Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Mei 10, 2010

Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Lima makam Sultan di sekitar Bota

Dari Tanjung Belanja kami mengambil jambatan menyeberangi Sungai Perak untuk menghala ke Parit...


Di sini saya teringat sesuatu yang berlaku 9 tahun lalu. Selepas selesai menziarahi makam-makam di sekitar Kuala Kangsar sekitar Oktober 2001, kali pertama keluar mengembara untuk menziarahi makam-makam lama saya pun mengorak langkah kembali ke Kuala Lumpur. Ini kerana esoknya saya dijadualkan bekerja selepas mengambil cuti seminggu. Semasa menyeberangi Sungai Perak di bahagian ini tiba-tiba terbetik satu nama dalam hati... Muhammad Al-Aminul Rasyid. Entah nama siapa, tiba-tiba ia muncul.

Apabila isteri lama disahkan hamil tahun 2002 saya pun menyimpan nama untuk anak yang bakal lahir. Ternyata anak yang keluar adalah seorang perempuan sedangkan selepas itu hidup saya jadi makin bercelaru hingga bercerai-berai. Apabila draf asal buku "Berpetualang ke Aceh" ditukar bentuk menjadi novel, saya pun mengambil nama Muhammad Al-Aminul Rasyid sebagai watak utama. Alhamdulillah, setelah berjaya menyajikan ketiga-tiga buku dalam siri ini, hidup saya jadi semakin teratur. Saya pun dapat berkahwin kembali dan dengan kuasa Allah, terus 'sangkut', dapat anak lelaki. Jadilah ia Muhammad Al-Aminul Rasyid anak kecil kami yang turut dibawa dalam pengembaraan ini...




Tidak lama kemudian sampailah ke pekan Parit.


Masjid Jamek Parit menggamit kenangan. Masjid ini merupakan salah satu tempat saya sering berehat ketika rajin mengembara menaiki kenderaan awam atau menumpang orang. Lihat gambar yang 'cair'... kamera saya buat hal lagi...



Kami melalui Parit untuk ke Bota Kanan. Di tepian simpang jalan Parit-Bota Kanan yang bertemu dengan jalan Ipoh ke Lumut terdapat makam Sultan ke 13 Perak, Sultan Muzaffar Shah III (memerintah 1728-1752).




Pada saya Sultan Muzaffar Shah III melambangkan kemunculan satu era dalam sejarah keSultanan Perak. Sejarah rasmi menyebut seorang adinda baginda Sultan Muhammad Shah (yang dicatat sebagai Sultan ke 14) pernah cuba merampas kuasa sehingga Perak terbahagi 2. Kemudian Sultan Muhammad Shah mengalah dan Sultan Muzaffar kembali menguasai kesemuanya. Apa yang menarik, Sultan ke 15, ke 16, ke 17 dan ke 18 tercatit sebagai adik-beradik, anakanda kepada Sultan Muhammad.

Kajian peribadi saya pula mendapati mereka berempat ini bukanlah betul-betul adik-beradik. Ada yang beripar-duai, ada yang sebenarnya pangkat anak saudara. Apa yang berlaku semasa Sultan Muhammad Shah menyerang Sultan Muzaffar Shah II adalah perebutan takhta antara kerabat diraja Bugis yang baru menonjolkan diri di Tanah Melayu melawan kerabat diraja Perak dari keturunan keSultanan Melaka. Sebelum itu telah ada kerabat diraja Aceh yang naik menjadi Sultan Perak. Ini kerana Perak memang dikuasai Aceh sejak sekian lama.

Sejarah rasmi Perak berdasarkan kitab Misa Melayu karangan Raja Chulan (bukan Raja Chulan yang namanya diabadikan pada sebatang jalanraya utama di tengah Segitiga Emas Kuala Lumpur) menyebut Sultan Muhammad Shah mengalah apabila anakandanya Sultan Iskandar Zulkarnain, Sultan ke 15 mengusulkan perdamaian dengan Sultan Muzaffar. Sebenarnya apa yang berlaku adalah seorang raja besar Bugis bertaraf Yang diPertuan Agung telah muncul di Perak dengan memakai nama Daeng Selili lalu mengusulkan sistem penggiliran takhta antara 3 keluarga kerabat diraja iaitu keturunan Melaka, keturunan Bugis dan keturunan Aceh.

Namun sejarah rasmi tidak menyebut ini. Ia sekadar menyebut Daeng Selili, seorang Raja Bugis telah datang ke Perak menjadi Mufti bergelar Haji Besar juga pembesar yang bergelar Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Sejarah rasmi menambah Daeng Selili yang turut menjadi pengawal peribadi Sultan Muzaffar telah berkahwin dengan adinda Sultan dan pernah mengalahkan lanun di Pulau Sembilan. Sedangkan mengikut maklumat yang saya dapat peristiwa mengalahkan lanun itu sebenarnya merujuk kepada peranan Daeng Selili memujuk orang yang dikatakan Sultan Muhammad Shah (sebenarnya seorang kerabat diraja Bugis, kaum kerabat Daeng Selili juga) agar mengalah kemudian menurut sistem giliran yang dicadangkan.


Itulah permulaan sistem giliran yang dilambangkan dengan 3 warna bendera Perak, putih untuk Sultan, kuning untuk Raja Muda dan hitam untuk Raja di Hilir. Kemudian dimunculkan pangkat raja bergelar lain seperti Raja Kecil Besar dan Raja Kecil Tengah di mana setiap keluarga dapat meletakkan 2 orang wakil pada tangga giliran takhta. Namun atas sebab-sebab tertentu cerita ini kemudian digelapkan. Dengan meletakkan adik ipar sebagai adik sebenar (kononnya), anak saudara sebagai adik-beradik dan sebagainya, setiap Sultan berjaya dinyatakan sebagai berasal dari satu keturunan yang berpunca dari keSultanan Melaka sementara nama kerabat diraja Aceh dan Bugis dapat dihilangkan dari salasilah.

Di atas adalah gambar ketika memasuki pekan Bota Kanan. Di belakang barisan kedai terdapat makam 2 orang Sultan. Lihat Dua makam Sultan di belakang pekan Bota Kanan (Two tombs of Sultans behind the small town of Bota Kanan). Kami sampai ke makam Sultan Muzaffar III pun sudah jam 7. Maka itu seperti di sana, saya menyuruh isteri dan anak sekadar menunggu di dalam kereta sementara saya pergi lebih dekat.


Beberapa kilometer ke selatan pekan Bota Kanan pula terdapat makam Sultan Muzaffar II, Sultan ke 10 Perak (memerintah 1636-1653).






Untuk pengetahuan, baginda adalah contoh seorang Sultan Perak yang dilantik oleh Sultan Aceh. Sebenarnya terdapat beberapa orang Sultan yang dinaikkan melalui pengaruh dan kuasa Aceh. Tetapi Sultan Muzaffar II menjadi satu kes istimewa kerana memang didatangkan dari Aceh, bukan sekadar dipilih daripada kerabat Perak yang sedia ada.

Sejarah rasmi menyebut Sultan Muzaffar II adalah seorang anak Raja Siak yang dibesarkan di Istana Aceh, sebelum dikahwinkan dengan seorang cicit kepada Sultan Mansur Shah, Sultan kedua Perak. Baginda dikatakan berpangkat sepupu kepada Sultan Iskandar Thani, seorang anak Raja Pahang yang diangkat menjadi Sultan Aceh. Adapun Sultan Perak sebelum itu, Sultan Salehuddin memang cucu seorang Raja Aceh. Ini ada tercatit dalam salasilah rasmi yang menyebut ayahanda Sultan Salehuddin, Sultan Mahmud Shah (Sultan ke 8) dan kekandanya Sultan Mukaddam Shah (Sultan ke 6) adalah anakanda kepada seorang Raja Aceh, dari perkahwinan dengan puteri Sultan Mansur. Jadi mereka boleh dikira kerabat diraja Aceh dan Perak sekaligus.

Memikirkan asal-usul Sultan ke 9 yang berdarah Aceh, tidaklah menghairankan jika Sultan Iskandar Thani yang mula memerintah kerajaan itu 1636 menghantar Sultan Muzaffar II menjadi Sultan ke 10 Perak. Tapi dari satu segi timbul kemusykilan... bagaimana seorang anak Raja Siak dapat merajai Perak yang dikatakan mewarisi darah keSultanan Melaka? Sedangkan Siak dahulukala merupakan jajahan takluk bawahan Melaka.

Jawaban kepada persoalan inilah yang menyebabkan isteri terasa harus membawa anak menjejakkan kaki ke makam Sultan Muzaffar II walaupun sudah masuk jam 7.23 petang. Adapun sekembalinya kami anak-beranak dari perjalanan ke Aceh penghujung Januari 2010, ziarah pertama Al-Rasyid ke sana ada seseorang memberitahu bahawa seorang anak Raja Aceh telah difitnah lalu dijatuhkan hukuman bunuh. Namun baginda sebenarnya dapat melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menutup identiti ini (kerana ada pihak mahu menghapuskan keturunan lelaki Raja Aceh yang dimaksudkan), baginda dinyatakan sebagai anak kepada raja lain. Itu sahaja yang boleh dicerita tentang ini...


Dari makam Sultan Muzaffar II kami bergegas ke makam Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Shah I (memerintah 1528-1549). Letaknya beberapa kilometer lagi ke selatan menghala ke Kampung Gajah namun kami terlajak kerana terlepas simpang. Apa nak buat? Lihatlah papantanda simpang yang sudah jatuh. Untuk makluman gambar ini diambil setelah kami berpatah-balik tidak kurang 3 km...



Nasib baik makam tidak begitu jauh dari jalan besar... dan jalan masuknya juga tidaklah teruk...





Sementara isteri dan anak menunggu dalam kereta saya naik menziarahi lebih dekat. Seminit dua kemudian kedengaran azan Maghrib berkumandang di latar-belakang. Sekurang-kurangnya saya berjaya mencapai matlamat untuk menziarahi hingga ke makam ini sebelum tamat hari... maklumlah, menurut perkiraan kalendar Islam, azan Maghrib menandakan masuk hari lain.

Asalnya saya bercita-cita untuk menziarahi setiap makam Sultan Perak di negeri ini, 28 kesemuanya dalam tempoh sehari... (yang lain dimakamkan di luar negeri). Ternyata ia adalah sesuatu yang agak mustahil memandangkan 28 makam itu terletak berteraburan di sepanjang Sungai Perak, dari Kuala Kangsar turun mengikut lenggok sungai 140 km ke Teluk Intan, sesetengahnya di tempat terpencil yang susah dimasuki kenderaan. Namun saya tetap bersyukur kerana hari itu Sabtu 10 haribulan April 2010, kami dapat menziarahi makam 7 orang Sultan di Bukit Chandan, 2 di Sayong, 1 di Pulau Semat dan 5 di sekitar Bota (2 di pekan campur 3 makam Sultan yang bernama Muzaffar). Jadilah keseluruhannya 15 buah makam Sultan, belum dicampur 1 makam tanda (untuk Sultan Mansur di Masjid Kota Lama Kanan) berserta makam-makam lain yang berkaitan.

p/s: Harap maklum ini adalah artikel ke 676 di blogspot ini. Campur 473 di BERPETUALANG KE ACEH dan 339 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dah jadi 1488 artikel dibuat untuk dalam tempoh hampir 4 tahun berdasarkan pengalaman sebenar mengembara. Kira ok lah jugak... :]


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gen6 Tok Kadok. assalamualaikum pak radzie, kawasan itu dinamakan marhum tanah abang dimana jasad sultan muzaffar shah II, guru agama dan isteri di semadikan, disebelah kanan yang tidak di "hiasi" berhampiran seperdu buluh kecil (ada pda tahun2 70an)adalah makam panglima beliau, adakah bapak telah ketemu dengan batu nesan tersebut, begitu hampirnya pak, letaknya 2 gajah batu yg saya maksudkan dahulu, mungkin belum rezeki agaknya, begitu juga satu makam Tok Sagor di telok pedayung hanya 4 Km dari kawasan makam itumenghala ke pulau 3. persoalan pada diri saya pak, almarhum Tok pernah manyuruh saya meletakan sebotol air di bahagian kepala almarhum sultan selama 1 malam dan besoknya saya dimandikan dengan air itu dimakam tersebut, almarhum Tok tidak memberitahu untuk apa dan kenapa dilakukan pada tahun 70an dulu, hinggalah sekarang saya masih tidak tahu kenapa.

Mohd Shahrizal berkata...

MS,
Seperkara yg menarik perhatian aku selama ni, kenapa kebanyakan (mungkin semua) makam Sultan Perak terutama yang lama2 tidak menggunakan Nesan Acheh? Sedangkan dlm posting terdulu2 yg menceritakan tentang Raja2 Beruas, makam mereka menggunakan nesan Acheh? Adkh sebab tertentu maka terjadi sedemikian? Mohon pencerahan

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Tok Kaduk, adakah batu gajah itu di makam Sultan Muzaffar Shah I atau Muzaffar II? Kalau yang ada makam isteri dan kaum keluarga cuma makam Muzaffar I kerana makam Muzaffar II cuma baginda sahaja, takda orang lain dalam kepuk mahupun di sekeliling.

Apapun buat masa ini saya tidak berminat nak mencari apa yang Tok Kaduk sarankan. Terimakasih ya kerana sentiasa mengingatkan.

Shahrizal, asalnya memang makam Sultan-sultan Perak memakai batu nesan Aceh. Tetapi saya difahamkan semuanya ditukar kepada batu nesan yang kelihatan sekarang semasa zaman Sultan Idris II. Saya tak pasti kenapa...

Tanpa Nama berkata...

Gen6 Tok Kadok
sambung sikit pak radzie, saya tk pasti makam SMS I / SMS II seingat saya di kawasan marhom tanah abang tu lah, memang benar disitu terdapat makam sultan,guru agama nya dn keluarga. sebelah luar agak tersorok adalah panglima nya. kali terakhir saya ziarah kalu tk silap tahun 1980/1.
mungkin pihak muzium perlu terlibat dengan kewujudan 2 gajah batu dalam tasik air mati di belakang hospital changkat melintang tu.
seperkara ingin saya usulkan sewaktu bapak belajar di UK dlu adakah bersama kaptain sudarno dri ATM dalam bidang sains mmatik dibawah seliaan Prof piper kerana beliau adalah salah seorang pakar Cryptology/Cryptography di malaysia, kalau di RI dibilang Lembaga Sandi negara.

Radzi Sapiee berkata...

Hmm. Kalau begitu makam SMS I le tu. Saya di UK dulu University College of London, 1991-1995. Masyaallah, saya sudah lupa nama Prof saya tapi bukan Piper. Mungkin Kaptain Sudarno di universiti lain. Kalau bab sains matematik di London, satu lagi universiti yang terkemuka adalah Imperial College...

Tanpa Nama berkata...

salam ....
x silap makam yg dekat pokok buluh tu makam dua beradik yg si adik tikam si abang tu . pokok buluh yg menjadi punca pun masih di situ ...BULUH APA .

aisbatu berkata...

Assalam tuan Radzi Sapee,

Cerita bab Gajah Batu 3 beranak ni iaitu Tasik Air Mati ada diblog saya...ikutilah ceritanya di aisbatu.blogspot.com dalam "Sumpahan Tok Kadok"

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Saya dah tengok. Bagus maklumat yang sudah dikumpul. Teruskan usaha...

Tanpa Nama berkata...

salam ... boleh ceritakan perihal keturunan lelaki raja aceh lebih lanjut? nampak menarik cerita itu ... tapi tergantung ...

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Saya beritahu setakat ini sahaja... Sultan ke 6 Perak iaitu Sultan Mukaddam Shah sebenarnya anak seorang Raja Aceh yang berkahwin dengan seorang puteri kepada Sultan Mansur Shah, Sultan kedua Perak. Sultan ke 8, Sultan Mahmud Shah adalah adinda baginda dan Sultan ke 9, Sultan Salehuddin Shah adalah anakanda Mahmud Shah.

Ralat: Kajian terbaru waris2 menunjukkan raja besar Bugis yang datang ke Perak bukan Daeng Selili sebaliknya Nakhoda Hitam. Daeng Selili adalah pengikutnya...

Tanpa Nama berkata...

salam ... terima kasih kerana beri maklum balas ... ermm ... masih tergantung lagi ... saya keliru, apa kaitan dengan 'pihak yang mahu menghapuskan keturunan' tersebut? 'pihak tersebut' dari mana pula? dan kenapa mereka perlu buat begitu? DAN apa kaitan antara sultan aceh ke-33 & 34 dengan sultan perak ke-2 dan ke-8? bukankah nama2 tersebut sama? (tambah keliru lagi ...) :(

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Saudara, kalau sesiapa pun cuba mengorek rahsia belum tentu akan dijawab langsung ataupun dilayan. Tentang nama2 tu apa kelirunya? Banyak nama yang dipakai ulang contohnya Sultan pertama Perak, ke 10 dan ke 13 semuanya bernama Muzaffar. Maka itu disebut orang Muzaffar I, II dan III. Cukup. Cuba tanya orang lain pula. Saya tidak akan lagi menjawab.

Tanpa Nama berkata...

salam ... maaf, kalau soalan2 tu mengganggu saudara ... apa pun terima kasih ...

anak beringin berkata...

Assalamualaikum tuan,

Rasanya bagus juga kalau tuan masukkan juga dgn ulama keturunan syed yg menjadi penasihat agama kpd sultan2 perak terdahulu spt Syed Husin Faridz Jamalullail di Kota Bharu Gopeng Perak & Syed Jalaludin Makam Keramat Tok Tambak Di Bota Perak.

ataupun boleh melawat blog ambo di sini : http://www.anakberingin.blogspot.com/2011/12/briged-al-jenderami-ziarah-ulama-utara.html


Sekian terima kasih