Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mei 07, 2021

Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997 - Hari-hari awal di Kota Kinabalu

Salam malam Jumaat 25 Ramadhan. Cerita perjalanan lama seterusnya perlu diangkat ada dikongsikan sedikit dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh" (terbit Jun 2006) kemudian 2-3 artikel di blogspot ini. Akhir sekali ia dipanjangkan dalam artikel Kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - Berapa perjalanan sebagai wartawan akhbar The New Straits Times lebih sebulan lalu. Tetapi semuanya dalam konteks hendak membandingkannya dengan perjalanan atau pengalaman-pengalaman lain. Oleh itu sudah sampai masanya cerita diangkat menjadi suatu yang tersendiri. Maka biar disambung  proses berkenaan daripada artikel Ke Cardiff di Wales sekitar tahun 1992-1993.



Perjalanan ini melibatkan pendakian Gunung Kinabalu di Sabah, gunung yang dinyatakan adalah tertinggi di Asia Tenggara. Berlaku pada tahun 1997 ia melibatkan satu projek yang perlu dilaksanakan oleh pihak tertentu. Saya yang  belum sampai setahun bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times pun dihantar untuk meliputinya. Oleh kerana sedikit ceritanya ada dalam artikel Kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - Berapa perjalanan sebagai wartawan akhbar The New Straits Times maka biar diambil sedutan berkenaan. Perjalanan diterangkan dalam konteks apa yang berlaku pada hari-hari awal mendapat pekerjaan di NST...


------------


Saya diberikan tempoh percubaan selama setahun tetapi mendapat pengesahan (confirmation) 6 bulan lebih awal. Selepas cukup setahun baru dibenarkan bercuti lalu berlakulah perjalanan jauh pertama saya dengan motosikal besar seperti disebut dalam artikel Kompilasi artikel mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung penghujung tahun 1997 hingga awal 1998. Tidak disedari sehinggalah beberapa hari lalu bahawa sebelum itu ada dihantar untuk membuat tugasan jauh menyeberangi Laut China Selatan untuk ke Sabah. Ketika membuat semakan sebagai persediaan bagi menulis artikel ini baru dapat tahu. Itupun daripada satu sumber yang tak disangka...


Tugasan yang dimaksudkan adalah membuat liputan satu rombongan juruukur mendaki Gunung Kinabalu untuk mengukur kembali ketinggian gunung menggunakan teknologi terbaru. Turut bersama adalah Ketua Menteri  Sabah waktu itu, Datuk Seri Yong Teck Lee lalu kami semua mendaki hingga ke puncak dari pintu masuk utama Taman Kinabalu. Saya ingat ini kerana itulah kali pertama ke Sabah lalu dapat mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara (buat beberapa lama). Saya sebut buat beberapa lama kerana itulah yang sering diisytiharkan oleh pihak kita di Malaysia lalu dipercayai semua. Tetapi apabila diselidik dengan lebih teliti rupa-rupa terdapat lebih 20 puncak lain lebih tinggi tetapi kurang dikenali di Asia Tenggara!

Cerita mendaki Gunung Kinabalu ini ada disebut sedikit dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" yang terbit Jun 2006. Ia dibuat sebagai perbandingan dengan pengalaman mendaki Gunung Nuang dari Kampung Janda Baik seorang diri sekitar tahun 2003. Biar diletakkan di sini perenggan-perenggan berkenaan...


Rasyid mula berangan-angan hendak mendaki Gunung Daik. Anak muda ini pernah menjejaki puncak Gunung Ledang di Johor dan Gunung Jerai di Kedah, masing-masing melebihi 4,000 kaki tinggi dari paras laut. Tetapi kira ‘mengelat’, dengan menunggang motosikal mendaki jalan kecil sampai ke stesyen telekomunikasi berhampiran puncak sebelum memanjat sedikit ke atas. Dengan cara yang sama juga, dia pernah sampai ke puncak Gunung Berinchang di Cameron Highlands (lebih 6,600 kaki) dan Gunung Ulu Kali di Genting Highland (sekitar 6,000 kaki). Yang penting sampai...

Kalau dengan tenaga kudrat sendiri pula, Rasyid pernah mendaki beberapa puncak dengan ketinggian kurang 2,000 kaki termasuk Gunung Lambak (1,600 kaki) di Keluang semasa belajar  di Tingkatan Satu dahulu. Tetapi dia juga pernah menjejaki puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu (13,455 kaki) semasa bertugas sebagai wartawan untuk membuat liputan dan mengiringi rombongan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Datuk Seri Yong Teck Lee bersama para pegawai kerajaan dan sekumpulan juruukur Sabah.


Selepas itu diceritakan panjang lebar pengalaman di Gunung Nuang (4,898 kaki) yang mana saya ada tersesat jalan selepas turun dari puncak  jam 6.30 petang lalu berada 19 jam dalam hutan pergunungan sebelum dapat keluar. Ini perenggan berikutnya tentang Gunung Kinabalu. Ia dibuat untuk membandingkan dengan keadaan kabus tebal yang dihadapi di puncak Gunung Nuang. Untuk cerita penuh lihat artikel lama Pendakian dan sesat di Gunung Nuang dalam ingatan....


Dahulu semasa mendaki puncak Gunung Kinabalu pun dia menghadapi masalah yang serupa. Malah keadaan di sana lebih teruk lagi kerana suhunya boleh turun ke tahap beku! Pemuda ini teringat bagaimana dia dan beberapa orang wartawan yang berkongsi bilik di Panar Laban, tempat berehat semalaman setelah penat mendaki sehingga  ke paras 11,000 kaki telah bangun tidur dan keluar awal untuk menyambung pendakian jam 3 pagi semata-mata untuk melihat matahari terbit dari atas gunung. Mereka sampai ke Low’s Peak, puncak tertinggi pada paras 13,455 kaki sebelum jam 6 tetapi kabus tebal pula menyelimuti disertai hujan renyai-renyai. Sesekali kabus hilang ditiup angin deras untuk mendedahkan langit mendung dengan awan tebal tetapi digantikan pula kelompok kabus yang lain. Atau mungkin ia sebenarnya awan juga kerana tidak nampak bezanya antara awan dan kabus di puncak gunung?

Masuk jam 7, kabus dan hujan masih melitupi pemandangan. Mereka yang berada di atas pun mula turun sedikit ke bawah, ke sebuah kawasan mendatar meninggalkan Rasyid dan dua orang krew sebuah stesyen televisyen yang terpaksa menjaga peralatan untuk siaran langsung menggigil di celah batu di puncak gunung. Cuaca cuma cerah hampir jam 9, ketika matahari sudah meninggi. Kempunanlah pemuda itu untuk menikmati pemandangan mataharit terbit dari Gunung Kinabalu...




Pun begitu saya tidak ingat bilakah perjalanan ke Sabah dan pendakian Gunung Kinabalu itu berlaku. Fikir saya harus dalam tahun 1998 atau awal 1999. Dahulu berjaya juga ditemui satu artikel berkenaan menggunakan Google lalu dapat melihat sedikit butiran. Sekarang tak dapat jumpa  langsung rujukan. Kalau mahu nampaknya harus mencari artikel lama dalam akhbar NST yang cuma boleh dicapai melalui perpustakaan pejabat. Ia bukan untuk orang luar kecuali mereka yang melanggan perkhidmatan.

Nasib baik dapat ditemukan cerita berkenaan dalam Wikipedia berbahasa Inggeris tentang Gunung Kinabalu (lihat sini). Pada perenggan kedua laman ada disebut ini :-

In 1997, a re-survey using satellite technology established its summit (known as Low's Peak) height at 4,095 metres (13,435 ft) above sea level, which is some 6 metres (20 ft) less than the previously thought and hitherto published figure of 4,101 metres (13,455 ft).

Terjemahan saya  :-

Pada tahun 1997, satu tinjauan semula menggunakan teknologi satelit telah menetapkan puncak (dikenali sebagai Low's Peak) pada ketinggian 4,095 meter (13,435 kaki) atas paras laut, sekitar 6 meter (20 kaki) rendah berbanding apa yang sudah diterima sebelum itu lalu diisytiharkan iaitu 4,101 meter (13,455 kaki).

Saya tahu yang membuat tinjauan itu adalah rombongan juruukur yang diikuti naik hingga ke puncak gunung. Dengan itu tahulah bahawa perjalanan ini sebenarnya berlaku pada tahun 1997. Walaupun masih tidak dapat menetapkan tarikh tepat saya tahu ia harus berlaku 6 bulan selepas masuk NST 16 September 1996 iaitu selepas 16 Mac 1997. Ini kerana tugasan sebegini cuma akan diberikan kepada mereka yang sudah mendapat pengesahan kerja sebagai wartawan lalu layak diberikan kepercayaan, bukan dalam tempoh percubaan.

Seterusnya ia harus berlaku sebelum 22 November kerana ketika itulah bermula cuti sebulan setengah lalu dibuat perjalanan jauh peribadi seperti diceritakan dalam Kompilasi artikel mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung. Rupa-rupanya ada lagi tugasan mencabar di luar kawasan dilakukan dalam tempoh masa sama.


----------
 

OK. Sekarang baru boleh masuk penulisan baru tentang perkara. Kerana ia mahu dikongsikan dalam konteks perjalanan-perjalanan yang perlu diambil kira (rujuk penerangan dalam artikel Perjalanan-perjalanan lain yang perlu diambil kira - Lagi proses yang perlu untuk melengkapkan analisis) maka cerita harus dikongsikan daripada mula.



Saya ingat diberi tahu tentang tugasan sekitar sebulan sebelum ia berlaku. Ini adalah untuk memberikan masa bagi mempersiapkan diri kerana perlu mengerah tenaga dan stamina mendaki gunung tinggi. Ketika itu saya sudah lama kurang bersenam tetapi masih memiliki bentuk tubuh badan yang berotot kekar, boleh tahan fit. Ini akibat rajin bersukan terutama bermain ragbi sepanjang zaman sekolah menengah tahun 1983 hingga 1987 membawa ke zaman kolej 1988 hingga awal 1991. Masuk zaman belajar di London tahun 1991-1995 sahaja tidak lagi aktif. 

Namun saya masih lagi melakukan sejumlah senaman yang sudah menjadi tabiat semulajadi sejak berumur 13 tahun, masih mampu untuk membuat push up atau tekan tubi sehingga 50 kali sekali pergi tanpa henti. Dan saya rajin berjalan kaki sehingga berbatu-batu jauh setiap kali jalan. Cuma sudah lama tidak berjogging juga membuat apa bentuk larian. Mendaki bukit pun jarang-jarang. Lalu ketika diberitahu tentang tugasan saya cuba kembali untuk berlari. Tengok-tengok kena cramp macam-macam. Takut pula bila sampai waktunya jadi makin teruk lalu tidak mampu mendaki.

Oleh itu dibuat keputusan begini. Aku terus aje le buat macam biasa tak perlu berlari... cukup setakat rajin berjalan kaki ke sana ke mari. Kalau nak sakit biar ketika mendaki bukan sebelum itu. Lagipun kemudian ada orang memberitahu ada kemungkinan saya dan beberapa orang boleh naik helikopter sehingga sampai ke paras 11,000 kaki di satu bahagian gunung. Dari situ baru betul-betul mendaki. Ini disebabkan ada Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Yong Teck Lee dalam rombongan. Saya ingat ketika itu ketua menteri digilirkan daripada 3 buah parti politik dalam tempoh sepenggal iaitu 5 tahun. Masuk giliran parti Yong, tak ingat nama parti. Apakah PBS (Parti Bersatu Sabah) atau SAPP  (Parti Progresif Sabah).



Maka berlepaslah saya ke Sabah  beberapa hari sebelum acara. Ia adalah kali pertama ke negeri itu juga mana-mana tempat di pulau Borneo. Seingat saya naik pesawat Boeing 737 MAS, Syarikat Penerbangan Malaysia. Kalau tak salah ingatan terus masuk check in sebuah hotel lama tapi bertaraf 4 bintang. Rasa macam Hilton tapi tak pasti. Yang pasti memang hotel ada kelas di tengah bandar Kota Kinabalu.

Dari hotel boleh keluar berjalan kaki melihat pelbagai aktiviti. Seingat saya keluar sahaja ke jalan hadapan boleh nampak laut dalam 100-200 meter dari hotel . Kelihatan sekali Pulau Gaya yang terletak tidak jauh dari garis pantai. Hmm. Boleh cuba semak ini menggunakan Google Earth kemudian masuk street view iaitu melihat pemandangan pada aras berdiri di permukaan bumi...



Mula-mula biar ditunjukkan peta pada skala seperti di atas. Nampaknya kedudukan Hilton tidak sesuai dengan ingatan. Hotel yang diduduki harus lebih dekat ke laut...



Zoom in. Jelas Hilton tak sesuai kerana jalan di hadapannya tidak terus menuju ke laut.


Zoom in lagi. Muncul satu hotel ada kelas yang sesuai dengan kedudukan dalam ingatan iaitu jalan di hadapannya boleh nampak terus ke laut. Lihat Hyatt Regency Kinabalu. Kelihatan juga sebuah pusat membeli belah atas nama Wisma Sabah. Ya. Saya ingat. Dari hotel boleh berjalan kaki tidak berapa jauh ke pusat membeli belah.


Masuk street view di hadapan Hyatt Regency Kinabalu. Ah. Pemandangan  ke laut memang sesuai dengan ingatan. Di situlah saya menginap selama beberapa hari sebelum sampai tarikh untuk mendaki. Di situ juga berehat barang sehari dua selepas turun dari gunung. Sebelum mengambil penerbangan kembali ke Kuala Lumpur (ketika itu masih menggunakan lapangan terbang lama di Subang).

Di sini juga seorang juruukur, kalau tak salah presiden atau yang-dipertua RISM (Royal Institution of Surveyors Malaysia - Instituti Diraja Juru Ukur Malaysia) cawangan Sabah mengambil saya untuk berkenal-kenalan juga membawa berjalan-jalan dan belanja makan. Untuk pengetahuan badan itu adalah penganjur aktiviti pendakian. Merekalah yang akan mengukur kembali ketinggian gunung menggunakan alatan terbaru. Saya sebagai wartawan didekati supaya dapat diberitahu lebih tentang misi dan visi.



Bangunan Yayasan Sabah yang sangat ikonik bagi Kota Kinabalu malah seluruh negeri Sabah sekurang-kurangnya pada tahun 80an dan 90an. Dahulu ia adalah satu-satunya bangunan terserlah begitu tinggi di negeri itu. Saya ada dibawa berjalan-jalan sehingga ke sini oleh juruukur Sabah selain makan seafood. Kalau tak salah pekena prawn butter...


Ketika memulakan cerita ini saya fikir boleh menghabiskannya cukup dengan satu artikel sahaja. Ternyata tidak kerana tidak sesuai dengan rentak gerak penulisan dan cara menggali maklumat yang muncul secara ilham. Kalau mahu diceritakan sehingga selesai akan jadi terlalu panjang. Maka biar disambung dalam satu artikel kemudian. Itu yang ditambah tajuk kecil "Hari-hari awal di Kota Kinabalu" selepas tajuk asal "Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997".


Tiada ulasan: