Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Ogos 21, 2025

Islam agama persekutuan - Langkah peneguhan dan pelaksanaannya

OK. Pergi pada satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.



Pagi Selasa 20 Ogos 2025 saya menunggang motosikal besar kesayangan ke tempat bernama Anjung Melayu dekat bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengikuti satu majlis ilmu.




Poster bagi majlis. Saya baru dapat tahu malam sebelum itu.



Kebetulan pagi sebelum majlis mahu menghantar isteri untuk tugasan di pejabat syarikatnya yang di belah Bangsar. Saya sebut begini kerana syarikat memiliki pejabat di merata Malaysia. Yang isteri selalu kena pergi adalah yang di Shah Alam. Namun kadangkala di Rawang, kadangkala dekat Tasik Titiwangsa. Disebabkan tugasannya di Kuala Lumpur bolehlah saya sekali jalan ke majlis ilmu.




Malah sempat ke Pudu Sentral tidak jauh untuk satu urusan lain sebelum ke Anjung Melayu. Untuk pengetahuan  tempat yang asalnya sebuah bungalow lama zaman British ini selalu menyaksikan acara-acara berkenaan pemerkasaan umat Melayu. Sekarang ia menempatkan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), satu institusi yang sangat gah suatu masa dahulu tetapi kurang diketahui generasi kini.



DPMM adalah penganjur bersama majlis. Daripada ucapan aluan presidennya Norsyahrin Hamidon baru saya tahu bahawa dewan telah diasaskan sebelum merdeka tahun 1938. Saya cuma tahu ketika zaman ia sudah gah di bawah pimpinan orang-orang seperti hartawan terbilang Tan Sri Tajuddin Ramli dan Datuk Syed Ali lebih sedekad lalu. Saya ingat selalu ternampak bangunan tertera nama dewan di kawasan gah Bukit Damansara, kini sudah lama tiada. Selepas itu seperti tidak kedengaran lagi nama dewan yang dahulu menghimpunkan ramai nama besar tokoh korporat Melayu.

Norsyahrin kemudian menyebut tentang satu majlis keusahawanan yang diadakan bersama MARA (Majlis Amanah Rakyat) di Anjung Melayu dua hari sebelum itu iaitu pada Isnin malam Selasa 18 Ogos. Kebetulan isteri menyertai majlis lalu saya menghantar dengan kereta. Difahamkan untuk menarik MARA agar berusaha bersama DPMM bagi memajukan perniagaan orang Melayu pun agak mencabar ketika itu. Mungkin kerana dewan tidak lagi gah seperti dahulu.

Satu fakta menarik dinyatakan Norsyahrin - DPMM terlibat dalam mesyuarat bersama RIDA (Rural & Industrial Development Authority - Badan pembangunan industri dan luar bandar, ditubuhkan tahun 1953) yang membawa kepada RIDA ditukarnama dan ditambahbaik fungsi menjadi MARA (Majlis Amanah Rakyat, ditubuhkan tahun 1966). Beliau tidak perlu menyatakan bagaimana MARA sangat berperanan dalam memajukan orang Melayu. Fakta ini semua anak Melayu, terutama mereka dalam medan pejuangan harus tahu. 

Dari pusat latihan MARA, muncul Institut Teknologi MARA (ITM) yang memberi peluang ramai anak Melayu yang agak tercicir pelajaran pada peringkat sekolah meningkat naik mendapatkan diploma lalu membuka jalan ke peringkat lebih tinggi. Apabila dinaik taraf menjadi Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) sekitar tiga dekad lalu ia melahirkan pula ramai graduan sarjana dan doktor falsafah juga para profesor. Norsyahrin menambah, perananan DPMM bukan sekadar menolong memajukan perniagaan orang Melayu tetapi membela nasib bangsa. Digabungkan dengan fakta ia ditubuhkan 1938, lebih awal daripada RIDA malah membawa kepada penubuhan MARA baru saya faham peranan besarnya. Dahulu saya cuma nampak ia sebagai lubuk tokoh korporat membina 'empayar' sendiri untuk kemegahan dunia, bukan sangat bagi membela nasib anak bangsa.




Maka terkaitlah dengan tajuk majlis juga usahasama melaksanakannya bersama Kursi Institusi Raja-raja Melayu (KIRRM) di bawah UiTM. Pemegang Kursi, Senator Profesor Emeritus Dato' Seri Awang Sariyan pun memberikan kata-kata aluan berkenaan. Dinyatakan tentang peranan Kursi dalam memberi faham kepada umum tentang kepentingan instituti dalam membela nasib orang Melayu malah kelangsungan negara Malaysia. Disebutlah bahawa majlis adalah yang ke-5 bawah "Siri Wacana Kursi Institusi Raja-raja Melayu". 

Edisi-edisi sebelum itu diadakan dalam bentuk webinar iaitu sepenuhnya atas talian. Saya ada menulis tentang edisi pertama dalam artikel Menelusuri sejarah pemerintahan beraja di Alam Melayu 3 minggu lalu. Untuk pengetahuan, Awang baru beberapa bulan menjadi penyandang ketiga KIRRM. Sebelum itu penyandang adalah Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz (hadir dalam majlis ini), dan sebelum itu lagi almarhum Profesor  Emeritus Datuk Dr Zainal Kling 



Maka masuklah pada pengkongsian ilmu itu sendiri iaitu syarahan bertajuk "Islam Agama Persekutuan - Langkah Peneguhan dan Pelaksanaan" oleh Senator Dato' Setia Salehuddin Saidi, seorang peguam yang banyak berkhidmat dengan Istana Selangor, kini pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Mengemudikan majlis adalah personaliti televisyen yang tidak asing lagi Sayed Munawar. Untuk makluman majlis dihadiri sejumlah tokoh perjuangan Melayu. Antaranya presiden kedua PERKASA, Syed Hassan Syed Ali.



Diterangkanlah apakah makna Islam adalah agama rasmi persekutuan. Ia lebih tinggi makna dan fungsi berbanding kalau sekadar agama rasmi, bagaimana peruntukan berkenaan yang termaktub jelas dalam perlembagaan negara memberikan kelebihan. Antaranya, kerajaan baik pada peringkat persekutuan/negara mahupun negeri boleh memberikan peruntukan untuk apa-apa berkenaan Islam termasuk mendirikan surau, masjid, sekolah, madrasah. Sedangkan tiada peruntukan sebegitu rupa bagi agama-agama lain. 

Dinyatakan hal-hal berkenaan bidang kuasa agama yang ada pada negeri, mahkamah dan undang-undang syariah dan sebagainya. Ia sepatutnya tidak boleh dilangkaui oleh mahkamah sivil yang berdiri atas undang-udang ciptaan Barat (yang mengangkat tinggi apa yang dipanggil sebagai hak asasi manusia walau bertentangan dengan agama). Namun sejak kebelakangan berlaku hal-hal yang diputuskan dalam mahkamah syariah juga undang-undang Islam yang diluluskan pada peringkat di negeri dicabar dalam mahkamah sivil lalu kehendak syariah disudutkan. Ini termasuk kes-kes murtad yang memenangkan orang kafir. 

Malah ada undang-undang yang digubal Dewan Undangan Negeri bagi mendaulatkan perundangan Islam ditolak atas alasan bertentangan dengan prinsip perlembagaan negara. Hal sebegini meletakkan undang-undang sivil lebih tinggi mengatasi undang-undang syariah lalu digunakan untuk memajukan kepentingan pihak-pihak tertentu.  Inilah realiti politik yang harus dihadapi sekarang ini - Orang-orang bukan Melayu dan bukan Islam semakin berani mencabar hak orang Melayu dan Islam. Mereka dibantu puak-puak liberal Melayu sendiri yang mahu hidup bebas lalu mengetepikan peranan dan kepentingan agama. 



Dengan itu dinyatakan sedikit apa yang sedang diusahakan untuk mengatasi cabaran-cabaran sebegitu. Sebetulnya banyak perkara menarik dinyatakan dan ini dipanjangkan lagi melalui sesi soal jawab. Bagi mereka yang ingin memperjuangkan nasib orang Melayu. yang seperti dinyatakan Sayed Munawar masih membicarakan hal-hal survival atau kelangsungan hidup seolah-olah berada dalam pihak minoriti, walhal kita adala majoriti, 60 peratus penduduk Malaysia, sila ikuti sepenuhnya majlis melalui rakaman video bawah. Sungguh, ia sesi yang sangat bermanfaat lagi mengujakan bagi pencinta ilmu yang ada semangat perjuangan seperti saya.



Tiada ulasan: