Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Februari 19, 2008

Dari Segamat kembali ke Muar... Apa ada dari Lenga ke Pagoh?

Sambung terus daripada posting bertajuk Dari Segamat kembali ke Muar... Peristiwa Bukit Kepong... yang dibuat malam tadi...


Dari Bukit Kepong, kami terus menghala ke Muar lalu sampai ke pekan seterusnya...


Di sini ada sebuah masjid (atau surau, lupa pula...) yang mengandungi sebuah kawasan perkuburan...


Di dalamnya, bersemadi jasad seorang ulamak Nusantara yang sangat terkenal iaitu Sheikh Fadhil Banten, juga dikenali sebagai Kiyai Fadhil Banten daripda Banten, Jawa. Kata orang, dia ni banyak gak karamah, pernah jadi guru pada Sultan Ibrahim Johor.

Nak tahu lebih lanjut, elok baca serba sedikit cerita tentang ulamak terkenal ini. Tadi saya buat google search... Sila baca tulisan di http://ulama.blogspot.com/2005/03/sheikh-fadhil-banten.html... Rasanya oleh almarhum Ustaz Wan Saghir...


Kemudian kami menziarahi makam seorang ulamak yang pernah hidup lebih dahulu, saya tak pasti bila tapi sekitar 150-200 tahun dahulu. Beliau ialah Sheikh Abdullah Sabihu yang datang daripada Pasai (sekarang dalam Aceh) di Pulau Sumatera lalu membuka kampung di Lenga. Kalau tak salah, sebab itu beliau juga dikenali sebagai Moyang Lenga...

Alfatihah... Baru sekarang terasa nak menyebut. Apapun seharusnya kita memberi hadiah bacaan Al-Fatihah kepada para almarhum dan arwah (bukan sedekah ya, mereka bukan pengemis. Silap adab tu). Rasanya cukuplah peringatan ini. Setiap kali saya mengenengahkan gambar makam-makam di mana-mana blogspot saya, anggaplah secara automatik saya sudah menyarankan setiap pembaca menghadiahkan Fatihah tanpa perlu lagi menyebut tentangnya...


Sampai masanya untuk meninggalkan pekan Lenga. Jalan utama tetapi begitu sempit yang berselekoh di hujung pekan ini menarik perhatian saya...


Hmm... Jarang saya jumpa jalan utama yang kelihatan begitu sempit. Untuk makluman, ini adalah sebahagian jalan utama Bukit Kepong ke Muar, dari Bukit Kepong pula boleh sampai ke Labis lalu ke Yong Peng juga Segamat...



Jalan utama dari Lenga menghala ke Muar tadi seterusnya akan membawa ke pekan Pagoh melalui jalan darat yang melalui kawasan berbukit. Sebaliknya kami memilih untuk melalui jalan lain yang lebih dekat ke Sungai Muar lalu sampai ke Kampung Gombang...


Kebetulan ketika itu sudah bermula pasar malam atau lebih dikenali di Muar sebagai pasar lambak, kami pun turun untuk bersiar-siar. Lagipun memang saya teringin melihat apa yang terdapat di Gombang... Kerana nama Gombang itu membuat saya teringat pada kisah Hikayat Malim Dewa yang ada menyebut bahawa nama sebenar pemerintah legenda kerajaan lama Muar ini adalah Tuanku Gombang Malim Dewa...


Setelah meninggalkan pasar lambak, baru kami ternampak sesuatu yang menarik dan mungkin boleh menerangkan sejarah Gombang. Letaknya sekitar 100 meter daripada pasar lambak yang diadakan mungkin seminggu sekali di kawasan pekan dalam kampung tersebut. Untuk huraian lanjut, sila baca artikel Masjid (mosque of) Kampung Gombang, Muar... yang baru dibuat semalam dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ...


Melalui jalan yang sama menghala ke Pagoh, kami sampai pula ke Liang Batu...


Seperti Bukit Kepong, Lenga dan Gombang, Liang Batu juga terletak di tepian Sungai Muar. Menurut ceritanya, tempat ini pernah menjadi tempat menetap atau bermastautin Lima Daeng Bersaudara (Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Kemasi, Daeng Menambun dan Daeng Chelak) ketika mula-mula sampai ke Johor abad ke 18.

Hmm... Kenapa mereka memilih tempat ini ya? Apakah untuk "recharge power" melalui saluran wasilah keluarga dahulukala? Mungkin ada satu rahsia di sini... Mungkin ada satu rahsia yang boleh menerangkan hubungan persaudaraan kerabat diraja Bugis dengan Aceh zaman berzaman dahulukala. Hmm...


Sudah... Ada pula tempat bernama Rencong... Mereka yang meminati dunia persilatan serta senjata-senjata tradisional Melayu mesti pernah mendengar tentang senjata unik orang Aceh bernama rencong... Kalau nak tahu bagaimana rupanya, search sendiri pakai Google ya...


Tidak lama kemudian, baru kami bertemu kembali dengan jalan utama Bukit Kepong ke Muar...


Singgah sebentar di pekan Pagoh seterusnya pergi ke Kampung Raja untuk menziarahi Makam Sultan Alauddin Riayat Shah yang dikatakan mangkat tahun 1488 Masihi (kalau tak salah ingatan). Makam ini adalah satu-satunya Makam Sultan Melaka yang masih wujud hingga kini...

Gambar makam tidak disertakan kerana pernah diletakkan di dalam salah satu blogspot saya, tak ingat yang mana. Dan rasanya telah dipaparkan beberapa kali. Kalau mahu melihatnya, sila cari sendiri ya... Tak rugi menelaah balik cerita-cerita lama yang pernah dipaparkan di mana-mana blogspot saya sambil cuba mencari gambar makam itu kerana setiap cerita mengandungi sesuatu yang tersirat yang mungkin membawa makna baru apabila dibaca lagi...


Daripada Kampung Raja, kami melalui jalan kampung untuk pergi ke Muar, kalau tak salah ingatan melalui pekan Panchor. Tetapi sebelum itu, kami singgah di sebuah masjid lama di Kampung Olak Sepam...


Tu dia, siap diwartakan lagi. Mesti ada ceritanya yang tersendiri.

Saya pula teringat cerita seorang tua yang ditemui di Jorak lebih 2 minggu sebelum itu, ketika mencari tempat bernama Tanjung Olak... Setelah mendapat sebuah mimpi yang agak bermakna di mana saya menaiki sebuah bukit kemudian terkeluar pula nama Tanjung Olak. Tetapi apabila saya pergi ke tempat yang dinyatakan di dalam peta rasmi sebagai Tanjung Olak, ternyata tidak terdapat apa-apa bukit di sekitarnya.

Sekembali daripada Tanjung Olak untuk ke bandar Muar, saya singgah sebentar di Jorak untuk mengisi perut. Di situlah saya berjumpa orang tua yang memberitahu Tanjung Olak yang saya pergi itu bukan Tanjung Olak yang sebenar. Tanjung Olak yang sebenar seperti dikenali orang dahulukala terletak lebih jauh menghala ke timur-laut di sebalik liku-liku Sungai Muar... Apakah Olak Sepam ini tempat letak sebenar Tanjung Olak?


Yang pasti, Kampung Olak Sepam itu membawa kepada Kuala Sungai Pagoh yang bertemu dengan Sungai Muar. Di sini ada kesan sejarah lamanya yang tersendiri kerana daripada Sungai Pagoh lah seseorang itu boleh menaiki sampan (mungkin juga kapal) untuk masuk ke Kampung Raja di mana pernah bersemayamnya seorang Sultan Melaka yang dinyatakan sebagai seorang wali Allah terpilih, Sultan Alauddin Riayat Shah.

Sekian... Cerita ini akan disambung setelah saya dapat menyiapkan cerita-cerita mengenai bandar Tangkak dan Gunung Ledang yang akan dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH sebentar lagi. Semoga cerita-cerita Johor ini dapat disiapkan lalu ditutup hari ini. Selamats! :]

Isnin, Februari 18, 2008

Dari Segamat kembali ke Muar... Peristiwa Bukit Kepong...

Subhanallah! Sampai masanya kita menutup cerita-cerita Johor dengan menyambung kembali daripada apa yang telah ditulis dalam artikel Segar yang amat sangat di Segamat... Ya ke? 10 hari lepas. Setelah bermalam di Masjid Lubuk Batu, Segamat (sila lihat artikel Makam-makam lama di (The old tombs at) Lubok Batu, Segamat... di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ) sampailah masa untuk melangkah kembali ke Muar.
Petang tadi sebuah cerita bertajuk From Segamat to Muar, a stop around the village of Tenang telah dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Ia tentang beberapa tempat yang disinggahi dalam perjalanan kembali ke Muar tetapi sebelum masuk ke daerah Muar. Antara tempat yang disinggahi ialah Makam Tok Tenang, Hutan Lipur Taka Melor dan kolam air panas di Pekan Ayer Panas. Elok juga dibaca untuk kesinambungan sebelum diteruskan cerita di sini...

OK... Selesai berjalan-jalan di sekitar Labis terutama di Kampung Tenang, saya dan host saya di Segamat, Khairul pun memasuki Muar melalui mukim Bukit Kepong... Dalam perjalanan, terlihat sebuah bukit yang menarik hati, tak pasti kenapa... Lalu saya terasa wajib mengambil gambar. Mungkin satu masa nanti akan kelihatan apakah yang sebenarnya menarik tentang bukit ini? Sepertimana tanpa dirancang di Pulau Besar, Melaka, saya telah mengambil gambar tepian hutan bakau yang jika dilihat sekali lalu tidak ada apa-apa yang istimewa, tetapi apabila gambarnya dilihat setelah kembali ke rumah, ternyata ada sesuatu yang luarbiasa? Untuk memahami maksud saya, sila lihat Orang kenit di Pulau Besar, Melaka?


Setelah beberapa ketika, sampailah kami ke pekan kecil Bukit Kepong, pekan yang menjadi terkenal akibat Peristiwa Bukit Kepong di mana balai polisnya telah diserang komunis lalu ramai polis berbangsa Melayu terbunuh, semasa zaman darurat, kalau tak salah ingatan pada tahun 1960an dahulu...

Gambar ini diambil daripada atas jambatan menyeberangi Sungai Muar. Bangunan putih di kanan gambar adalah ibupejabat polis yang diserang komunis dalam Peristiwa Bukit Kepong itu, peristiwa yang menjadi lebih terkenal setelah difilemkan oleh Jins Shamsuddin dalam tahun 1980an gitu...


Saya mengajak Khairul menziarahi satu tempat terlebih dahulu. Letaknya menghala ke Durian Chondong... Dia pernah beberapa kali sampai ke sini...

Tempat yang dimaksudkan terletak di sebuah kampung bernama Pengkalan Kota... Letaknya di tepi Sungai Muar. Untuk mendapat gambaran kedudukannya, lihat bukit di latar-belakang gambar yang ada menara pemancar. Bandingkan dengan gambar yang diambil di atas jambatan tadi. Nampak tak bukit yang sama?

Kami turun untuk makan tengahari. Sebenarnya ketika itu sudah hampir jam 4 petang (atau lebih? Lebih kuranglah itu) tetapi kami belum makan apa-apa sejak pagi di Segamat tadi. Dan memang kami lapar setelah singgah di beberapa tempat, sempat mandi air terjun di Taka Melor kemudian mandi air panas seperti yang diceritakan di From Segamat to Muar, a stop around the village of Tenang ...


