Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, July 02, 2022

Misi keluarga Laksamana - Mendalami lagi talian persaudaraan lama diikuti kaitan dengan Panglima Kinta

Salam pagi Sabtu 2 Zulhijjah 1443 Hijriah. Masuk pada cerita hari kedua perjalanan baru ini ke Perak. Bersambung daripada artikel Misi keluarga Laksamana - Urusan tanah di Teluk Intan.



Awal pagi Selasa 28 Jun 2022. Saya menunggu jemaah datang untuk bersolat Subuh setelah bermalam di masjid warisan keluarga di Batak Rabit.




Selepas solat berjemaah dan berwirid saya membaca beberapa muka surat Al-Quran.




Sebaik sahaja matahari menjelma cukup terang saya meninjau-ninjau kawasan pemakaman di sebelah masjid yang dikhaskan hanya untuk ahli keluarga, keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak daripada cabang tertentu yang ramai beranak pinak di Teluk Intan. Saya mengambil masa untuk meneliti sejumlah batu nesan yang ada...




Ke kiri dalam gambar adalah makam datuk saya Mohamed Arshad, bersebelahan makam bapanya Muhammad Wahi...



Muhammad Wahi bin Orang Kaya Muhammad Arshad bin Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin pernah ditawarkan gelaran dan jawatan Laksamana sekitar tahun 1917-1918. Tetapi beliau menolak atas alasan mahu menumpukan kepada agama.




Lalu gelaran dan jawatan jatuh kepada adiknya Ali Wasi.




Namun Laksamana Ali Wasi tidak hidup lama. Beliau meninggal dunia pada tahun 1338 Hijriah bersamaan 1919 Masihi. Lalu gelaran beralih kepada seorang cucu Laksamana Muhammad Amin tetapi daripada isteri lain iaitu Lope Bahauddin bin Noh bin Muhammad Amin.




Laksamana seterusnya adalah anak kepada Ali Wasi iaitu Razali. Beliau yang merupakan sepupu kepada datuk saya Mohamed Arshad juga pernah menjadi Menteri Besar Perlis. Selain itu beliau dikatakan adalah seorang daripada empat pengasas UMBC (United Malayan Banking Corporation), dahulu bank yang sangat terkemuka di Malaysia.



Dinyatakan pada batu nesan beliau meninggal dunia pada tahun 1981 ketika berumur 77 tahun. Kalau begitu beliau harus lahir pada tahun 1904. Namun cucunya memberitahu datuknya sebenarnya berumur 82 tahun ketika meninggal lalu harus lahir pada tahun 1899. Dan Razali ini dikatakan memegang gelaran dan jawatan Laksamana selama 50 tahun. Kalau begitu harus bermula pada tahun 1931. Sedangkan catatan lain menyebut, Laksamana sebelum itu iaitu Lope Bahauddin meninggal tahun 1947...

Turut terletak dalam kawasan pemakaman ini adalah makam Laksamana Hamidi, anak kepada Razali. Beliau menjadi Laksamana dari tahun 1992 hingga 1997 iaitu selepas Laksamana Ali Akhbar (1981-1992), seorang anak Laksamana Muhammad Amin tetapi daripada isteri kelima (kalau tak salah). Selepas Hamidi naik Laksamana Amin Shukeri, anak kepada Ali Akbar. Beliau meninggal dunia awal tahun 2021. Sekitar Februari tahun ini iaitu kurang lima bulan lalu baru naik Laksamana baru iaitu Meor Redzwan sebagai ganti. Beliau adalah anak saudara kepada Laksamana Hussin yang dimakamkan di Ipoh. Mereka ini bukan daripada keturunan Muhammad Amin tetapi daripada cabang lain keluarga Laksamana yang ramai beranak pinak di Sungai Durian, seberang Sungai Perak dari Batak Rabit...




Sudah disebut dalam artikel Misi keluarga Laksamana - Urusan tanah di Teluk Intan bahawa asbab utama saya ke Perak kali ini adalah  kerana mahu hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di Ipoh pada pagi Rabu 29 Jun. 



Jam 9.15 gitu baru bergerak meninggalkan masjid keluarga. Lalu di Sekolah Kebangsaan Laksamana Raja Mahkota...




Disebut dalam artikel Misi keluarga Laksamana - Urusan tanah di Teluk Intan bahawa saya harus mengambil  seorang bapa saudara di Teluk Intan untuk dibawa ke Ipoh. Dipendekkan cerita sampailah ke ibu negeri Perak itu selepas jam 1.



Terus menuju ke kedai makan tertentu di bahagian lama bandar raya Ipoh untuk hidangan nasi ganja.




Selepas itu pergi ke Masjid Panglima Kinta untuk menjamakkan solat Zohor dan Asar. Singgah di galerinya yang nampaknya telah ditambah banyak barangan baru. Lihat artikel Lawatan baru ke Galeri Panglima Kinta (New visit to the Gallery of Panglima Kinta) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Menurut ceritanya keluarga Panglima Kinta berasal daripada keturunan Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Syah (memerintah 1549-1577) melalui perkahwinan dengan seorang puteri ketua Orang Asli. Namun ada memberitahu ketua Orang Asli itu sebenarnya adalah daripada seorang keturunan Sultan Malikus Saleh (pengasas Kesultanan Samudera-Pasai hampir 800 tahun lalu). Atas sebab tertentu beliau merajuk membawa diri lalu berkahwin dengan Orang Asli di Perak lalu menerbitkan keturunan.

Menurut pihak kami pula keluarga Laksamana Perak berasal daripada keturunan terus Sultan Malikus Saleh. Keturunan ini muncul dalam salasilah Kesultanan Aceh melalui seorang yang dikenali sebagai Daeng Mansur 400 tahun lalu. Pada masa yang sama di Aceh bertakhta Sultan Alauddin Mansur Syah yang dikatakan adalah anak Sultan Mansur Syah Perak. Ketika itu juga ada seorang yang dikenali dengan nama Sultan Mansur Syah juga, tetapi dikatakan daripada nasab keturunan lain, ayahanda kepada Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. 

Namun saya diberitahu oleh pihak tertentu bahawa mereka-mereka ini sebenarnya adalah satu tubuh badan bernama Mansur yang boleh muncul sehingga tujuh tempat berlainan dan berjauhan pada masa yang sama. Di sini sahaja sudah ada kaitan antara keluarga Laksamana dengan keluarga Panglima Kinta walaupun ada yang kelihatan tidak masuk akal, melangkaui logik alam nyata...




Kaitan lebih zahir dan dekat dengan zaman sekarang muncul melalui Laksamana Hussin yang sudah disebut tadi dimakamkan di Ipoh.



Beliau yang meninggal dunia tahun 1917 dimakamkan dalam kawasan pemakaman khas di Masjid Panglima Kinta. Ini kerana beliau telah bersemenda melalui perkahwinan dengan Toh Puan Puteh Sopiah binti Panglima Kinta Ngah Lassam. Selain itu ada Toh Puan Saripah yang merupakan adik beradik kepada Laksamana Muhammad Amin telah berkahwin dengano Panglima Kinta Abdul Wahab. Pendek kata memang ada hubungan persaudaraan antara keluarga Laksamana dengan keluarga Panglima Kinta.



Tetapi ia bukanlah seperti didakwa suatu pihak. Menurut pihak tersebut Laksamana Muhammad Amin ada memiliki anak perempuan bernama Ngah Teresah yang berkahwin dengan Kanda Jahid bin Panglima Kinta Ngah Jabor. Tidak. Dalam salasilah kami tidak ada orang bernama Ngah Teresah. Besar kemungkin beliau sebenarnya adalah anak orang lain yang turut bernama Muhammad Amin tetapi bukan Laksamana. Ini kerana pada zaman yang sama iaitu sekitar zaman Perjanjian Pangkor tahun 1874 hingga sepuluh dua puluh tahun kemudian memang ada orang dikenali sebagai Penghulu Amin di Hilir Perak dan Batang Padang. Nama ini ada tercatat dalam daftar kewangan Inggeris sebagai salah seorang penerima elaun tahunan 1887-1891.

Dan lagi saya tidak menerima dakwaan pihak berkenaan bahawa Panglima Kinta Ngah Jabor dengan Ngah Jabor yang terlibat dalam pembunuhan Residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch adalah orang yang sama. Pada pengetahuan saya Ngah Jabor yang terlibat itu adalah daripada keluarga Maharajela. Seorang adik ibu saya berkahwin dengan cucu Ngah Jabor. Nama cucu itu adalah Mohd Qari bin Ahmad bin Ngah Jabor. Sepupu beliau Tun Hanif, bekas Ketua Polis Negara adalah anak kepada Omar bin Ngah Jabor. Saya pernah bersoreh 2-3 kali tentang keturunan bersama Hanif. Kata beliau, selain Maharajalela, beliau dekat dengan keluarga Laksamana. 

Beliau memberitahu selalu pergi ke rumah Laksamana di Teluk Intan semasa zaman kanak-kanak. Tidak pernah saya mendengar beliau memberitahu Ngah Jabor adalah Panglima Kinta. Kalau sungguh begitu tentu orang terkemuka seperti Hanif, sekarang berumur hampir 90 tahun, tahu.



Seterusnya kami pergi ke Kampung Manjoi, keluar sedikit dari pusat bandar raya Ipoh...


Ada homestay atau inap desa telah disewa untuk kaum keluarga.




Malam itu diadakan perbincangan bersama sejumlah saudara mara anak cucu Laksamana.




Kami mahu bersedia untuk ke Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh yang terletak berdekatan inap desa pada esok paginya.


No comments: