Setelah lama tertunda akibat pelbagai perkara, perjalanan terbaru untuk ke Pantai Timur pun dimulakan... Pada 20 Mac 2008 bersamaan 12 Rabiulawal iaitu Hari Maulud Nabi!
Ternyata hari itu saya terasa kurang sihat sehingga harus tidur lama... Setelah jam 3 petang baru saya keluar rumah, berjalan kaki 3 km ke stesyen komuter untuk memulakan pengembaraan melalui jalan yang dirancang...
Selepas jam 5 baru saya sampai ke Seremban. Kemudian harus berjalan kaki ke stesyen bas... Semuanya tanpa mengetahui jadual bas untuk perjalanan seterusnya...
Alhamdulillah, nasib saya memang baik. Awalnya saya memikirkan untuk naik bas ke Kuala Pilah kemudian daripada sana naik bas ke Bahau... Tetapi ternyata ada perkhidmatan bas terus ke Bahau dan tentunya melalui Kuala Pilah... Dan perkhidmatan ini ada setiap sejam sehingga jam 8 malam begitu!
Saya ambil bas jam 6.15 petang... Di atas adalah gambar jalan masuk ke Sri Menanti berhadapan kawasan Terachi. Ketika itu hampir masuk waktu Maghrib...
Lihat gambar ini... Di sini adalah destinasi yang ingin dituju hari itu... Iaitu Jalan Penarikan yang terletak di Kampung Jambu Lapan, sekitar 3-4 km sebelum sampai Bahau. Gambar ini diambil keesokannya, hari Jumaat kerana saya sampai di sini sekitar jam 8 malam.
Apa itu Jalan Penarikan? Sila baca sedutan daripada Internet ini... Biar diletak sekali satu peta daripada page Internet ini ya, daripada website http://bahau.com.my/...
Hmm... Bila dibaca betul-betul, baru saya sedar, kawasan pertemuan Sungai Muar dengan Sungai Jempol juga dikenali sebagai Sungai Pertemuan... Sila lihat peta di bawah dan baca cerita yang dipaparkan ya...
Seorang tua yang dikenali sebagai Tok Ujang atau nama sebenarnya Hj Ujang Bin Dohat adalah salah satu individu yang masih mengetahui tentang sejarah Sg Pertemuan dan juga Jalan Penarikan. Beliau yang kini telah berumur 84 tahun dan menetap di Kg Jambu Lapan kira-kira 500 meter dari Sungai Pertemuan.
Menurut Tok Ujang Sg Pertemuan adalah pertemuan antara Sungai Jempol dan Sg Muar. Jempol dikatakan wujud pada kurun ke 14 iaitu sebelum kegemilangan Melaka lagi yang masyhur pada kurun ke 15. Orang-orang Pasai ini telah memeluk Islam sewaktu mereka masih menetap di Pasai lagi. Mereka telah di Islamkan oleh pedagang-pedagang Arab yang dulu begitu giat berdagang dan mengembara di serata dunia ini untuk mengembangkan Islam. Sewaktu Melaka dibuka, pedagang-pedagang Arab ini turut berdagang di Melaka untuk berdagang, begitu juga dengan orang-orang Pasai yang sering berkunjung ke Melaka untuk mendapatkan bekalan harian. Secara tidak sengaja pedagang-pedagang ini bertemu semula dengan orang-orang Pasai yang telah diIslamkannya dahulu. Perdagang Arab ini kemudiannya menceritakan tentang kesukaran mereka berdagang kerana perlu menggunakan jalan yang jauh untuk ke Siam dari Melaka. Menurut perdagang Arab tersebut mereka perlu melalui Selat Melaka, Selat Tebrau dan Laut China Selatan. Perjalanan tersebut memakan masa berminggu. Mendengar keluhan pedagang Arab tersebut maka orang-orang Pasai inipun memberitahu terdapat jalan pintas dari Melaka ke Siam, tetapi untuk melalui jalan tersebut mereka perlu menarik perahu mereka di satu tempat. Maka mendengar kata orang-orang Pasai tersebut, maka timbullah keinginan pedagang-pedagang Arab ini untuk mencuba. Pada hari yang telah ditetapkan, orang-orang Pasai inipun membawa pedagang Arab ini melalui Sg Muar. Daripada Sg Muar, mereka kemudiannya tiba di Kuala Jempol dan seterusnya melalui Sg Jempol. Dari Sg Jempol mereka terpaksa menarik sampan masing-masing lebih kurang sejauh sebatu sebelum masuk ke Sg Serting pula. Sungai Serting kemudiannya bersambung dengan Sg Bera dan membawa mereka ke Kuala Tahan. Daripada Kuala Tahan mereka terus masuk ke Laut China Selatan dan meneruskan perjalanan ke Siam. Aktiviti pedagang Arab yang sering berulang-alik menggunakan jalan ini akhirnya tersebar dan menjadi ikutan pedagang-pedagang lain. Sewaktu Melaka telahpun menjadi sebuah empayar, Kerajaan Siam pernah melancarkan serangan ke atas Melaka menggunakan jalan ini. Menurut cerita orang-orang tua, Siam telah meniggalkan sebahagian daripada tenteranya untuk menggali parit di Jalan Penarikan ini. Siam begitu yakin yang mereka akan memenangi pertempuran ini. Oleh itu mereka berhasrat untuk menemukan Sg Serting dengan Sg Jempol supaya mereka tidak perlu lagi bersusah-payah menarik kapal mereka. Parit yang mereka gali adalah sedalam lebih kurang 25 kaki dengan lebar lebih kurang 30 kaki. Namun begitu Siam gagal di dalam pertempuran menentang Melaka. Maka mereka terpaksa meninggalkan sahaja parit tersebut yang hanya tinggal lebih kurang 110 ela dari Sg Jempol.
P/S: Maaf... Saya tidak sempat menyiapkan cerita kerana Cyber-Cafe mahu tutup. Tetapi biar disiarkan dahulu apa yang sempat ya... Insyaallah ada siang nanti akan saya sambung kembali...
Aduh... Masalah sungguh komputer perlahan nak mampus... Aduh!!!
4 ulasan:
Assalamualaikum, saje jeer menyebok.. aku punya laptop dah laju balik dah, hari ahad lepas aku beli portable hardisk. lepas tu aku transfer data aku dalamtu semua. malam ni aku re install balik xp pro ori dalam laptop aku ni, semua driver dia pun ok. cantik. buat semula connection streamyx takde masalah.. so dah sedap dah. takde sangkut-sangkut lagi. microsoft office pun original punya. hmm tu yang aku log kat blogspot kau ni radzi.
hehehehe harap kau gembira selalu. wassalam.
as'kum saudara merah silu, terima kasih kerna menjawab soalan saya di forum cvt. Saya pernah terbaca tulisan saudara berkaitan rancangan jahat Yahudi untuk mengekang kebangkitan islam di sebelah sini dengan cara mengimport pendatang China dan India sebelum diberikan kewarganegaraan.Tetapi sebenarnya, perancangan jahat itulah yang akan membangkitkan nkebangkitan Islam.....begitulah bunyi tulisannya, saya pun hampir-hampir lupa.
Apakah maksud saudara itu?Adakah kerna salah seorang pewaris daripada Dinasti Ming sebenarnya berada di bumi Malaysia?Wallahualam...
Wassalam PerpatihTulus... Laptop aku pun dah dah dapat balik... Hangus RM450 woo, ada IC baru kena tukar, rosak dalam perjalanan Mersing ke Kluang dahulu. Tapi aku punya boot still lambat le... Mungkin kena mintak tolong engkau clearkan nanti kot hehe!
Untuk Tarabas, kalau ikutkan kat Malaysia ni banyak sangat pewaris pelbagai Dinasti raja-raja... Tetapi caman besar pun tetap yang paling utama adalah Ahlul Bait keturunan Nabi... Dan yang paling pekat mesti ada nasab bapa bin atuk lelaki bin moyang lelaki bin lelaki bin lelaki yang sampai samada pada Saidina Hassan ataupun Saidina Hussien...
Nasab yang mak dia belah Sharifah masih ada darah Nabi tapi dah kira tak kuat... Tetapi ada jugak golongan bagi alasan kononnya darah cam ni kuat sebab Saidina Hassan dan Hussein sendiri bersambung nasab dengan Nabi melalu bonda iaitu Siti Fatimah...
Apa da... Saidina Hassan dan Saidina Husin kuat nasabnya sebab takda dah cucu-cucu lelaki Rasulullah SAW selain diorang ni... Dan Rasulullah memang takda anak lelaki... Maka penyambung zuriat baginda adalah daripada perkhawinan Saidina Ali dengan Siti Fatimah...
Kalau ada gak golongna masih nak mengaku ada kekuatan darah Bani Hashim daripada pihak perempuan sedangkan nasab lelaki ata lelaki dah terputus daripada Rasulullah, percayalah, ini semua golongan perasan dan gila kuasa yang mahu menaikkan keturunan sendiri.
Sesungguhngya apabila seorang perempuan yang bapanya Sharif atau Sharifah berkahwin dengan lelaki yang bukan nasab lelaki atas lelakinya sampai pada Rasulullah, nescaya PUTUS nama Sharif atau Sharifah untuk anak-anaknya... Kalau ada yang memakai nama Sharif tetapi ternyata darah Bani Hashim adalah sebelah perempuan, maka golongan ini sebenarnya layak dilaknat...
Percayalah, tidak ada nasab melebihi nasab Nabi dan Imam Mahdi yang bakal memimpin ummah keturunannya terus pada Rasulullah, bukan Ming ke, Manchu ke Siam ke hapa... Sekian...
perjalanan baik selalu mendatangkan kebaikan ya pak.. :) salam sukses selalu..
Download Lagu Terbaru
Catat Ulasan