Assalamualaikum semua... Kita sambung kembali kepada cerita pengembaraan... Kenapa saya pilih tajuk yang sedikit pelik ini? Kenapa ada perkataan "warisan Zionis" pula? Nanti saya ceritakan ya... Ikut aje le dulu cara penceritaan saya ini... Sila! :]
Dari makam lama, saya keluar ke Cabang Tiga... Ada satu lagi tempat berkaitan yang perlu diziarahi di sini...
Setelah itu, saya berjalan menyusuri jalan utama Cabang Tiga menghala ke Losong...
Destinasi seterusnya ialah Masjid Losong...
Daripada Masjid Losong, kelihatan pula Masjid Kristal yang baru siap dibina di atas sebuah pulau di tengah Sungai Terengganu. Teringat kata beberapa orang bahawa arah kiblat Masjid Kristal ini lari beberapa darjah daripada yang sepatutnya... Entah betul entah kan tidak?
Menurut seorang sepupu yang bekerja sebagai jurutera minyak Petronas, seorang kawannya telah membawa kompas untuk menyukat arah kiblat di dalam Masjid Kristal lalu mendapati arah kiblatnya lari hampir 45 darjah! Takkan begitu teruk kot? Tapi menurut kata-kata orang, ini tidak mustahil kerana masjid itu didirikan orang-orang luar dan kebanyakan yang terlibat bukan pun orang Islam... Masyaallah!
Saya tidak tahu sejauh manakah dakwaan ini benar. Tetapi gerak hati saya mengatakan memang ada yang tak kena tentang pembinaan masjid ini. Apapun kita lihat nanti apabila saya sampai ke sana sendiri, Insyaallah... Setakat yang saya dapat lihat daripada sekitar Masjid Losong yang sudah lama didirikan, arah kiblat 2 masjid ini tidak selari... Mungkin saya yang tersilap pandang?
Daripada Masjid Losong, saya mengikut jalan kampung menghala ke Muzium Negeri.... Saja nak tengok jika ada apa-apa lagi makam lama menarik di sepanjang perjalanan...
Terlihat 2 ekor kucing ini bertenggek di atas tembok tanah perkuburan... Cuba kalau tiba-tiba seekor boleh bercakap: "Meowww!!! Akulah Munkar!", seekor lagi menyampuk: "Meooorrr!!! Aku pula Nankir!"... Agaknya apa yang akan terjadi ekkk???
Dalam perjalanan itu, saya lalu sebuah lagi kawasan perkuburan...
Kemudian baru keluar ke jalan besar menghala ke Muzium Negeri, jalan yang nampaknya turut menuju ke "Taman Tamadun Islam" yang katanya dibina berdekatan Masjid Kristal! Tamadun bagaimanakah yang terpapar di sana? Apakah ia contoh tamadun yang sering diwar-warkan atas nama Islam Hadhari? Kita lihat sendiri nanti...
Sampai satu ketika, ternampak pula tanah perkuburan ini...
Seperti biasa apabila melihat tanah perkuburan yang terasa menarik, saya masuk ke dalam untuk melihat lebih dekat... Kelihatan Muzium Negeri Terengganu di hadapan tanah perkuburan ini...
Seterusnya saya berjalan melepasi muzium... Kelihatan papan-tanda besar ini menyambut kedatangan...
Tetapi perlu melalui jalan baru di tepian Sungai Terengganu ini yang masih dalam pembinaan...
Rupanya boleh tahan jauhlah juga...
Mungkin saya yang tersilap pandang... Mungkin saya yang banyak bersangka-buruk... Tetapi sepanjang perjalanan daripada pintu gerbang luar untuk pergi ke pintu masuk utama, saya asyik terasa bahawa di sini ada kehadiran aura Zionis yang amat kuat!
Apabila masuk pula ke dalamnya pula, terus saya terperanjat... Memang binaan replika pelbagai masjid terkenal seluruh dunia yang ada agak menarik... Tetapi bila digandingkan dengan beberapa permainan seperti yang sering terlihat di funfair dan taman tema, terasa segala ini begitu pincang!
Mungkin ada yang akan berkata, permainan-permainan ini dibina dengan "hikmah"... Dengan cara ini, anak-anak dapat bermain sambil belajar tentang tamadun Islam! Ya ke ini? Percayalah, saya sudah terjumpa banyak pemuka Islam Hadhari berpangkat tinggi yang cukup pandai bermain perkataan "hikmah"... Muluk sungguh mulut boleh bertutur bahasa Arab, membaca doa seperti Pak Imam dan menuturkan Ayat-Ayat Quran serta Hadis Nabi seolah-olah pejuang Islam sebenar... Sedangkan di belakang sana, di luar pengetahuan rakyat marhaen yang tidak ada peluang bercampur dengan golongan atas lalu tidak dapat melihat perkara yang sebenar, saya tahu mereka ini kuat makan rasuah, penipu besar penghabis harta rakyat malah ada pula jenis mengurat perempuan dengan membawa mereka pergi umrah! Macam-macam....
