Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mei 11, 2017

Gambar baru CATATAN dan sedikit sejarah penulisan berserta ulasan...

Salam semua. Salam awal pagi Khamis 14 Syaaban. Kurang 15 jam daripada sekarang iaitu apabila masuk waktu Maghrib lewat petang nanti kita akan memasuki tarikh 15 Syaaban, hari Nisfu Syaaban. Menurut gerak penceritaan yang muncul dalam tempoh sebulan setengah kebelakangan sampailah masa untuk berkongsi hal dan rasa seperti berikut...



Ini adalah gambar pengenalan blogspot CATATAN SI MERAH SILU iaitu gambar pada bahagian paling atas yang digunakan sejak 3 Mei 2014. Sebelum itu ada gambar lain tapi saya pun dah lupa bagaimana rupa. Gambar ini terbit setelah membawa keluarga berjalan di Aceh 23-30 Mac 2014. Dalam waktu itu sempat menganjurkan satu acara HIKMAH. Lihat artikel Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Gambar diambil ketika bertandang ke makam Sultan Malikus Saleh, pengasas kerajaan lama Samudera dan Pasai dua hari sebelum acara. Lihat artikel Misi HIKMAH Aceh - Menunaikan hajat asal perjalanan dan bertemu rombongan di makam Malikus Saleh.



Pada 16-23 Mac 2017 iaitu kurang dua bulan lalu saya membawa keluarga ke Aceh lagi lalu turut melaksanakan satu majlis HIKMAH. Lihat Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017. Seperti biasa apabila sudah bertandang ke bumi Serambi Mekah itu kami mengambil peluang untuk menziarahi makam Sultan Malikus Saleh yang terletak sekitar 6-7 jam perjalanan dari Banda Aceh. Kali ini lawatan dibuat selepas acara. Lihat Misi HIKMAH Aceh 2017 - Tafakur di Makam Sultan Sayyid Maulana, kemuncak di makam Ratu Nurul Aqla dan ketenangan di makam Sultan Malikussaleh. Gambar kami anak beranak di hadapan makam pun diambil sambil isteri mengingatkan agar gambar pengenalan di blogspot ditukar dengan gambar baru nanti...

Kurang sebulan lepas iaitu pada jam 1.43 pagi Rabu 19 April timbul rasa untuk menukar gambar seperti kelihatan di atas. Timbul juga rasa agar pertukaran gambar dinyatakan dalam satu artikel lalu draf blogger dibuat malam itu juga dengan gambar lama dan gambar baru diletakkan dalam draf. Cuma sebelum artikel dapat dipersembahkan terasa wajib menyelesaikan dahulu perkongsian cerita beberapa aktiviti yang dijangka akan dilakukan (sekarang sudah dilakukan) sehingga tamat bulan April. Pada 21 April pula saya menulis artikel bertajuk Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini? untuk berkongsi sedikit luahan dan rasa tidak puas hati akibat beberapa perkara yang berlaku sepanjang menganjurkan acara demi acara HIKMAH penghujung 2012 hingga perjalanan terbaru di Aceh 16-23 Mac. 

Rasa tidak puas hati serupa tetapi melibatkan dunia penulisan dan kajian sejarah dijangka mahu diluahkan apabila sampai masa untuk menulis artikel ini. Malam ini sampai masa untuk menambah teks selain gambar pada draf tetapi hati telah berubah. Jika dahulu terasa perlu dilampiaskan rasa tidak puas hati, antaranya dengan cara memaparkan satu dua perkara dalam rekod chat Facebook yang boleh mendedahkan keaiban orang tertentu, apa yang berlaku dalam tempoh seminggu dua kemudian menyebabkan saya merasa tidak perlu meneruskan niat buruk itu. Pedulikanlah jika ada pihak masih terus mahu memburuk-burukkan atau memperkecilkan sumbangan saya kepada masyarakat. Pengiktirafan yang diterima seperti pada majlis silat di Muzium Negara awal bulan lalu (lihat artikel Festival Dunia Seni Silat Melayu ke-8 di Muzium Negara - Salam sayu dari pengasas HIKMAH di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)) juga di majlis Maulud dan Hol di Kedah 2 minggu selepas itu (lihat Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai - Sampai masa untuk menutup cerita) menunjukkan orang-orang matang, lagi berwibawa dan berkedudukan di dunia nyata  tahu menghargai kewujudan saya. Cuma orang-orang kerdil keyboard warriors tetapi terasa besar sahaja yang suka menafikan lantaran tidak puas hati selalu ditegur supaya sedar hakikat sebenar diri.

