Adapun posting ini adalah posting ke 89 dalam blogspot ini. Ingat tak, saya pernah menyebut dalam posting lepas di “Catatan Si Merah Silu” bahawa blogspot ini (pada masa itu le...) telah memiliki 88 posting, blogspot berbahasa Inggeris "Berpetualang ke Aceh" ada 44 sementara blogspot Inggeris campur Melayu "Seni Lama Melayu (Malay Olden Art) ada 22? Saya merasakan nombor-nombor itu cantik, lalu kesemua blogspot ini dibiarkan tanpa apa-apa penambahan baru. Sekarang, biar saya kemas-kinikan kesemuanya dengan berita tentang bakal kemunculan buku BKA II.
Oh... Sesuatu yang saya rasa menarik tentang proses penulisan buku ini hingga siap... Sejak buku "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" atau BKA I keluar di pasaran Jun 2006, macam-macam cabaran dan dugaan berlaku yang menyebabkan proses penulisan BKA II terasa sangat berat. Ada masanya saya terasa hampir jadi gila kerana gangguan semangat serta kesihatan yang terpaksa ditempuhi… Nasib baik ada pihak yang sudi memberikan sokongan moral dan kerjasama sehingga ia mampu disiapkan juga.
Proses terakhir dalam penulisan BKA II adalah untuk menyediakan pantun yang akan diletak pada kulit belakang buku. Bayangkan, ketika BKA I dibuat, pantun di kulit belakangnya adalah salah satu bahagian yang paling awal siap. Segalanya muncul dalam ilham yang memerlukan masa tidak sampai 15 minit, ketika pertama kali bermain-main dengan program Adobe Photoshop untuk membuat rekabentuk kulit buku tersebut, ketika pertengahan tahun 2004 begitu. Tetapi untuk BKA II, saya perlu menunggu hampir setahun untuk mendapat ilham yang sesuai, itupun setelah segala proses penulisan yang lain siap. Saya terpaksa keluar malam minum kopi di sebuah warung di Ampang dengan membawa sekeping kertas dan sebatang pen. Alhamdulillah, keesokannya, buku BKA II pun siap untuk masuk kilang percetakan!
Maka di sini, biar saya kongsi pantun tersebut... Semoga saudara dan saudari akan mendapati buku BKAII ini amat bermanfaat, Insyaallah!
Adam, Idris, Nuh dan Salih,
Zaman berzaman siang dan malam,
Membawa risalah selagi boleh,
Intipatinya sama, Tauhid dan Islam.
Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Ya’aqub,
Zaman pertengahan keluarga Nubuwwah,
Di Surah Baqarah firman termaktub,
Inilah keturunan pemimpin yang amanah.
Yusuf, Musa, Daud dan Sulaiman,
Nabi Bani Israel termasuk Zakaria,
Sampai ke Isa berubahlah zaman,
Peralihan risalah ke Khatamul Anbiya.
Muhammad Mustapha penghulu Nabi,
Sempurnakan risalah untuk sekalian beramal,
Ahlul Bait dan raja menabur bakti,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan