Namun saya masih terasa penat dan kurang sihat untuk menulis. Untuk makluman setiap artikel dalam siri memerlukan sejumlah artikel sokongan dibuat terlebih dahulu di blogspots saya yang lain dan ini bukan sahaja memakan masa tetapi tenaga dan memenatkan minda juga. Maka untuk hari ini biar dipaparkan sahaja sejumlah video yang dibuat ketika kami anak-beranak pergi menaiki bot di jeti Kok Majid lalu bersiar-siar di sekitar delta Sungai Kelantan ya. Ini juga sebenarnya boleh memudahkan penceritaan apabila artikel terbaru "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur" dibuat, kalau larat insyaallah esok siang Jumaat.
4 ulasan:
salam bro...seronok jalan2 di kelantan sbb byk tempat menarik dan bersejarah. apa2 pun saya dah paste link blog saudara di facebook sg ujong. terima kasih atas beberapa info yg membantu kajian kami di sg ujong
Bila Al Rashid menjeling.....suka tengok. Dah besar anak ko bro....& semoga bro sekeluarga dilimpahi rahmat, rezeki & kudrat supaya penjelajahan bro dapat diteruskan...mungkin selepas ni boleh pergi jiran terdekat kita yang seagama dibelah utara atau dikepulauan Riau..setahu saya di Daerah Batam, Tanjung Pinang banyak makam-makan Kesultanan Lama...Insyaallah...Saya yang dari selatan tanahair ni pun belum berkesempatan nak pergi...itulah belum diizinkan Allah lagi..Jadi follow blog ni pun jadilah....( bosan tengok blog2 politik di Malaysia...apa jadi dgn orang-orang kita ni)...
Wassalam JMazli. Teruskan kajian tu. Kalau ada perkembangan terbaru kongsilah juga dengan saya. Daeng Kemboja ya? Itu anakanda Daeng Parani juga. Walaupun saudara berketurunan Jawa campur Rawa mana tahu ada kaitannya? Macam ada satu kenalan saya, moyangnya Haji Mustafa Raja Kamala yang membuka Tanjung Malim diwar2kan seantero dunia sebagai seorang tokoh contoh Rawa oleh orang2 Rawa. Dan itulah yang diketahui keluarga mereka sampailah kenalan itu menyusur salasilah ke atas di Kota Rao, Tanah Rawa, Sumatera dan sekitar jajahan Minangkabau namun terbawa ke Aceh. Rupa-rupanya Haji Mustafa itu dari keluarga Raja2 Aceh Dinasti Bugis.
AuntieNa ni pulak sapa? Kita kenal ke? Bab blog politik tu saya tak kuasa nak kata apa. Mereka2 ni rata2 seronok merasakan diri sebagai 'penggerak' negara. Dan kebanyakannya buat blog makan gaji tu. Biarkanlah mereka. Masing2 kata berjuang untuk kebenaran. Namun akhir kalamnya nanti ternyata boleh kata semua menulis cari makan untuk anak bini juga kalau tidak sekadar mengisi tembolok sendiri dan nafsu untuk berpoya2. Siapalah kita untuk mempersoalkannya? Kalau tak suka kita beralih sahaja ke bahan bacaan lain. :]
salam bro...
setahu saya famili saya x der pertalian dgn maner2 kerabat. cuma pendokong kuat kepada pemimpin atau kerabat yang menentang penjajah sahaja...namun sy tetap bangga dgn famili saya. penglibatan saya dgn kerabat sg ujong hanyalah kebetulan kerana nenda sy pernah berkhidmat dgn dato klana petra ini. walaupun skrg ni hak waris telah diserah kepada keluarga yg lain, tp kami tetap rapat. kajian yg kami sama lakukan skrg ni bertujuan utk membersihkan tuduhan yg kurang enak kepada dato'2 undang sebelumnya serta memberi pandangan masyarakat dengan lebih jelas tentang peranan dan letak duduknya Dato' Klana Petra ini serta lain2 undang di negri sembilan. apa2 pun terima kasih atas penat lelah saudara selama ini dpt juga memberi info bukan shj kpd sy tetapi kepada semua org yg membaca blog saudara ini. terma kasih
Catat Ulasan