Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, September 11, 2017

Masjid Teluk Memali yang dipindahkan ke Ipoh - Apakah ia memang berasal dari bandar raya itu atau bagaimana?

Salam Isnin malam Selasa 21 Zulhijjah. Merujuk pada artikel Cameron-Ipoh-Kuale : Dari pergunungan Pahang membawa 'rasa' ke Perak yang dipersembahkan Sabtu lalu. Ada ditunjukkan gambar sebuah masjid lama kayu yang telah dipindahkan ke Ipoh. Ini ada cerita berkenaannya...


Kelihatan dalam gambar adalah masjid tersebut seperti dipaparkan dalam artikel. Sudah diberitahu dalam beberapa artikel lama bahawa masjid ini dahulu terletak di suatu tempat bernama Teluk Memali, dekat Sungai Perak di bahagian selatan Kampung Gajah. Berikut adalah pautan beberapa artikel tentangnya :-








Sekitar pertengahan tahun 2015 saya menerima satu komen (lupa apakah melalu blogspot, Facebook ataupun e-mail) menyatakan masjid lama kayu itu berasal dari Ipoh. Saya copy pasre pada ruangan komen artikel Mari selamatkan masjid lama tinggal di Perak.. Bunyinya adalah seperti berikut :- 



Masjid ini dikenali sebagai Masjid Lama Ipoh, masjid paling tua Ipoh yang masih wujud, dibawa 'downstream" menggunakan rakit melalui Sg Kinta ke Bandor (pertemuan sg kinta dgn sg perak) dalam tahun 1902, empat tahun selepas dibina Masjid Panglima Kinta dalam tahun 1898 (sebab masjid jadi redundant). Mengikut Aminuddin Baki dalam The Andersonian, Vol IV, 1946, tempat asalnya di Kampong Masjid, Ipoh (kpg ini tak wujud lagi), tapak asal dahulunya terletak Panggungwayang Sun dekat Market Street, pekan lama, Ipoh. Tapak in bersejarah, mengikut article oleh Leech "About Kinta", "the Kinta is navigable .. by native boats (boats of over a koyan, say two tons, burden) to a place called Mesjid Lama..." Oleh itu masjid ini adalah peninggalan warisan penting Bandaraya Ipoh dan pada pendapat saya yang terbaik ialah mengembalikan masjid ini ke tapak asal di bandaraya Ipoh dan dijadikan bangunan warisan Melayu bandaraya Ipoh. Ini perlu diambil perhatian oleh pihak Jabatan Warisan dan Dewan Bandaraya Ipoh. Sejarah paling awal Ipoh sebenarnya adalah sejarah orang Asli dan orang Melayu yang berkait rapat dengan keturunan Tun Kelalang anak Tun Saban Balik dan keturunan Toh Panglima Kinta serta orang besar Melayu yg lain, termasuk Laksamana, Adika Raja dan Panglima Bukit Gantang yang sekarang ini sedikit demi sedikit udah hilang. Sejarah Melayu Ipoh harus dikembalikan balik..



Komen yang mengatakan masjid lama ini berasal di Ipoh terngiang-ngiang dalam kepala sekian lama. Lalu apabila menerima berita pada pertengahan tahun 2016 bahawa masjid akan dialihkan ke ibu negeri Perak saya menyebut hal berkenaan dalam artikel yang diberi nama Projek pemindahan masjid lama tinggal di Perak - Satu kes sirih pulang ke gagang?.



Ini pula gambar di hadapan Masjid Panglima Kinta seperti terpapar dalam artikel Cameron-Ipoh-Kuale : Dari pergunungan Pahang membawa 'rasa' ke Perak. Kelihatan seorang kenalan yang dipanggil sebagai Kak Shima bersama saya dan keluarga. Beliau berasal daripada keluarga besar Panglima Kinta namun terkait juga dengan keluarga besar Laksamana Raja Mahkota Perak, keluarga sebelah ayah saya. Sebagai seorang warga tua Ipoh yang tahu sedikit sebanyak sejarah asal usul bandar raya beliau memberikan khidmat menerangkan sejarah Masjid Panglima Kinta juga sejarah Ipoh kepada para pengunjung termasuk pelancong dari luar negara.



Kepada Kak Shima saya pun bertanya benarkan pernah terdapat masjid lama di Ipoh dialihkan melalui Sungai Kinta sampai ke Sungai Perak? Jawab beliau memang benar malah beliau dapat menunjukkan lokasi asal. Selepas masjid dipindahkan awal tahun 1900an sebuah panggung wayang yang dikenali sebagai Sun Cinema didirikan di atasnya. Saya pun mencari maklumat berkenaan melalui Google lalu terjumpa gambar lama panggung berserta maklumat seperti berikut :-


Subject :Sun Cinema, Ipoh - A Brief History

Location : Brewster Road, Ipoh

Estimated Year : 1985

Source : Ian Anderson, Ipoh

Remark :The picture shows the Sun Cinema, which was at the corner of Brewster Road and Hale Street. This picture was taken around 1985 – before the cinema was torn down.

The cinema was built by Stark and McNeil, in 1917, for Leong Eng Khean (the first son of Towkay Leong Fee). It was originally called the Oriental Cinema which from 1910 to 1917 had been sited in the leased Harima Hall in Anderson Road. The new building in Brewster Road continued as the Oriental until it was leased out to Run Run Shaw (of the Shaw Brothers fame) in the 1920s. The Shaw brothers renamed it Sun Cinema. 

The Sun Cinema was initially managed by Ho Ah Loke. It became the first cinema in Ipoh to show the “talkies” – which were movies with sound. The “talkie” movie ‘The Rainbow Man’ was shown on 24 November 1929, using a travelling movie company. Inspired by the success, Ho Ah Loke had his own equipment installed. Thus by 1930, the Sun Cinema was the most modern “talkie” theatre in Malaya! Ho, an innovative manager, visited Singapore and obtained the rights to screen American movies in Ipoh – movies such as ‘Love Parade’, Sunny Side Up’ and ‘The Taming of the Shrew’. 

Later, British movies were also shown at Sun Cinema. In October 1932, Sun Cinema screened its first Malay “talkie”, titled ‘Dasima’; which had a cast of Malayan beauties as well has catchy kronchong music. Sadly, by the 70s, the Sun Cinema began to ‘fade’ as other cinemas became more popular. In 1983, word was out that the cinema was to close down and was to be replaced by a multi storey complex. This never took off and in 2010 the plot is an ugly car park. In the picture we have, notice that a multi-storey complex, Maybank, is however being constructed (in the background). 


Secara asas ia menyatakan panggung wayang didirikan pada tahun 1917 sebelum mahu ditutup tahun 1983. Untuk sumber asal maklumat lihat sini.



Panggung wayang kemudian dirobohkan untuk satu projek pembangunan. Kak Shima memberitahu, selepas beberapa lama tapak asal masjid dijadikan tempat letak kereta pula. Beliau sempat menunjukkan lokasi ketika kami menghantar beliau ke satu majlis perkahwinan berdekatan. Cuma saya sendiri tak sempat hendak mengambil gambar disebabkan gangguan lalu lintas dan kesuntukan masa demi mengejar majlis perkahwinan lain di pinggir utara Ipoh.

Nasib baik Kak Shima kemudian mengambil beberapa keping gambar lalu menunjukkan kepada kami melalui Facebook. Gambar di atas menunjukkan lokasi tapak bersebelahan sebuah bangunan tinggi...



Gambar ini menunjukkan jalan sehala yang boleh membawa ke tapak masjid.


Inilah tapak yang dijadikan panggung wayang kemudian tempat letak kereta. Gambar nampaknya diambil daripada tepian Sungai Kinta.


Beginilah kedudukan tapak lama masjid berbanding Masjid Panglima Kinta. Jarak antara keduanya cuma 500 meter sahaja. Lagi maklumat yang menunjukkan keberadaan masjid 100 tahun lalu :-


Pada buku McNair tahun 1878 pula, berdasarkan peta JWW Birch, terdapat dua penempatan bersebelahan di pinggir sungai  di Ulu Kinta iaitu 'Epu' dan 'Palau' yang membawa maksud Kampung Ipoh dan Kampung Paloh.

Kampung Ipoh disebut sebagai perkampungan orang Sakai manakala Kampung Paloh sebahagiannya dihuni orang-orang Melayu. Walaupun kawasan Kampung Paloh itu sebenarnya meliputi beberapa buah kampung termasuk Kampung Ipoh.

Kampung Ipoh dinamakan sempena sebatang pokok Ipoh atau Upas yang tinggi, kelihatan dari sungai. 

Tempat pendaratan pertama di Kampung Paloh ialah di kawasan yang hari ini letaknya lorong tepi sungai yang menghubungkan Jalan Sultan Iskandar dan Masjid Panglima Kinta.

Che Hussin dari keluarga Laksamana membina kubunya di sini yang pada ketika itu merupakan had penghujung boleh dilalui kapal di Sungai Kinta. Deretan rumah telah dibina di sini pada tahun 1876. Kawasan pendaratan kedua juga dibina di sini  dan di kawasan tersebut lah letaknya kini Jalan Laxamana.

Tempat pendaratan ketiga pula terletak di Kampung Mesjid yang kini letaknya Wisma Taiko, berhampiran bar pertama di Negeri-Negeri Melayu bersekutu, FMS Bar. Masjid di sini telah dialih jauh pada tahun 1902 ke tempat bernama Bandar di Teluk Anson dan di atas tapaknya pernah terbina sebuah panggung wayang bernama Sun Cinema.


Untuk bacaan penuh lihat sini.




Berbalik pada masjid lama yang dipindahkan kembali ke Ipoh iaitu di bahagian pinggir selatan bandar raya. Saya bertanya kepada Kak Shima apakah ini masjid lama yang pernah berdiri di tengah Ipoh lama? Beliau merasakan bukan. Kata Kak Shima kalau benar inilah masjid lama tersebut tentu orang-orang lama Ipoh yang dikenali beliau termasuk ahli jawatankuasa Masjid Panglima Kinta sudah memperkatakannya.


Kalau begitu masjid lama yang dipindahkan dari Ipoh itu haruslah masjid lama yang terdapat di Bandar atau Kampung Bandar selatan dari Pasir Salak sana. Memang ada pihak menyebut ia dipindahkan ke Bandar dan kedudukan Bandar ini pula adalah  di seberang Sungai Perak hampir menghadap Kuala Sungai Kinta.


Namun apabila dilihat balik gambar-gambar lama tentang masjid Bandar dalam simpanan saya terdapat maklumat mengatakan ia diasaskan pada tahun 1890. Ini adalah 8 tahun lebih awal berbanding pembinaan Masjid Panglima Kinta iaitu pada tahun 1898. Lihat artikel Masjid Bandar yang sebenar (the real Bandar mosque) yang dipaparkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pada 12 September 2008.



Masjid lama Ipoh yang tapaknya kini menjadi tempat letak kereta pula dikatakan dipindahkan pada tahun 1902. Rujuk balik maklumat yang disertakan selepas peta pada tengah artikel ini. Pada satu lagi artikel saya tentang masjid di Kampung Bandar, artikel bertajuk Masjid Bandar dan makam Sheikh Muhammad Taib (The Bandar mosque and tomb of Sheikh Muhammad Taib) ada pembaca memberikan komen seperti berikut :-


bangunan masjid bandar asalnya masjid panglima kinta di ipoh. Selepas Masjid di Ipoh dibina dgn batu, binaan kayunya pula dibawa ke bandar oleh Haji Idris, seorang minangkabau juga guru agama, dlm tahun 1900. Bole lihat strukturnya sama.

saya org kampung tu, anak2 haji idris juga ulama2 spt hj hamdan, hj suffian, hj khatim... salah seorang dr mereka yg bgtau bapa saya & kami juga bersaudara. Kayu tu, di bawa menghilir ke bandar melalui sg kinta ( kg bandar terletak di kuala sg kinta)


Jadi bagaimana ini? Yang mana satukah adalah masjid lama yang berasal dari Ipoh? Yang masih wujud di Kampung Bandar seberang Sungai Perak hampir menghadap kuala Sungai Kinta atau yang pernah berdiri di Teluk Memali kemudian dialih ke Taman Botani di Ipoh? 



Sebetulnya Teluk Memali juga pernah memiliki sebuah bandar yang dikenali sebagai Bandar Baru. Jarak antara dua tempat ini bukanlah jauh sangat, cuma sekitar 2.6 km sahaja tetapi di tepian-tepian lain Sungai Perak. Jadi tak mustahil Bandar yang dimaksudkan sebagai tempat masjid dialihkan merujuk pada Bandar Baru. Semoga ada yang dapat memberikan maklum balas yang lebih tepat.


Tiada ulasan: