Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Ogos 17, 2017

"Melaka Unwritten" - Meneroka sejarah Kesultanan Melaka di luar pengetahuan biasa umum

Tadi saya telah memecahkan kesunyian lebih 3 bulan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) dengan memaparkan artikel Program Semarak Silat Pusaka Warisan di Sungai Buluh, Selangor. Sekarang biar diteruskan gerak bersuara malam ini dengan penceritaan berikut di blogspot ini pula...


Merujuk pada penerangan ringkas dalam artikel Sampai masa untuk kembali bersuara sebelum Isyak tadi. Cerita seterusnya mahu dikongsikan berlaku pada hari Rabu 24 Mei, tiga hari sebelum masuk bulan Ramadhan.


Saya telah diundang untuk menghadiri majlis pra-tonton satu siri dokumentari yang bertajuk "Melaka Unwritten" lalu hadir bersama isteri.








Dibuat dalam bahasa Inggeris untuk pasaran televisyen antarabangsa ia cuba memaparkan kisah jatuh bangunan Kesultanan Melayu Melayu yang kurang diketahui orang.





Sebab itu ia dipanggil "Melaka Unwritten". Ini merujuk pada kisah-kisah tentang Melaka yang dahulu jarang diperkatakan tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan sering dibincangkan oleh para pengkaji bebas. Antaranya adalah kehebatan sebenar kerajaan Melaka termasuk kemampuan senjata api orang Melayu yang menyebabkan dunia Barat menjadi cemburu lalu berazam untuk menjatuhkan kita.


Percaya atau tidak saya adalah antara orang pertama yang dipanggil sebagai rujukan ketika pihak penerbit, KL Motion Pictures yang biasa membuat drama televisyen Malaysia tiba-tiba mahu mencuba membuat rencana atau dokumentari dengan menangani subjek tentang Melaka. Hal ini tidak pernah dinyatakan di mana-mana blogspot saya mahupun di Facebook atau lain-lain media. Baru kini terasa nak sebut, setelah beberapa lama sejumlah pihak berusaha untuk memfitnah juga menafikan sumbangan saya terhadap masyarakat, setelah lebih 10 tahun pelbagai tulisan saya terutama yang melibatkan kajian sejarah dicopypaste, diulas dan diubahsuai sampai orang dah tak tahu lagi mana usul asal, mana pucuk pangkal sebenar. Tahu tahu je sudah muncul ramai 'pencetus' mengaku paling ke hadapan membawa 'kesedaran baru sejarah' untuk orang ramai. Umum bukan tahu pun beza siapa kaki 'sailang', siapa pengkaji asli dan pejuang sebenar...


Penglibatan saya dalam projek "Melaka Unwritten" ini cuma pernah disinggung melalui artikel Diwawancara di rumah untuk satu projek dokumentari tentang Melaka hampir 2 tahun lalu. Gambar ini dan seterusnya diambil daripada FB FINAS - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia...


Dokumentari terdiri daripada 6 episod setiap satu. Tajuk-tajuknya adalah :-


Episode 1 : The Lost Pages

Episode 2 : The Origins of a Mighty State

Episode 3 : The Fall of an Empire

Episode 4 : The Sunken Mystery

Episode 5 : The Collapse of the Walled Kingdom

Episode 6 : The Timeless Legend



Tak perlulah diterangkan isi setiap episod ya. Rasanya ramai boleh faham sendiri berdasarkan tajuk. Tak pun tanya pada sekian banyak 'pencetus' dan 'pakar' sejarah yang muncul bagaikan cendawan selepas hujan galak mempromosikan diri di FB dan Internet.


Set promosi pra-tonton dokumentari. 


Saya dimaklumkan usaha telah bermula untuk mendapatkan penyiar-penyiar di luar negara. Kalau tiada aral melintang insyaallah "Melaka Unwritten" akan ditayangkan di Malaysia sebelum tamat tahun 2017.


Saya sangat berharap program ini dapat ditonton dan diikuti anak tempatan kerana ia memaparkan sisi-sisi kehebatan Melaka yang setahu saya belum pernah ditunjukkan oleh mana-mana pihak di kaca televisyen mahupun wayang. Cuma saya sempat mengingatkan pihak penerbit tentang kemungkinan terbitnya rintangan-rintangan daripada pihak tertentu yang tidak mahu kehebatan sebenar tamadun Melayu diangkat. Saya kongsikan hal sebenar tentang satu projek lain bercita-cita tinggi yang saya pernah terlibat sama tetapi nampaknya terbengkalai kerana pihak produksi tidak telus dalam perbelanjaan. Saya ceritakan juga tentang satu projek lain yang tidak kurang hebat malah sudah siap pun! Ia adalah satu projek yang sudah berjaya menyelongkar kehebatan Melayu sehingga membuat penggambaran di United Kingdom dan Belanda. Tapi setahu saya sampai kini ia belum mendapat ruang untuk disiarkan. 