Lihat ini.... Cenderamata Islam Hadhari yang ada dijual di taman ini... Pada saya, kalau anda celik mata hati, cenderamata-cenderamata ini sudah cukup untuk melambangkan apa yang sebenarnya berlaku zaman ini... Di mana Ayat-ayat Al-Quran sudah jadi modal untuk dijual-beli...
Seterusnya saya pergi ke Masjid Kristal yang bersama Taman Tamadun Islam terletak di atas pulau yang sama iaitu Pulau Wan Man... Teringat semasa berhenti makan-minum sebentar di sekitar Losong tadi ada orang menunjukkan sebuah gambar Masjid Kristal yang kelihatan muka orang besar di bahagian menara... Katanya gambar jin yang diambil secara tidak sengaja...
Sebenarnya saya tidak hairan jika betul ada jin besar di masjid ini... Seperti disebut tadi, sepanjang berjalan di sekitar Taman Tamadun Islam, saya terasa satu aura kuat Zionis di sini... Kenapa saya sebut begini? Tak payahlah dipanjangkan cerita kerana saya sudah kesuntukan masa dan sudah penat menulis untuk kali ini.... Rasanya pun cukup ramai rakyat tahu bagaimana masjid ini dan sekitarnya telah dibina menggunakan wang hak rakyat hasil royalti penjualan petroleum daripada pesisir negeri Terengganu tetapi telah dimonopoli pihak tertentu... Dan pihak yang dimaksudkan katanya ada hubungan dengan sebuah negara luar yang menjadi pengkalan Yahudi Zionis di Asia Tenggara dalam rangka-kerja mereka menakluki dunia...
Rasanya banyak orang tahu dan perkara inipun ada disebut di kedai-kedai kopi malah turut disentuh dalam halaman-halaman web, juga media massa yang dikira tidak selari dengan kerajaan... Bagi pihak saya pula, pengalaman sebagai wartawan akhbar perdana The New Straits Times selama 5 tahun, serta pengalaman menuntut ijazah Matematik daripada University College of London ditambah lingkungan sesetengah ahli keluarga dan kenalan dari kelas atas ataupun elit membolehkan saya bergaul dengan pihak tertentu yang tidak dapat dicapai rakyat marhaen biasa lalu dapat melihat sendiri akan perkara-perkara yang sekadar dapat dibisikkan kebanyakan orang...
Ini belum dicampur pengalaman cuba menghidupkan sebuah yayasan Islam yang dilingkupkan beberapa orang besar kerajaan... Pada masa itu, saya selalu keluar masuk Jabatan Perdana Menteri untuk berurusan dengan beberapa orang kanan termasuk menteri dan setiausaha politik atas sana... Belum dikira pergaulan yang didapati semasa mengikut penulis politik S.H. Alattas berjumpa orang politik tertinggi ke sana-sini... Lalu saya telah melihat dengan mata kepala saya sendiri akan perangai mereka yang sebenar di sebalik tabir, bukan sekadar mendengar cakap-cakap orang...
Maka tidak keterlaluan kalau disebut ada antara mereka yang dikenali umum sebagai ustaz pandai agama pemimpin "Tamadun Islam" akan datang adalah para penipu besar kaki perempuan... Dan jangan hairan jika ada di antara mereka sedang bekerja memenuhi agenda Yahudi Zionis samada secara langsung ataupun tidak...
Dalam pada itu, saya melihat pada Masjid Losong di seberang... Di situ ada masjid yang sekurang-kurangnya dibina dengan takwa, bukan untuk menunjuk-nunjuk atau mahu menghabiskan wang rakyat...
Sambil itu saya juga memandang ke Bukit Besar di pinggiran bandaraya Kuala Terengganu... Di sana ada perkataan besar: "Allah peliharakanlah Terengganu"... Ya... Allah peliharakanlah Terengganu terutama daripada tangan-tangan cemar yang menyorok di sebalik topeng agama dalam mempermain-mainkan rakyat-jelata!
Dari perkarangan Masjid Kristal, saya dapat menumpang kereta orang keluar ke jalan besar... Langsung dihantarkannya saya ke destinasi seterusnya iaitu Masjid Tokku Paloh, sempat bersolat Zuhur berjemaah di sini sedangkan azan mula berkumandang di Masjid Kristal sekitar 3km tadi! Kemudian saya menziarahi lagi Makam Tokku Paloh... Seterusnya baru saya tergerak pergi ke muzium negeri melalui jalan belakang...
