Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, April 22, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Pusing sekitar Dabong sebelum ke Jeli

OK. Setelah masuk 5 hari bercerita hal lain baru kita kembali kepada penceritaan tentang perjalanan ke Pantai Timur yang dibuat penghujung tahun lepas. Masuklah kita ke hari kedua perjalanan. Bersambung dari artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Pusing-pusing di Gua Musang sebelum ke Dabong.


Pagi Ahad 26 Disember 2010. Bangun tidur dan selesai solat saya pun keluar dari rumah homestay tempat kami menginap di Jelawang, dalam daerah Dabong, Kelantan.


Saya mahu berjalan kaki melihat persekitaran. Sepatutnya boleh kelihatan air terjun tinggi Jelwang di lereng Gunung Stong dari sini tetapi kabus sedang menebal. Lihat artikel A foggy morning at Jelawang, Dabong di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Saya membuat satu pusingan keliling kampung. Sempat singgah sebentar di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Jelawang, Dabong di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Oh. Semasa berjalan tadi saya ada melihat 2-3 rumah yang ada membela beruk, jenis yang biasa digunakan untuk memetik kelapa. Saya pun mengajak isteri untuk membawa anak melihat. Tuan rumah mahu turut sama. Sampai di satu rumah kelihatan seekor anak beruk yang comel. Saya pun membawa Al-Rasyid untuk bermain. Lihat klip video di bawah...





Beruk ini beberapa kali cuba memanjat kepala Rasyid tetapi anak saya rimas...


Puas bermain dengan beruk kami kembali ke rumah untuk bersiap. Hampir jam 9.30 baru sedia untuk keluar.


Ketika itu kabus sudah hilang tetapi masih menebal di kawasan gunung...



Kami pun menghala ke Dabong.




Singgah sebentar di jambatan menyeberangi Sungai Galas. Lihat Sungai (river of) Galas from the Jelawang to Dabong town bridge.



Perjalanan diteruskan ke Dabong.


Gerak hati saya menyuruh menuju terus ke stesyen keretapi. Tengok-tengok ada keretapi baru sampai lalu menurunkan penumpang.


Sebenarnya saya memang suka melihat suasana di stesyen keretapi seperti ini.


Mana saya tahu akan sampai ketika keretapi berhenti sebentar, terserempak pula penumpang yang merupakan kawan lama kepada rakan isteri saya yang kami panggil Kak Pah. Dan mereka sudah bertahun tidak berjumpa...


Seterusnya kami melihat pekan kecil Dabong. Lihat Going around the small town of Dabong.


Saya juga sempat menunjukkan masjid di mana saya pernah bermalam lalu mengalami cirit-birit teruk. Lihat Masjid (Mosque of) Dabong juga artikel lama Gunung Stong, air terjun tinggi, sakit perut yang amat sangat dan Chik Siti Wan Kembang....


Seterusnya kami mengambil jalan ke Kuala Krai.


Tetapi destinasi kami bukanlah sejauh itu. Kami mahu melihat tempat yang dipanggil Gua Ikan. Lihat klip-klip video berikut.








Ini pula Rasyid bersama anak bongsu Kak Pah. Untuk gambar-gambar dalam gua lihat The cave called Gua Ikan.


Puas melihat gua kami kembali ke Jelawang. Sampai di jambatan saya berhenti lagi lalu mendapati kabus dan awan yang menyelubungi pemandangan gunung mula beredar. Tergerak pula mengambil video. Lihat klip di bawah...





Di Jelawang kami singgah minum di sebuah warung. Suami Kak Pah yang datang dari Gua Musang baru sahaja sampai bersama anak lelaki mereka.


Kami kemudian sama-sama menuju ke air terjun Jelawang. Lihat The Jelawang waterfall at Gunung (mount) Stong from many angles.


Seterusnya kami menghala ke satu tempat kira-kira 15 km mengarah kembali ke Gua Musang.


Kak Pah mahu menunjukkan kebun miliknya.


Kemudian kami mandi di air terjun berdekatan. Tuan rumah tempat kami bermalam di Jelawang juga datang bersama keluarganya. Lihat The waters at Lata Kertas.


Selepas mandi dan makan-makan saya , isteri dan anak meninggalkan mereka untuk menghala ke Jeli. Sebelum sampai Jelawang boleh kelihatan puncak gunung ini.


Zoom in untuk melihat lebih dekat lalu ternyata bentuknya seperti taji. Rasanya inilah Gunung Ayam. Saya tergerak untuk masuk ke surau berdekatan. Lihat Sebuah surau berdekatan Jelawang (A small praying hall nearby Jelawang).


Ke hadapan sedikit kelihatan bagaimana gunung 'bertaji' itu bersambung dengan Gunung Stong di mana terdapat air terjun Jelawang (nampak di belah kanan). Untuk pengetahuan dalam kelompok ini juga terdapat Gunung Chintawangsa di mana Chik Siti Wan Kembang dikatakan pernah bersemayam. Memang ada rasa atau feel di sekitar ini...


Oh. Sebenarnya seorang anak perempuan Kak Pah ikut kami untuk diturunkan di Jelawang. Kami kemudian meneruskan perjalanan menghala ke Jeli.


Sampai di jambatan Sungai Balah saya turun mengambil gambar. Lihat Bridge over Sungai Balah. Begitu juga di jambatan Sungai Pergau. Lihat Bridge over Sungai Pergau. Untuk pengetahuan Sungai Balah mengalir masuk ke Sungai Pergau yang kemudian masuk ke Sungai Galas. Sungai Galas pula membentuk Sungai Kelantan yang mengalir melepasi Kota Bahru hingga ke Laut Cina Selatan.


Tidak lama kemudian sampailah kami ke pekan Jeli. Lihat A quick look at the small town of Jeli.


Saya pun singgah di masjid jameknya. Sampai di bahagian mihrab kelihatan waktu sudah masuk 3:13 petang. Terasa ia seperti petunjuk yang baik... 313 Rasul, 313 angkatan perang Thalut, 313 ahli Badar. Hmm. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Jeli.


Ini pula adalah apa yang tinggal dari sebuah rumah rehat di pinggir pekan. Dahulu ada tasik (buatan kalau tak salah) yang menjadikan ia kelihatan terapung. Saya pernah bermalam sekali dalam satu perjalanan, tahun 2007 kalau tak salah ingatan.


Perjalanan diteruskan meninggalkan Jeli. Memandangkan ini perjalanan ke Pantai Timur tentu anda boleh mengagak saya mahu belok ke mana. Ah leganya saya apabila sudah siap cerita ini berserta semakan dan suntingan. Bayangkan. Untuk menerbitkan artikel yang merupakan ketiga dalam siri ini saya perlu menyiapkan dahulu 13 artikel sokongan di blogspots saya yang lain. Saya mula menulis sekitar jam 4 petang, masuk 2 pagi baru artikel ini boleh dimulakan!

Untuk artikel ini sendiri saya perlu menggunakan 33 keping gambar dan 4 klip video. Secara keseluruhan pula 138 buah gambar harus digunakan di mana setiap gambar harus dikecilkan saiz menggunakan program Paint untuk menjimatkan ruang dan memory selain mempercepatkan upload atau muat naik ke blogspots. Muat naik klip video juga memakan masa. Kemudian saya dapati sejak 2 minggu ini kalau tak salah ingatan ada sedikit masalah dengan kemudahan membuat artikel di setiap blogspot. Saya dapati sangat sukar menambah atau mengatur barisan baru untuk menjarakkan perenggan juga gambar-gambar dalam kadar yang memuaskan.

Sekitar 2-3 hari lepas pula masalah berubah. Entah kenapa secara automatik barisan kosong ditambah apabila bertukar mood penulisan dari compose kepada edit Html dan sebaliknya. Makin banyak gambar makan banyak barisan kosong ditambah secara automatik. Untuk artikel ini yang memiliki 33 buah gambar saya dapati sekitar 25 barisan kosong telah diterbitkan secara automatik antara setiap gambar. Maka bayangkan penat-lelah... setelah lama mengatur gambar dan kata-kata perlu pula memperbetulkan masalah ini. Nah. Ketahuilah artikel ini sebenarnya cuma siap selepas jam 4 pagi. Sedangkan ia baru memaparkan separuh aktiviti untuk hari kedua perjalanan ke Pantai Timur yang memakan masa keseluruhan 11 hari. Adus...

Pada mereka yang sudah merasa penat-lelah sebegini tentu anda faham kenapa kadangkala saya terasa marah dan menyampah apabila orang membuat rungutan bukan-bukan tentang blogspots saya. Inilah salah satu penat-lelah apabila membuat penulisan. Belum dicampur penat-lelah dan belanja besar serta risiko menghadapi bahaya yang kadangkala boleh mencapai peringkat hidup mati ketika membuat perjalanan sehingga boleh muncul bahan-bahan untuk dijadikan penulisan Maka faham-fahamlah. Ia bukan perkara senang. Tetapi cukup senang untuk mereka yang biasa copy paste hasil kerja orang untuk menuduh yang bukan-bukan. Selamat malam... eh selamat pagi... :]



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada orang ciplak kerja ko ker bro? Sape?

Bro seluar kotak-kotak tu sejak 5 tahun dulu ker bro? Asyik kustom yang sama jer tiap kali enterprem....hihihi...

Tanpa Nama berkata...

Bro...
Terima kasih atas perkongsian verita anda..ianya sangat memberi manafaat kpd saya...moga ALLah akan memberikan lebih banyak kurniannya kepada anda sekeluarga..

Walaupun belum sampai lagi ke sana namun ianya seolah2 bermain2 di minda saya...x sabar2 nak bercuti..

sya berkata...

salam saudara Razi, terima kasih sebab berkongsi pengalaman dan usaha utk memaparkan nye di sini.
Saya pernah sampai di kawasan Gunung Stong dan air terjun nye yg menakjubkan .subhanalllah..mmg pandangan saya x lepas dari memandang nye.

Radzi Sapiee berkata...

Bab ciplak tu ada le satu tv stesyen. Bio le. Seluo kotak 5 tahun lalu semua dah hancus. Ada je koyak-rabak. Satu tu siap aku recycle jadi bantal budak, pakai kekabu dari sebelah makam Datuk Aroom kat Melaka. La ni seluo kotak yang beli setahun dua dulu. Dah tu fesyen lebih kurang, tu yang nampak sama je... dah aku suka cam tu.

Untuk yang lelain teruskan membaca. Insyaallah sentiasa akan ada yang dikongsikan selagi nyawa dikandung badan. :]

Tanpa Nama berkata...

Saja aku petik:..........."Kalau tak salah ingatan Professor Albert Enstein yang cukup terkenal dengan General dan Special Theory of Relativity (ingat formula E=mc2?) pernah menyebut begini (saya lupa pepatah sebenarnya, saya ambil maksud yang difahami dari pengajian dan pembacaan lama dahulu) : "I got here because I'm standing on the shoulder of giants" . Maknanya : "Saya sampai ke peringkat ini kerana berdiri di atas bahu gergasi." "


Nak naik memang kena pijak kepala org sikit,macam enstein kata tu,walau pun ramai yang suka rembat kerja org tapi tak semua yang berjaya sampai ke puncak.Jadi kita berlapang dadalah dengan tahap kemampuan masing2.Kalau ada yg berjaya pijak atas bahu gergasi tu kita kira rezeki terpijak dan mungkin dah takdir tersurat begitu.

Tapi maksud einstein tu ,aku rasa dia berpijak dari satu sumber yang paling mutlak dari salah satu pewarisan2 org Islam,tapi dia sembunyikan.Kalau tak salah dia pernah ke baitulmuqqadis nak belajar tentang batu terapung dan macamana itu batu bolih terapung.....jeng jeng jeng.,,akhirnya dia jumpa khazanah dari org Islam wallahualam.

Apapun,Cuma yg di harapkan pencapaian org lain bolih jadi bermanfaat utk kemaslahatan org lain juga.

yop,aku cadangkan carilah seluar kekoyak warna len pulak tak de lah org konpius.Ada yg warna hijau muda dan gelap kekuningan ...cantik juga...hehehe.

cowww dulu ....