Hal ini mengingatkan bagaimana sejumlah cendekiawan jujur dan berwawasan tinggi bergelar profesor yang saya kenali secara peribadi telah berusaha sejak puluhan tahun lalu untuk mengangkat sejarah sebenar kehebatan Melayu naik ke persada arus perdana. Mereka sudah lama berusaha agar kehebatan Melayu ini diceritakan dalam buku-buku teks sekolah lalu semua rakyat Malaysia kenal. Tapi sampai satu peringkat segala macam proposal dan cadangan mereka 'ditembak' oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan, pihak yang tidak mahu orang Melayu jadi betul-betul celik dan sedar. Hal ini boleh diibaratkan seperti betapa susahnya kita hendak mengkehadapankan pindaan RUU (Rang Undang-undang) 355 yang mahu memperkasakan mahkamah syariah. Tiba-tiba pindaan RUU 164 yang kelihatan lebih mementingkan bukan Islam pula yang mendapat kelulusan.

Inilah realiti sebenar dunia akhir zaman. Bukan takda orang berusaha membawa kebaikan malah dah ramai buat sejak berzaman. Tapi ramai pula terutama daripada generasi muda yang tak tahu pucuk pangkal menafikan penat lelah mereka yang lebih awal. Maka bermaharajalelalah para 'pencetus' kaki copy paste ulas balik artikel orang mendabik dada mengaku sebagai orang paling ke hadapan. Walhal mereka paling kuat pun setakat mengkaji jurnal orang, tak pernah atau jarang turun padang. Mana tahu penat lelah dan kekecewaan orang yang betul-betul berkorban demi memperkasakan pemahaman dan kesedaran ramai?


6 ulasan:

Unknown berkata...

Melaka juga jatuh disebabkan orang2 seperti inilah ya Tuan

Radzi Sapiee berkata...

Ia. Pengkhianatan boleh berlaku akibat manusia mementingkan diri sendiri. Akibat inginkan kemasyhuran dan keuntungan duniawi mereka sanggup berbuat apa sahaja. Hasil kerja orang diciplak lalu mengaku hasil kerja sendiri. Untuk menutup jejak penipuan orang yang membuat hasil kerja asal pula difitnah lalu dituduh bukan2. Hal ini boleh memberi ruang untuk musuh luar masuk campur tangan...

whwmdasuki berkata...

Assalamualaikum.
Barangkali saya juga antara orang yang paling teruja untuk menonton previu Melaka Unwritten setelah dijemput oleh KL Motion, tetapi sayangnya hajat tak sampai kerana kenderaan rosak di tengah jalan. Oleh kerana sudah terlalu lewat, saya membatalkan sahaja hasrat dan menghubungi pihak KL Motion. Mengingatkan kata-kata tuan Merah Silu, saya terpanggil untuk mencoret - sedangkan sebelum ini saya tidak kisah dengan para peng-copy paste dan pengkaji palsu yang banyak berkeliaran di sesawang internet. Tetapi sekarang, nampaknya isu sejarah teknologi senjata api Melayu semakin lebat dibincangkan - bak hujan turun mencurah. Seingat saya, sebelum saya mulakan kajian tentang senjata api Melayu sekitar tahun 2007, sukar sekali hendak mencari rujukan dan bahan-bahan berkaitan. Kini nampaknya meluas sekali, tetapi sayangnya banyak yang mengelirukan, malah mengandung anakronisme. Saya tidak tahu bagaimana mereka menjadi sejarawan dan bertindak sebagai pengkaji sejarah. Setahu saya - perlu ada sumber, perlu verifikasi dan data yang boleh menyokong atau menolak sesuatu 'fakta' baharu yang ingin dikemukakan itu. Sejarah bukan tangkap muat fakta. Saya tetap mengatakan yang saya bukan ahli sejarah (walaupun pernah berguru dengan Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali), tetapi seorang antropologis yang menyorot aspek-aspek etnografi dalam manuskrip Melayu - itu barangkali title yang lebih bebas dan kurang merimaskan! Walaupun begitu saya sangat gembira jika ada pengkaji di luar sana yang boleh menolak proposisi disertasi saya mengenai teknologi senjata api Melayu - dan ini saya kira cara yang betul - bukan menyalin apa kebenda yang tidak tahu hujung pangkalnya! Siasatlah sendiri, buat rujukan, jumpa orang-orangnya, bandingkan sedalam-dalam - dan jangan terlalu mudah membuat kesimpulan.

whwmdasuki berkata...