Sebaliknya terasa lebih elok dikongsikan sejarah penglibatan saya dalam dunia penulisan dan apa yang mahu diketengahkan atau diperjuangkan ketika itu.  Biar disampaikan secara point form menurut turutan tahun atau kronologi...



1996-2001 : Bersama akhbar The New Straits Times

Penglibatan saya dalam dunia penulisan bermula secara rasmi apabila menyertai kumpulan akhbar The New Strais Times sebagai wartawan sekitar bulan Oktober tahun 1996. Sebelum itu saya cuma pernah menulis surat kepada keluarga juga teman-teman wanita selain menulis karangan di sekolah. Penyertaan berlaku secara tidak dirancang apabila tersesat jalan ketika hendak kembali daripada temu duga untuk menjadi broker komoditi. Semenjak berlaku beberapa hal bersifat mistik dan spiritual tahun 1991-1995 iaitu sepanjang berada di London untuk mendapatkan ijazah dalam bidang matematik di University College of London, salah satu menara gading terbaik di dunia saya yang pernah bercita-cita untuk menjadi saintis dan ahli matematik terkemuka telah hilang arah.

Saya pergi menghadiri temuduga broker kerana dah tak tahu lagi kerjaya apa mahu dipilih setelah hilang keyakinan terhadap sains. Ketika tersesat dalam perjalanan hendak kembali daripada temu duga terlihat papan tanda besar The New Straits Times yang menghiasi bangunan besar pejabat lalu tergerak untuk ke sana. Saya sekadar mahu bertanya apakah ada kekosongan untuk bekerja sebagai wartawan. Setelah mengambil satu sesi ujian saya pun diterima masuk. 

Dipendekkan cerita asalnya saya sekadar mencuba sambil mengisi masa, sambil itu mahu memikirkan apakah kerjaya yang lebih sesuai. Lama kelamaan seronok pula menulis membuat laporan juga rencana sambil menghadiri majlis demi majlis, sering kali bersama para menteri, ahli korporat dan tokoh-tokoh serta personaliti terkenal negara.


2002-2005 : Bersama penulis buku politik terkenal Syed Hussein al-Attas

Penghujung tahun 2001 menyaksikan saya ditendang keluar dengan notis 24 jam akibat permainan politik pejabat. Tidak cukup itu saya dilarang daripada menjejakkan kaki waima di halaman pejabat The New Straits Times selagi mana orang tertentu menerajui syarikat. Berikutnya berlaku beberapa perkara termasuk kematian berturut-turut tiga orang anggota rapat keluarga menyebabkan saya semakin hilang arah. Tekanan yang meningkat menyebabkan saya bercerai dengan isteri lalu meninggalkan rumah dan anak kami yang masih kecil penghujung 2002.

Ketika itu saya sudah berkenalan dengan penulis buku politk terkenal Syed Hussein al-Attas @ Pak Habib @ S.H.Alattas. Sebelum bercerai pun sudah selalu menginap di pejabat beliau di Kuala Lumpur sambil menolong menyunting buku-buku tulisan beliau. Selain itu saya juga selalu menginap di rumah rehat beliau di Janda Baik. Di celah-celah itu saya sering membuat pengembaraan ke merata Semenanjung Malaysia, pernah masuk ke Aceh Januari 2004 ketika ia masih dilanda darurat.

Daripada Pak Habib juga penolongnya saya belajar cara menulis dan menerbitkan buku. Saya belajar menggunakan peisian Pagemaker untuk membuat lay out atau reka letak buku dan Photoshop untuk membuat kulit buku. Pengalaman masuk ke Aceh menerbitkan ilham untuk menulis siri trilogi novel bertajuk "Berpetualang ke Aceh". Beliau menunjukkan cara membuat syarikat penerbitan sendiri lalu muncullah Wasilah Merah Silu Enterprise.


2006 -2007 : Hidupnya Wasilah Merah Silu 

Pun begitu asalnya saya tidak yakin untuk menerbitkan buku sendiri. Pak Habib pula cuma akan menerbitkan buku beliau sendiri sahaja lalu saya berusaha untuk mencari penerbit bagi siri buku yang mula ditulis pertengahan tahun 2004 dan selesai hujung tahun itu. Saya dapat menemui beberapa orang penerbit yang berminat tetapi mereka rata-rata meminta saya mengubah jalan cerita dan menokok tambah. Sedangkan cerita dibuat berdasarkan pengalaman sebenar hidup. Saya tidak suka ia menjadi fiksyen walaupun saya sendiri mengambil pendekatan menulis seperti fiksyen travelog

Pertengahan tahun 2005 saya meninggalkan rumah Pak Habib atas sebab tertentu Selepas tulisan dibaca oleh seorang ibu saudara di Raub, Pahang lalu beliau menyatakan buku ini boleh 'pergi' baru saya memberanikan diri untuk mencari modal lalu menerbitkan sendiri. Terbitlah buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" Jun 2006 diikuti buku kedua "Berpetualang ke Aceh : Membela Syiar yang Asal" Mei 2007 dan buku ketiga "Berpetualang ke Aceh : Sirih Pulang ke Gagang" November 2007. Walaupun dalam tempoh masa itu saya sering keluar mengembara merata hampir semua kerja dilakukan daripada rumah seorang ibu saudara lain di Ampang, Kuala Lumpur.

Sekarang sudah ada 9 buah buku diterbitkan atas nama saya sebagai penulis, 4 daripadanya bawah Wasilah Merah Silu, 5 dengan syarikat-syarikat lain. Ikut rancangan asal untuk perkongsian mengenai sejarah penulisan ini saya mahu menceritakan apa yang berlaku sehingga tahun 2017. Tetapi bila dah menulis panjang lebar begini terasa malas pula. Sebaliknya biar dikongsikan perkara-perkara penting yang telah diangkat atau diketengahkan melalui trilogi novel "Berpetualang ke Aceh".


1. Jangan terlalu berpegang pada sejarah versi Barat. Perlu diketengahkan sejarah versi orang kita sendiri

Ini adalah perkara pokok dalam siri. Sesungguhnya perjalanan dalam cerita asalnya dibuat semata-mata untuk mencari jejak dan nasab keturunan nenek moyang. Namun dalam pencarian itu terjumpa atau terkeluar cerita-cerita tentang sejarah Melayu dan Islam yang sebelum itu tidak pernah ditonjolkan atau tidak diketahui orang. Tahun 2006 ketika siri "Berpetualang ke Aceh" baru keluar agak-agak berapa buah bukukah sudah ada di pasaran negara kita membawa visi dan misi yang sama?


2. Wujudnya ramai keturunan Saidina Hassan yang digelapkan nasab

Sebelum tempoh masa tersebut penulisan tentang Ahlul Bait keturunan Nabi Muhammad SAW sering tertumpu kepada keturunan melalui cucu lelaki kedua baginda iaitu Saidina Hussein terutama melalui nasab Alawiyin yang berkembang di Hadramaut. Tetapi pencarian yang diketengahkan dalam "Berpetualang ke Aceh" membawa pada penemuan beberapa cabang keturunan Saidina Hassan iaitu kekanda kepada Saidina Hussein yang seperti sudah hilang dalam salasilah rasmi. Selepas itu ramai pihak menyusul bercakap tentang keturunan cucu sulung Rasulullah SAW yang mastur iaitu tidak terkenal, tidak masyhur atau kurang diketahui orang. Walau tidak terkenal ia tetap mahu dicari oleh musuh-musuh Islam kerana Imam al-Mahdi yang diberitakan akan memenangkan umat Islam akhir zaman berasal daripada salah satu keturunan lelaki bin lelaki yang sampai kepada Saidina Hassan. Boleh jadi baginda berasal daripada jalur keturunan yang tidak diketahui.


3. Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis tahun 1511 akibat pengkhianatan bukan kerana senjata orang Melayu ketinggalan

Hal ini sebenarnya timbul sebagai ilham dalam penulisan lalu diulas panjang lebar dalam buku. Sebelum itu orang selalu bercakap Melaka kalah kerana orang Melayu cuma tahu menggunakan lembing, keris dan pedang sedangkan orang Portugis memakai pistol, senapang dan meriam. Selepas itu ramai orang mengambil sedutan berkenaan daripada buku "Berpetualang ke Aceh: lalu mengembangkan penulisan sehingga timbul pelbagai kajian tentang senjata api orang Melayu. Bertahun kemudian baru saya sedari bahawa hal senjata api Melayu yang digunakan orang Melaka 500 tahun lalu ada disebut dalam catatan-catatan Portugis sendiri. 

Malah ia diceritakan panjang lebar dalam satu buku terbitan Universiti Malaysa tahun 1995 yang merupakan terjemahan ke Bahasa Melayu catatan pemimpin perang Portugis Afonso Albuqueque dan anaknya. Pun begitu tidak ramai menyedari kewujudan buku tersebut lalu masyarakat umum masih menyangkakan Melaka kalah kerana ketinggalan teknologi perang... sehinggalah hal sebenar mula dibangkitkan oleh buku "Berpetualang ke Aceh" tahun 2006.


4.  Menziarahi makam-makam lama dalam mencari jejak nenek moyang

Saya diilhamkan juga kemudian disarankan oleh orang-orang tertentu agar selalu menziarahi makam-makam yang dipercayai terkait dengan darah keturunan. Insyaallah akan terbit ilham seterusnya termasuk bayangan, deja vu dan mimpi untuk menjawab pelbagai persoalan dan mengisi kelompongan dalam pencarian. Hal pencarian dan ziarah makam berserta pencerahan yang timbul ada disebut banyak kali dalam buku. Sekarang ramai orang melakukan perkara sama sedangkan dahulu ziarah makam-makam lama boleh dikatakan cuma dilakukan oleh tiga golongan sahaja. Satu adalah ahli akademik yang sedang membuat kajian. Kedua ahli mistik yang melawat makam-makam tertentu untuk mendapatkan kelebihan berupa ilmu kebatinana. Ketiga, orang cari nombor ekor...


5. Batu nesan Aceh sebagai satu bukti sejarah peradaban orang Melayu 

Jenis batu nesan berhias berukir/berpahat cantik yang dikenali sebagai batu nesan Aceh ini mula saya kenali apabila terbaca satu buku bertajuk "Batu Aceh : Early Gravestones in Peninsular Malaysia" oleh (Profesor Dato') Dr Othman Mohd. Yatim. Asalnya buku digunakan untuk mencari lokasi makam-makam tertentu yang dirasakan terkait dengan keluarga. Akhirnya saya dapat menghargai seni tulisan khat dan pahatan batu-batu nesan Aceh yang katanya cuma digunakan oleh golongan bangsawan, raja, pembesar, panglima dan ulamak terkemuka itu.

Hal batu nesan Aceh ditekankan dalam buku "Berpetualang ke Aceh" kemudian selalu diketengahkan melalui blogspots tulisan saya terutama SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) sehingga menyebabkan muncul generasi kemudian yang berminat menziarahi makam-makam dan meneliti batu-batu nesan Aceh. Kalau tidak ia cuma menarik minat golongan akademik sahaja, itupun dalam bidang tertentu... tak sampai minat dan pengetahuan kepada umum...


6. Muncul minat terhadap tempat-tempat terpinggir seperti Masjid Brunei dan Danau Tok Uban

Dahulu sedikit sangat orang yang tahu tentang cerita tempat-tempat tersebut. Selepas ia keluar dalam buku diikuti blogspots ramai yang tergerak untuk mencari lalu menjejaknya sendiri. Kemudian mereka membuat tulisan sendiri lalu diulas peringkat demi peringkat sehingga sudah tidak diketahui lagi siapa yang memulakannya. Sekarang cuba cari dengan jujur pada bila masakah cerita tentang Masjid Brunei dan Danau Tok Uban pertama kali tersebar kepada ramai terutama melalui Internet...


7. Semua agama termasuk Hindu dan Buddha berasal daripada agama Tauhid lalu boleh dikira Islam - Cuma syariat sahaja yang berlainan menurut nabi dan zaman

Baru teringat satu perkara yang mungkin antara paling besar telah diangkat oleh siri "Berpetualang ke Aceh". Hal tersebut menyebabkan seorang bekas pensyarah menerbitkan sendiri beberapa buah buku bercakap tentang ketauhidan dalam agama Hindu dan Buddha. Dan beliau sedia mengaku mendapat cetusan setelah membaca buku-buku saya. Hamba Allah tersebut juga mengaku menulis buku tentang fahaman Tasawuf Wahdatul Wujud setelah membaca ulasan melibatkan tokoh-tokoh tertentu seperti Hamzah Fansuri dinyatakan dalam tulisan saya. 



Sebenarnya banyak lagi perkara boleh diangkat tetapi cukuplah tujuh ini. Tujuan saya menyatakan perkara-perkara tersebut bukan semata-mata untuk mengungkit sumbangan ilmu dan pemikiran kepada masyarakat. Saya perlu menulis begini kerana sejak beberapa tahun kebelakangan muncul ramai kaki ciplak yang pandai mengulas hasil bacaan dan kajian orang lalu mengubah sedikit penulisan kemudian mengaku semuanya sebagai hasil pemikiran dan kajian sendiri. Sumbangan orang terdahulu cuba dinafikan sampai ke peringkat memperkecilkan malah menfitnah supaya orang yang tidak cukup peka untuk mengikuti perkembangan kesedaran baru sejarah oleh anak-anak Melayu tidak menyedari hal sebenar lalu mengangkat orang-orang kemudian sebagai pencetus dan paling berwibawa konon. 

Ini selalu dilakukan oleh keyboard warriors atau pahlawan kekunci yang sering kelihatan hebat dalam talian (on-line) tetapi tiada atau tidak cukup pengalaman lapangan namun tetap berdegil tidak mahu mengaku kekurangan. Mereka malah sanggup memperlekehkan orang yang turun ke lapangan atas alasan buat apa bersusah-payah sedangkan semua maklumat boleh didapati di hujung jari konon. Kurang mereka sedari bahawa maklumat yang senang diperolehi melalui Google dan sebagainya juga seringkali silap kerana ada proses disinformation oleh pihak tertentu yang sengaja mahu mengelirukan umum selain maklumat salah tetapi diwar-warkan sebagai benar oleh pihak berkepentingan yang mahu mengangkat sejarah atau cerita versi sendiri demi memenangkan pihak mereka. Sekadar jaguh di blogspot dan Facebook sahaja tidak cukup untuk dapat membezakan antara hak dan bathil. Perlukan banyak pengalaman hidup termasuk selalu mengambil risiko menyelidik di lapangan.

Analogi atau perumpamaan yang saya sering berikan tentang pentingnya kajian lapangan dan peranan orang terdahulu yang memungkinkan terkumpulnya data atau maklumat yang boleh dinikmati oleh generasi kemudian melalui atas talian adalah begini - Mereka-mereka yang betul-betul berjuang di lapangan itu ibarat para perintis yang membuka jalan hutan, penat-penat menebang pokok menghalau binatang buas, hantu, jin, syaitan dan sebagainya sehingga ada yang terkorban. Antara mereka ada yang sempat menanam benih pohon kebangkitan. Bertahun kemudian pokok sudah besar dan berbuah, generasi sekarang cuma perlu petik buah dan agih-agihkan. Maka itu janganlah mendakwa segala perkara sampai naik pokok dan dapat buah itu adalah hasil usaha diri kamu sahaja. Jangan tak nampak atau saja-saja buat tak nampak, tidak mahu mengiktiraf malah memperlekehkan usaha orang-orang awal di medan juang sebenar...


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tkasih banyak Radzi...moga usaha anda ini akan diberkati Allah...amiin...

al tamarahi berkata...

Datanglah melawat ke makam syed muhammad syafii di kampung seronok bayan lepas..beliau merupakan wali allah yang bernasab dari saidina hassan sebelah ayah dan saidina hussien sebelah ibu....insyaallah kamu akan dapat kebenaran yang selama ini telah disembunyikan.

Norzahari Othman berkata...

Aslm boleh sy dptkan buku tuan Adam tu. Wasap 0126550872