OK... Saya tak mahu bercerita panjang kerana waktu sudah pun melepasi jam 3 pagi dan Internet Cafe di Kajang inipun sebenarnya sudah tutup... Tetapi dibiarkan lambat sedikit untuk beberapa pelanggan setia...
Diharap sedikit tulisan yang boleh dibaca dalam gambar-gambar ini boleh menerangkan akan "kelebihan" makam ini... Kalau tak kenal siapa itu Datuk Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil, sekurang-kurangnya saya percaya ramai pernah mendengar nama anaknya Sheikh Abdul Samad al-Falimbani yang terkenal di seluruh Nusantara dengan kitab-kitab Tasawufnya, antaranya berjudul Sairus Salikin (kalau tak salah ingatan)...
Di sayap kiri bangunan ada makam seorang pengikut...
Makam Sheikh... Kelihatan di dalam gambar saudara Badrul (kiri) dan seorang kenalan yang membawa kami ke sini...
Makam seorang lagi pengikut di sayap kanan...
Notis ini memberi petunjuk akan betapa makam ini dipandang tinggi oleh sesetengah pihak, hampir sama seperti Makam Sultan Ariffin Sheikh Ismail di Pulau Besar, Melaka...
Di sini ada cerita-cerita yang menerangkan akan sirah perjalanan hidup serta peribadi diri Sheikh Abdul Jalil. Saya telah membuat keputusan mengambil gambar setiap helaian lalu dikongsi untuk para pembaca sekalian. Kalau kurang terang, pandai-pandailah cari jalan sendiri bagi terang... Misalnya copy masuk computer sendiri dan gunakan Photoshop lalu pakai contrast.
OK... Saya dah nak kena gerak ni... Di luar sana pula ternyata bandar Kajang sudah dilanda banjir. Allah! Macam-macam! Sekian!
11 comments:
Hi En. Radzi;
I am interested in your article and photos of Makam Dato Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil. Do you have it in the English Language.
Thank you in advance and anticipation.
Sincerely; Nick Yeo (Singapore)
Thanks for the interest En Yeo. Unfortunately I did not write a piece in English. Nevertheless you can find similar materials in my bilingual blogspot.Have a look at http://artmelayu.blogspot.com/
Assalamualaikum, Tuan.
Adakah makam ini yg terletak di bandar baru Jitra berdekatan ILP Jitra? Mohon terangkan sedikit lokasinya..
Sekian. Terima kasih.
Wassalam. Setahu saya inilah satu-satunya makam terkenal di Jitra. Kalau tanya orang lama rasanya semua tahu. ILP Jitra saya tak tahu. Tapi saya ingat begini... kalau ambil jalan besar (bukan highway ya) dari Alor Setar ke Jitra, lagi 2-3 km ke Jitra gitu ada simpang kanan. Kat kiri tu ada masjid dengan 3 kubah hijau nampak macam bawang, masjid Tanjung Pauh rasanya. Masuklah ke kanan. Teruskan tak sampai 1 km dah boleh nampak bangunan makam kat kiri, tepi taman perumahan. Tapi kena cari jalan masuk le ikut tepi taman.
Di Makam ini sekarang ada Imam yang pandai Ilmu Hitam dan bukan warganegara ini. Tolong hentikan.
en. Sahruddin Esa,, mmg mkam nu dkt dgn ILP Jitra..klu terus ke dpn tu jumpa la ILP Jitra tu
Ya. Lokasinya di taman aman, lebih kurang 1km daripada ILP Jitra..
Salam saudara ku simerah silu. .Saya penduduk tempatan dan dibesarkan di kg dato keramat umur saya genap 50 tahun. .menurut nenek saya sebelum kg ini bernama datok keramat di beri nama kg katak perang.. Sehingga lah kejadian yg aneh atau keramat yg mencarik adat berlaku lalu di tukarkan kpd nama kg tok keramat ..nama bagi makam teesebut bukan lah ia mahadiraja tapi makam maharaja kerana syieh ini telah berkahwin dengan keturunan sultan kedah yg berpangkal nama wan. Syiekh ini adalah guru bagi sultan kedah ..yg saya ketahui sultan kedah pada masa itu berangkat ingin menuntut ilmu dan berjumpa dia dengan syiekh ini lalu dia menjadi budak suruhan juga murid yg cerdas serta disayangi gurunya hingga ia mengikut syieh nya kemana shj.. Syiek ini bukan berdarsh india tapi arab yaman.. Ada 2 org murid yg menjdi budak suruhannya iaiti syiekh somad al pelambangi menurut kisah. .Diketahuinya anak murid nya itu seorg raja adalah ketika mrk sampai ke burma.. Dan pd masa itu sultan ahmad tajudin wafat.. Lalu para pembesar kedah mencari waris dan yg layak memerintah ketika itu adalah sultan kedah yg menjadi muridnya yg selama ini menjadi budak suruhan nya.. Bila mendengar keadaan negeri yg dilanda perperangan dan pula tidak afa sultan yg memerintah lalu sultan kedah tersebut pylang ke kwdah bersama dengan gurunya juga teman segurunya.. Di kedah gurunya menjadi mufti dan dikahwinkan dengan salah seorag kerabat sultan.. Kerana tidak ingain berpisah dengan gurunya.. Begitu juga murid nya syiekh somad krn tidak mahu beepisah dengan gurunya di menetap di utara kedah..dan bukan syiekh somadtu anak nya tapi anak muridnya.. Kisah ini juga spt kisah wali allah yg datang dari kedah mencari guru dan berguru dengan sunan gunung jati. .wallah hu alam
Wassalam. Wah. Ingat Kampung Datuk Keramat di KL tadi. Rupa-rupanya di Jitra. Terima kasih atas perkongsian saudara. Masa tulis artikel ini memang tak tahu Sheikh ni guru sultan. Dalam setahun dua lalu baru tahu. Ada baca dalam At-Tarikh Silsilah Kedah...
Syeikh Abdul Jalil AlMahdani ni moyang isteri saya berketurunan Wan Kedah.
Post a Comment