Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, April 18, 2007

Gangguan-gangguan yang menghambat perjalanan hidup ini...

Tadi, saya baru sahaja menyambung kembali proses suntingan terakhir buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar ke Asal" atau BKA II... Sampai pula pada bahagian yang menceritakan gangguan penyakit tidur yang melanda watak utama cerita iaitu Muhammad Al-Aminul Rasyid.
Timbul gerak untuk meletakkan sebahagian cerita di sini. Semoga kita semua boleh mengambil iktibar dalam menghadapi perjalanan hidup yang penuh liku dan duri ini...

-----------------------------------

Semasa memulakan pengajian universiti di London tahun 1991, Rasyid telah diserang sejenis penyakit ganjil yang menyebabkannya selalu kuat tidur... Sekali tidur berbelas jam, tiga hari berturut pun ada! Bangun tidur sekadar untuk buang air atau menghilangkan lapar dahaga kemudian sambung balik tidur...Sebenarnya,sejak Tingkatan Tiga lagi penyakit ini sudah mengganggu tetapi cuma dalam tempoh tertentu... Mungkin tiga hari berturut sekali kena, mungkin seminggu sebelum pulih kemudian kena lagi sebulan dua selepas itu.
Di luar negeri, penyakit itu menjadi semakin teruk. Tidur berlebihan yang tidak dapat dibendung menyebabkan Rasyid cuma dapat menghadiri kelas pengajian mungkin tidak sampai 20 jam setahun! Fikirannya pula menjadi tumpul dan badan sering terasa lemah sehingga ada-kalanya hendak menulis atas kertas pun tangan boleh menggigil dan bercakap pula asyik tersasul memanjang... Cuma anak muda ini bernasib baik kerana sedikit ketajaman fikiran yang tinggal masih cukup untuk membolehkannya kembali ke tanah air dengan segulung ijazah kepujian. Kalau tidak, tentu segalanya jadi habuk belaka!
Dalam tempoh itu, Rasyid selalu mengalami mimpi yang ganjil-ganjil... Kadang-kala jadi mimpi dalam mimpi, atau mimpi dalam mimpi dalam mimpi! Bermimpi sampai tiga lapisan seperti dalam filem seram Nightmare on Elm Street... Sedar daripada satu mimpi tetapi rupa-rupanya masih berada dalam mimpi. Dan apabila sedar daripada mimpi itu pula, rupanya masih belum selesai lagi, perlu tiga kali sedar sebelum dapat kembali ke alam nyata! Anak muda ini menjadi begitu lali sehingga dia "terbiasa" bermain dengan mimpi - boleh menukar isi cerita lalu menerbitkan watak-watak dan latar-belakang yang dikehendaki. Dengan cara ini, mimpi buruk boleh ditukar menjadi mimpi menyenangkan... Dan dia paling suka apabila dapat "terbang" menjelajah pelbagai alam aneka ragam warna-warni kerana itulah yang sering dialami semasa kanak-kanak jika tidak diserang igauan ngeri atau gangguan menakutkan lagi menyakitkan hati.
Masalahnya, penyakit kuat tidur serta banyak mimpi ini menyebabkannya lebih banyak "menuntut ilmu" di alam mimpi daripada mengaji di universiti sehingga dia kadang-kala terlupa, yang manakah mimpi yang manakah realiti. Pernah beberapa kali, ketika sedang bersiar-siar seorang diri di tengah kesibukan kota London dan segala hiruk-pikuknya, pemuda ini nyaris berbaring di atas jalan untuk membiarkan dirinya digilis bas ataupun teksi kerana merasakan dirinya masih lagi bermimpi... Pada ketika lain pula, (yang ini bukan mimpi) anak muda berdarah Aceh ini dapat melihat sejenis makhluk menyerupai dirinya sendiri sedang melayang-layang di udara, dalam 20 hingga 30 kaki di atas sambil mengekorinya dengan gaya seperti Superman terbang... Walaupun ketika itu dia sedang berjalan kaki mencelah di antara berpuluh ribu orang yang membanjiri kawasan membeli-belah utama seperti Oxford Street. dan Regent Street!
Ada masanya, Rasyid dapat melihat dirinya sendiri sedang berjalan di tengah ribuan manusia di tempat-tempat tersebut... Peliknya, dia melihat daripada sudut pandangan makhluk yang menyerupainya di atas, kata Orang Putih, bird’s eyeview! Melihat daripada kacamata seekor burung. sedang memandang ke bawah...
Tidak cukup itu, ada ketikanya (dan pemuda itu yakin ini juga bukan mimpi), dia dapat melihat dirinya sendiri daripada satu sudut yang tidak dapat digambarkan kerana ia bukan terletak di dalam ruang alam nyata... Bukan daripada tepi, hadapan ataupun atas, mungkin melihat daripada matahati agaknya... Apabila melihat pada diri dalaman ini, akan kelihatanlah satu peribadi dengan rupa-paras serupa tetapi lebih tenang dan bercahaya tanpa apa-apa masalah dan rasa gundah... Tetapi apabila melihat "ke luar", akan kelihatan pula diri harian biasanya sedang berserabut memikirkan berbagai perkara.
Rasyid juga sering mendengar suara-suara seperti orang berbual-bual di dalam telinganya dengan jelas, lebih kurang seperti bunyi muzik yang boleh didengar apabila kita memakai headphone di telinga. Ada kalanya, suara-suara ini boleh bergerak-gerak melalui otak, sekejap ke telinga kiri, sekejap ke kanan seolah-olah sedang bermain dengan jiwa anak muda itu... Ada ketikanya pula ia datang mendayu-dayu memanggil-manggil namanya seperti dalam cerita hantu! Gangguan yang bermula sejak zaman sekolah menengah ini amat menakutkan sehingga Rasyid selalu demam-demam seram sejuk dengan bulunya meremang... Hendak melelapkan mata untuk tidur pun terasa begitu takut kerana jika tertidur, selalunya dia akan mengalami gangguan yang lebih teruk.
Gangguan suara tanpa rupa ini terus dialami di universiti dan beberapa tahun kemudian. Pernah, ketika masih bekerja sebagai wartawan sebuah akhbar berbahasa Inggeri terkemuka di ibukota, dia diganggu lagi, ketika berbaring di atas sofa bilik komputer waktu makan. Kali ini, pemuda yang selalunya ketakutan apabila gangguan ini berlaku memberanikan diri lalu bertanya: "Apakah yang kamu mahu?" Soalan itu dijawab dengan satu bentuk "serangan" gerakan bunyi membingitkan yang bermain-main di dalam kepala... Tetapi ia beransur hilang apabila Rasyid berjaya mengumpulkan tekad untuk melawan...
Sejak itu, suara-suara sebegini tidak lagi muncul dalam hidupnya. Tetapi pemuda itu dapat merasakan masih terdapat percubaan untuk menakutkannya daripada arah ghaib. Sejak itu juga dia telah mengalami berbagai jenis gangguan lain... Nampaknya ada pihak tertentu mahu menghancurkannya melalui kaedah batin seperti santau angin, juga pukulan jarak jauh. Cuma, alhamdulillah, kebanyakkannya tidak "melekat" kerana perlindungan diri yang semakin kuat hasil ketekunan anak muda itu mendalami Tasawuf. Tetapi ada juga serangan yang berjaya menyusup ke dalam menyebabkannya sengsara dalam diam...
Pada Rasyid, dia masih boleh diserang dengan cara batin sebegini sehingga terpaksa menanggung derita dalaman hingga kini adalah kerana salah dirinya sendiri – Kerana belum mencapai darjah kesempurnaan yang dituntut oleh darah dan zat yang mengalir di dalam tubuh-badan. Lagipun anak muda ini masih belum bersedia untuk berhenti merokok, satu-satunya perkara buruk yang masih diamalkannya demi mendapatkan sedikit kelegaan yang boleh mengekang sifat panas-baran yang telah lama berakar-umbi. Di situlah terletak satu kelemahan yang menyebabkannya masih boleh disihir orang... Kerana asap itu adalah makanan jin - Melalui jalan itulah mereka boleh menyusup ke dalam badan dan berkembang-biak lalu memporak-porandakan sistem dalaman.

2 ulasan:

Abu Ikhlas berkata...

baru jengah blog u nanti i baca.....

Radzi Sapiee berkata...

Hmm... Silakan... :]