Barangkali dengan ramainya 'pengkaji' senjata api di luar sana - saya pun patut seperti tuan Merah Silu, mengklaim bahawa saya 'mungkin merupakan individu terawal di Malaysia' yang meneliti tentang subjek senjata api Melayu. Tidak pasti pula anggapan ini betul, tetapi saya percaya bahawa saya telah mengusahakan kerj-kerja ini sehingga salah sebuah manuskrip ilmu bedil kita telah layak mendapat pengiktirafan Memory of the World UNESCO, meskipun di peringkat Asia Pasifik. Jika ingin menatap bahan tersebut, kunjungi pameran ALEGORI - Contemporary Art Expressions from Malay Manuscripts di Galeri Petronas KLCC, yang berlangsung sehingga Feb 2018, lihat pautan: www.galeripetronas.com.my/Pages/Exhibition.aspx?MenuId=2&ItemId=114.Alhamdulillah tidak banyak artikel saya yang di-copy paste kerana banyak yang tidak saya kongsikan di laman sesawang. Saya telah menulis lebih daripada 12 artikel berkenaan senjata api Melayu, termasuk juga dalam seminar tuan pada tahun 2016 - yang terbit dalam jurnal tempatan/ antarabangsa, dan juga bab-bab buku. Kepada pengkaji di luar sana saya berharap agar dapatkan sendiri bahan-bahan berkaitan di perpustakaan-perpustakaan seperti PNM, DBP, Perpustakaan Universiti Malaya, dan lain-lain. Untuk senarai artikel dan tulisan itu - harap semak di laman academia.edu - tulis saja senjata api Melayu - maka keluarlah senarai judul yang diperlukan. Saya tidak kongsikan di laman web kerana risau dengan akta hakcipta - kecuali pihak jurnal sendiri yang menerbitkannya atas talian dan boleh diakses dengan percuma. Bacalah bahan-bahan itu, dan telusurilah benar-benar, bagaimanakah sebenarnya kedudukan ilmu senjata api itu dalam konteks 'dunia' orang Melayu. Janganlah jadikan alasan kerana bahan-bahan itu berada dalam medium bacaan yang konvensional - tidak seperti blog, harus dibelek-belek, menyebabkan mata kita juga menjadi melek! Seorang peneliti tentu berkompromi dengan bahan bacaan, kecuali ternyata anda memang peng-copy paste. Lebih enak menyalin di blog-blog.

whwmdasuki berkata...

Kembali ke Melaka Unwritten, seperti dalam temubual dan interbiu yang sudah-sudah, saya tidak tahu bagaimana kenyataan saya mengenai isu senjata api Melayu itu digarap, diedit, dan seterusnya. Sejak saya ditemubual oleh pelbagai media pada 2012 - orang majalah, surat khabar dan filem; saya tidak menatap fakta yang saya muntahkan itu. Harap jangan ada yang sampai terkeliru dengan kenyataan yang saya keluarkan. Maklumlah, banyak yang dicakapkan, banyak pula yang disunting dan dipotong, maka banyak pula content yang tertinggal. Jangan-jangan, muka saya tiada pun dalam dokumentari tersebut! Namun saya tetap bergembira dengan hadirnya dokumentari itu - adanya benda baharu di kalangan kita yang boleh diperbincangkan. Cuma sedikit rasa rugi, alangkah bagusnya jika Sdr. Wan Haliza (KL Motion) bekerjasama dengan institusi pengkajian sejarah, dan pihak-pihak lain yang berminat (seperti HIKMAH sendiri), atau IPT untuk mengadakan suatu wacana berkenaan filem dokumentari berkenaan. Diadakan previu dan kemudian diskusi - saya kira itu lebih memberi bekas, lebih memanfaatkan khalayak.
Saya ucapkan syabas kepada tuan Merah Silu atas penglibatan dan kerjasama, yang saya kira bukan alang-alang untuk dokumentari penting seperti Melaka Unwritten. Saya juga rasa terkesan dengan adanya projek-projek untuk mengangkat dunia Melayu masih terbengkalai. Walau bagaimanapun, saya tetap berharap tuan Merah Silu jangan berasa kecewa - kerana apa yang diusahakan ini ada ganjarannya di sisi Tuhan. Itulah sebaik-baik pulangan. Ketepikanlah orang yang memfitnah, mencerca, dan mengkhianat. Teruskan langkah dengan jitu. Jangan kerana mereka kita menjadi lesu.
Saya ternanti-nanti, apa yang saya nyatakan kepada Sdr. Sabri Yunus ketika menemubual saya lama dahulu - agar diterbitkan sebuah filem epik tentang keadaan dan persediaan Melaka dalam tempoh 24 jam sebelum diserang Portugis. Saya tidak tahu bagaimana hendak garapkan judulnya, apatah lagi menentukan skripnya, cuma apa yang saya tahu - ia ternyata masih tinggL menjadi angan-angan mat jenin saya.Maaf kerana terlalu panjang - dan banyak memakan ruang.Salam hormat, Wan Mohd Dasuki.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam tuan Wan Dasuki. Baru perasan komen tuan malam ni. Tentang sumbangan kita kepada masyarakat, bukan soal mengungkit tetapi ada masanya memang perlu kita sendiri angkat apa lagi dalam keadaan ramai sekarang kaki ciplak dan sailang suka mengaku hasil kerja dan ilham orang sebagai hasil kerja sendiri. Apa pun saya baru menerbitkan sendiri buku ke-11 dan ke-12 saya. Banyak idea-idea 'gila' dalam tu...:]