Selesai makan, baru kami ke sini untuk menziarahi Makam Raja Temenggung Saleh, pemerintah daerah Muar penghujung abad ke 19 kalau tak salah ingatan. Adapun kawasan ini dikenali sebagai Pengkalan Kota kerana ia pernah menjadi ibukota bagi daerah Muar yang memiliki pemerintahan tersendiri, pemerintahan oleh Raja-raja Temenggung Muar yang berasal daripada keturunan Sayid Ja'afar, kekanda kepada Bendahara Tun Habab. Sila masuk Makam-makam lama di (The old tombs at) Lubok Batu, Segamat... dan Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab untuk cerita berkenaan)...

Oh teringat saya kali pertama sampai di sini tahun 2005... Sampai saya boleh ditahan polis lalu dibawa pergi kerana dikhuatiri saya mungkin seorang penyamun ataupun perompak.

Apa yang berlaku, pada suatu hari saya telah menaiki teksi daripada Kampung Temiang ke bandar Muar. Entah kenapa, saya boleh tergerak untuk bertanya pemandu teksi apakah dia ada berdarah keturunan Bugis. Dalam sedar tak sedar, terkeluar cerita pasal Raja Haji dan keturunannya yang wujud di Muar, terkeluar juga sedikit cerita tentang kesukaan saya menziarahi makam-makam lama. Lalu pakcik itu menyarankan saya agar pergi ke Bukit Kepong dan mencari satu makam di sekitar Durian Chondong. Katanya, Sultan serta kerabat diraja Johor (yang dikenali ramai sebagai berketurunan Bugis) pun sering melawat makam tersebut.

Dipendekkan cerita pada satu hari keluarlah saya menaiki pengangkutan awam ke Bukit Kepong. Untuk pengetahuan ia terletak lebih 40km daripada bandar Muar. Saya pula sampai ke sana hampir jam 4 petang... Lalu terpaksa berjalan kaki kemudian hitchike beberapa kali menumpang kereta dan motosikal sebelum sampai ke tempat yang hendak dituju... Itupun selepas beberapa kali bertanyakan orang tentang tempat yang ada wujud makam lama, maklumlah, bukan semua orang tahu dan bukan semua mahu ambil tahu...

Masalahnya saya sampai ke Pengkalan Kota malam hari... Ternyata penduduk kampung kecil ini agak curiga, maklumlah malam-malam masuk kampung orang. Tetapi ada juga yang menerima kehadiran saya... Saya merancang untuk bermalam di makam malah selepas jam 9 malam, telahpun melabuhkan badan di atas tembok sebelah makam seorang diri! Tetapi kemudian datang beberapa orang kampung dengan lampu suluh menyuruh saya menurut ke jeti...

Kata mereka lebih selesa bermalam di jeti. Di sana, ada yang menceritakan bahawa kedatangan Temenggung Saleh ke Pengkalan Kota ini ada kena-mengena dengan Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Malim Deman. Katanya lagi, setiap kali buaya-buaya di Sungai Muar lalu di Pengkalan Kota, mereka akan timbul di liku sungai yang terdekat seolah-olah memberi tabik hormat sebelum menyelam kembali setelah melepasi liku.

Kemudian tinggal saya keseorangan di jeti menunggu masa melelapkan mata. Tidak lama selepas itu, datang pula 2 orang polis berpakaian biasa tetapi menaiki kereta Kancil peronda lalu bertanyakan bermacam-macam soalan kepada saya... Datang dari mana? Buat apa? Ternyata ada yang tidak percaya dengan kehadiran saya... Rupa-rupanya Pengkalan Kota dan sekitarnya sedang menghadapi masalah penyamun dan perompak, katanya orang Indonesia... Yang pasti orang luar kampung dan saya memang pun orang luar...

Dipendekkan cerita saya disuruh menaiki kereta peronda mengikut ke balai. Kata mereka, demi menjaga hati orang kampung dan mengelakkan rasa curiga, elok saya tidur sahaja di balai. Mereka berjanji, esoknya akan hantar saya kembali ke Pengkalan Kota. Saya menurut sahaja... Yang peliknya balai polis terdekat adalah di Bukit Kepong tetapi mereka membawa saya ke sebuah tempat bernama Kebun Bunga pula, lebih 10km (mungkin 20km!) daripada Pengkalan Kota dan sudah menghampiri sempadan Segamat pula!

Di balai polis Kebun Bunga, saya disoal-siasat lagi. Setelah mendapati saya bukan pesalah, penyamun atau penyangak (malah mereka menghubungi ibu-bapa saya untuk memastikan cerita yang saya berasal daripada Muar tidak dibuat-buat), saya dibenarkan pergi... Pergi ke mana? Kata mereka, suruhlah ahli keluarga atau saudara-mara ambil. Ah, apa ini? Saya tidak mahu menyusahkan keluarga... Ketika itu sudah melepasi jam 2 pagi, dan jarak tempat ini hampir 60km daripada bandar Muar! Cakap memang senang... Mereka tidak tahu masalah saya dengan keluarga ketika itu... Maklumlah seorang graduan daripada London, bekas wartawan akhbar terkemuka berbahasa Inggeris tetapi kemudian tidak bekerja, merayap-rayap pula ke makam-makam lama... Berapa ramai keluarga yang tahan dengan kerenah anak sebegini?

Saya minta kebenaran untuk bermalam di balai tetapi mereka tak kasi pula... Agaknya mereka ingat saya orang gila. Apapun saya terima apa yang berlaku sebagai satu arahan daripada Allah untuk pergi ke tempat lain pula. Memandangkan sudah hampir ke Segamat, saya pun berjalan kaki dalam gelap-gulita melalui jalan utama yang berbelit-belit membelah kawasan ladang yang dikatakan tempat pontianak menyakat orang.

Dalam berjalan itu saya cuba menahan kereta dan lori yang lalu-lalang. Lagi berdesup laju mereka ada le... Terpaksalah saya terus berjalan menghala ke Segamat. Nasib baik akhirnya ada hamba Allah kesihan. Ceritanya, dia sudah bergerak jauh melepasi saya tetapi terdetik hati merasa kesihan lalu berpatah kembali mengambil saya, diturunkan di Jementah di mana masjidnya ada tempat orang musafir berehat.

Dipendekkan cerita sekali lagi, saya terus ke Segamat menaiki bas keesokan pagi. Itulah kali pertama saya melawat makam di Lubuk Batu (lihat Makam-makam lama di (The old tombs at) Lubok Batu, Segamat... ), setelah lama mendapat tahu akan kewujudan makam keluarga Raja Temenggung Muar di sana...

Oh, berbalik pada cerita di Pengkalan Kota. Khairul yang telah beberapa kali ke sini menunjukkan sebahagian daripada batu-batu yang pernah menjadi tembok kota lama...


Selesai ziarah di Pengkalan Kota, kami kembali ke pekan Bukit Kepong untuk masuk ke jalan utama menghala ke Muar melalui Lenga. Berhenti sebentar untuk mengambil gambar balai polis Bukit Kepong yang pernah diserang komunis dalam Peristiwa Bukit Kepong...


Ini pula kedudukan balai polis itu (yang kelihatan putih) dengan sungai dan jambatan. Sekian... Cerita akan disambung kemudian...

Khamis, Februari 14, 2008

Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 3...

Tadi, dalam posting bertajuk Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 2..., kita telah bercerita tentang "kekusutan" makam-makam di Lenggong, kali ini beralih pula ke sekitar Teluk Intan iaitu dalam lawatan yang dibuat 4 atau 5 hari selepas itu...

Lihat makam ini... Lihat betapa tebalnya tumbuhan di kawasan makam...


Tengok... Batu nesan yang ada hampir diselaputi pokok-pokok...


Nasib baik papantanda ini dalam keadaan baik... Cuma tulisannya sudah sedikit kabur dan sebahagiannya dilindungi pokok-pokok. Untuk pengetahuan, ini adalah Makam Sultan ke 22 Perak, Sultan Abdullah Muhammad Shah 1. Bukan Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelles ya... Walaupun namanya sama, yang itu adalah Sultan ke 26...

Ini lagi satu kes makam yang tidak lagi berjaga sedangkan dahulu ia kelihatan elok... Lihat artikel Membetulkan kain batu nesan (Repositioning the cloth on tombstones) dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) sebagai contoh...

Hmm... Mungkin juga makam-makam Sultan-sultan Perak yang tidak lagi terjaga setakat yang dilihat ini adalah kerana ia sudah jauh daripada jurai keluarga yang memerintah sekarang. Maklumlah, Perak mempunyai sistem giliran yang membolehkan pelbagai pecahan keluarga diraja menaiki takhta walaupun mungkin keluarga-keluarga ini sudah terpisah jauh dan tidak lagi berbaik antara satu sama lain.

Sebagai contoh Sultan Abdullah yang makamnya dipaparkan di atas telah menerima tentangan Raja Muda Jaafar yang berpangkat anak saudara, anak saudara yang merampas takhta kerana tidak sabar lagi menunggu gilirannya. Raja Muda ini kemudian naik menjadi Sultan ke 23. Untuk pengetahuan, Raja di Hilir Perak sekarang, Raja Jaafar adalah dari keturunan Sultan Jaafar ini. Namanya ialah Raja Jaafar bin Raja Muda Musa bin Sultan Abdul Aziz bin Raja Muda Musa bin Sultan Jaafar.

Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelles iaitu Sultan Perak ke 26 juga adalah anak Sultan Jaafar. Tetapi jurai keluarga baginda seakan diketepikan daripada takhta yang sejak penghujung abad ke 18 Hijrah nampaknya ditentukan oleh penjajah Inggeris. Ini kerana Sultan Abdullah terlibat dalam pembunuhan J.W.W. Birch 1875. Anak cucu Sultan Abdullah yang pernah paling hampir dengan takhta ialah Raja Chulan yang namanya diabadikan di sebuah jalanraya utama Kuala Lumpur. Selain baginda, nampaknya tidak ada lagi kerabat Sultan Abdullah yang dimasukkan di dalam senarai Raja-raja Bergelar yang boleh menaiki takhta.

Sultan Perak sekarang, Sultan yang ke 34 adalah Sultan Azlan Shah bin Sultan Yusuf bin Sultan Abdul Jalil bin Sultan Idris (yang membuka Bukit Chandan dan Kuala Kangsar) bin Raja Bendahara Alang Iskandar. Raja Alang Iskandar pula adalah adinda Sultan Jaafar yang disebut tadi. Jadi nyata keluarga sekarang dengan jurai Sultan Abdullah I yang makamnya ditunjukkan bersemak tadi sudah dikira keluarga jauh. Begitu juga keadaannya dengan beberapa Sultan Perak yang makam telah ditunjukkan dalam artikel Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 1.... Maka apakah ini sebabnya makam-makam itu tidak lagi terjaga?


Sekarang lihat pula makam ini... Masyaallah, macam nak runtuh!


Malah papantandanya pun sudah jatuh, tinggal bingkai yang melopong ini...


Kenapa begitu teruk?


Lihat batu nesan di dalamnya. Lihat semak-samun di dalam lingkungan pagar makam...


Lihat lebih dekat batu nesan yang sebenarnya adalah sebuah batu peringatan ini... Cuba bandingkan dengan gambar-gambar yang terdapat dalam posting Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 1 . Ingat. Gambar-gambar ini diambil sekitar 2 minggu lalu sedangkan gambar dalam cerita mencari makam Raja Ahmad itu diambil September 2006.


Untuk pengetahuan, inilah makam Raja Ahmad yang di batu peringatannya tertulis perkataan "Sultan Ahmad Waliyullah"... Kenapa boleh jadi begini? Allah...

Adapun setahu saya, sejak Sultan Idris 1 membuka Kuala Kangsar dan Bukit Chandan tahun 1880an, SEMUA Sultan-sultan Perak dan Raja-raja Bergelar (Raja Muda, Raja di Hilir, Raja Kechil Besar dan sekiannya walaupun tidak sempat menaiki takhta) adalah daripada keturunan Raja Ahmad. Kenapa sampai hati membiarkan makam nenda jadi begini? Atau kamu semua terleka dengan dunia sekarang sehingga tidak ada masa langsung menjenguk atau mengambil tahu tempat tinggalan nenek-moyang?

Yang peliknya, berbanding lawatan-lawatan saya yang lepas-lepas, kawasan sekitar makam pula yang lebih terang. Dahulu, saya tidak dapat melihat Sungai Terus, sungai kecil di belakang makam yang dikatakan tempat Raja Ahmad jatuh lalu hilang tidak ditemui. Dahulu, semak-samun di belakang menghalang pemandangan...


Sekarang, bukan sahaja Sungai Terus boleh kelihatan, Sungai Perak pun boleh nampak daripada kawasan makam kerana kawasan sekeliling sudah jadi lebih terang. Jadi, kenapa pula kawasan makam jadi begitu semak?

OK... Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya pilih tajuk yang agak pelik iaitu "Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama" untuk cerita-cerita ini. Tadi dalam Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 1... telah disebut bahawa saya "terpanggil" untuk membuat cerita-cerita ini setelah mendengar tentang pembubaran Parlimen semalam diikuti penetapan tarikh mengundi untuk Pilihanraya ke 12 Malaysia yang telah ditetapkan pada Mac 8. Tapi apakah kaitan sebenar pilihanraya dengan makam-makam ini?

Let's get straight to the point ya... Cerita banyak sangat pun tak guna. Begini le... Kalau nak dekat pilihanraya, kita selalu melihat jalan-jalan buruk tiba-tiba "dibarukan", maka apa kata pihak yang berwajib di luar sana sudi membersihkan makam-makam Melayu lama yang telah saya paparkan, juga mana-mana makam yang boleh dikenali ramai... Tentu mereka ada wang dan peruntukan jika mahu bukan? Sedangkan semua orang tahu, apabila masuk musim pilihanraya, berjuta-juta Ringgit akan bertukar tangan begitu sahaja semata-mata untuk memastikan kemenangan pihak yang lebih berduit... Takkan tak boleh salurkan sedikit?

Apa salahnya gunakan sedikit wang yang ada untuk menceriakan kembali makam-makam lama? Nak harap semua makam dibersihkan memang susah... Ada banyak juga yang terletak di ceruk mana, entah makam siapa... Siapa pula yang patut bertanggungjawab... Tetapi semua makam yang saya sebut dalam penceritaan kali ini adalah makam-makam yang telah diwartakan termasuk makam Sultan-sultan, bukan makam sembarangan... Jadi apa lagi? Silalah bersihkan sebelum pilihanraya bermula nanti.

Cuba fikirkan... Bersihkan makam-makam ini sebagai amal jariah dan tanggungjawab. Rasanya banyak pihak terlibat termasuk pihak berwajib dan anak cucu kerabat keluarga yang ada kena-mengena. Bersihkan supaya warisan Melayu lama yang membentuk jatidiri sebenar kita tidak dilupakan...

Bersihkan dan makmurkan kembali makam-makam ini, sekurang-kurangnya sebagai tempat-tempat untuk mengenang dan mengambil iktibar cerita-cerita lama sambil selalu mengingatkan mati seperti yang disarankan Rasulullah SAW... Jangan terpengaruh dengan ajaran Wahabi yang suka mengkafirkan orang dan menganggap penghormatan terhadap makam-makam lama adalah tahyul belaka...

Yang tahyul adalah kerja meminta sesuatu dengan penunggu yang dikatakan menghuni makam-makam sedangkan ziarah makam dan memikirkan kematian sangat digalakkan. Jika kita memutuskan hubungan ingatan dan sejarah dengan orang-orang mati yang melambangkan perjalanan bangsa kita dahulukala, dikhuatiri kita akan jadi bangsa yang semakin hanyut ditelan arus keBaratan pro Yahudi Zionis yang mengajak kita leka dengan dunia lalu senang dicucuk hidung dan diperintah mereka...

Lihat apa yang pernah terjadi di Tanah Arab dahulu... Bagaimana pemerintahan Mekah dan Madinah oleh keluarga Sharif Mekah keturunan Ahlul Bait anak cucu Rasululluah SAW daripada jurai Saidina Hassan ditamatkan dengan kasar oleh keluarga Bani Saud dengan sokongan gerakan Wahabi yang menggunakan alasan kononnya Sharif-sharif Mekah mempertahankan pemerintahan yang bathil, salah satunya atas sebab menghormati makam-makam lama, juga mengingati Rasulullah SAW selalu dengan penuh kasih-sayang dan hormat dengan acara-acara Maulud yang dituduh bida'ah oleh golongan Wahabi...

Lihat juga apa yang terjadi kepada kerajaan KeKhalifan Turki Uthmaniyah sebelum itu.. Mereka dipaksa melutut dalam Perang Dunia I oleh kuasa-kuasa Barat kemudian keSultanannya ditamatkan dengan pukulan sekular Kamal Attartuk sehingga umat Islam seluruh dunia kehilangan satu pelindung besar dan jadi anak-anak yatim yang semakin senang dijajah. Hasilnya terasa hingga kini di mana umat Islam tidak mampu membela Palestin... Turki pula terus dibodohkan sehingga usaha untuk membenarkan warga perempuannya memakai tudung pun ingin ditentang... Membenarkan sahaja, bukannya memaksa... Apakah masalah mereka? Kata berfikiran liberal dan demokrasi... Patutnya benarkanlah seseorang itu memilih untuk pakai tudung atau tidak, bukan diharamkan... Pelik!

Sempena pilihanraya semakin dekat ini, beringatlah kita... Jangan biarkan pihak-pihak yang cuba memadamkan warisan serta jatidiri sebenar kita terus berkokok berlagak sana sini kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Jangan biarkan keMelayuan kita dipadamkan, jangan biarkan Melayu dipinggirkan. Jangan sampai Malaysia menjadi (atau ditelan?) Singapura... Singapura yang kononnya mengamalkan meritokrasi tetapi sebenarnya meminggirkan Melayu. Singapura yang cuba menghilangkan segala sejarah pulau itu yang berkaitan Melayu. Singapura yang sangat bangga "diasaskan" (kononnya) oleh Stamford Raffles sedangkan mamat (ni kira bahasa baik ni, kalau tak mahu sahaja saya maki-hamun si celaka ini) yang bertanggungjawab memecahkan dunia Melayu buat selama-lamanya, melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang kemudian membawa kepada kewujudan Malaysia dan Indonesia... Malaysia dan Indonesia yang seringkali keliru akan makna Melayu, masing-masing mengaku dialah yang lebih Melayu, dialah yang mencipta batik, silat dan sebagainya sedangkan kita sama sahaja, ahli-ahli perkumpulan besar persatuan bangsa-bangsa bersatu beragama Islam yang diikat dengan budaya, adat-istiadat dan penggunaan bangsa Melayu.

Sekian... Harap maklum... Vote for the truth not Machiavelian characters and liars. :]


Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 2...

OK... Sambung terus daripada Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 1... . Dua hari selepas melawat makam-makam di sekitar Perak tengah termasuk di Kampung Gajah, saya pergi menziarahi makam-makam lama di sekitar Lenggong pula iaitu di utara/timur-laut Perak...
Kali ini saya pergi bersama seorang kawan lama iaitu saudara Asri... Kawan ini pula mencadangkan agar dibawa sebilah parang bersama... Ternyata parang itu sangat berguna nanti...


Di atas adalah makam Tok Terosor seorang pembesar Melayu dahulukala. Kalau tak salah ingatan, beliau pernah memegang jawatan Orang Kaya-kaya Sri Adika Raja Shahbandar Muda.

Saya dapat tahu tentang kewujudan makam ini setelah membaca sebuah buku tentang tempat-tempat bersejarah di Perak, kalau tak salah terbitan pihak muzium. Tercatat di situ, Tok Terosor adalah dari keturunan Tun Saban, seorang pembesar Melayu yang pernah memerintah kawasan Hulu Perak dan terlibat dalam pertabalan Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Shah I pada tahun 1528.

Makam ini terletak sekitar 80 meter sahaja daripada jalan utama di Kampung Chegar Galah, setentang dengan sekolah. Tetapi kami menghadapi masalah mencarinya kerana ia tidak dapat dilihat daripada luar akibat semak-samun dan hutan belukar yang mengelilinginya...



Ini adalah kawasan di dalam lingkungan pagar makam. Boleh nampak tak batu nesannya? Kami pun menghadapi masalah mencarinya kerana tumbuh-tumbuhan yang "menyerabaikan" keadaan...

Sori... Terasa nak guna perkataan "serabai" di sini. Takkan tak faham... Ala, kalau orang kata muka mamat tu serabai... Ertinya semak-samun semacam le dengan misau janggut bergulung-gulung tak trim gitu...


Bila diperhatikan lebih dekat, baru boleh kelihatan batu nesannya...


Apapun, kami usahakan sedikit apa yang mampu dengan tulang empat kederat dan sebilah parang yang dibawa... Setelah beberapa ketika, barulah kawasan makam itu kelihatan lebih terang. Alhamdulillah!


Kami beredar daripada Makam Tok Terosor dan masuk ke sebuah lorong kampung bersebelahan Sungai Perak, masih lagi di Kampung Chegar Galah. Di sini terletak pula Makam Tok Jawang, seorang lagi pembesar lama Melayu... Kalau tak salah ingatan, beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Tok Terosor, anak cucu Tun Saban juga...


Tidak seperti Makam Tok Terosor yang lebih tersorok akibat belukar di antara makam dan jalan utama, Makam Tok Jawang ini boleh kelihatan nyata dan sangat dekat dekat jalan. Sayangnya kawasan makam ini jauh lebih bersemak...


Ah... Di sini ternyata lebih susah hendak mencari batu-batu nesan di sebalik semak...


Bayangkan, dalam lingkungan kawasan berpagar makam seluas kira-kira 8 x 20 kaki persegi (anggaran saya le) pun siap ada pokok separuh tumbang! Belum dikira segala macam pokok yang menjalar... Kalau tengok pun mahu rasa give-up!


Tapi tak sampai hati kami hendak membiarkan ia terus bersemak-samun begitu. Sedikit demi sedikit kami cantas pokok-pokok yang sepatutnya tidak ada kena-mengena dan humbankan ia keluar pagar, mana yang mampu le... Hasilnya, terang sikit le kawasan makam ni...


Lihat... Kan lebih melapangkan dada?


Seterusnya kami kembali ke kampung Asri iaitu Kampung Cha'in, 1-2 km di selatan pekan Lenggong. Di sini terletak makam Tok Busu Sega yang juga pernah memegang jawatan Orang Kaya-kaya Sri Adika Raja Shahbandar Muda...

Sebenarnya hari sebelumnya, kami telah cuba mencari makam ini. Menurut Asri yang selalu juga balik ke kampungnya dari tempat bekerjanya di Ipoh (sekarang Sg. Siput), dia selalu perasan makam ini kelihatan daripada tepi jalan berdekatan rumahnya kerana ia adalah satu-satunya makam di situ dan binaannya amat terserlah, Tetapi selama ini Asri kurang ambil tahu... Saya pula baru mendapat tahu tentang kewujudan makam ini daripada buku yang dibaca...

Ketika saya mengajak Asri mencari makam ini, baru dia sedar ia tidak lagi kelihatan. Kebetulan di sebelah kawasan di mana makam ini pernah kelihatan dahulu terdapat tambakan tanah selebar tambakan untuk binaan highway yang baru dibuat... Apakah ia telah tertimbus? Atau...

"Takkan makam ni dah kena alih kot?" tanya Asri kehairanan... Begitu juga orang-orang kampung yang kebetulan ditemui... Masing-masing baru tersedar, makam yang selama ini selalu kelihatan daripada tepi jalan tidak dapat dilihat lagi.

Itulah sebenarnya sebab Asri membawa parang keesokannya... Tujuan utama adalah cuba mencari kembali Makam Tok Busu Sega tetapi kami membuat keputusan untuk melawat makam-makam lain terlebih dahulu iaitu Makam Tok Sendalu dan Makam Tok Lalang di Luat kemudian baru ke Makam Tok Terosor dan Makam Tok Jawang juga Makam Sharif Shamsuddin di Kampung Chegar Galah.

Ah... Ceritanya ada dinukilkan sedikit sebanyak di sini hujung bulan lalu. Sila baca Salam daripada Lumut, Perak... Salam Perak Man, hehe!

Apapun, Makam Tok Busu Sega sebenarnya sudah tersorok di sebalik rumpunan buluh dengan ketinggian tidak kurang 30 kaki meliputi kawasan hampir setengah ekar... Saya telah menyelinap masuk ke rumpun buluh yang luarnya seperti "dipagar" semak-samun pokok-pokok menjalar lalu kelihatanlah binaan makam di dalam...


Lihat... Pintu pagarnya pun dah jam akibat dijerut pepohon menjalar...


Beginilah keadaan makam apabila kami sampai. Baru Asri sedar, rasanya kali terakhir Makam Tok Busu Sega ini boleh kelihatan daripada tepian jalan adalah beberapa bulan lalu tetapi selama ini semua orang tidak berapa ambil peduli, take for granted gitu..

"Selama ini memang ada orang jaga, orang muzium" kata Asri. "La ni macam orang dah tak peduli nampaknya. Tapi aku rasa peruntukan memang ada. Jadi apa jadi kat peruntukan ni... Takkan kena sebat kot?"

Hmm... Sesuatu yang harus kita fikirkan... Food for thought... Mentang-mentang tidak ada pihak yang betul-betul memantau, habis dibiarkan kawasan makam jadi hutan... Dan mungkin wang yang sepatutnya digunakan untuk kerja-kerja ini sebaliknya diberi makan pada anak bini. Haram wooo!!!


Apapun, kami buatlah apa yang kami mampu... Walaupun memang bersemak teruk dengan banyak batang buluh reput meliputi kawasan makam, kami dapat juga membersihkannya ke tahap yang agak melapangkan dada dan penglihatan... Maklumlah, dah buat "training practice" kat Makam Tok Terosor dan Makam Tok Jawang tadi. Bila sampai kat sini, dah tak begitu terasa akan betapa beratnya membersihkan kawasan bersemak ini.

Agaknya inilah hikmahnya kami ke Luat dan Kampung Chegar Galah terlebih dahulu. Kalau pergi mencari Makam Tok Busu Sega terlebih dahulu lalu tak jumpa, mungkin kami akan terus mengalah... Petang sebelumnya pun kami sudah meredah belukar semak-samun agak jauh untuk mencarinya, cuma tidak masuk ke dalam lingkungan rumpunan buluh sahaja. Mungkin kami akan menganggap, memang betul makam ini telah dialih ke tempat lain?

Adapun semua nama-nama yang disebut ini adalah daripada keturunan Tun Saban. Sedangkan Tun Saban memang meninggalkan banyak keturunan sehingga sekarang di Perak dan ramai pula masih mewarisi jawatan orang-orang besar istana dan berpangkat pula... Jadi apalagi wahai anak cucu Tun Saban, buatlah sesuatu untuk tok-nenek moyang keluarga kamu!

OK... Cerita seterusnya akan dibuat dalam posting selepas ini. Sila! :]



Pilihanraya Malaysia yang ke 12 dan makam-makam lama... Bahagian 1...

Assalamualaikum semua. Berjumpa lagi kita di sini... Sebenarnya saya bercadang, jika membuat posting baru selepas cerita Segar yang amat sangat di Segamat... Ya ke? yang dibuat seminggu lalu, ia haruslah tentang apa yang berlaku dan dilihat dalam perjalanan daripada Segamat ke Muar. Kalau boleh saya mahu menutup terus cerita tentang pengembaraan Johor yang dibuat sebulan lalu tetapi ia tidak semudah itu. Jika mahu menutupnya, saya perlu juga membuat entry di blogspot-blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ... Apa yang ingin dikongsi bersama termasuk gambar masjid-masjid yang menarik dan makam-makam tertentu di Muar memerlukan agar cerita dipecahkan kepada sekurang-kurangnya 3 bahagian bersamaan satu cerita untuk setiap blogspot saya. Alangkan hendak membuat satu cerita pun bukannya mudah kerana perlu mendapatkan mood dan gerak rasa yang sesuai sebelum sesuatu cerita itu dapat keluar mengalir, inikan lagi tiga...

Apapun, keadaan terbaru semasa telah merubah perancangan ini... Saya rasa pembaca semua tahu bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah telah pun membuat pengumuman akan pembubaran Parlimen semalam sedangkan tengahari tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Rashid pula mengumumkan tarikh mengundi 8 Mac ini. Ini bermakna satu negara akan mula kalut dengan pelbagai aktiviti. Seperti yang kita tahu, setiap kali masuk musim pilihanraya dan orang berkempen, tiba-tiba sahaja pelbagai bantuan "ikhlas" akan muncul di merata tempat... Waima jalan-jalan berlubang jauh di ceruk rantau tempat jin bertendang pun bakal berubah jadi cantik sebagai "bukti" keprihatinan pihak-pihak tertentu.

Saya rasa ramai di sini sedia maklum saya tidak suka dunia politik. Pandangan saya tentang dunia politik moden serta sistem demokrasi yang pada saya cuma ciptaan Yahudi Zionis sahaja agar mereka dapat menentukan arah tuju pemerintahan dunia telah saya suarakan dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh", terutama dalam buku 2 "Membela Syiar yang Asal", melalui bab bertajuk "Demokrasi vs Raja-raja: Satu sisipan tambahan". Isi daripada bab ini telah saya post kan di blog ini di bawah tajuk-tajuk berikut...


Helah Yahudi Zionis memerintah dunia I

Helah Yahudi Zionis memerintah dunia II

Helah Yahudi Zionis memerintah dunia III

Membela Raja-raja - Sambungan daripada cerita helah Zionis memerintah dunia

Demokrasi vs Raja-raja lagi?

Jihad dan Raja-Raja I

Jihad dan Raja-Raja II

Jihad dan Raja-Raja III

Terus terang cakap, saya memang tidak mahu terlibat langsung dengan dunia politik. Pengalaman sebagai wartawan serta lingkungan keluarga dan kawan-kawan yang terdiri daripada orang-orang berada telah memberi peluang untuk saya mengenali ramai orang bertaraf VVIP dan mengenali aktiviti sebenar mereka lebih jauh daripada yang mampu dikenali kebanyakan orang... Lalu saya tahu dan yakin betapa ramai yang cakap tak serupa bikin malah penipu serta penjual maruah agama dan bangsa yang pandai bermain dengan kata-kata termasuk menjual ayat-ayat AL-Quran. Apapun saya akur akan betapa relevannya suasana sebegini pada kehidupan dunia sekarang. Tak dapat tidak, sedikit sebanyak, cara kita membawa diri turut terpalit dengan suasana sekeliling walaupun kita sekadar bertindak sebagai pemerhati... Maka biarlah saya mengenengahkan salah satu "visi politik" atau manifesto saya pula ya... Sila, hehe!



Lihat papantanda-papantanda ini... Agak-agak papantanda apa ya?


Ah... Di sebelahnya ada pula bangunan seperti bangsal yang hampir roboh... Apa ini?


Ait? Apa pula batu-batu nesan yang dikelilingi semak-samun... Dah... Cerita apa pula nak masuk pilihanraya terbaru ni?


Aduh... Adik Syahir yang menjadi host saya ketika dalam perjalanan mengambil gambar-gambar ini melihat daripada luar sambil menggeleng-gelengkan kepala... Sedikit cerita berkaitan tentang apa yang sedang berlaku ketika itu telah dinukilkan lebih 2 minggu lalu dalam posting bertajuk Sekali lagi, salam daripada Sungai Siput!

Baiklah, biar saya berterus-terang... Apa yang kelihatan adalah makam-makam lama... Kenapa saya highlight kan di sini? Kerana makam-makam ini bukan milik sembarangan orang... Ia adalah makam Sultan-sultan Perak terdahulu!

Jadi kenapa pula jadi semak sebegitu rupa? Itulah yang saya mahu orang ramai tahu. Kerana gambar-gambar yang diambil lebih 2 minggu lalu itu boleh dikatakan sebagai pengukur akan betapa prihatinnya kita terhadap warisan-warisan lama orang Melayu... Jika makam-makam Sultan sebuah negeri yang berdaulat lalu telah diwartakan dan kalau tak salah saya berada di bawah penjagaan pihak muzium pun boleh jadi begitu rupa, apatah lagi warisan-warisan lain milik orang Melayu yang kurang berkedudukan dan berpangkat?

Kalau nak tahu Sultan-sultan yang mana, sila blow up gambar papan kenyataan di atas. Takkan semuanya saya nak bagi makan suap. Untuk pengetahuan, makam-makam ini terletak di Kampung Gajah, Perak...


Sedikit ke utara daripada makam-makam tadi, terdapat pula makam-makam ini yang juga kelihatan tidak terjaga...


Ia juga milik Sultan-sultan Perak terdahulu...


Lihat semak-samun di sekeliling. Kenapa tidak ada orang yang menjaganya? Apakah tidak ada peruntukan? Bukankan makam-makam ini telah diwartakan? Jika pihak muzium tidak mahu menjaganya, bagaimana pula pihak-pihak yang terlibat dengan kerabat diraja dan istana? Kenapa dibiarkan makam-makam Sultan Perak jadi begini buruk? Atau mungkin peruntukan memang ada tetapi ditelan mereka yang tidak amanah kerana pada mereka apa guna dijaga makam-makam ini... Bukannya ada sesiapa mahu ambil tahu...

Sebenarnya ada juga makam-makam yang terjaga... Lihat gambar di bawah pula..


Nampak? Agak teratur dan elok kan... Kalau nak tahu (kali ini biar saya sebut nama) inilah makam Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Shah I yang mula memerintah Perak tahun 1528...



Lihat... Kan sejuk mata memandang? Kenapa makam-makam Sultan lain yang dipaparkan di atas tidak diberikan layan serupa? Sedangkan seperti makam-makam itu, makam Sultan Muzafar ini juga terletak di kawasan yang boleh dikira ceruk... Sekurang-kurangnya 1 km melepasi kawasan kampung dan jauh daripada jalan utama, terletak pula di dalam ladang kelapa sawit...

Kalau boleh saya ingin meluahkan apa yang terbuku dalam hal ini melalui satu cerita sahaja tetapi jumlah gambar yang perlu dipakai menyebabkan saya rasa elok cerita ini dipecah 3. Maka itu cerita akan disambung selepas ini. Teruskan membaca...