Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Disember 30, 2006

Perang Akhir Zaman - Bahagian I

Hmm… Seronok pula membuat artikel “Bukan senang woo nak berhenti merokok!” menggunakan postings yang dibuat dalam forum kegemaran saya iaitu Forum CVT. Di sini tergerak pula untuk menggunakan postings daripada thread bertajuk “Perang Akhir Zaman” yang dibuat dalam forum yang sama.
Untuk makluman, thread yang dibuka lebih 6 bulan lalu ini merupakan permulaan saya mula aktif menulis dalam Internet. Entah kenapa, pada ketika itu, saya terasa seperti perang dunia ketiga sudah terlalu hampir lalu perlu untuk berkongsi rasa dengan sesiapa sahaja yang sudi berbincang sama.
Thread ini telah menjangkau 41 mukasurat, oleh itu biarlah saya ambil bahagian tertentu sahaja OK, itupun eloklah dipecah kepada 3 bahagian, bermula dengan pembukaan di bawah… Silakan…

Posted: 15 June 2006 at 12:10am
Assalamualaikum para saudara (oppss... dan saudari) forumers sekalian. Saya telah mengikuti topik-topik di forum cvt sejak awal tahun ini, baru malam ini dapat gerak untuk terjun sendiri ke dalam.
Saya ingin mengajak sesiapa yang berminat atau mempunyai pengetahuan untuk membincangkan satu wasiat yang dikatakan sebuah hadis Rasulullah SAW. Setakat diketahui, ia tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis sahih yang disepakati, malah mana-mana kitab rasmi agama Islam. Tetapi ia wujud dalam dua kitab Melayu yang dianggap sebagai dua sumber utama pensejarahan Melayu lama iaitu Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang.
Cuba baca kata-kata Nabi ini:

Sepeninggal aku telah wafat kelak akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.
Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu,
serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.
Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah.
Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama.


Kitab Sulalatus Salatin menyebut Mengiri sebagai negeri Muktabar. Apapun, fakir yang dimaksudkan adalah orang yang sama, Fakir Muhammad, seorang Sultan berketurunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang turun takhta untuk mengikuti rombongan menjalankan wasiat Nabi tersebut ke Samudera (dalam Aceh sekarang).
Untuk makluman, nakhoda kapal rombongan ini ialah Sultanul Arifin Sheikh Ismail yang dimakamkan di Pulau Besar, Melaka.
Dalam mission ini, baginda telah berjumpa dengan pengasas keSultanan Samudera iaitu Sultan Malikus Salih.
Kenapa wasiat ini menyebut dari negeri itu akan muncul banyak wali? Apakah ada rahsia berkaitan peristiwa akhir zaman (kebangkitan Islam dari Timur) di sebalik semua ini?
Diharap ada yang sudi menyambut perbincangan ini. Wassalam

Posted: 15 June 2006 at 5:22pm
Assalamualaikum para saudara sekalian.
Untuk saudary sammy terutamanya, bila dikatakan sabda Nabi mengenai Samudera ini tidak wujud dalam kitab hadis sahih. Sebab itu saya ajak saudara semua berbincang.
Tentang sahih tak sahih, banyak juga hadis-hadis Nabi termasuk hadis Qudsi yang tidak ada dalam Sahih Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan sebagainya muncul pula dalam pengajian tariqat dan kitab-kitab Tasawuf. Saya tidak dapat memberi contoh off-hand tetapi confirm memang ada. Sebabnya, ada hadis-hadis yang telah digelapkan sepanjang tempoh pemerintahan Bani Umaiyah selama hampir 100 tahun dan Bani Abbasiyah selama hampir 500 tahun atas sebab-sebab tertentu tetapi terus dipegang oleh golongan tertentu terutama ahli Sufi yang menyanjung tinggi kaum kerabat Rasulullah SAW. Proses pengumpulan hadis secara rasmi dimulakan semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Ibnu Aziz, lebih 80 tahun selepas Nabi Wafat. Kitab-kitab Sahih pula wujud sekitar 120 kemudian. Maka logiklah jika ada hadis-hadis yang hilang.
Perhatikan dalam bab ilmu Sahih Bukhari dan Muslim, ada tersebut Abu Hurairah berkata dia ada menyimpan dua karung hadis, satu disiarkan kepada umum, satu tidak. Kerana katanya, jika disiarkan satu karung lagi nescaya lehernya akan dipancung. Kebetulan dia juga hidup semasa zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan dan anaknya Yazid, orang-orang yang diketahui sedikit anti pada Ahlul Bait. Pada zaman itu, sesiapa yang memperbesarkan kelebihan Bani Umaiyah boleh mendapat pelbagai ganjaran sedangkan sesiapa yang menceritakan apa-apa kelebihan anak cucu Nabi boleh disiksa malah dipenjarakan dan dibunuh.
Untuk kefahaman lanjut, elok kaji apa yang berlaku setelah Perang Siffin, pertembungan antara golongan yang menyokong Saidina Ali dengan penyokong Muawiyah. Apa berlaku seterusnya setelah Saidina Hassan mati diracun dan Saidina Hussein terbunuh di Karbala. Jangan anggap ini semua perspektif Syiah. Sila berfikiran terbuka.
Apapun, jika sabda Nabi mengenai negeri Samudera itu tidak dapat dibuktikan kesahihannya, persoalan seterusnya kenapa ia boleh muncul dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sulaltus Salatin? Kedua-dua ini adalah kitab besar sejarah orang Melayu, bukan kitab sebarangan. Saya percaya ada rahsia besar di sebalik ini - anak zuriat tertentu yang ditinggalkan di bumi Serambi Mekah yang akan bersambung terus sehingga ke akhir zaman, sehingga kemunculan panji-panji hitam dari Timur. Insyaallah!

Posted: 18 June 2006 at 10:08pm
Assalamualaikum para forumers.
Mengenai sabda Nabi tentang negeri Samudera itu sahih atau tidak, saya pun tak berani nak confirm. Yang pasti, ia memang ada dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang dikarang oleh Tun Sri Lanang, Bendahara Johor pada abad ke 17. Tun Sri Lanang dan kerabat diraja Johor pernah ditawan ke Aceh pada zaman pemerintahan Raja Aceh Sultan Iskandar Muda (mangkat 1636 Masihi) lalu pernah dilantik menjadi pembesar bertaraf raja di Semerlanga Aceh. Sultan Johor ketika itu, Sultan Alauddin Riayat Shah III pula telah dihukum bunuh di Aceh tahun 1615 kerana bersubahat dengan penjajah Barat.
Refer to Jejak Rasul 11 yang ditayangkan di TV3 Ramadhan lalu tentang kehadiran Tun Sri Lanang di Aceh, seorang Bendahara Johor yang terpelajar. Maka itu hadis atau sabda ini bukannya baru muncul tetapi sudah lama terdapat di dunia Melayu. Cuma mungkin ramai yang tidak teliti lalu tak perasan pun ianya ada di depan mata. Refer balik kepada posting pertama saya dalam thread ini.
Kedua-dua kitab ini telah dirumikan dan pernah menjadi bahan text sastera wajib untuk pelajar Tingkatan Enam sekolah-sekolah Malaysia sehingga hujung tahun 80an. Jadi jika sabda Nabi mengenai Samudera di dalam adalah palsu semata-mata, kenapa dibiarkan dalam buku text yang boleh dibaca berjuta-juta umat Islam di Malaysia selama beberapa dekad?
Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu edisi rumi terbaru juga telah dibukukan kembali oleh Yayasan Karyawan juga Dewan Bahasa dan Pustaka, boleh didapati di kedai-kedai buku besar seperti Books Kinokuniya dan Bordes. Jadi pada siapa yang sangsi, silalah cari kitab-kitab ini dan baca dengan teliti.
Di sini biar saya beri sedikit latar-belakang kemunculan Islam di Aceh seperti yang diakui para sejarawan peringkat sarjana kemudian cerita-cerita lama dari mulut orang tua-tua dan sumber-sumber tertentu untuk renungan para forumers. Semoga kita semakin faham kenapa panji-panji hitam akan muncul dari Timur. Insya'allah.
-----------------------
Pada tahun 804 Masihi telah muncul satu rombongan 100 orang pendakwah dari Timur Tengah yang berlabuh di Perlak (dalam Aceh sekarang), katanya dari Baghdad. Ketika itu kerajaan Perlak sedang diperintah oleh seorang raja bernama Merah Shahir Nuwi, dikatakan berasal dari keturunan seorang bangsawan Parsi bernama Salman. Sumber-sumber tertentu menyebut Salman yang dimaksudkan adalah sahabat Nabi, Salman al-Farisi. Dan baginda sebenarnya adalah seorang pewaris kerajaan Dinasti Sassanid yang memerintah Parsi, satu di antara dua kerajaan terbesar di dunia dahulukala.
Rombongan ini diketuai oleh seseorang yang cuma dikenali sebagai Nakhoda Khalifah. Termasuk dalam rombongan adalah seseorang bernama Muhammad bin Ja'afar al-Sadiq dan anaknya Ali. Untuk pengetahuan, Imam Ja'afar al-Sadiq adalah seorang Ahlul Bait yang sangat dihormati, pernah menjadi guru kepada imam empat mazhab dan salah seorang Sheikh utama tariqat Naqsyabandiah. Orang-orang Syiah pula mengkultuskan baginda sebagai Imam Syiah ke enam, selepas Saidina Ali, Saidina Hassan, Saidiana Hussein, anaknya Ali Zainal Abidin, anak Ali - Muhammad al- Baqir. Ja'afar al Sadiq adalah anak al-Baqir.
Mereka disambut baik dan dimuliakan, akhlak mereka menarik perhatian sehingga penduduk di sana memeluk Islam malah pusat kerajaan ditukar nama menjadi Bandar Khalifah, ada namanya masih dipakai sehingga sekarang...
Ali bin Muhammad bin Ja'afar al-Sadiq telah dikahwinkan dengan adik kepada Merah Shahir Nuwi iaitu Makhdum Tansyuri. Pada tahun 840 Masihi, anak mereka telah diangkat menjadi Sultan pertama Perlak iaitu Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah. Maka bermulalah pemerintahan keturunan Rasulullah SAW bercampur darah Salman al-Farisi di bumi Serambi Mekah. Ini berlaku 600 tahun sebelum Melaka dibuka, 700 tahun sebelum nama kerajaan Aceh mekar dalam sejarah!
Hikayat Raja-raja Pasai menyebut seorang anak raja bernama Merah Silu telah keluar berburu bersama para pengiring dan anjingnya bernama si Pasai, terjumpa satu tanah tinggi lalu si Pasai terlihat seekor semut sebesar kucing! Merah Silu menangkap semut itu, dibawa balik ke istana lalu dimakannya. Kemudian baginda rasa tempat itu elok dibuat negeri lalu menamakannya Samudera yang bermakna semut besar. Peristiwa ini dianggarkan berlaku pertengahan abad ke 13, dalam tahun 1250an gitu. Tapak pusat kerajaan Samudera terletak berhampiran bandar industri Lhoksuemawe, Aceh, kawasan yang sangat kaya dengan minyak.
Maka tersebut lah sabda Nabi tentang kemunculan Samudera. Sharif Mekak (Raja Mekah dari keturunan Saidina Hassan) telah menitahkan seorang mualim bernama Sheikh Ismail supaya pergi membawa alat-alat kerajaan dari Mekah dan senaskah Al-Quran lalu pergi mencari negeri Samudera untuk mengIslamkan raja dan penduduknya demi memenuhi wasiat Nabi, kerana "dalam negeri itu akan muncul banyak wali Allah."
Maka Sheikh Ismail pun berangkat, singgah di negeri Mengiri (dalam Sejarah Melayu dipanggil Muktabar), kalau tak salah di benua Hindi. Ketika itu raja yang memerintah adalah Sultan Muhammad, dari keturunan sahabat Nabi dan Khalifah pertama Islam, Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Apabila mendengar berita tentang kapal dari Mekah ingin ke Samudera atas titah Sharif Mekah, baginda terus turun takhta dan menyerahkannya kepada seorang anak. Terus pakai baju fakir dan membawa seorang anak lain untuk mengikuti rombongan itu. Itulah disebut Fakir Muhammad.
Di Samudera pula, Merah Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW lalu diberi nama Sultan Malikus Salih yang bermakna raja orang-orang salih. Dipendekkan cerita, Sheikh Ismail dan Fakir Muhammad pun sampai ke Samudera dan mengIslamkan penduduknya. Mereka mendapati Merah Silu sudah fasih membaca Al-Quran tanpa sedikit pun bersalahan. Alat-alat kerajaan yang dibawa dari Mekah pun diserahkan kepada baginda dan baginda ditabalkan sekali lagi, kali ini mengikut adat raja-raja Islam dengan menggunakan nobat Ibrahim Khalilullah. Begitulah cerita. Mengikut kajian sejarah, Sultan Malikus Salih mangkat tahun 1297. Baginda juga mengasaskan kerajaan Pasai yang sangat dikenali sebagi pusat penyebaran dan dakwah Islam Nusantara sehingga kemunculan Melaka. Makam baginda tidak disentuh Tsunami walaupun ia terletak tidak jauh dari pantai.
Cukuplah background buat masa ini. Diharap para forumers yang ikhlas mahu mencari jawaban dan kebenaran fikiran dengan mendalam tentang semua ini kerana di sini terletak satu jawaban kenapa panji-panji hitam akan muncul dari Timur nanti. Fikirkanlah dengan jujur dan mendalam. Jika perlu, buat sedikit kajian sendiri, minta petunjuk dari Allah SWT, beristikharahlah, Insya'allah.
Wassalam.

Posted: 06 July 2006 at 3:55pm
Jawaban kepada beberapa pertanyaan forumers: Apa kena mengena perang akhir zaman dengan Tasauf? Izinkan saya membuka langkah...
Mula-mula akan berlaku perang dunia ke 3 di mana umat Islam akan kalah punya. Itulah yang disebut Rasulullah SAW umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak boleh berbuat apa-apa. Dalam keadaan ini kita cuma mampu menjaga diri sendiri dan keluarga. Keadaan akan jadi begitu sengsara di mana ramai yang akan give-up lalu termakan fitnah Dajjal di mana dia akan menawarkan syurga (yang sebenarnya neraka) dan neraka (yang sebenarnya syurga).
Yalah, dunia kelam-kabut, orang tak cukup makan, rumah hancur, duit tak boleh pakai dan sebagainya... Harta-benda dah takda makna... Masa tu siapa yang tak kuat Iman akan mengalah lalu akan menerima package tawaran PBB Dajjal Laknatullah serta Zionis dan kuncu-kuncu mereka demi keluar dari kesengsaraan. Maka mereka yang tidak kuat Tasawuf, setakat berpegang kepada Syariat sahaja boleh menghalalkan perbuatan mereka berpaling tadah pada pihak Syaitan dengan menggunakan 'kebenaran' untuk mengaku Murtad demi menyelamatkan diri sendiri dari kelaparan, dibunuh dan sebagainya. Boleh menggunakan alasan mengelakkan mudharat demi menyelamatkan tubuh-badan daripada kebinasaan.
Tetapi siapa yang mantap Tauhid dan Tasawufnya akan tetap berpegang pada Islam walaupun nyawanya akan melayang. Seperti Bilal bin Rabab yang tidak mahu Murtad walau diugut dan disiksa majikkannya dengan teruk. Beliau cuma mengucapkan "Ahad! Ahad!" apabila menahan sakit semasa disiksa, Di sini terletak satu rahsia Tasawuf dan makna keEsaan (sekurang-kurangnya fikir Tauhid Af'al. Hakikatnya Siapakah yang menyiksa Bilal?)
Selepas perang dunia ke 3 dan kemenangan orang-orang jahat serata dunia, akan terjadi satu peristiwa di mana alat-alatan moden seperti machinegun, kereta-kebal, jet-pejuang, pelutu berpandu dan sebagainya tidak boleh dipakai. Malah mengikut kata sesetengah orang, tenaga letrik pun hilang tidak boleh dipakai.
Pada masa itu, orang-orang Islam yang berjaya mengharungi segala dugaan tanpa mengalah, jadi fasik dan murtad sebagainya telah dikira lulus ujian, kerana kemantapan Tasawufnya. Barulah berguna pedang, keris dan sebagainya yang selama ini disimpan dalam rumah (kalau tak bercampur-baur dengan khadam, jin dan sebagainya).
Merekalah yang akan memulakan gerakan kebangkitan sebenar Islam, dengan berpedang dan berkuda menghapuskan musuh. Itulah permulaan panji-panji hitam dari Timur yang akan dipimpin oleh keturunan terpilih bertaraf wali dari darah-daging Ahlul Bait Rasulullah SAW. Lepas tu barulah muncul Imam Mahdi, Nabi Isa As etc...
Itulah yang disebut sesetengah orang sebagai perang dunia ke 4, atau dalam kitab Taurat dan Injil (yang telah diubah-suai tetapi masih ada cerita ini) sebagai Perang Armegeddon.
Jadi agak-agaklah bagaimana Tasawuf boleh berkait dengan Perang Akhir Zaman. Cerminlah diri... Bagaimana kita yang sudah terbiasa hidup senang dan aman, ada rumah elok, kereta, anak-bini, ada sumber pendapatan tetap, tak pernah betul-betul merasa susah, lapar, dahaga dan sebagainya, apalagi disiksa dan diugut bunuh akan berjaya bertahan menghadapi dugaan yang akan datang tanpa kekuatan ilmu dan amal Tasawuf yang sanggup menolak segala kesenangan dunia malah menerima segala dugaan dan susah-payah dengan penuh keredhaan? Di manakah Tauhid kita yang mengEsakan bahawa setiap yang terjadi dan bakal terjadi adalah Af'al Tuhan belaka? Bagaimana mahu bercerita tentang Tauhid Sifat, Tauhid Asma apalagi Tauhid Zat kalau Tauhid Af'al pun tak pass lagi?
Apa guna bercerita tentang alam tinggi Ahadiat, Wahdat, Wahdaniat, bertengkar pasal alam Malakut, Jabarut dan sebagainya tanpa mengenal hakikat tempat roh kita di alam Lahut dan hubungannya dengan alam Bahut dan Hahut.
Cakap memang senang, bukak kitab, jumpa guru sana-sini. Boleh belajar meraga sukma lah, terbang kan roh sana- sini lah. Jangan berbangga sangat dengan permainan Qarin yang disebut sesetengah pengajian sebagai roh yang berjalan. Ini bukan pengajian Tasawuf sebenar tapi tempias yang digunakan dalam ilmu perubatan dan persilatan. Masih meneroka alam jin yang berlapis-lapis lagi, tak sampai sekelumit pun nak mencapai alam Malakut apalagi alam Jabarut yang malaikat pun akan burn kalau cuba masuk. Apalagi Lahut yang lebih tinggi? Kalau itupun tak faham, tak payah lah susah-susah bercerita pasal Nur Muhammad dan sebagainya. Sampai ada yang nampak Qarin sendiri, itulah yang dikatakannya Muhammad. Masyaallah!
Minta maaf lah kalau kata-kata ini kasar. Tetapi selagi kita tak beramal menyucikan diri, naik dari Amarah ke Lawahah, kemudian Mulhamah lepas tu Mutmainnah, jiwa yang tenang yang sudah faham segala hakikat kejadian, sekurang-kurang tahu dan merasa (tanpa perlu membuktikan pencapaian diri kepada orang lain demi mendapatkan pengiktirafan) apa itu Tauhid Af'al, boleh kata Ahad! Ahad! (Dia yang Esa) bila teruk dibalun orang, rasanya susah untuk melepasi dugaan yang akan mendatang. Jangahlah nak masuk bab nafsu Radhiah, Mardhiah, apalagi Kamaliah...
Harap kita sama-sama ambil iktibar. Jangan terlalu berbangga dengan segala macam ilmu perubatan, persilatan, kebatinan, ibu Lam lah, ibu Gayung lah sedangkan kita belum mendapat hakikat sebenar kalimah La Haulawala Quwataila billahil aliyil azim - Tiada daya dan upaya kecuali dari Allah belaka. Itulah ibu segala gerak...
Sekian wassalam.

Posted: 06 July 2006 at 5:04pm
Saudara-saudara sekelian. Biar saya beritahu satu info yang cuma diketahui golongan tertentu.
Mengikut program Zionis (kena baca Protocols of the Elders of Zion, sidang pertama secara terang-terangan Zionis di Basel, Switzerland tahun 1897, kalau tak silap yang diketuai Teodore Hertzl, sebab sebenar kejatuhan Uthmaniyah sehingga Jerusalem terlepas, tahun 1920an, Perisytiharan Balfour dan sebagainya), mereka MESTI memerintah dunia kerana itu kononnya hak mereka sebagai Bani Israel, bangsa yang terpilih. Tetapi ini bukanlah senang, mesti diterbitkan beberapa keadaan supaya lebih mudah pecah dan perintah.
Maka pada awal tahun 1900an telah dirangka satu program terutama oleh seorang general dari Amerika bernama General Pike, bahwa tiga perang dunia MESTI diterbitkan sebelum mereka dapat betul-betul menggenggam seluruh dunia. Maka itu jadilah Perang Dunia Pertama yang natijah kejatuhan Uthmaniyah diikuti kejatuhan Mekah dan Madinah yang telah diperintah oleh keturunan Saidina Hassan selama 800 tahun kepada puak Wahabi dan keluarga Saud yang disokong British. Maka umat Islam seluruh dunia jadi anak-yatim kerana telah hilang kepala dan penaung zahir (Uthmaniyah) dan batin (Mekah dan Madinah di bawah Ahlul Bait).
Natijah perang dunia kedua, dunia jadi bi-polar, Blok Komunis lawan Blok Kapitalis. Di samping itu wujud badan-badan berasaskan riba' yang menguasai dunia seperti World Bank dan IMF. Wujud juga negara haram Israel dengan sokongan PBB, yang tapak diwujudkan melalui naungan British dan Perisytiharan Balfour hasil kemenangan mereka dalam perang dunia pertama. Untuk pengetahun PBB adalah lanjutan League of Nations yang "diamanahkan" memegang Jerusalem selepas Perang dunia pertama.
Maka selepas perang dunia kedua, dunia dipecahkan melalui ideologi kapitalis dan komunis yang menghasilkan banyak lagi ideologi sampingan seperti sosialis dan sebagainya. Ingat, kapitalis dan komunis sebenarnya diwujudkan oleh para pemikir Zionis selepas Revolusi Industri abad ke 18. Nampak bercanggah tetapi tujuannya sama, untuk memecah-belahkan umat.
Sekarang mengikut program yang telah tertulis 100 tahun lalu, sudah sampai masanya untuk Perang dunia ketiga yang diisytiharkan melalui Peristiwa September 11, 2001. Tapi para cerdik-pandai Yahudi tahu tentang ramalan Rasulullah SAW tentang kebangkitan umat akhir zaman, melalui Timur diikuti bahagian Khorasan dan sebagainya.
Lalu mereka cuba menakluki Nusantara melalui krisis kewangan 1992 tetapi kurang berjaya. Apapun, selepas September 11, Afghanistan jatuh, kemudian Iraq. Sekarang menunggu masa untuk jatuhkan Iran kemudian Syria.
Indonesia hakikatnya telah terjelupuk selepas Suharto menanda-tanganai perjanjian IMF dahulu, Malaysia juga yang masih berdiri. Masalahnya mereka cuba cari jalan lain pula. Nak attack direct tak dapat. Kita dapat menepis melalui saluran diplomatik, juga melalui doa orang-orang alim dan para wali yang masih wujud. Dulukan Singapore pernah provoke suruh attack, Australia pula dok bising kononnya ada hak untuk menyerang sesuatu negara jika dia suspek ada terrorist, nak bawak armada navy US ke Selat Melaka kononnya untuk tangani lanun dan terrorist pun tak berjaya.
Tapi tengok sekarang apa dah terjadi pada Malaysia? Berapa banyak company kita dah jatuh ke tangan Singapore, Temasek Holding. Siapa punya kerja. Singapore kan port Zionis Nusantara? Itupun tak faham lagi ke?
OKlah... Ini satu cerita rahsia tetapi saya rasa patut didedahkan. Ikut program Zionis dan perkiraan falak mereka, Iran dah patut kena attack dekat dua bulan dulu. Kalau jadi, kemungkinan tercetus perang nuklear amatlah besar, maka faham-fahamlah apa akan jadi seterusnya.
Masalahnya program ni dah lari budget n timing. Kuncu-kunci CIA, Mossad dan sebagainya, beribu-ribu yang masuk ke Iran untuk menimbulkan kekacauan, mensabotaj pertahanan dan mengapi-apikan pembakang untuk menggulingkan kerajaan hilang! Tak tahulah kena sembelih ke apa. Maka program dah lari...
Ilmu falak sebenar ni macam ilmu nak naik bas ikut jadual lah. Kalau dah miss bas 6.30 pagi, terpaksalah tunggu next bus mungkin 7.30 pagi. Macam almarhum Haji Fahim, datuk Pak Lah, ketika diminta memilih tarikh kemerdekaan, dia sebut mesti dapat 31 Ogos 1957 kalau tak kena tunggu lagi berapa tahun lagi. Begitulah...
Ingat tak dulu macamana kecohnya Amerika nak attack Iran tapi tak jadi-jadi? Sampai Israel tak sabar-sabar boleh isytiharkan mereka sendiri akan attack Iran kalau Amerika masih berlengah-lengah? Sekarang apa dah jadi? Kenapa cool-down pulak? Tukar cerita pasal Korea Utara lah, attack balik Semenanjung Gaza lah? Pasal tak puas hati dengan Hamas lah... Hah... Ini kes kena tunggu bas pukul 7.30 lah... Program dah lari. Kena tunggu next trip...
Apapun, Perang Dunia Ketiga adalah PASTI. Cuma tak dapat ditetapkan bila tetapi sudah dekat, sangatlah dekat... Kita cuma boleh berusaha dengan cara diplomatik dan doa untuk melambatkannya tetapi Yahudi memang dah tak sabar, takut program lari lagi... Selama mana para wali di Nusantara boleh berdoa ia ditundakan? Sedangkan selagi itu, selagi tak perang, kemungkaran makin bermaharaja-lela. Segala fasiq, munafik, menari-menari buat maksiat main politik kaut harta rakyat, berjoget-joget mengejek - mana itu perang? Tak da pun? Kita mahu kumpul duit untuk hidup seribu tahun lagi, Horey!
Orang-orang bodoh macam aku je yang tunggu penuh geram, bilalah nak dapat peluang untuk mendaulatkan kembali Islam supaya boleh muncul zaman keemasan yang dijanjikan.
Sekarang ni orang dah berani challenge kat court, bodohkan mahkamah Syariah supaya boleh jadi murtad... Diheboh-hebohkan lagi supaya jadi isu besar... Kenapa? Siapa punya kerja? Kalau mahu, buat satu phone call je boleh kasi kes ni shut-up. Tetapi dibiarkan malah diwar-warkan bagi satu dunia dengar?
Ah... Bersedialah untuk perang. Itu aja kata aku...

Posted: 07 July 2006 at 4:48pm
Setelah lebih memahami apa yang ingin diutarakan, ramai forumers menyatakan sokongan lalu respons saya: Alhamdulillah kawan-kawan. Insyaallah kita semua ada semangat.
Sekarang kita patut cermin diri, mampukah kita berserta berjuang di dalam barisan panji-panji hitam nanti.
Seperti yang saya sudah sebut lebih awal, perang dunia ketiga akan berlaku dahulu di mana orang Islam disembelih di mana-mana dan kita tak boleh buat apa-apa. Kesengsaraan dan huru-hara yang terjadi akan menyebabkan banyak orang mengalah. Maka untuk memasuki barisan panji-panji hitam, bersedialah menghadapi lapar, susah-payah, hilang segala harta-benda, ahli keluarga, seksaan demi seksaan malah bersedialah untuk dibunuh dengan kejam demi terus memegang tali Allah tanpa terpedaya dengan ugutan atau pujuk-rayu Dajjal laknatullah and the boys and gang.
Ini cuma dapat dilakukan jika kita istiqamah berpegang dengan Islam sedalam-dalam... Maka mesti ada ilmu dan amal Tasawuf supaya yakin segala yang bakal terjadi memang telah ditentukan sejak azali dan kita dapat melalui dalam keadaan syahid - yang menyaksikan. Fahamilah ini dalam-dalam... Macam tengok movie pasal perang dunia I dan II, cuma ada extra... Kita rasa sakit dan segala macam seksa.
Kalau pass part ini dan masih hidup lagi, insya'allah boleh masuk dalam barisan panji-panji hitam. Allahuakbar!
Untuk ketualanun, pertanyaan saudara mana Pemuda Bani Tamim? Jika yang dimaksudkan adalah seorang forumer, saya bukan orangnya.
Posting pertama dalam thread Perang Akhir Zaman ini adalah entry saya yang pertama dalam Forum CVT.
Jika Pemuda Bani Tamim yang dimaksudkan ada kena-mengena dengan Ustaz As-Shaari, lagilah saya tak pegang. Kalau ikutkan nafsu saya yang masih belum suci ini lagi, sesiapa sahaja yang berani buat perisytiharan dirinya sebagai orang paling hadapan pembawa panji-panji hitam, mahu saya tampar saja muka dia. Lepas tu kalau dia nak tampar balik ke, jurus ke, bunuh ke... Allah sahaja menggerakkan segala sesuatu.
Yang dimaksud Pemuda Bani Tamim ni ada ciri-ciri tertentu. Nak pendekkan cerita, kita ambil dua, keturunan dan rupa-paras.
Keturunan mesti Ahlul BAit, anak cucu Nabi. Kalau ikut pendapat mendalam bapak atas bapak (bapak bin bapak bin bapak...) mesti sampai kepada Saidina Hassan, Khalifah pertama dan terakhir seluruh umat Islam dari darah daging Nabi. Yang mana satu anak cucu yang dimaksudkan (sebab jurai keturunan Saidina Hassan ni banyak termasuk Sultan Brunei), itu rahsia Allah. Kalau confirm tau, tentu Zionis dah lama wipe-out family dia...
Tentang rupa-paras, aku ambik bab senang lah... Semua nabi-nabi itu handsome... Kajilah... Begitu juga para pewaris Nabi, apalagi pemegang panji-panji hitam dari keturunan Saidina Hassan yang memang diketahui handsome malah diriwayat sebagai orang yang rupa-paras paling hampir kepada datuknya Rasulullah SAW.
Ini genetic terpilih... Mesti ada ciri-ciri rupa-paras elok Nabi. Ada perawakan tubuh-badan tegap, tegak dan hebat... Dan kalau kita kaji, seorang pemimpin mestilah menjadi contoh kepada semua dengan rupa-paras yang boleh menimbulkan perasaan hormat, kasih-sayang, wibawa... Barulah pengikut follow dengan rela....
Pendek-kata setakat kepala botak, muka senget, mata ceme... Gunakan khadam dan jin masuk mimpi pengikut supaya boleh control mereka dan sebagainya, rasanya janganlah cuba mengaku Bani Tamim. Allah sahaja yang melaknat golongan sebegini
Sekian sahaja buat masa ini. Kita bertemu di masa dan hari yang lain. Insyaallah.

Posted: 07 July 2006 at 5:34pm
Forumer Selamat telah menegur kenapa perlu marah-marah, maka ini jawaban saya: Terimakasih kerana menegur saya, selamat.
Minta-maaf le teman cakap ada marah-marah... Sebab teman dah banyak sangat jumpa jemaah yang akhir kalamnya, ketua jemaah mereka lah penyelamat umat Islam sedunia, tak pun Nusantara.
Naik fed-up...
Ini satu contoh. Ada satu jemaah ini ambik budak-budak Melayu bermasalah - penagih dadah, budak-budak perempuan nakal dan sebagainya, siap ada kerjasama KDN.
So dapatlah beribu-ribu pengikut instant. Maka ketua jemaah (bukan Ayah Pin) yang pernah ikut Tabligh, Tariqat Naqsyabandiyah dan entah apa-apa lagi (tapi semuanya separuh jalan) pun ditugaskan memulihkan mereka dan membawa kepada makna Islam dan Melayu yang sebenar. Maka terciptalah satu lagi jemaah yang berani mengaku terang-terangan mereka sedang dilatih untuk perjuangan akhir zaman.
Awalnya, mereka dilatih cara Tabliq, ikut sunnah, jaga solat jemaah, sunat dan sebagainya. Bila dah advance sikit duduk lah kat salah satu kem utama jemaah di Ulu Terengganu. Kalau dah advance lagi, mulalah bertapa dalam gua sambil zikir dan bayangkan muka guru sampai keluar bercahaya-cahaya. Datanglah godaan demi godaan seperti hantu bungkus, harimau jadian malah perempuan cantik telanjang.
Kepada ahli-ahli tertentu yang lebih advance pula, mereka bertapa di Gunung Jerai. Lalu dapat 'naik' ke langit, jumpa semua Nabi-nabi malah telah kenal Allah belaka! Fuyoo... Manyak dasyat.
Untuk pengetahuan, ahli-ahli kumpulan ini agak pakar bermain dengan Qarin, perang batin, seru semangat, masuk mimpi orang dan sebagainya....
Ketua tertinggi jemaah ini pernah memberitahu saya, mereka ini semua dididik makna sebenar Islam, Melayu dan sedang disediakan untuk perang akhir zaman. Elok juga sebab budak-budak gangster muka henry gurney pun dapat peluang untuk menggemblengkan tenaga.
Maka itu mereka juga diajar adab-adab Melayu lama. Setelah discan, maka dikenali ahli-ahli yang berketurunan bangsawan atau tidak lalu dipanggil mengikut gelaran lama. Maka it salah seorang penjaga kem di Terengganu dihormati sebagai seorang Tun berdarah Bendahara.
Ketua tertinggi pula dipanggil Tuanku! Katanya kepada saya supaya anak-buahnya tahu adab lama. Dia setakat melatih mereka sahaja sebelum kumpulan ini diserahkan kepada ketua atau Sultan sebenar yang akan memimpin panji-panji hitam dari Timur nanti. Begitulah ceritanya...
Beberapa bulan kemudian, ketua tertinggi yang telah mendapat 'wahyu baru' telah dikenali pula di kalangan pengikut sebagai Tok Ayah atau Sharif Muhammad al-Baghdadi, orang yang menulis Batu Bersurat Terengganu 700 tahun lalu! Kononnya dialah penjelmaan Sharif!
Kumpulan ini begitu berpengaruh sehingga seorang artis perempuan terkenal yang sekarang lebih banyak mengarah filem menjadi penyokong kuat si ketua. Malah perempuan ini kononnya telah diisi dengan Puteri Gunung Ledang! Lalu dia dan ketua tertinggi sahaja boleh masuk ke bilik kuning di sebuah kawasan di Ulu Klang. Pelik juga kerana artis ini isteri orang, dan ketuanya ada tiga bini!
Tidak lama kemudian muncul cerita kat suratkhabar, ketua yang juga dikenali sebagai ustaz ini diburu polis kerana beberapa kes rogol! Tetapi pengikutnya tak percaya... Mana boleh ustaz yang tolong mereka berhenti dadah, masalah sosial dan sebagainya rogol orang ini mesti fitnah... Mesti ada orang dengki. Sebab dia ada pengikut beribu-ribu, business pun dah maju... Inilah dugaan akhir zaman....
Oh... Untuk pengetahuan... Semua pengikut ini berjaya berhenti dadah dan masalah sosial. Asalkan bergerak dalam jemaah... Kalau cuba keluar mesti sakit balik punya. Beginilah cara ahli terus dipegang.
Kes rogol ini senyap kerana si ustaz tak dapat dicari. Ramai pengikut sedia menyorokkannya dan dia ada banyak base dalam hutan.
Baru-baru ini, dalam seminggu dua, timbullah lagi kes baru. Ustaz ini dah rogol orang lagi. Dan yang buat aku geram, mengikut tulisan dalam suratkhabar tu, dia dah mengaku dirinya sebagai Sultan Malikus Salih!
Tahu tak siapa Malikus Salih? Bacalah Hikayat Raja-raja Pasai. Inilah raja besar yang mengasaskan kerajaan Samudera-Pasai di Aceh lebih 700 dahulu. Baca balik posting pertama dalam thread ni.
Aku yang terbaca pun naik angin. Minta maaflah... Kalau anda sekelian dalam situasi ini bagaimana? Bayangkan ada satu mamat mangkuk, gunakan orang, gunakan Melayu, gunakan Islam, gunakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis, main seru-seru semangat, Qarin, lepas tu rogol orang dalam keadaan terpukau, lepas tu ngaku sebagai penjelmaan nenek-moyang engkau yang dikenali sebagai raja bertaraf wali, engkau hangin tak? Mahu tak penampar?

Khamis, Disember 28, 2006

Bukan senang woo nak berhenti rokok!


Assalamualaikum para pembaca sekalian. Semalam semasa membuka Internet dan membaca beberapa posting terbaru dalam thread “Berpetualang ke Aceh” di Forum CVT, ada seorang hamba Allah yang sudah lama dikenali di forum tetapi baru bersua muka 3 hari lepas di Makam Tok Kenali, Kota Baru telah membuat posting mengatakan dia telah berjumpa saya dan menjadi saksi bahawa saya telah berhenti menghisap rokok (setakat inilah, saya tidak berani membuat jaminan untuk masa hadapan).
Untuk makluman, saya pernah membuat perisytiharan terbuka di forum itu bermula Ramadhan lalu bahawa saya akan cuba sedaya-upaya menghentikan tabiat buruk ini. Saya telah menghisap rokok hampir 22 tahun, ketika berumur 15 tahun lagi dan bukan senang untuk meninggalkannya.
Di sini, saya tergerak pula untuk berkongsi pengalaman seperti yang tercatat melalui thread di Forum CVT bertajuk “Perubahan di bulan Ramadhan”. Oleh kerana ia merangkumi 29 mukasurat, biar saya pilih posting yang bersesuaian ya, setakat untuk menunjukkan pahit manis susah-senang usaha berhenti merokok ni… Atau bahasa kutunya, betapa tension dan pecah kepalanya nak berenti berasap... Bukan senang woo… Asap dah lama jadi darah daging, ada masa rasa nak menangis, ada masa nak mengamuk, ada pula masa rasa jiwang semacam… He! He!
Oh... Supaya nampak berbagai bentuk perubahan mood akibat usaha berhenti rokok, saya letakkan sekali tarikh serta masa postings dibuat dalam forum itu... Perhatikan...

Posted: 23 September 2006 at 3:11pm
Salam kawan-kawan...
Memandangkan bermula Maghrib malam ini, kita akan memasuki bulan Ramadhan yang mulia tahun 1426 Hijrah ni, apa kata kita mula tetapkan resolusi untuk memperbaiki diri selari dengan bulan itu sambil mengambil berbagai jenis keberkatan yang terdapat di dalamnya...
Adapun saya tergerak nak bukak topik ini kerana saya sendiri sudah lama ingin berhenti rokok tetapi selalu tidak berjaya... Maka harapan saya, bulan Ramadhan tahun ini akan dapat menolong menghilangkan saka asap yang telah berakar-umbi dalam jiwa dan paru-paru saya sejak masuk Tingkatan Tiga, 21 tahun dahulu.
Setiap dari kita mahukan sesuatu yang lebih baik dalam hidup kita. Saya percaya, selain ingin berhenti rokok, ada kawan-kawan yang mahu menghilangkan perut boroi dan perkara-perkara sewaktu dengannya... Selain itu, mungkin ada yang ketagih tengoh film blue (he! he!... Jangan le engko dok promote Chyna tu lagi, he! he!), maka mari kita sama-sama berusaha menghilangkan tabiat buruk kita sambil saling membantu memberi perangsang dan nasihat bila perlu?
Sekurang-kurangnya, kita cuba tingkatkan pemahaman kita terhadap erti kehidupan kita yang fana' ini sambil merapatkan diri ke Hadrat Ilahi... Maka sudah tentu untuk mencapai ini, kita perlu menghilangkan sifat-sifat buruk samada zahir mahupun batin di samping cuba memakai sifat-sifat mulia yang diharap dapat menjadi pakaian darah-daging semulajadi kita nanti...
Jadi apakata kita mula dengan menyatakan resolusi masing-masing lepas itu kita nyatakan perkembangan hari demi hari yang boleh dikongsi bersama untuk dibuat iktibar? Dan jika timbul masalah, kawan-kawan lain boleh memberi pendapat dan buah fikiran untuk mengatasi masalah itu?
Misalnya saya sendiri... Sekrang ni ada tinggal sebatang lagi rokok Gudang Garam yang diharapkan akan menjadi rokok terakhir saya dalam hidup ini... Insyaallah saya akan cuba tamatkan riwayat saya sebagai penghisap rokok sebelum masuk Maghrib, bersamaan masuknya 1 Ramadhan 1426...
Mungkin saya berjaya, mungkin tidak tapi saya tetap akan cuba... Dalam keadaan mencuba itu, berdasarkan pengalaman saya yang lepas-lepas, kemungkinan besar saya akan mula demam-demam (sekarang pun tengah demam semacam sebab penat 13 berkelana di Perak hari tu belum habis lagi), mungkin gelisah semacam dan yang paling saya tak suka, timbul rasa panas baran tak pasal-pasal macam nak pecahkan pintu rumah dan muka orang... Masyaallah...
So apakata kawan-kawan? Kita mulakan satu log harian (atau ikut suka le bila nak update) antara kawan yang boleh dikongsi bersama dan ditatap umum?

Posted: 23 September 2006 at 4:43pm
Hokeh... Aku mulakan dengan laporan aku sendiri...
Sekarang ni baru masuk pukul 5 petang... Rokok sebatang yang ditinggalkan belum disentuh lagi dan semenjak aku hisap rokok lepas makan dalam dua jam tadi, aku belum lagi berasap.
Adapun dalam waktu sependek itu dan ditambah prospektif bahawa rokok sebatang yang tinggal itu insyaallah akan jadik rokok aku yang terakhir, tekak aku dah mula rasa kering semacam... Dah ada kesan tubuh dan jiwa aku nak memberontak melawan usaha untuk berhenti rokok padahal Ramadahan pun belum lagi masuk...
Ish! Ish! Ish! Sekian laporan dari Karam Singh Walia... Bagai tupai menebuk simen yang tak pecah-pecah... Ahaks!

Posted: 23 September 2006 at 6:25pm
Seorang forumer Che Wong berkata begini:
Alhamdullillah.... ada jugak semangat nak buang tabiat merokok tu. bagi aku merokok bukan ketagih, tapi adalah satu tabiat. Contohnya ada orang yang suka patahkan jari, korek hidung n macam2 lagi.Cara aku nak slow rokok ialah dengan banyak duduk tempat yang tak boleh merokok atau tempat yang orang kan marah kalau merokok. kalau suka korek hidung pun kita tak kan buat kat depan orang.satu lagi kena control makan la. Jangan makan pedas, kurang minum manis. Sebaliknya banyak minum air suam atau air limau n rajin berus gigi. Sebabnya kalau kita minum limau atau lepas berus gigi... rokok tu kurang nikmat

Posted: 23 September 2006 at 6:56pm
Jawab saya:
He! He! Betul le cakap hang tu... Aku ni bila dah layan makanan pedas atau berempah, pas tu kena kopi hitam panas, musti saka dalam badan tu merayu-rayu meminta supaya diperasapkan... Fuh.. Memang best berasap, nak-nak bila bibir tu tengah berdenyut-denyut dek pukulan pedas + kopi hitam panas...
Ni tadi aku baru je keluo kejap kat area Taman Dagang... Entah kenapa aku kemaruk nak makan kerepek ubi pedas, nasib baik ada kat Supermarket... Pas tu kena le kopi hitam panas satu gelas... Baru le hisap Gudang Garam sebatang yang kira last daripada kotak 16 yang aku beri semalam...
Pengalaman aku le... Bila minum air buah atau makan buah, pas tu takda feel sangat nak hisap rokok... Rasanya, pas ni aku kena banyak layan buah dan kurangkan makanan berempah serta kurang minum kopi kot...
Sambil tu Insyaallah aku akan concentrate siapkan editing buku 2 "Berpetualang ke Aceh" yg lama dok tertunda tu... Kalo datang rasa nak mengamuk, mungkin aku terpaksa hantuk kepala aku kat lantai ngan dinding macam aku selalu buat masa kecik dulu kot?

Posted: 23 September 2006 at 11:06pm
Laporan 4 jam tak berasap...
Awal tadi kira OK le sebab masa petang tadi, aku makan sikit, pas tu kena kopi n terus kena last batang Gudang Garam... Lpas tu aku maintain je, masuk Maghrib ok, Isyak ok, salah satu sebabnya, pasal aku tak makan malam lagi... Dah jadik kebiasaan plak lepas makan, minum pas tu musti berasap... Jadik bila belum makan, kesan tak berasap tu tak lah begitu ketara...
Tadi pukul 10 lebih gitu baru le aku makan. Entah knapa, selera lebih sikit dari biasa, lpas kena sepinggan soto, kena plak sepinggan spaghetti daging ditabur tiga empat sudu parmesan... Pas tu minum air sejuk plak (selalunya aku minum air suam atau cari kopi hitam panas), ada le timbul rasa nak berasap tapi kira OK le tak teruk sangat...
Tadi, saka asap tu nak menyucuk-nyucuk suruh aku abort attempt. Tu le aku buat posting ni, dah tulis, ada le rasa lega sikit...

Posted: 24 September 2006 at 2:26a
Hmm... Dah masuk 7 jam dah tak berasap... So far so good walaupun temptation tetap ada....
Tadi le kali pertama dalam tempoh lebih setahun, aku berjaya "membuat kuih" tanpa kena dulu rokok sebatang atau musti kena sebatang sambil mengumpulkan tenaga chi gong untuk menghasilkan kuih-muih aneka ragam coklat... Ahaks!

Posted: 24 September 2006 at 5:46am
Alhamdulillah, Karam Singh Walia melaporkan, panggilan asap sudah berjaya ditepis sampai Subuh setakat ni... Pas ni dah kena posa satu hari... Kalo posa aku OK, tak kantul, berjayalah aku tahan rokok 24 jam buat kali pertama dalam setahun lebih ini...
Untuk makluman, aku sejak darjah 1 family dah train posa full woo, tapi kat boarding school mula kantol bila terserempak member masak maggi dalam baldi. Kali terakhir aku cuba henti rokok plak adalah hujung bulan 6 tahun lepas bila aku gi Umrah... Layan puas-puas sebelum sampai Madinah sebab aku dah janji pada diri aku, akan cuba henti, sekurang-kurangnya tak hisap rokok kat Tanah Haram...
Tapi tu le timbul penyakit lama aku kat sana, panas baran mai dah berapa kali nyaris bertumbuk ngan Arab pas tu aku jadi gatal semacam, tengok pompuan pakai purdah setakat nampak mata pun aku syok main jeling-jeling... Tu yang bila balik Malaysia, aku layan je le saka asap aku tu... Alasan aku, daripada aku dok bertumbuk atau main pompuan lagi tak pasal-pasal, baik le aku kasi chance paru-paru aku tu berdengung sampai puas... Makruh pun makruh le daripada hilang kawalan dan terus buat benda yang dah tentu haram, sakitkan orang lain plak...
Hanya orang yang dah kena penyakit-penyakit ni je faham macamana mujahadahnya nak benti rokok ni... Setakat hang kaki rokok je tapi takda major sins senang le cakap nak henti... Camana plak kalo rokok tu le yang cover engko daripada pukul orang, "pukul" pompuan, minum arak, melantak kat kelab malam dan sebagainya? Ingat senang ke nak main henti cam tu je? Ahaks!

Posted: 24 September 2006 at 6:41am
Kata forumer Lidah_Kasar:
Memang ada withdrawal symptoms...baran hot tempered is one of the signs..ko boleh katakan kepada diri sendiri sy boleh..dan bygkan kekasih ko tu senyum aje pada ko bila cakap awak...syg..abg dah berhenti merokok..tentu awak akan lebih syg pada u

Posted: 24 September 2006 at 7:04am
Jawab saya:
He! He! Betul cakap hang tu LK... Tu yang orang kena faham, bukan kita saja mengada part withdrawal symptoms tu... Bukan le nak attention sangat tapi faham le, time tu kepala ada tak betul sikit nak-nak orang yang born sewel macam aku...
Aku dah habaq awal-awal kat Nur aku tu semalam akan usaha aku nak henti rokok mula petang smalam... Dia relax je walaupun dah lama harapkan aku berhenti, tak pernah pun paksa aku bagi deadline ke hapa sebab dia dah tahu camana perangai aku dulu, kira tahu le berapa banyak perubahan aku dah buat dalam hidup aku... Kata dia jangan paksa diri, bior apa-apa nak jadik tu jadik secara ikhlas tanpa dipaksa-paksa...
Anyway, aku cakap le, awk bagi saya sokongan OK... Dia cakap ya tanpa push apa-apa tu dah cukup baik untuk aku, alhamdulilah!

Posted: 24 September 2006 at 7:13am
Kata forumer Azrul pula:
Ahax. Cayok...cayok...Kam bate (betui ker ejaan aku ni?) Kalau hang tak naik badan selepas berhenti merokok, aku akan terkejut beruk.

Posted: 24 September 2006 at 7:47am
Tu le Azrul... Aku zaman sekolah, college n earlu university days dulu very athletic n muscular... Rugger le katakan, sempat gak main sampai state level walaupun aku ni kaki tuang training n class... Masuk dua tiga kat UK le baru mula naik badan yg tak OK sikit, dah mula selebet sebab banyak tido, tak exercise n banyak makan coklat, tapi summer 1995 OK balik sebab banyak jalan kaki n ada buat keje dapur kat U of L Union...
Time tu le Nur jumpa aku yang aku sempat bawak dia mandi kat air pancut Trafalgar Square yg engko dah tengok dalam paper cutting yg aku tunjuk tu... Sampai sekarang dia asyik sebut dia suka body aku masa tu, ye la, masa tu umur aku 25 tahun apa... Body weight dalam 60 - 63 kg, kena le dengan tinggi aku 170 cm...
Masa aku henti rokok lepas nikah dulu, badan aku pernah naik sampai 80kg, nyaris-nyaris perut aku boroi nak melepasi dada... Risau gak sebab seumur hidup aku belum pernah perut lepas dada lagi, insyaallah...
Yang aku mula jadik kurus smacam ni bila aku start dapat mimpi bukan-bukan pas tu asyik travel keluar ziarah makam... Satu family aku kat aku tak betul, body pun dah smacam dah mula nampak tulang sampai orang ingat aku kena drugs pun ada padahal bukan... Rasa macam satu body aku kena kunci tak dapat makan zat, selera pun kurang...
Time engkorang kenal aku tu kira aku dah mula nak OK le... Insyaallah aku harap le, lepas ni berat badan aku naik dalam keadaan yg maintain le, konon nak dapat body muscular masa umoq 18 tahun dulu kot (kalau le sanggup exercise balik cam dulu...). Paling tak pun dapat body cam summer 1995 masa aku first jumpa Nur dulu... Takda le nak kena exercise gila babi tapi cukup le muscular untuk aku jalan satu London selamba tak pakai baju dengan minah-minah Mat Saleh pun terbukak mata... He! He!

Beberapa orang forumer lain juga memberi komen masing-masing… Biar saya beri jawaban terkumpul untuk komen terpilih…
Menjawab kata-kata semangat daripada Archer: He! He! Thanks bro... Tengah mamai ni, baring dari sejak Subuh tadi dalam keadaan separuh tido n separuh demam, separuh penat jalan 13 kat Perak tak habis lagi + withdrawal symptom dah mula kick-in, masuk sekarang dekat 18 jam tak perasap... Fuh, still counting and crossing my fingers...
Menjawab kata-kata Kopok akan betapa siksanya berhenti rokok: Setuju! Sangat setuju!
Tu yang aku bukak forum kat sini... Selain jadik satu bentuk personal therapy di mana aku update percubaan aku sendiri berhenti rokok lalu dapat sikit feedback (proses menaip cite dan mengeluarkan tu sendiri dapat release sikit tension, maklumlah kitakan manusia biasa yg perlukan perhatian kawan), ada gak satu macam commitment sebab aku dah buat public declaration... Musti le follow-up ya tak, takkan aku nak mengalah cepat...
Sambil tu oran lain boleh observe... Mungkin cara aku menangani masalah ini tu boleh dicontohi? Kalau tak, kita sama-sama post-mortem le mana yang kurang... Apapun, biar suma orang nampak, bukan senang berhenti rokok setelah berkecimpung lebih 20 tahun dalam bidang bagi makan saka ni... Nak-nak kalo engko dulu jenis discpline kes problem yg macam-macam di mana setelah meninggalkan segala macam perangai buruk engko, tinggal lah rokok digunakan sebagai alat untu cool-down... Kalo tak, datang le panas baran, nak pukul orang, nak "pukul" pompuan sana-sini, macam-macams...
Jadi pada para wanita yang suaminya masih merokok... Kalau nak dia henti, jangan berleter... Tanganilah masalah ini dengan penuh bijaksana... Fahamilah apa keperluannya dalam keadaan nak henti rokok tu n give him the support he needs... Hargailah apa-apa percubaan dia nak berhenti rokok... Ia bukanlah sesenang yang disangkakan pelbagai pihak...
Salam!
Hmm…. Biar disingkatkan sedikit. Adapun baru masuk 2-3 hari percubaan merokok, kesannya sangat ketara apabila sifat baran saya timbul secara ekstrem dalam komen-komen yang keluar merata forum. Alhamdulillah ramai yang memahami lalu memberi teguran secara berhemah, terimakasih…

Posted: 26 September 2006 at 1:37am
Sudah dkat pukul 2 pagi...Dah kira 50 jam aku tak berasap...
Jiwa aku meronta-ronta minta dilayan saka asap tu... Tadi turun dapur sat, pi layan buah kurma sikit, coklat sikit... Dah panggilan tu mai (aku takda rokok dah tapi dia suruh kebas sebatang dua rokok pakcik aku dalam tin Gudang Garam tu)...
Halus je bisikan dia... Mana ada orang tahan tiba-tiba je terus berhenti rokok (padahal ada, tapi aku nak tipu diri aku sendiri ni)... Musti sakit n baran punya... Apa salahnya benti sikit-sikit - misalnya hisap rokok lepas makan je, atau waktu malam je... Pendek-kata, diri aku sendiri nak suruh layan sebatang aje... Tak banyak tu, sebatang aje... Padahal tu le yang selalu jadik masa aku cuba nak henti rokok dulu, bila dah layan sebatang tu ingat habis kat situ je?
Terus diri aku kata... Hah! Tu kan dah kantul? Kata tak nak hisap langsung tapi kan dah hisap tu? Kalo dah hisap, buat apa susah-susah nak budget sebatang dua? Hisap aje le berapa banyak yang aku suka, bukannya aku hutang ngan orang lain pun... Layan je puas-puas, balas dendam balik tadi dah dapat rokok berapa jam... Hisap laju-lajui... Kalo nak stop lagi, kita cuba plak di hari dan waktu yg lain... Buat masa sekarang, layan aje, jgn fikir panjang... Tu yang tak stop-stop...
Masyaallah... Tahan aje le...

Posted: 26 September 2006 at 7:34am
Salam kawan-kawan...
Adapun jika jam 2 pagi tadi aku rasa naik kemaruk nak hisap rokok, masuk pagi sikit plak terasa berlaku perubahan yg agak ganjil dan enak di mana terasa pusaran-pusaran tenaga bermain-main di dalam badan sambil mencuit-cuit kunci-kunci dalaman yg aku dah tahu lama wujud dan mengganggu kesihatan ku tapi aku tahu takda sesapa yg boleh hilangkan kecuali aku sendiri berbalik pada jalan yg benar termasuk berhenti rokok...
Dalam pada itu, terasa fakulti pembayang aku yg sudah lama pudar tiba-tiba jadik tajam... Terbetik saja nama orang, terus terbayang dengan terang wajah orang-orang itu... Dah lama dah tak rasa cam ni...
Hari ni, aku bangun Sahur dalam keadaan pernafasan yg lebih segar malah bila pakcik aku lalu kat tepi sambil hisap rokok Gudang Garam, aku plak terbau semacam, macam le aku ni wangi sangat... Lalu aku terfikir, cam ni le orang tak hisap rokok bau badan aku yek... Tengik semacam hapa tapi aku selama ni aku tak perasan dan tak ambik peduli sebab bila aku hisap, aku bau lain, macam best semacam... Kenapa yek?
Apapun, ini bukan bermakna aku dah berjaya berhenti rokok... Cuma aku boleh melaporkan bahawa setakat ini aku telah bertahan 60 jam tanpa senafas pun asap rokok dan alhamdulillah, aku sudah dapat merasa sedikit hasil dan nikmat atas mujahadah ini...
Sekian terimakasih... Salams!

Posted: 27 September 2006 at 10:44am
Salam kawan-kawan...
Smalam aku pegi mini gathering kat Dagang Avenue, lepak le dengan si Abnormal, Archer, CoD3 dan Selamat... Fuh, bergoncang iman lah jugak sebab biasanya kalo lepak begini, mesti kena sesi perasap tak henti dengan minum gelas demi gelas kopi n nescafe n hapa-hapa le...
Alhamdulillah, saya boleh melaporkan bahawa dalam bergoncang iman di kelilingi para pembela jin samperit asap berkepul memanjang itu, saya dapat gak maintain posisi sayap kira-kanan atas-bawah depan-belakang tanpa pekena walau satu nafas pun asap (kecuali second-hand le... Takkan aku nak tahan nafas sampai pitam sedangkan kami dok kat sana dari pukul 10 lebih sampai lepas 2 pagi?)
Arcehr n Selamat belah cepat sebab kehje... Tinggal le aku, Abnormal dan CoD3... Tu yg datang gerak merayap, pi le naik keta makan angin Hulu Langat lalu belakang Ampang... Pi terus ikut Batu 18 pas tu head to Semenyih n masuk jalan Kuala Kelawang, jauh le jugak naik ke atas banjaran tu sebelum jumpa air terjun kecik tepi jalan, park, matikan enjin, tutup lampu n relaks tengok bintang-bintang bertebaran sambil baring di tengah jalan...
Kebiasaannya, bila buat cam tu, musti aku punya mulut keluo masuk asap punya tapi alhamdullilah, sekali lagi dapat maintan...
Maka itu berani saya mengisytiharkan, setakat ini saya sudah dapat bertahan tidak merokok walau senafas selama 88 jam dah! Heh!

Posted: 30 September 2006 at 3:11pm
He! He!
Alhamdulillah masih maintain tak perasap lagi bos... Kira petang ni cukup le seminggu, insyaallah boleh terus on tak perasap...
Tapi malam tadi le kuat gak godaan bila lepas makan tu lepak ngan orang yang dok perasap... Jangan dok layan sangat perasaan tu, insyaallah boleh go on selamba cam takda apa-apa...
Actually LK this time I got extra motivation to stop smoking... Satu, aku dah tahu kalo nak move next stage spritually WAJIB BENTI ROKOK.. N I can't wait anymore coz I've foreseen a lot of events coming very soon... Dua, apa-apa sakit yang aku suffer, angin ke, sakit kepala ke sihir ke, takda sapa bole mengubatnya lagi kecuali aku sendiri... Selagi aku hisap rokok, selagi tu le hantu dalam badan aku dapat makan sementara hantu luar pulak ada line boleh masuk dalam badan aku ikut asap...
Tapi le, percaya ke tak, extra motivation aku adalah kembalinya jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Perak... Semenjak tu aku dah dapat macam-macam signal dan terasa perubahan... Seolah-olah aku sendiri yang dapat balik ke Perak setelah lama terbuang... Sekrang tunggu plak camana dari Perak dapat balik ke Aceh plak...
Nur pun dah lama tunggu aku benti rokok sebab dia pun tahu aku WAJIB BENTI to move to the next stage which includes the breaking down of barriers yang menghalang kitaorang consumate our relationship... Now ada plak Beta ngan puisi-puisi dia... Tak lupa plak kawan-kawan di forum yang tolong bagi semangat...
All in all, I got plenty of motivation to quit smoking this year and so far, this is my best attempot sebab aku tak terasa sangat geram nak hisap rokok tu cam attempt dulu-dulu... Mungkin aku punya jitters tu dichannelkan jadi ngarut kat forum, munkin gak the process of typing, telling the story n letting go of my feelings as it is kat sini yang buat percubaan aku benti rokok this time terasa lebih smooth sailing?...

Posted: 06 October 2006 at 7:15pm
Pergghhh...
Hari ni kira dah 13 hari selesai puasa Ramadhan juga 13 hari dan malam le aku dah tak hisap rokok... Masa first 3-5 hari gitu teruk gak le saka dalam badan to memohon pujuk rayu supaya diperasapkan... Lepas tu OK sikit... Dan bila dan dah berjaya keluar lepak ngan kawan-kawan kat warung makan dan masuk hutan dikelilingi geng-geng perasap tanpa aku sendiri berasap, maka kira confident le usaha aku tu dah boleh dikatakan berjaya...
Tapi la ni, kenapa plak tekak aku rasa kuat sangat nak perasap? Bukan kat dada, bukan kat kepala tapi rasa kat tekak... Seolah-olah ada rasa yang tak complete kat tekak tu, macam nak kena layan sebatang Gudang Garam baru le lengkap... Apakah kerana penangan cendol ngan rasa gula melaka kat tekak tu maka timbul rasa nak kena complete ngan asap? Hmm... Selalunya tak jugak... Aku paling kuat rasa nak berasap lepas kena kopi o pekat... Dan beberapa hari ini aku dah berjaya layan kopi o sambil menepis keinginan nak merokok...
Masa first beberapa dulu, aku takut langsung nak minum kopi, lebih banyak pekena milo ke hapa, malah dan mula minum air ais yang dah lama aku tak suka semata-mata nak lawan kehendak nak merokok... Sebab selalunya kalo aku kena air sejuk lebih-lebih air buah, tekak rasa tak ngam suey ngan asap...
Tu le yang aku rasa pelik sikit tadi.. Aku kena cendol sejuk hapa, tapi kenapa tekak tu rasa macam nak perasap sangat? Alalalala... Tu yang aku cepat2 naik bilik bukak laptop luahkan perasaan aku ni... Bukan senang wooo nak berenti rokok... Cuma yang dah kena penangan je tahu macamana mujahadahnya nak lawan saka asap tu...
OK le... Cukup kot luahan... Dah rasa lega sikit dah ni... Salams!!!

Posted: 07 October 2006 at 4:02am
Fuh... Malam ni betul-betul rasa semacam le aku punya godaan nak lawan henti hisap rokok... Kuat beno rasa kat tekak tu macam suruh give-up sat layan sikit je, paling kuat katanya kena sebatang Gudang Garam je, bukannya hapa... Pas tu berhenti le balik ya tak...
Cis... Macam-macam trick saka dalam badan aku suruh perasap tu... Sampai aku tengah ratah coco crunch pun dia mai padahal dulu kalo aku ratah cereal memang tak mai feel nak merokok ni... Sebab asap ni combination terbaik bagi aku adalah lepas makan makanan pedas berempah n minum kopi o pekat panas aku punya... Tapi malam ni le lepas layan Milo tin sejuk pun mai feel nak perasap aku... Dah mata aku sendiri dok kenen kotak rokok Gudang Garam pakcik aku kat bar sebelah dapur tu...
Fuh... Badan aku plak rasa bisa-bisa semacam... Seolah-olah ada coup d' etat dalam badan le... Jemaah saka tengah kumpul kekuatan nak gulingkan pemerintahan dalam kepala hotak aku sebab dah sesak kena sekatan asap...
Cis! Lawan... Lawan ni...


Posted: 07 October 2006 at 7:08am
Lidah_Kasar mencelah:
Tahan jgn tak tahannnn...godaan pompuan hang boleh lawan ini kan godaan rokok pulak..kecik je btg tu..hang amik satu hang pijak2 kan aje udah ler!!!!....ckp dlm hati sial hang rokok...instrumen yahudi utk lumpuhkan ekonomi org islam sedunia!!! kasi saka atau panggil saka dgn asap dia....u tau aku sentiasa merana di sebabkan asap rokok ni tauuu..dlam hati cuma allah aje yg tau..betapa busuk dan terseksanya bau asap rokok...nak marah...kawan2 juga sekeliling yg perasapkan bagi makan saka..hang tau la....abis camno!!!! pura2 layan dlm hati je lah.


Posted: 07 October 2006 at 10:12am
Jawab saya:
He! He!
Itu le... Kuat tak kuat le godaan saka ni... Engko tengok kalau laki-laki dah kaki perasap... Masuk je time buka posa, dia terkam rokok dulu ke terkam bini dulu? Aku rasa bole kata 99.99 peratus akan terkam rokok dulu betul tak....
Begitu gak kalo dah teruk sangat kaki hisap rokok ni, macam hang pernah cakap le LK... Yang nak layan bini cepat-cepat bagi habis project pun ada!!! Pasal apa? Dah tak sabo nak kena sebatang...
Mana yang timing elok pulak, dia pi le main elok-elok, OK le foreplay, in-play, perfect... Tapi lepas pancut je dia terus cabut pegi ruang tamu layan sebatang dulu... Paling "considerate" pun, lepas bini orgasm, dia kiss sikit pas tu terus light-up sebatang... Padahal time tu le paling bagus dia peluk bini sampai terlelap, musti bini sayang sangat betul tak?
Tapi kalau dah teruk kena saka rokok ni, hang tahu le... Macam gak rasa tak perfect kalau lepas kena makanan pedas berempah, kena kopi o pekat, baru kena sebatang, begitu jugak pada perokok tegar, lepas main n orgasm, musti layan sebatang, baru le rasa lengkap...
Wooo.... Jangan main-main wooo penangan rokok ni kalo dah jadik darah daging... Godaan pompuan boleh tahan tapi godaan asap belum tentu lagi!!! Betul le cakap hang... Dasyat taktik Yahudi nak bagi pelemah orang Islam...

Posted: 10 October 2006 at 10:38am
Salams...
Malam tadi sekali lagi keinginan kuat untuk menghisap rokok berdengung-dengung mengganggu fikiran ku... Seperti biasa, aku ada tabiat malam-malam buta turun ke dapur menggeledah isi mencari tidbits untuk dikunyah-kunyah... Koko krunch plak dah habis... Nasib baik ada buah tin n cookies... Bila lalu sebelah meja makan, atas satu tin Gudang Garam dengan penutup tin terbuka seolah-olah memanggil-manggil... Hek eleh!!! Lalu saka dalam badan aku yang nampaknya masih bertahan di posisi tertentu pun dok bisik: "Eleh... Sebatang je brother, man-man ler!!!... Engko dah tahan lebih setengah bulan hapa... Takkan kena sebatang pun salah... Takda orang nak marah..."
Aku cepat-cepat naik lalu pi le bukak komputer dan masuk forum membaca isi... Sampai satu ketika, aku rasa ngantuk, masuk bilik dan terus le terbongkang tidur..
Dalam sedar tak sedar, tu entah bila masa, aku dah melepek dengan dua orang yang aku kenal ke tak kenal, tak pasti... Ada plak sekotak rokok atas meja... Dah... Saka aku tak tahan... Aku capai sebatang, dah nak letak kat mulut dah... Serta-merta aku ingat, aku ni dah 20 tahun nak berenti ni...Sekarang dah dapat hampir 17 hari tapi kerana nak perasap senafas boleh rosak langsung satu usaha...
Dalam pada itu, aku pun tak pasti aku sempat berasap ke tak... Yang aku tahu sat lagi makcik aku kejut ketuk pintu bilik suruh turun sahur... Aku pun turun le... Lepas Subuh aku lelap balik.
Lepas pukul 9, Nur talipun aku update khabar aktiviti dia... Aku yang tengah mamun lagi tak da sangat modal bercerita tapi kami tetap mesra macam biasa... Selesai tu, aku tergerak bukak laptop dan masuk forum... Dah baca beberapa thread, aku pun teringat yang aku dah dok perasap malam tadi! Eh apa ni, bisik hati aku... Nasib baik aku sedar, yang aku dok perasap (atau hampir dok perasap? Kabur le ingatan) tu cuma mimpi saja...
Fuh... Bukan senang nak berenti rokok woo... Jangan ingat dah lepas setengah bulan tu zone selamat... Ini kira OK gak le sebab bulan Ramadhan... Raya besok camana le plak... Bila dah kena ketupat rendang dan segala macam makanan berempah, pas tu melepek, kena plak hantu rokok pun dok layan sekeliling... Macamana tu nanti?
Aku cuma boleh mengharap... Yang Allah, hamba mu ini lemah... AKu bersyukur ya Allah kerana engkau telah beri aku bertahan buat masa ini daripada terus mengasapkan tubuh-badanku... Maka pelihara lah aku terus, sucikan diriku zahir dan batin Ya Allah kerana Qudrat dan Iradat mu mengungguli segala perkara jua... Amin...
Salams!

Posted: 10 October 2006 at 11:09pm
Ish... Apahal aku ni... Sejak dua minggu ni aku kuat minum air batu... Tekak plak rasa perit semacam, dah le KL tengah berjerebu agak teruk ni... Bila time malam-malam cam ni, tekak yang perit tu rasa kuat mintak diperasapkan bagi lega...
Lak alah... Dah la suhu badan aku rasa berubah-rubah, kejap suam, kejap panas, kejap sejuk... Mood aku pun semacam, kejap resah, kejap OK tapi alhamdulillah le aku tak rasa nak mengamuk... Mungkin sebab rasa nak mengamuk tu dah berubah jadik rasa sedih tak pasal-pasal... Mungkin gak... Sebab seingat aku le masa aku kecik, kalau berlaku sesuatu hal yang buat aku upset, samada aku akan naik berang tumbuk dinding ke hapa ke pecah benda (kalau tak terlepas sampai melepuk orang le) atau aku somehow arahkan tenaga berlebih yang tak tahu hujung pangkal tu kedalam jadi sedih semacam... Tu yang rasa melancholic n idiotic...
Sebab tu dulu aku perlukan company banyak pompuan kot... Tak semestinya aku nak henjut memanjang, kadang-kadang aku cuma nak rasa selesa n dimanja, dipeluk n rasa comfort... Tu haje...
Lek eleh... Apahal aku ni kan... Tak tahu malu dok kasi keluo cite-cite macam ni... Bodoh aku ni kan, tak pedulik nak PR langsung, main boh je bukak pekung di dada... Tu pun ada orang ingat aku main rancang-rancang nak naikkan profile diri aku... Kononnya sebab tu le aku rajin bercerita kat sini, nak tarik perhatian orang supaya angkat aku... Ya, angkat aku kawan-kawan lepas tu hempas aku dalam gaung bagi aku cepat mati... Penat...
Lek eleh... Apa kebenda aku cakap ni lagi??? Memang aku bodoh...

Posted: 17 October 2006 at 5:40am
Alhamdulillah, pagi ni time sahur, maintain sikit... Dah nak masuk 24 Ramadhan, maka hari ke 24 aku bertahan lagi tak perasap...
Tadi aku sahur bantai fishball, roti cicah kari daging sekali... Settle je terus naik atas masuk bilik tidur, tergerak nak bukak laptop masuk forum... Dalam tup tap keletup buat postings tu, tiba-tiba plak datang ngarut nak makan koko krunch... Ok le tu, ngarut makan koko krunch aje... Pi le turun bawah pekena ngan susu sejuk... Dalam pada tu terfikir gak, hmm... Sebelum azan ni, sempat ni kalo nak kena rokok sebatang... Ish... Mai jugak tu...
Tu le, sejak kebelakangan ni aku banyak betul layan air sejuk, minum ais pun suka padahal dulu memang aku dah lama tak kena! Sebab dah kebiasaan aku, makan makan berempah, kena kopi panas pas tu berasap le... Itu combination baik punya... Kalo kena air sejuk, kira potong stim... Takda kaw-kaw punya... La ni, aku banyak beno bantai air sejuk... Selau gak aku kebas pakcik aku punya ration milo dalam tin sejuk atau Tongkat Ali atau apa-apa le air tin dalam fridge kecik special dia kat ruang tamu... ALahai...
Anyway, so far so good... Tapi seperti yang telah ditegur beberapa kengkawan kebelakangan ini, memang hangin aku selalu berubah-ubah semacam... Tu yang terkeluar jadik statement yang bukan-bukan kat forum ni... Maka itu aku mintak maaf le kalo apa kata-kata aku menyinggung perasaan... Sori le, bukan senang le perokok tegar lebih 20 tahun ni nak bagi hilang itu saka... Siksa woo... Inipun kira OK gak...
p/s: Beta dah tahu kan camana keadaan... Abang dah bagitahu dulu pernah lagi teruk feeling nak berenti rokok tu... Naik segala hantu, bukan suruh buat maksiat biasa lagi, yang suruh jadik big-time criminal pun ada... So kira OK hapa setakat yang terkeluar sekarang ni... Orang bukan tahu berapa banyak lagi yang Abang sebenarnya menahan... Tnks anyway 4 understanding dear...

Posted: 22 October 2006 at 7:19pm
Assalamualaikum...
Sekarang, dah masuk 30 Ramadhan (sebab dah Maghrib dah... Dalam bulan Islam dah bermula hari baru), maka secara officialnya sudah 29 hari 29 malam aku berjaya menepis keinginan untuk menghisap rokok...
Alhamdulillah, sukacita aku melaporkan mood aku semakin stabil, bukan macam mula-mula dahulu yang mana perasaan aku bertukar-tukar silih ganti antara nak melempang orang, nak hancurkan bangunan, nak menggatai ngan pompuan, rasa nak mati dan nak menangis tak pasal-pasal... Mungkin gak stabil tu datang selepas dapat berjumpa dan bermain-main ngan anak pompuan aku hari Khamis hari setelah 4 bulan tak bertemu. Dan mungkin gak sebab kebetulan malam tu, Malam Tujuh Likur dan Malam Jumaat adalah sama keadaannya spertimana malam aku lahir 37 tahun Hijiriah yang lalu...
Apapun, aku tak berani declare aku dah berjaya berenti rokok kerana aku takut hati aku yang boleh dibolak-balik antara dua jari Allah ini tiba-tiba mengalah malah timbul pulak rasa revenge nak hisap rokok lagi banyak seperti pernah belaku beberapa kali dalam usaha untuk berenti rokok dahulu... Cuma sukacita dimaklumkan, inilah usaha terbaik aku sejak tahun 1999 di mana aku dapat berenti selama 3 bulan setelah bernikah, pas tu aku mula tension rasa tak berbaloi berenti rokok dan balas balik...
Tadi lepas buka nasik dan lauk-pauk, aku pekena cendol... Tu dia, dalam pekena cendol tu tekak aku dok rasa... Fuhh... Kalo layan asap ni complete le sesi makan aku... Tu yang aku risau tu sebab rasa nak merokok tu belum betul-betul hilang, cuma dapat ditepis sahaja setakat ini...
Apapun, aku harap kengkawan dapat tolong doakan supaya usaha berenti rokok aku kali ini betul-betul berjaya... Dan aku harapakan apa yang aku nukilkan ini dapat dijadikan pedoman kepada sesiapa pun yang nak berenti atau sedang berenti rokok sekarag ni... Salams!

Posted: 23 October 2006 at 8:08pm
Fuh... Cukup dah 30 hari Ramadhan... Maka ikut hukum hari-hari kalendar Islam, masuk je Maghrib ni dah kira 1 Syawal dah...
Rumah makcik aku kat Ampang ni kecoh sebab keluarga sebelah laki dia buat gathering kat sini... Opah (mak pada husband makcik aku) tu centre of the family, umur dah 90 lebih dah, memang duduk kat sini... Sekarang ni ada le dalam 40 ke atas ahli keluarga dia dok kumpul buka pas tu borak-borak kat sini.... Depa tu anak cucu Tuk Ngah Jabor daripada keluarga Maharajalela Perak... Selain sebab makcik aku kawin belah situ, masih ada sangkut sedara-mara le jugak ngan aku sebab keluarga Laksamana, Maharajalela dan kerabat diraja Perak memang ada sangkut-paut antara satu sama lain...
Tadi lepas makan aku pun layan berborak sat, keluar le sikit aku punya teori sejarah... Susah gak nak bercerita ngan sedara-mara yang kebanyakan Western educated ni... Dalam dok bercerita tadi, ada sorang sampuk tanya aku "Tahu tak asal usul Hang Tuah? Hang Tuah daripada Cina... Sebab tu pakai nama Hang..." bla, bla, bla... Nyaris aku nak naik angin, pakkal le sedara-mara... Bengang gak... Sejarah pengorbanan keluarga sendiri, belah Maharajalela tu pun depa tak berapa tahu... Tapi ada gak yang ambik tahu, tinggal tak ramai le, semuanya bahana pendidikan Barat yang buat depa lupa asal-usul bukan sahaja bangsa sendiri malah keluarga sendiri tu...
Eh... Apa plak aku dok melalut ni.. Sebenarnya aku nak lepas tension... Tadi baru lepas melayan satu cawan kertas Orean jus sejuk... Sebelum tu pekena briani kau-kau punya... Acar dia best woo... Siap ada rasa macam daging salai tapi bukan campur daging pun...
Anyway, habis je pekena air Oren tu, terus tekak aku rasa semacam... Fuh.. Alangkah bestnya kalo dapat pekena sebatang Gudang Garam ni... Alangkah nikmat dan syahdunya.... Ramadhan pun dah habis bukan? Apa lagi bro, celebrate le Hari Raya dah mula... Takkan nak terus-menerus siksa diri sendiri ya tak?
Ya Allah... Tak mati-mati lagi saka rokok dalam badan ni... Bila nak selesai, bila nak sampai aku takda rasa langsung nak hisap rokok ni Ya Allah! Macam-macam trick le dia cuba psycho diri aku sendiri suruh layan... Ala sikit je bang, dia pujuk... Sebatang...
Dugaan! Dugaan! Nasib baik le ada gak sokongan... Tadi Nur talipon, dalam crite-crite tu dia cakap elok le aku kira dah banyak gak perubahan... Aku cakap lepas Raya ni baru le nak start exercise... Sekrang ni masih malas lagi, kepala n badan tak sedap rasa nak melepek memanjang... Sambil tu dia tanya aku lembut, awak dah OK kan, tak hisap rokok kan? Aku kata Alhamdulillah, dapat maintain... Dia tanya lagi, tak kena ke walau senafas dua... Aku jawab tak... Lalu dia ingatkan aku elok le... Awak jangan kena lagi OK walau senafas dua... Sebab kalo awak kena, musti habis punya, terus hisap rokok balik...
p/s: To Nur n Beta... Abang kira dah ok dah ni tapi kalau masih lagi terkeluar hangin Abang tak pasal-pasal... Harap kira diskaun je le yek wahai adinda-adinda Abang... Kuat bebenor hantu rokok ni a cubmenggagau bagi mood Abang tak tentu arah...
Bila dah teruk sangat mood tu, dia pun bisik... Tu le aku dah cakap, mood engko musti semacam punya, kang tak pasal-pasal mengamuk ke hapa nak hempok orang atau nak "terjah" itu minah... Dah jadik masalah lain plak... Cuba pekena sebatang... Tengok, relaks n cool aje, kan takda apa-apa masalah! Ish... Halus pujukan hantu rokok aku ni...

Posted: 31 October 2006 at 2:14pm
Salams kengkawan... Lama tak update ini forum, ada plak orang suggest tukar dia punya tajuk jadi "perubahan lepas Ramadhan" ke hapa-hapa le sebab Ramadhan pun dah tamat, hari ni pun dah masuk 8 Syawal bukan? Jadi aku pun terfikir gak, perlu ke aku tukar? Apa plak tajuk yang sesuai dan lebih relevan dengan keadaan semasa...
Tapi bila aku betul-betul dah masuk thread ni dan mula typing, timbul plak rasa... Bior aje le tajuk ni... Sebab walaupun dah lepas Ramadhan, perubahan yang aku dok cite ni adalah berkat bulan Ramadhan juga... Maka biar aje le kita maintain tajuk tu yek...
Sukacita dimaklumkan aku masih lagi tidak menghisap rokok walau sekepul pun sejak usaha berenti aku bermula Maghrib malam masuknya Ramadhan.. Alhamdulillah, jika tiada aral melintang, lusa ni kira complete le 40 hari aku tak hisap rokok... Kebetulan plak lusa adalah hari Khamis... Maka kalo aku berjaya maintain lagi, malam Jumaat bersamaan masuknya 11 Syawal itu aku akan melepasi semacam jenis syarat dalam perjalanan kerohanian aku sendiri... Mungkin ada sesuatu yang baru akan mendatang nanti? Wallahualam... Aku pun baru je tergerak nak tulis bab ni, bila aku kira balik berapa lama aku dah berenti rokok...
Setakat ni, aku boleh cakap, ini usaha terbaik aku sejak aku nikah hujung 1999... Dapat le berenti 3 bulan pas tu aku tension dan balas balik hisap rokok, maklumlah 20 tahun menjadi penghisap rokok secara tegar, bukan senang woo nak-nak kalo orang yang terdekat ngan kita tak memahami segala mood dan perubahan yang berlaku....
Masa mula masuk Raya tu aku risau gak sebab Ramadhan dah habis, lain sikit wooo... Masa Raya ni le banyak jumpa geng dan sedara-mara hisap rokok macam keretapi nak-nak lepas kenyang sagak ketupat ngan rendang... Kena plak kopi hitam pekat panas... Fuh... Goncang iman....
Seperti yang aku dah sebut beberapa kali kat macam-macam tempat kat forum ni, merokok adalah semacam perangai buruk aku yang terakhir setelah aku dapat le mengekang segala macam perangai buruk lain terutama panas baran dan kaki pompuan... Sukacita dimaklumkan, dalam usaha berenti terbaru ni, panas baran aku tak le teruk sebaliknya digantikan dengan rasa sedih dan nak menangis tak pasal-pasal... Yang aku risau satu je... Kuat betul rasa nak menggatal... Masyaallah... Dan kalo aku nak, aku boleh dapat, bukan pompuan sebarang plak tu, type-type model, celebrity, high-class dan line-line tu (saja aku nak riak dan ujub sat, ada le sebab tu kalo engkorang sanggup fikirkan hikmahnya...) ... Tu yang lagi kuat dugaan tu... Tu jugak yang saka-baki saka rokok dalam diri aku bisik: "Hah, tengok tu... Kalo engko layan pompuan, memang le best... Hang kan jaguh... Tapi kalo layan, jawabnya tak habis le kifarah dosa hang daripada dulu sampai sekarang... Lagipun hang dah ngaku Ahlu Bait kan... Jadi apa kata hang layan je Gudang Garam sebatang, paling kuat pun makruh apa.. Bukannya berzina... Takkan Tuhan nak marah..."
Tu dia... Halus woo bisikan saka rokok ni... Logik plak tu... Ya lah, hisap rokok je, bukannya aku main pompuan... Kira baik le tu ya tak?
Anyway, beberapa hari Raya yang mula memang kuat gak rasa nak pekena rokok tu lebih-lebih lagi lepas makan... Tapi Alhamdulillah gak, masa yang aku rasa tak terfikir pun pasal rokok dah bertambah... Ertinya aku dah mula tak payah buat dek menahan keinginan merokok lagi, sebab keinginan tu dah mula luput... Dan aku dapat melihat perubahan diri zahir dan batin yang ketara akibat berhenti merokok... Air muka dan kulit makin bersih, nak jadi putih merah bersih betul-betul cam aku budak-budak dulu... Itu belum lagi bibir aku jadik merah cam dulu he! he! Jangan jeles tau, Tuhan dah jadikan aku memang hensem... Makcik-makcik aku cakap sebab darah keturunan aku... He! He!
Badan aku yang pernah jadi kudut semacam masa aku mula-mula menggila merayap sana-sini cari makam dan salasilah pun dan mula nak jadik elok balik... Dulu tu baru le naik sikit, takat nampak le berdaging tapi masih le kurus semacam, baru sejak 3 minggu ni le muscle aku dah mula nampak balik, hampir-hampir nak jadik body aku zaman aku masih main rugby dulu...
Hmm... Mungkin betul gak gerak-hati dan ilham yang aku dapat dapat beberapa kali dahulu... Sampai masanya, zahir aku akan jadi lebih-kurang cam umur aku 18 tahun dulu tapi tetap matured, ye le bro... Aku ni umur 36 tahun tahu, perangai aje yang maintain cam budak-budak lagi..
Tapi tu le, semua tu akan terzahir nanti bila kifarah aku atas segala dosa lalu dah selesai... Dan aku dah lama tahu, salah satu perkara yang WAJIB aku buat adalah berenti rokok... Itu le yang buat aku dpat bertahan lagi sampai sekarang... Insyaallah...
OK le, gerak update aku bab ni dah tamat... Salams!


Hmm… Cukuplah setakat ini. Rasanya pembaca tentu boleh mengagak, betapa susahnya hendak berhenti rokok kalau sudah jadi penghisap rokok tegar lebih 20 tahun macam saya… Tetapi Alhamdulillah, saya masih bertahan setakat ini.
Apapun saya harap cerita ini berguna untuk pembaca, atau sekurang-kurangnya boleh dijadikan hiburan buat mengisi masa, insyaallah!

Rabu, Disember 20, 2006

Membela Raja-raja - Sambungan daripada cerita helah Zionis memerintah dunia

Para pembaca sekalian, Daripada komen yang diberi 2-3 hari kebelakangan dalam postings sebelum ini, nampaknya ada pihak yang menyangkakan saya amat mengagungkan Dr Mahathir. Hmm... Mungkin orang ini silap baca maksud di sebalik beberapa artikel yang pernah saya tulis tahun 2002 lalu disertakan di sini. Untuk makluman, saya bersetuju dengan cara Dr Mahathir membangunkan negara serta mengikat matawang semasa berlaku krisis kewangan 1997,  Tetapi ini tidak bermakna saya setuju terhadap setiap tindakan beliau. Lagipun ingat, artikel itu ditulis 4 tahun lalu.

Kedua, ada pula pihak menyangkan saya anti raja. Masyaallah. Mereka yang betul-betul mengenali saya tentu akan ketawa mendengar kenyataan ini kerana mereka tahu hubungan peribadi saya dengan pihak raja. Cuma pada pendapat saya, raja-raja zaman sekarang tidak mencerminkan lagi peribadi serta daulah raja dahulukala yang menyebabkan mereka disanjung masyarakat di mana-mana.

Di sini biar saya sertakan sambungan cerita yang merupakan bahagian daripada bab bertajuk "Demokrasa vs Raja-raja" dalam BKA II atau "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"... 


------------------------------


Kalau dikaji secara mendalam, sistem beraja adalah sebuah sistem pentadbiran masyarakat berasaskan wahyu yang menjemput naungan kerajaan langit, sistem yang diturunkan dari Nabi Syith bin Nabi Adam sebagai pecahan sistem kekhalifahan dan keNabian yang diwarisi keturunan-keturunan tertentu yang dipelihara Ilahi. Maka itu, sistem pemerintahan beraja yang sebenar akan benar-benar memartabatkan rakyat, menjaga kebajikan dan kemaslahatan mereka seperti yang pernah dilakukan raja-raja berdaulat yang memerintah Perlak, Samudera-Pasai, Melaka dan Aceh dahulu.

Malangnya, para raja dan kerabat diraja yang ada sekarang rata-rata bersifat seperti orang kebanyakan, terlalu sukakan hiburan, berniaga berjual-beli seperti orang kebanyakan mencari keuntungan materialistik dan keduniaan dengan menggunakan kedudukan sebagai orang istana atau orang yang rapat dengan istana untuk mendapatkan cable-cable perniagaan dan pengaruh politik yang tidak boleh dicapai orang lain. Masyarakat juga sudah terbiasa melihat gaya kehidupan sesetengah ahli keluraga mereka yang mengarut, suka minum arak, main betina, keBaratan lebih Mat Saleh daripada Mat Saleh. Maka bagaimana orang Melayu sekarang mahu betul-betul menghormati raja dan kaum kerabat mereka sedangkan kehidupan mereka telah jauh menyimpang daripada peranan sebagai ketua adat orang Melayu dan ketua Islam? Lalu hormat yang ada sekarang ini tinggal hormat luaran sahaja, itupun kerana manusia-manusia ini masih berpangkat raja ataupun kerabat diraja, ada gelaran Tengku, Tunku atau Raja, menetap pula di istana ataupun rumah-rumah besar lagi mewah bagaikan istana, kaya-raya, ada kekuasaan, ada panggilan Yang Mulia walaupun perangai mereka kadang-kadang lebih teruk dari binatang.

Bagaimana pula mereka yang bergekar Yang Teramat Mulia dan Duli Yang Maha Mulia sedangkan gelaran-gelaran ini cuma layak diberikan kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja? Bagaimana raja-raja tidak besar kepala sedangkan mengikut kitab-kitab lama seorang raja sepatutnya adalah orang yang paling merendah diri di kalangan rakyatnya. Itulah salah satu amalan sebenar raja-raja dahulu. Kalaulah harta kekayaan, istana dan kekuasaan serta gelaran dijadikan kayu pengukur untuk menentukan kemuliaan seorang raja atau kerabatnya, maka mana-mana orang buruk akhlakpun boleh menjadi raja. Malah ramaipun yang sudah berani berkata terang-terangan “Akupun boleh jadi raja, kalau aku dilahirkan di kalangan istana dengan segala nikmat dunia menunggu. Seseorang itu menjadi raja cuma kerana nasib sahaja, lahir di istana, anak kepada raja. Itu sahaja. Apa bendanya yang mulia?” Maka itu masyarakat sekarang tidak ada pilihan tetapi menerima sahaja sistem demokrasi berParlimen ciptaan Yahudi yang diterapkan penjajah Inggeris dahulu, sistem yang membenarkan orang-orang buruk akhlak bermahajalela mendabik dada mengaku raja kerana boleh mendapatkan harta kekayaan, istana dan kekuasaan, malah gelaran-gelaran yang muluk-muluk melalui dunia politik dan perniagaan. Kerana sistem beraja yang ada tidak cukup berwibawa untuk menangani masalah rakyat dan keperluan semasa.

Malah pada suatu masa dahulu, Raja-raja Melayu nyaris-nyaris mengorbankan martabat mereka, kedaulatan negeri-negeri Melayu juga martabat orang Melayu sendiri apabila bersetuju menerima gagasan Malayan Union yang akan menarik segala hak istimewa orang Melayu. Nasib baiklah ada Datuk Onn Jaafar dan orang-orang sepertinya yang menubuhkan UMNO untuk membela nasib orang Melayu dan menyelamatkan institusi beraja dari dijahanamkan para penjajah biadab. Maka itu orang-orang sekarang lebih menghormati pemimpin-pemimpin politik daripada menghormati raja. Kerana para pemimpin ini telah membuktikan kekuasaan rakyat, bahawa rakyatlah sebenarnya berkuasa di kala raja-raja terdiam membisu, tidak lagi berani dan berwibawa, sifat-sifat yang sepatutnya ada pada seorang raja. Maka itu juga tidak hairanlah jika ramai orang kebanyakan sekarang beranggapan merekapun boleh menjadi raja, menjadi kepala tertinggi rakyat jika diberi peluang. Seolah-olah raja ini cuma satu jawatan yang boleh dipikul sesiapapun jika ditawarkan.

Cuba kalau rakyat tahu hakikat raja yang sebenar, sifat-sifat yang perlu dimiliki, amalan-amalan yang perlu ditekuni untuk menimbulkan sifat-sifat yang melayakkan raja-raja memimpin rakyat, maka mereka tidak akan berani berkata begitu lagi. Cuba-cubalah baca adab-adab dan amalan seorang raja yang sebenar seperti yang telah dinukilkan di dalam kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja karangan seorang penulis yang cuma dikenali sebagai Bukhari Al-Jauhari, karangan yang mengikut pendapat para pengkaji sejarah adalah saduran dari kitab-kitab ketatanegaraan Parsi, yang dibuat di Aceh pada tahun 1603.

Cuba amati bagaimana beratnya amalan sebenar seorang raja… Selain selalu mendirikan Syariat Rasulullah SAW yang diwajibkan seperti solat dan puasa, seorang raja juga perlu selalu mengamalkan puasa sunat, contohnya seperti Nabi Daud, Raja Bani Israel yang mengamalkan puasa selang sehari sepanjang tahun. Kalau makanpun tidak boleh banyak, cukup sekadar boleh berdiri tegak. Paling kurangpun harus mengikut anjuran Nabi yang paling lemah dalam bab makan - makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Isi perut dengan nisbah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman, satu pertiga untuk angin atau ruangan kosong.

Cuba pula baca cerita-cerita Melayu lama seperti Hikayat Malim Deman… Baginda bersantap beradat dengan memakan tiga suap sahaja sekali santap, barulah boleh dinamakan bersantap. Kerana memang ada perbezaan yang nyata dengan cara makan orang lain ataupun rakyat biasa, cara orang-orang kebanyakan.

Itu belum dikira amalan-amalan lain, amalan-amalan yang sebenarnya bertunjangkan amalan-amalan Tasawuf dari para wali dan Nabi serta Rasul, Seorang raja atau kerabat diraja yang memiliki darah dan zat mulia mesti telah berjaya mengikis sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki dan iri hati, tidak lagi mempunyai perasaan dendam-berdendam seperti orang kebanyakan, lalu menggantikan semua ini dengan sifat-sifat mahmudah seperti berbesar hati, zuhud, pemaaf dan lain-lain lagi sifat mulia yang sepatutnya ada pada diri seorang berdarah raja ataupun bangsawan. Maka setiap perbuatan seorang raja menjadi ibadat yang mendapat pahala dan mengundang daulat kerana ada niat dan garis tujuan yang nyata seperti digariskan melalui wahyu dan sumber Ilahi. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Hidup semata-mata untuk mendapatkan keredahaan Allah.

Kalau begini, barulah mandinya layak dikatakan bersiram, perjalanannya dikatakan berangkat dan pergaulannya dengan masyarakat biasa dikatakan mencemar duli. Kerana baginda terpaksa keluar dari lingkungan hidupnya yang mulia, yang penuh sifat-sifat mahmudah untuk memasuki gelanggang kehidupan rakyat biasa yang masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah. Itu sahaja.
Masalahnya, rata-rata orang sekarang termasuk mereka yang berdarah raja sendiri tidak faham hakikat hidup yang bertunjangkan pengamalan ilmu Tasawuf ini. Lalu untuk menyatakan “ketinggian” dan “perbezaan” mereka dengan masyarakat kebanyakan, mereka setakat mengamalkan penggunaan bahasa-bahasa istana yang berbunga-bunga sedangkan ia bukanlah sesuatu yang patut dibangga-banggakan sebagai simbol status, lambang yang menunjukkan penggunanya adalah berdarah raja.

Mereka lupa, seseorang itu perlu beramal dengan amalan sebenar seorang raja atau kerabat diraja sebelum betul-betul layak menggunakan bahasa istana. Perlu menghidupkan serba-serbi adab terpuji yang merangkumi adab makan, perawakan tubuh-badan dan cara berjalan sampailah ke cara dan posisi tidur malah cara mandi… Kalau tidak santapnya sama sahaja seperti orang lain makan, “melantak”. Kalau beradabpun cara makannya, kuantitinya pula tidak layak bagi seorang raja yang sebenar, perut naik buncit sedangkan seorang raja mestilah sempurna sifatnya zahir dan batin sehingga melebihi orang kebanyakan, mesti lebih fit, segak, dirinya tegak.

Dada seorang berdarah raja mestilah sentiasa terbuka tetapi bukanlah dalam keadaan membanggakan diri. Sebaliknya dia sentiasa berlapang dada zahir dan batin, sentiasa tenang, bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan hidup kerana sudah mencapai tahap Tawakal yang tinggi dan kepercayaan yang utuh terhadap Qada’ dan Qadar. Maka itu seorang raja yang sebenar tidak perlu melibatkan diri ke dalam dunia perniagaan yang boleh merosak dan mencalarkan prinsip hidup seseorang pemimpin kerana sebagai orang yang sepatutnya lebih memahami rahsia-rahsia amalan agama yang luhur, dia patut tahu rezekinya sentiasa terjamin. Malah seseorang berdarah raja langsung dilarang berniaga jika memegang tampuk pemerintahan.

Prinsip hidup ini ada disebutkan dalam apa yang dikenali ramai sebagai Ayat Seribu Dinar yang selalu digantung di kedai-kedai dan gedung perniagaan milik orang Islam...


Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya akan diadakan baginya jalan keluar, dan diberikanNya rezeki tanpa diduganya lagi. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Dan akan memberinya rezeki dengan tidak terkira. Barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya. Sungguh Allah menyampaikan urusanNya. Sungguh Allah mengadakan kadar bagi tia-tiap sesuatu.

– Penghujung Ayat 2 sehingga Ayat 3, Surah At-Thalaq.


Nah. Bukankah maknanya cukup terang? Bahawa Tuhan akan sentiasa menjaga keperluan mereka yang bertakwa dan bertawakal? Bahawa rezeki tidak perlu dikira kerana sudah ditentukan kadarnya, apabila sampai masanya tetap akan menjadi milik kita tanpa perlu difikirkan datang dari mana? Bukannya menggandakan wang anda... Tetapi ramai yang menggantungkan ayat ini atau mengamalkannya untuk melariskan perniagaan atau mendapat keuntungan lebih, kelebihan material dan keduniaan semata. Bukankah ini sudah lari daripada prinsip sebenar yang digariskan di dalam Al-Quran?

Perkara ini boleh dimaafkan jika yang berbuat demikian adalah orang kebanyakan. Tetapi seorang raja, kerabat diraja dan mereka yang mempunyai darah raja, manusia yang sepatutnya memiliki sifat-sifat mulia tidak patut terjebak sama kerana mereka sepatutnya mempunyai kelebihan akal fikiran untuk memahami prinsip sebenar di sebalik ayat ini.

Mereka patut faham, segala keperluan hidup hatta rezeki makan-minumnya dan keluarga akan disediakan Allah SWT samada secara nyata melalui institusi istana yang segala belanjanya ditanggung perbendaharaan negara atau cara-cara ghaib yang difahami mereka yang pernah mengalaminya, jika sahaja seseorang raja bertawakal kepadaNya dengan sepenuh hati, tanpa ragu-ragu lagi. Tugasnya cuma menumpukan perhatian kepada pemerintahan negara demi mensejahterakan rakyat dan meningkatkan syiar Islam. Syariat Islam pula perlu dijaga sentiasa tanpa tolak-ansur dan soal banyak kecuali dalam perkara-perkara furuk, selain beramal dengan kaedah Tariqat untuk memahami Hakikat lalu mengalami Makrifat untuk mengenal Allah. Lalu barulah zat mulia yang dimiliki dalam darah daging boleh terserlah. Barulah timbul kewibawaan semulajadi juga karisma dan aura yang menarik perhatian orang-ramai untuk tunduk hormat kepadanya tanpa perlu dipaksa atau dipinta. Lalu timbullah juga bakat-bakat semulajadi lain yang telah diturunkan secara genetik dari nenek-moyang yang terdahulu sampailah sekarang.

Apabila ini berlaku, barulah seseorang raja itu boleh dikatakan berdaulat. Maka penjajah Barat tidak boleh senang-senang mengugut, walaupun mereka datang dengan sejuta mesingan dan bom atom sekalipun. Baru terpandang wajah raja yang cemerlang, mereka sudah tertunduk bisu, hilang segala kata-kata dan tipu helah.

Jangan jadi seperti sesetengah raja yang sebenarnya tidak layak menaiki takhta kerana kalau dikaji susur-galur keturunan mereka dari raja-raja yang terdahulu, mereka bukanlah waris yang sebenar. Lalu menggunakan jin, membuat perjanjian dengan makhluk halus untuk melindunginya, untuk menghebatkan penampilannya juga untuk menundukkan orang lain supaya dianggap sebagai seorang yang berdaulat, mempunyai kekuatan sakti yang tidak ada pada orang lain, kononnya inilah tanda dia memang seorang raja. Kalau begini, orang kebanyakanpun boleh belajar. Ilmu penunduk, penggerun, seri muka dan segala ilmu yang sewaktunya, yang banyak menggunakan khidmat golongan jin memang sudah menjadi pakaian orang kebanyakan sekarang terutama ahli-ahli politik dan perniagaan yang ingin mendapatkan kelebihan untuk berjaya dalam hidup.

Bezanya, golongan jin-jin yang kuat lagi perkasa dan bertaraf tinggi mungkin tidak mahu mendampingi mereka yang tidak berdarah raja… Maka orang kebanyakan yang sibuk ke sana-ke mari menuntut pelbagai jenis ilmu batin untuk meningkatkan keupayaan diri masih lagi kurang power, masih tidak dapat menandingi seorang berdarah raja yang mempunyai sedikit kesedaran batin.
Apapun, daulat yang sebenar tidak perlu malah tidak dapat dipelajari. Apa yang dikehendaki adalah pengamalan mendalam Islam berdasarkan Tasawuf yang sampai ke lubuk hati malah lebih dalam lagi ke suatu tempat yang dipanggil sir, rahsia hati sebelum mencapai peringkat sir dalam sir, rahsia dalam rahsia hati. Kemudian serahkan segala urusan kepada Allah, bertawakallah sepenuhnya, tawakal yang disebut Sultanul Auliya Sheikh Abdul Qadir al Jilani juga Imam Ghazali sebagai tawakal khusus wal khusus, tawakal orang khusus dari yang khusus. Maka jadilah mereka seperti seorang mayat di tangan pembasuh mayat, tidak boleh membantah apa-apa yang dibuat oleh tukang basuh mayat, apalagi hendak melawan. Biarlah pembasuh mayat yang hakiki menggerakan segala tubuh badan…

Peringkat tawakal sebegini bukan lagi tawakal orang awam, tawakal yang diibaratkan Rasulullah SAW seperti mengikat tali unta ke sebatang pohon sebelum masuk bersolat di masjid supaya unta tidak lari ketika tuannya bersolat. Bukan jenis tawakal yang memerlukan seseorang itu menyediakan payung sebelum hujan, kalau sakit cari ubat, paling kurangpun, berdoa meminta supaya cepat disembuhkan.
Mereka yang ingin memasuki tawakal peringkat tertinggi ini mesti sanggup menerima segala dugaan Allah SWT dengan sabar dan redha termasuk penyakit yang memeritkan dan malapetaka yang tidak kunjung putus. Biar Dia sahaja yang menentukan bila semua ini selesai, bila akan datang hari-hari bahagia seperti yang pernah dialami Nabi Ayub AS. Lalu orang yang mengamalkan tawakal khusus wal khusus, peringkat tawakal yang menjadi pakaian raja-raja yang sebenar akan berani menyeberangi padang pasir yang luas tanpa membawa sedikitpun bekalan makanan dan minuman.

Jika perlu berlapar, dia akan menahan perut sehingga pengsan kerana telah mempunyai keyakinan yang kental bahawa jika Tuhan mahukannya makan, tiba-tiba sahaja burung dari atas awanpun boleh datang menyuapkan. Kalau ada orang berniat jahat pula misalnya hendak menetaknya dengan parang, silap-silap orang itu boleh beku di tempatnya berdiri. Itupun kira baik. Kalau tidak mungkin orang itu mati langsung disambar petir atau apa-apa sebab lain yang mencarik adat sedangkan sang raja mungkin terus berjalan sahaja seperti biasa tanpa menyedaripun ada percubaan orang untuk membunuhnya.
Lalu raja sebegini tidak gentar menghadapi segala mara bahaya. Dan dia tidak hairan dengan perkara-perkara karamah yang berlaku di hadapan matanya kerana amalan Tasawufnya mengajar supaya tidak terpesona dengan ini semua. Malah dia sebenarnya tidak sedarpun kerana seluruh hati dan jiwanya sentiasa tenggelam mengingati Allah.

Maka pada mereka yang faham, inilah yang dikatakan daulat yang sebenar, daulat orang yang sebenar-benarnya bertawakal, menyerahkan seluruh jiwa-raganya kepada Yang Maha Memelihara dan Wakil Terbaik setiap urusan. Lalu barulah seseorang itu layak memakai gelaran Al-Mutawakil - Yang bertawakal kepada Allah. Dalam keadaan ini juga, dalam keadaan segala bentuk nafsu rendah seperti keinginan ingin dipuja dan dipuji telah disapu-bersih, maka segala perbuatan, gerak-geri dan kata-kata yang keluar daripadanya adalah dari kudrat dan iradat Allah semata-mata. Maka itu dia marah kerana melihat sesuatu perkara yang Allah marah, dan dia memaafkan, sayang, dan kesihan dan kerana Allah itu Maha Pemaaf, Penyayang dan Mengasihani. Pendekkata, segala apa yang muncul dari dalam dirinya adalah perbuatan Allah semata-mata, bukan perbuatan seorang manusia biasa lagi.

Apabila ini terjadi, barullah seseorang raja itu boleh dikatakan Dzilullahi fil alam, bayangan Allah di alam ini. Ataupun Dzilullahi fil ard, bayangan Allah di muka bumi. Maka barulah dia boleh menjadi raja dalam erti katanya yang sejati. Seorang raja sejati adalah seorang manusia yang telah mencapai taraf insan-al kamil, insan yang sempurna yang merupakan seorang wali Allah kemudian diberi pula kerajaan untuk melaksanakan urusan memakmurkan rakyat di bawah naungannya. Maka itu dia menepati ciri-ciri yang menepati sebuah Hadis Qudsi :



Bila Aku mencintai seorang hamba,
maka Aku akan menjadi pendengarannya,
penglihatannya, lidahnya, tangannya dan kakinya.
oleh Ku dia marah dan oleh Ku dia berjalan.



Inilah dia daulat sebenar raja-raja yang tidak boleh disanggah, daulat yang muncul kerana dia telah menjadi “perkakas” Allah untuk menyatakan wujudNya di alam ini. Sebab itu kitab-kitab lama tafsir mimpi ada menyebut, bermimpi berjumpa seorang raja adalah sama dengan bertemu Allah! Maka fahamilah hakikat ini…

Walaupun bakat semulajadi yang boleh menimbulkan daulat sebegini wujud di kalangan mereka yang terpilih dari keturunan yang mulia, besar kemungkinan ia akan terpendam jika tidak digilap dengan amalan-amalan tertentu. Sebab itu amalan-amalan khusus seperti adab makan, berpuasa, bercampur-gaul dan sebagainya seperti dihuraikan dalam kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja yang menjadi pegangan istana diajarkan kepada setiap putera yang layak suatu masa dahulu.

Cara terbaik untuk mendapatkan manafaat sepenuhnya adalah dengan mendapatkan tunjuk ajar seorang guru mursyid yang diakui pencapaian kerohaniannya, yang wasilah kerohaniannya bersambung terus-menerus dari seorang guru mursyid kepada seorang guru mursyid yang terdahulu sampailah kepada guru segala guru, Rasulullah SAW. Bukankah baginda pernah bersabda: “Aku ini gedung ilmu, dan Ali itu pintunya. Maka jika engkau hendak masuk ke gedung ilmu, masuklah ikut pintunya.”
Lagipun, pada mereka yang faham, Nabi Muhammad SAW adalah raja segala raja. Maka itu setiap bakal raja mesti mendapatkan didikan khusus baginda yang diturunkan kepada guru-guru yang mempunyai pertalian dengannya. Lalu di sinilah terserlahnya peranan golongan Sufi dan para wali dalam mendaulatkan bumi Aceh dan menimbulkan kebesaran raja-raja…


Perjalanan ke Pantai Timur

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Saya baru sahaja meneliti kembali blog ini serta komen yang diberi kebelakangan ini. Minta maaflah jika lambat menjawab atau sudah lama tidak mengenengahkan bahan baru, saya sebenarnya dalam perkelanaan sejak hari Sabtu lalu, ke Pantai Timur terutama Terengganu.
Kali terakhir saya berada di negeri Darul Iman ini adalah kira-kira 2 tahun lalu. Saya masih ingat semasa bertandang ke rumah Dr Sayyid Salleh, anak Mufti Terengganu dahulu, pemerintahan negeri bertukar tangan dari PAS ke BN. Dalam perjalanan terdahulu itu juga saya sempat dibawa berjalan oleh para waris ulamak terkenal abad ke 17 Masihi Tok Pulau Manis menziarahi makam-makam berkenaan keluarga ulamak ini terutama di sekitar Kuala Berang. Paling utama ialah makam moyang kepada Tok Pulau Manis iaitu Sharif Muhammad al-Baghdadi, orang yang dikatakan menulis Batu Bersurat Terengganu 700 tahun dahulu! Untuk pengetahun, Tok Pulau Manis pula dipercayai lahir sekitar 1650 Masihi. Beliau adalah guru serta bapa mertua kepada Sultan pertama Terangganu Sultan Zainal Abdin I.
Sekarang saya sedang berada di sebuah Internet Cafe di Kuala Berang. Sementara sempat ini saya akan cuba menjawab beberapa silap-faham yang saya lihat tersurat atau tersirat melalui beberapa komen yang diberi 2-3 hari ini. Apapun biarlah saya bercerita sedikit tentang perjalanan ke Pantai Timur ini OK...
Hmm... Paling senang saya rasa elok saya copy and paste balik sahaja log yang ditulis dalam laptop. Insyaallah saya akan letak beberapa gambar yang telah diambil dalam perjalanan kali ini tetapi rasanya lebih elok diletakkan dalam blogspot yang ini - SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)
OK... Silakan baca log saya ini... Ler... Baru saya ingat, log perjalanan tu ditulis dalam bahasa Inggeris campur aduk dengan bahasa Malaysia, dan ada sedikit perkara private tetapi saya rasa tak kisahkan dikongsi di sini... Dan saya rasa ingin menyertakan log sejak hari Rabu. Ada le hikmahnya itu... :]

22 Zulkad (13 Dec) Rabu – So tired today. Sakit2 badan… Malas nak keluar rumah. Rasa nak baring n tido je puas-puas. Around 5.30pm rasa macam kena bangun le keluar. So mandi n siap2… Keluar pi round KLCC… Continued editing BKA II in front of KLCC air pancut after lebih seminggu tak edit kot? Then went to Ampang Point. Back at Cik Yah’s almost 10pm.
Also today is the installation the 12 (or is it 13th?) Agung, Sultan Mizan of Terengganu

23 Zulkad (14 Dec) Khamis – Hmm… Tired but spent time surfing Internet until 6am baru tido. Woke up by call from Celcom 8.30am suruh register line handphone. Then surf Internet, tido balik at about 10.30pm. Woke up at 12.15pm, by call from Puan Musalmah of Library Negara saying paperworks for their order of 850 “Berpetualang” books are settled, just need my signature. Siap-siap, after luncthtime when to Wisma Selborn and sign the documents. Then took bus to Pertama Complex. Later hujan lebat. Singgah Sogo, sambung editing BKA II at air terjun at the 5th or 6th floor gitu…
Walked through Jalan TAR to Masjid India. Went to Mydin, bought GrandVision digital camera for RM299 (including 512k SD Card) and nick harversack for RM24.90. Balik rumah Cik Yah via LRT, sampai after Maghrib. Tired, ingat nak tido but CVT guys called asked to meet especially S Pandang. He had a wish. So went out to Dagang with the haversack containing laptop… Archer and Wali7 also around, then cam Tulis-tulis also COD3. Went to Pandan Mewah, rendesvous with Abnormal. Yap Perlis also came followed by Husmawi CVT then Empty. Hmm… That’s 10 guys isn’t it?
S Pandang tired. Want to leave the others at 1.36am or so, I followed. He sent me back to Dagang and I had drinks at Israq… At about 2.20am or so went to surau and completed editing of Bab 9, BKA II, alhamdulillah!

24 Zulkad (15 Dec) Jumaat – Went back to Cik Yah’s at about 8pm. Her family have left for Terengganu. I just stayed indoors…

25 Zulkad (16 Dec) Sabtu – So tired and malas. Nasib baik AbnormalSuam called at about 10.30am, woke me up. Met at Ampang Point, he paid me RM600 cash (for his hutang n Kencana articles, so owe me another RM600). At least that made me go out to check bus to K Terengganu. Went to Putra, malas nak tunggu sampai 10pm. Pi The Mall sat, then got urge to go to Pudu. Ended up taking 4.30pm bus to Kuantan. Arrived at about 9pm. Check the schedule of buses to KT. Pukul 11pm ada, lain-lain 2.30am… Next day paling cepat 9.30pm. Kira dah 26 Zulkad ni… Decide to jalan Kuantan, head for Masjid Jamek n see what happens. Along the way nampak shopping complex yang pegi dengan Hanif dulu. Nak pegi bookshop dalam complex tapi dah pindah dah bookshop tu. Instead pegi bookshop kat depan, tengah baca majalah Beladiri then Nur called (after almost 1 month senyap)… Masyaallah! Subhanallah! Then she told me, she got my msg tapi boring nak jawab… Marah le tu about the time I asked her to forget me, that is on 29th, last day of Syawal just before I went to Janda Baik.
Anyway she’s OK tapi ada le bengang sikit. Had a long chat. She wants to go out see Cicakman … Oh, phone putus sebab credit nak habis ke hapa, while Nur tengah bambu me, He! He!...
Walked towards masjid. Singgah sat tempat minum, tu yang boleh update ni…

26 Zulkad (17 Dec) Ahad
– Amar’s wedding in Terengganu… Continued from above. Walked to Kuantan bus-station. Turns out ada TransNational bas to K T’ganu at 1am. So took it… And there I was inside trying to sleep (sikit-sikit dapt le) while wondering apsal lambat sangat sampai. Ingatkan pasal banyak stop… Rupa-rupanya overshoot sampai Kota Bahru! Baru perasan bila nampak Jalan Long Yunus. Did Tok Kenali called or what?
Anyway arrived in KB town at 7.30pm. Checked with TransNasional ada bas to KT at 8.30pm but perut tak sedap. Pi jalan to Masjid Muhammadiah and berak, mandi kat sana. Then solat Subuh (tergendala) before breakfast nasi dagang/kopi depan masjid. Then walked to town… Alamak dah takda bus. Had to take 9.30am bas henti2 to Jertih, sampai after 11pm. Then got 12pm bus to KT, arrived after 2.30pm. To cut a long story short, finally arrived at Amar’s wedding nearly 4pm… So there… Lepas tu pi banglow (actually semi-D) yang family Cik But sewa kat Pantai Baru Buruk.
Didn’t feel well, slept early at 9pm woke up after 9am.


27 Zulkad (18 Dec) Isnin – The family (termasuk sedara-mara Uncle Nawi side) left by 11pm or saw. Amar and wife, Nad sent me to Pasir Payang. Wanted to eat telur penyu, bought dah masak punya at RM10 satu plastik then climbed Bukit Puteri (sebenarnya tutup sebab ada construction but went up anyway), pi Makam Syed Yassin then relaks sebelah and had 1st telur penyu… Masyaallah! Busuk semacam, is it bad or what. But there’s some more, thought at least could stomach 3… 2nd want have separuh dah tak tahan, On the way down, left the whole lot at construction site, mana tahu rezeki orang lain?
Walked through Kampung Cina area then when to Masjid Putih solat jamak qasar Zohor n Asar… Felt so tired and ngantuk, not well, slept until past 4. Bangun mandi, jalan to stesyen bus, had late lunch then checked out the buses, not sure where to go.
Time was about 5.30pm,saw bus to Kuala Berang. Hmm… Maybe I should go there, I thought so. Then I saw Pustaka Seri Intan next to bus-stop, decided to go in, Went to novel section, couldn’t find “Berpetualang”, Decided to check agama section,
saw this book on doa makbul, just opened up, some doa on rezeki or something from Nabi Ibrahim. While putting my book back, saw “Berpetualang”, from left to right in this order – books titled Mekah something, then Tariqat Naqsyabandiah then “Berpetualang”. Masyaallah! On the way out, I merrily strutted down the stairs, tengok-tengok my capal punya tapak, paku one part to terkeluar sikit. Tried to fix it, that when I saw bas Kuala Berang tapi right in front on the move… Alamak, dah tertinggal?
When to have coffee and sitting dumbfounded… What should I do? What next? Where to go? Just when I though I might have to sit until night like that, lost and not sure what next, Azrul called, car ready to take me anywhere (before, kereta dia masuk bengkel lambat siap, and I though perhaps takda rezeki le nak jumpa dia…).
N saw he came, decide to check out Makam Lama at Cabang Tiga (turns out be that of Sayyid Mustapha, the earliest known Al-Idrus in Terengganum died 1794, grandpa of Tokku Tuan Besar, great grandpa of Tokku Paloh!). There while sitting at the tomb, the gerak came… Go visit Tok Pulau Manis, then sleep at Masjid Tokku Paloh.
When to Pulau Manis, arrived just before Maghrib. Solat at Masjid Pulau Manis then head back to K Tganu. Dinner on the way, then when to Dr Syed Salleh’s house. He’s not in, takda rezeki kot… Next when to Surau Kampung Cina, Azrul wants to know the way. Oh… It’s Azrul’s birthday. Then went around Pulau Duyung jalan-jalan see Monsoon Cup yatch base before having drink at tidbits at Batu Buruk. Then Azrul sent me to Masjid Tokku Paloh. Kebetulan plak ada 2 orang, Ami Sayyid Abdullah al-Idrus and saudarara Nazir… Nazir had some history on Tok Pulau Manis and Tokku Paloh. Read it, then rest.
Oh… Nur called at nearly 3am… Said she came back from Kak Maria’s and fell asleep. She woke up and called me, told me what happedn at Kak Maria’s… Din and Hafiz were there. She was inspired to set another zikir session at the old house in Janda Baik, also thought of Perak trip and 1 night in Istana Iskandariah, then a zikir session at her house with her family, nak ajak Ku Ash sekali before trip to Wali Songo in Jawa… Kak Maria sms Ku Ash about it. Ku Ash told her, never to refer to Nur as just Nur but Sharifah Nur!
Then Nur sakit perut nak berak. Same thing to me. So putus call.

28 Zulkad (19 Dec) Selasa – Woke for Subuh jemaah then tido balik. Feel so tired n demam. Slept until 1pm. Mandi, solat Zohor jemaah dan qasar Asar before pi makan then ziarah makam Tokku Paloh. Returned to Masjid Tokku Paloh, panjat menara masjid, took some pictures then left… Walked until almost Cabang Tiga then tumpang bas ekspress balik from repair until jalan pi Bukit Kecik. Walked and saw behind Bukit Keledang, masuk and visited again tomb of Sultan Zainal Abidin I n the rest. Then walked around KT, also pi tepi sungai Terengganu estuary. Went to bas station and immediately saw 5.30pm bus to K Berang left. Walk around the area before masuk bas K Berang for 6pm, got tired waiting, keluar pi minum… Then went to toilet because my hp time said 5.47pm… Keluar je toilet tengok bas K Berang dah gerak… Alamak… Nak naik cab, even to Pulau Manis cost RM20…
Last-last just take bus to Dungun as that’s the only one left… Just follow gi mana aje… Sampai ke junction Bukit Putih ke apa, eh kat Cendering le, a few kilometre after Masjid terapung Ibai, saw signboard saying to Bukit Payong and K Berang, right junction. Decide to turun and walked that way. Saw wau bule dengan Malaysian flag as tail, 3 of them in the air.
After about 3 km or so dapat tumpang lori kecik pick-up up to Bukit Payong., 25 km or so from K Berang. Arrived by Maghrib. Saw Pustaka Seri Intan but had to go to masjid jamek first, mandi and solat, Then went to Pasaraya Seri Intan to buy biscuits before naik Pustaka. Saw 5 copies of BKA on sale at agama section there. Then walked a bit before having dinner at kedai, mee rebus n air sirap bandung. Then walked again and arrived at surau just in time before the rain got heavy. So there….