Di Cabang Tiga, saya juga sempat membuat beberapa update ke
blogspots melalui sebuah Cyber-Cafe... Hampir jam 9 malam, baru tergerak untuk pergi ke pusat bandaraya Kuala Terengganu... Sempat mengambil gambar Bukit Besar dalam kegelapan malam... Yang kelihatan cuma tulisan Allah dalam huruf Jawi dengan perkataan "Peliharakanlah Terengganu"!
Teringat cerita seorang kawan di Terengganu setahun lalu... Katanya pernah sekali dia membawa seorang ibu saudara yang menetap di negeri lain lalu di jambatan menyeberangi Sungai Terengganu menghala ke bandaraya... Ibu saudara ini terlihat perkataan "Allah peliharakanlah Terengganu" ini lalu menyebut "Allah! Pelihara Terengganu" dengan nada terperanjat serta muka pucat! Mungkin kerana ketika itu baru sahaja berlaku peristiwa Tsunami yang pernah mengorbankan sekitar 200,000 nyawa di Aceh penghujung 200?
Agaknya ibu saudara ini menyangka tiba-tiba bakal berlaku malapetaka lalu muncul perkataan "Allah peliharakanlah Terengganu" di langit... Memang pun jika diletak sepintas lalu, kelihatan seperti perkataan ini tergantung secara mistik di luar sana!
Apapun, malam itu saya tidur di surau ini di tepian bekas stesyen bas Tanjung...
6 ulasan:
Salam radzi.
Kelihatannya ugama ni banyak sebanyak nabi yg ada, tuhan juga banyak sebanyak manusia yg ada, masing2 ada mimpi masing-masing.
Mungkin kalau difahami erti sebenar "Awal ugama mengenal Allah", maka ramailah yg belum berugama lagi.
UGAMA adalah suatu pengembaraan yg jauh dan peperangan yg panjang. Bukan jalan berjumpa tuhan, tapi jalan membawa pulang diri ini kepada keindahan sifat2 manusiawi.
Wallhualam, Salam.
Wassalam... Ya, sungguh benar itu... Sebab itu disebut Islam adalah ad-din... Islam adalah penyerahan kepada Tuhan yang membawa Salam iaitu kesejahteraan, ketenangan sedangkan ad-din bermaksud cara hidup... Maka itu Islam ialah cara hidup yang membawa kepada ketenangan...
Seterusnya harus difahami bahawa ketenangan ini tidak mungkin dicapai tanpa pengenalan kepada Tuhan... Kalau tak kenal Tuhan, bagaimana kita mahu menyerah kepada Nya lalu mendapat ketenangan itu?
Semua Nabi membawa ajaran pokok ini... Yang berbeza mungkin amalan luaran yang bergantung kepada tempat dan zaman. Tetapi Nabi Muhammad SAW sebagai khatamal anbiya telah membawa Islam yang lengkap meliputi segalanya untuk umat akhir zaman sejagat. Cuma mungkin ramai lupa kaedah pengajaran Nabi, 13 tahun di Mekah dengan turun ayat-ayat Quran yang dipanggil ayat-ayat Makkiyah, yang sering ditekankan adalah tentang Tauhid, hubungan dengan Allah belaka... Dalam tahun ke 11 baru terjadi Israq dan Mikhraj di mana beru diberi perintah bersolat.
Hukum-hukum lain yang membentuk hukum hudud ataupun had pula wujud selepas 13 tahun mengajar di Mekah iaitu selepas Hijrah lalu didirikan negera Madinah... Maka ketika itu boleh kata ajaran Islam itu telah mantap dengan Tauhid baru diletakkan bab-bab lain yang merupakan hukum-hakam seperti kita ketahui sekarang. Sekian! :]
Salam,
Setuju dgn penerangan MS.
11 tahun penekanan tauhid. Bukan satu perkara mudah menanam keimanan. Proses panjang yg byk menuntut pengorbanan.
salam semua.
-awanbadai-
Sdr Radzi,
Apakah makna nya bermimpi duit siling yang boleh dikatakan lebih besar drpd biasa dan kelihatannya syiling yg dikeluarkan pada hari2 sambutan tertentu.
Mimpi 2. Dpt kepingan syinling lama 0.50 sen lama berbelah tepi dan berlubang di tengah2.
Salam dn T.ksh
Wassalam. Maaf. Saya tak tahu...
4 Bulan ipb
Catat Ulasan