat teruja dengan keputusan pilihanraya terbaru ini lebih-lebih lagi apabila majoriti 2/3 kerajaan yang memerintah telah berjaya dibatalkan. Ini kerana saya mempunyai banyak pengalaman peribadi berinteraksi dengan mereka yang kononnya pendokong kerajaan yang memerintah... Ternyata mereka ini banyak yang lupa diri dan angkuh kerana sudah biasa dengan keadaan parti mereka menang mudah dan apa yang mereka buat hatta betapa jengkel dan zalim sekalipun dapat dilaksanakan sewenang-wenangnya disebabkan sokongan kekuasaan yang memihak pada mereka.
Nah! Sekarang terimalah akibatnya... Tidak lama lagi akan ada lebih ramai kamu-kamu di luar sana yang selama ini begitu angkuh sehingga dengan senang-senangnya boleh mempermainkan ayat-ayat Al-Quran berlagak sebagai ustaz pembela rakyat sedangkan kamu adalah pemakan besar rasuh, kaki perempuan dan penjual negara akan gugur ditelan arus perubahan zaman. Semoga kamu semua insaf... Walaupun kamu-kamu ini layak sahaja disula di hadapan ramai, disebabkan contoh yang ditunjukkan baginda Rasulullah SAW, pembawa rahmat yang lagi pemaaf, saya tidak mahu menjatuhkan hukuman laknat... Harap saya apa yang berlaku betul-betul membawa kamu-kamu semua kembali pada Allah. Itu sahaja...
OK, berbalik pada intipati sebenar posting ini dibuat... Pertama, saya sebenarnya sedang menulis daripada sebuah Cyber-Cafe di Kajang tetapi sengaja memilih tajuk "Salam daripada Bukit Melawati" kerana teringat lawatan singkat di bukit tersebut di Kuala Selangor semalam. Saya membuat posting in kerana 3 sebab... Satu kerana melihat di chat-box tadi ada yang bertanya bagaimanakah keadaan pernikahan seorang sahabat kita iaitu Azmi di sekitar Kuala Selangor semalam, pada tarikh ketika orang lain semuanya sedang sibuk mengundi... Kedua kerana merasa teruja dengan keputusan pilihanraya yang pada saya amat menggembirakan, terutama apabila Selangor turut bertukar pemerintahan... Ketiga kerana baru mendapati bahawa tarikh hari ini adalah bersamaan 1 Rabiulawal 1429, permulaan kepada bulan yang akan membawa kepada hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW nanti.
Untuk kes satu, sukacita dimaklumkan pernikahan saudara Azmi yang sebenarnya diadakan di Jeram, 15km sebelum sampai ke Kuala Selangor daripada Kuala Lumpur telah berjalan dengan lancar. Tahniah kepada Azmi dan syukur kepada Ilahi. Saya rasa tidak salah jika saya mewakili Azmi untuk mewar-warkan akan berita baik ini kepada semua.
Tentang bab pilihanraya pula, sebaik sahaja mendapati Selangor telah bertukar tangan, terus saya teringat lawatan yang dibuat ke Kuala Selangor semalam ketika semua orang sedang sibuk mengundi. Selepas selesai menghadiri majlis pernikahan Azmi, saya rasa elok juga ke sana... Sebelum itu, kali terakhir ke sana adalah lebih setahun lalu, dalam perjalanan daripada Teluk Intan ke KL begitu...
Adapun kejatuhan Kedah dan Pulau Pinang ke tangan gabungan parti lain rasanya sudah dijangka ramai terutama dalam tempoh seminggu kebelakangan berdasarkan sentimen akar umbi yang dipantau mereka yang berkebolehan. Kejatuhan Perak juga tidak menghairankan dalam suasana ini kerana kedudukannya di utara yang boleh dikira di bawah lingkungan para pengundi akar umbi yang semakin peka akan semangat ingin menerbitkan pemerintahan Islam sebenar yang tidak berdolak-dalik menipu rakyat lagi menjual negara... Tetapi kejatuhan Selangor, sebuah negeri yang dikira paling moden di Malaysia, di mana masyarakatnya dikira lebih progresif, ramai yang "terlalu" maju sehingga menjadi keBaratan... Nah... Itu adalah sesuatu yang membawa makna begitu besar dalam sejarah negara.
Dalam hal ini saya terfikir akan baginda Sultan Selangor sekarang iaitu Sultan Sharafuddin Shah. Saya tidaklah mengenali baginda secara peribadi tetapi saya pernah terserempak secara berhadapan 2-3 kali dalam majlis-majlis rasmi malah pernah diperkenalkan secara one to one semasa bertandang di kelab layar diraja Selangor beberapa tahun lalu. Terus terang saya cakap, setakat yang saya lihat sendiri bercampur apa yang didengar daripada kenalan yang lebih mengenali baginda Sultan secara peribadi, maka Sultan Selangor boleh dikira agak keBaratan.
Dalam pada itu baginda dikira telah memberikan teladan yang baik apabila menarik balik gelaran Datuk yang diberi Selangor kepada individu yang kelakuan dan peribadinya tidak layak disandarkan pada gelaran yang sepatutnya diberi kepada mereka yang betul-betul berbakti. Dan dalam beberapa tahun ini ada juga kelihatan kepekaan baginda dalam menangani masalah umat Islam di Selangor. Mungkin di sebalik keadaan Sultan Selangor yang lahir dan membesar dalam suasana lebih keBaratan akibat perancangan British yang cuba memBaratkan semua raja-raja dan pembesar Melayu sejak tahun 1880an, sudah timbul cahaya syumul Islam yang ada di dalam darah keturunan yang membawa kepada Sultan pertama Selangor, Sultan Salehuddin @ Raja Lumu ibni Opu Daeng Chelak?
Allah... Panjang pula luahan kata-kata yang mahu terkeluar... Begitu teruja saya melihat perubahan pemerintahan yang berlaku selepas pilihanraya ke 12 terutama di Selangor... Sehingga saya terasa apa yang berlaku ini ada kaitan tersendiri dengan lawatan yang dibuat di Kuala Selangor semalam.
Oh... Mula-mula saya ke Bukit Keramat yang menempatkan Makam Anak Dara, sebuah makam tanda. Cerita-cerita lama menyebut di bukit inilah seorang gadis yang alim agama telah ghaib, ghaib setelah dipaksa untuk berkahwin dengan seorang pemuda yang tidak disukainya lagi jahat semata-mata disebabkan pemuda ini berasal daripada keluarga pembesar yang berkuasa. Di belakang Bukit Keramat ini terletak sebuah tasik. Seterusnya terdapat sebuah lagi bukit, bukit yang pernah dikenali sebagai Bukit Belanda apabila ditawan Belanda semasa zaman pemerintahan Sultan kedua Selangor, Sultan Ibrahim (memerintah 1778 - 1826).
Sebenarnya Bukit Keramat dan Bukit Belanda ini asalnya sebuah bukit jua. Tetapi bahagian tengahnya telah dipecah dan diletupkan, kalau tak salah ingatan oleh British yang mahu menggunakan batu-batunya untuk membuat jalan. Saya pula percaya ini dilakukan untuk menghilang beberapa kesan sejarah Melayu yang penting, tak pastilah kenapa... Yang pasti di atas Bukit Belanda masih terdapat kesan-kesan kubu lama yang pernah digunakan oleh orang-orang Melayu Selangor juga orang Belanda.
Kemudian baru saya naik ke Bukit Melawati yang lebih tinggi dan terletak lebih dekat ke bandar. Sebenarnya saya sudah beberapa kali naik ke bukit ini tetapi baru kali ini terasa saya datang sebagai seorang saudara, bukan orang luar atau sekadar seorang pelawat sahaja.
Adapun moyang utama saya di Perak, Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam @ Daeng Hanasah beribukan Ratu Sedinding ibni Opu Payung Luwuk ibni Opu La Madusalat @ Saleh... Sultan pertama Selangor iaitu Sultan Salehuddin adalah anak kepada Opu Daeng Chelak bin Opu Tanderi Buring Daeng Rilaka ibni Opu La Madusalat.
Opu Payung Luwuk adalah abang kepada Opu Tanderi Buring bermakna Ratu Sedinding adalah sepupu Daeng Chelak sementara Nakhoda Hitam @ Daeng Hanasah adalah saudara dua pupu Sultan Salehuddin! Lebih menarik lagi, Sultan Salehuddin mula mendapat mandat untuk memerintah Selangor setelah ditabalkan Sultan ke 13 Perak, Sultan Muzaffar Shah III. Ini kerana Selangor termasuk di dalam lingkungan empayar keSultanan Melaka dahulukala sedangkan Sultan Muzaffar adalah dari keturunan Melaka itu.
Adapun Sultan Muzaffar mempunyai seorang pengawal peribadi, mufti negeri dan pahlawan handal bernama Daeng Selili yang turut menjadi adik-ipar baginda. Daeng Selili adalah adik kepada Daeng Hanasah, maka baginda juga adalah saudara dua pupu Sultan Salehuddin. Nampak sudah kaitan rapat mereka?
Adapun susur-galur ibu saya pula sampai kepada Raja Haji ibni Daeng Chelak. Maka lari tak lari, tetap ada kaitan juga. Ini belum dicampur beberapa hasil kajian saya yang menunjukkan betapa Raja-Raja Bugis dan Raja-raja Aceh itu ada hubungan kekerabatan yang sangat rapat sejak zaman-berzaman, hubungan kekerabatan yang sebenarnya membawa kepada susur-galur tertentu keturunan Ahlul Bait anak cucu Rasulullah SAW.
Cuma selama ini saya lebih memberatkan nasab sebelah bapa yang membawa kepada keluarga diraja lama Perak dan Aceh lalu tidak beberapa mempedulikan akan susur-galur diraja lain. Tetapi semalam, buat pertama kalinya saya menaiki Bukit Melawati dengan rasa sebagai seorang saudara dan buat pertama kali juga saya pergi menziarahi makam diraja Selangor di sana yang mengandungi makam Sultan Salehuddin, anakanda baginda Sultan Ibrahim dan cucunda Sultan Muhammad.
Jadi malamnya saya terasa begitu seronok apabila mendapati Selangor sudah bertukar pemerintahan. Saya seolah-olah merasakan apa yang berlaku mendapat restu roh para almarhum yang berasal daripada keturunan para pejuang agama yang sungguh berani mati syahid demi memperjuangkan dakwah serta makna Islam yang syumul... Semoga anak cucu mereka sekarang terutama Sultan Selangor kini dapat menjiwai kembali perjuangan nenda dan semoga segala yang berlaku dalam pilihanraya ini menjadi titik-tolak kita menolak semua para penipu bangsa dan penjual agama! Lalu kita kembalikan semula kedaulatan negara yang cuba ditelan sebuah negara pengkalan Zionis melalui para proksi mereka yang cukup pandai bermain-main dengan makna perjuangan, sanggup menggunakan segala saluran yang ada termasuk jabatan agama untuk mengaburi niat buruk mereka demi memperkayakan diri sendiri sambil menjual-lelong segala hak-hak bangsa.
Lalu baru saya boleh sebut sebab ketiga membuat posting ini iaitu tarikh... Kerana tarikh Islam menunjukkan hari ini hari Ahad, masuklah 1 Rabiulawal, bulan yang akan membawa kepada tarikh Maulud Nabi 12 Rabiulawal tidak lama lagi. Walaupun kalender hijriah di blogspot saya sendiri menunjukkan Ahad ini sebagai 2 Rabiulawal (ya lah, saya ambik kalender ni pun free daripada website orang), saya dapat melihat di website Berita Harian tarikhnya 1 Rabiulawal dan kemudian saya semak pula di http://www.rabiah.com/convert/ dan mendapat keputusan yang sama.
OK lah. Rasanya cukup apa yang terluah. Sebenarnya tadi saya mahu meletakkan sedikit gambar masjid di Sungai Siput untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) kemudian sedikit gambar sekitar bandar itu di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Insyaallah dengan cara ini, saya boleh mendapat gerak penulisan untuk menyambung cerita perjalanan di Perak dalam blogspot ini, iaitu beralih pula kepada apa yang berlaku di Lenggong. Tetapi saya boleh pula tertinggal pen-drive yang mengandungi gambar-gambar yang diperlukan di rumah. Lalu saya setakat dapat duduk membaca cerita-cerita yang terdapat dalam Internet sebelum tarikh 1 Rabiulawal itu menerbitkan rasa agar membuat satu posting yang sesuai sempena tarikh tersebut, tanpa perlu menggunakan apa-apa gambar koleksi sendiri...
Oh... Baru teringat, kawasan Jeram tempat Azmi bernikah itu ada disebut dalam kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu sebagai tempat di mana anakanda Sultan Mansur Shah Melaka (memerintah pertengahan abad ke 15 Masihi) dengan Puteri Hang Li Po iaitu Paduka Mimat diberi pemerintahan. Ketika mahu keluar daripada Jeram ke Kuala Selangor pula saya dengan tak sengaja telah terikut jalan melalui Sungai Buloh (bukan Sungai Buloh berdekatan Kuala Lumpur ya) lalu semasa melawat Muzium Sejarah Selangor di Bukit Melawati, baru saya tahu tempat-tempat ini sangat bermakna dalam sejarah lama Selangor. Sekian! :]