Dari atas itu saya dapat melihat sebuah masjid yang agak cantik tersergam indah. Saya pun berjalan kaki ke situ. Ternyata kedudukannya walau masih dalam kawasan tengah bandar raya adalah terpencil dan tersudut. Lihat
Masjid Pusat (Central Mosque of) Surat Thani.
Jam 9.24 waktu tempatan kami meninggalkan hotel.
Kami bersedia untuk meneruskan perjalanan ke utara...
Singgah dahulu di satu kawasan tepian sungai.
Perjalanan diteruskan dengan menyeberangi sungai tersebut. Namanya Sungai Tapi. Ia adalah sungai terpanjang di selatan Thailand.
Kami mengambil jalan kampung ke utara.
Sesekali kelihatan gerai seperti ini lalu kami pun singgah melihat sebuah...
Rupa-rupanya ia menjual ikan hidup...
Destinasi utama kami hari itu, hari ke-5 sejak meninggalkan rumah bersamaan hari ke-4 sejak mask Thailand adalah bandar Chaiya. Kami mahu melihat kesan peninggalan Empayar Melayu Srivijaya di situ...
Sampai di hadapan pejabat daerah Chaiya saya
deja vu panjang. Adapun menurut ceritanya nama Chaiya itu berasal daripada perkataan atau nama Melayu 'Cahaya'. Ada pula kata "Jaya'. Kedua-duanya boleh dikaitkan dengan Srivijaya. Lihat artikel
Welcome to Chaiya - The Srivijaya connection....
Gambar atas dan artikel dikongsikan di Facebook sekitar jam 11 pagi tadi. Biar disertakan sekali teks yang mengiringinya di FB...
--------------------------
ANTARA TIPU DAN PERNAH SAMPAI...
OK, mula menyentuh tentang Chaiya atau nama dahulunya Cahaya, ada kata Jaya. Ada yang percaya di sinilah Empayar Srivijaya bermula 1,,400 tahun lalu. Pada zaman Dinasti Mauli yang berpusat di Pagarruyung penghujung abad ke-13 Masihi dibuat satu artifak menunjukkan penguasaan dinasti sampai ke Chaiya itu. Disebabkan ini ramai pengkaji muda menyebut tentangnya. Tetapi apabila ditanya tak seorang pun pernah sampai apa lagi nak tahu keadaan sebenar di sana. Seorang kaki canang pandai marketing yang selalu membuat cerita seolah2 pernah sampai merata pun tak pernah jejak. Setakat pandai buat cerita tipu aje. Lepas tu sakit hati nampak orang lain dah sampai. Masa tu le sibuk cerita kata tak penting sampai ke suatu lokasi sejarah sambil menghasut mereka yang sama2 tak sampai supaya membenci saya. Yang penting katanya pandai baca maklumat dan buat tafsiran. Setakat sampai monyet pun boleh pergi melancong...
Kenapa kata-kata saya kedengaran begitu keras? Ini adalah untuk menegur mereka yang selalu sembang kencang tapi cakap tak serupa bikin juga pihak yang suka menipu mengaku macam-macam tapi sebenarnya banyak angan-angan. Insyaallah perkara ini akan jelas sambil cerita dipanjangkan...
Adapun tujuan utama kami ke Chaiya adalah untuk melihat satu artifak sejarah yang dikenali sebagai Prasasti Grahi. Ia dikatakan bukti bahawa wilayah ini pernah berada di bawah kekuasaan Empayar Srivijaya ketika pusatnya beralih ke sekitar Pagarruyung, Sumatera abad ke-12 Masihi. Cuma nak cari kat mana di Chaiya tu kami tak tahu di mana. Dengan takdir Allah SWT terlihat papan tanda menunjuk arah ke sebuah kuil yang dipanggil Wat Hiang.
Maklumat tentang Prasasti Grahi yang ditemui di Wikipedia menyatakan di Wat Hiang inilah prasasti yang dibuat tahun 1183 Masihi itu ditemui. Namun di manakah lokasi Wat Hiang itu? Tidak diterangkan dan saya tak jumpa baik melalui Google Map mahupun apa-apa bentuk lain carian...
Sebut pasal mencari tinggalan sejarah - Ada satu pihak itu kalau bercerita macam semua tempat yang ada rahsia sejarah dia pernah sampai. Dia selalu menggalakkan orang ramai turut sembang lebat sedangkan rata-rata mereka-mereka ini tidak pernah pun sampai ke mana-mana tempat yang diceritakan dengan begitu sembang lebat pokok tumbang bumi bergoncang itu. Tentang tempat Prasasti Grahi ditemukan itu sila lihat artikel
Wat Hiang, Chaiya. Ketika berkongsi tentangnya di FB tengah hari tadi secara spontan saya mengarang teks berikut...
------------------
NAK KELUAR DARIPADA KEPOMPONG ANGAN2 KAH ATAU NAK MULAKAN USAHA SEBENAR MENJEJAK KESAN2 SEJARAH DI LAPANGAN?
Wat Hiang di Chaiya. Di sini pernah ditemui artifak menunjukkan wilayah Chaiya dekat Segenting Kra pernah berada di bawah kekuasaan Dinasti Mauli yang memerintah Empayar Srivijaya abad ke-12. Sebelum pergi ke Chaiya saya pernah bertanya melalui FB ada sesiapa tak bolen tunjukkan di manakah Wat Hiang ini? Tiada siapa dapat tunjukkan lantaran mereka tak pernah sampai, cuma dengar cerita atas cerita dipungpangpungpangkan ke serata alam.
Cari lalu Internet atau pakai Google Map pun tak jumpa. Macam takda rekod. Nasib baik bila dah turun padang dapat gak jumpa. Dengan itu sesiapa yang berhajat hendak menjejakkan kaki dah boleh dapat panduan. Namun mereka yang memperlekehkan orang2 yang sudah bersusah payah menjejak suatu kesan sejarah boleh teruskan berangan korek hidung seluk seluar gentel2 bagi syok sendiri atas alasan baca dan tafsir maklumat di Internet dan perpustakaan itu lebih afdhal. Kononnya begitulah kerja sejarawan sebenar...
Bergambar bersama sami yang menunjukkan kami tempat-tempat dan kesan sejarah dalam Wat Hiang. Walaupun kami tidak memahami bahasa masing-masing cukuplah isyarat tangan dan mata untuk membawa kami merata. Saya mengalami deja vu hampir sepanjang masa berada dalam kawasan ini. Hal sama juga berlaku di dua-tiga tempat selepas itu.
Perkataan yang kami sama-sama dapat faham cumalah "Walking". Bila dia mengajak kami mengikut berjalan dia akan membuat isyarat dengan jari seperti orang berjalan sambil menyebut "Walking, walking". Bila menyuruh ambil gambar dibuatnya dua bulatan dengan ibu jari dan telunjuk tangan kiri dan kanan lalu diletakkan ke mata kemudian ditunjukkan tempat atau objek yang kami patut ambil gambar. Dengan itu kami dapat melihat tinggalan-tinggalan sekitar daripada zaman kerajaan Srivijaya juga objek-objek kemudian melibatkan rakyat. Lihat artikel-artikel berikut :-
Perjalanan diteruskan ke Muzium Nasional Chaiya. Sebetulnya kami mahu mencari sebuah kuil lalu terjumpa muzium di sebelahnya. Dengan tidak disangka dan tidak dirancang kami dapat menemui Prasasti Grahi di dalam muzium...
Disebabkan begitu teruja saya telah meminta isteri mengambil gambar lalu terus dimasukkan ke dalam FB. Tengok-tengok timbul reaksi daripada pihak-pihak tertentu yang penuh berbaur iri hati dan dengki. Biar hal ini diceritakan melalui teks spontan panjang yang saya letak di FB bersama artikel muzium tadi..
-------------------
PRASASTI GRAHI DI CHAIYA - APABILA 'MONYET' PUN BOLEH BERGAMBAR DENGAN ARTIFAK SEJARAH...
OK. Di sinilah tersimpannya apa yang dikenali pengkaji sebagai Prasasti Grahi. Ia menjadi bukti bahawa pada zaman penghujung empayar Srivijaya abad ke-12 yang berpusat di tengah pulau Sumatera ia masih memiliki jangkauan kekuasaan sehingga ke Segenting Kra di utara Semenanjung Tanah Melayu. Hal Prasasti Grahi ini sering disebut2 pengkaji terutama seorang kaki canang pandai ayat marketing yang suka memberikan gambaran konon dialah waris dan pemegang rahsia Srivijaya. Sampai bila Sultan Nazrin Syah ditabalkan pertengahan tahun 2015 dia sibuk mengarang cerita untuk memberikan gambaran konon dirinya terkait dengan kerabat diraja Perak.
Hamba Allah ini juga suka mengarang cerita seolah2 sudah ke sana ke mari membuat kajian lapangan yang hebat2. Antara yang paling pungpang sering didendangkan dengan ayat penuh saspens mencari perhatian budak2 adalah kaitan Chaiya dekat Segenting dengan kerajaan Srivijaya. Ini sering diulas melalui kewujudan satu artifak yang dipanggil sebagai Prasasti Grahi. Saya pula terbaca tentang prasasti apabila cuba memadankan tarikh baru kerajaan Melaka didirikan 1262 Masihi (mula diwar-warkan tahun 2010) dengan cerita dalam kitab Sulatus Salatin yang menyebut seorang moyang Sultan Melaka bergelar Sang Sapurba pernah bertakhta di Pagarruyung.
Bila saya sampai ke Chaiya tengah hari Sabtu 16 Disember2017 saya dan keluarga pun mencari tempat asal prasasti tersebut ditemui iaitu di kuil bernama Wat Hiang. Alhamdulillah jumpa lalu ditunjukkan oleh seorang sami jalan2 kaki sekitar kuil kemudian ke Muzium Nasional Chaiya. Alhamdulillah jumpa prasastinya pula tersimpan baik di sana. Gembira dengan penemuan ini saya meminta isteri mengambil gambar dengan telefon bimbit lalu terus dikongsikan di Facebook.
Seorang pengkaji lain pun menggunakan gambar tersebut untuk mencabar hamba Allah yang suka mencanang cerita itu agar menunjukkan gambarnya sendiri bersama prasasti. Hamba Allah ini bertindak balas dengan mengeluarkan kenyataan mengatakan monyet pun boleh bergambar dengan artifak. Selepas itu dicanangkan pula bahawa prasasti yang dilihat di Chaiya itu cuma replika sahaja. Tidak saya nyatakan lagi kepada sesiapa kecuali pada hari ini bahawa ia adalah prasasti asli yang disimpan pihak muzium sana.
Sambil2 itu hamba Allah kaki canang ini seperti berkempen agar orang membenci saya. Kelihatan seperti dipanjangkan kepada orang lain yang juga tidak pernah sampai ke Chaiya supaya mempersoalkan penemuan saya dan keluarga di sana. Maka sibuklah segala macam keyboard warrior cuba menafikan kepentingan turun padang. Kata mereka sejarawan sejati cuma perlu mengkaji manuskrip,tulisan dan sebagainya. Turun ke lapangan itu cuma kerja orang arkeologi. Dan lagi orang melancong pun boleh sampai ke lapangan. Lalu ini tidak sama langsung dengan buat kerja lapangan. Seolah2selama ini bertahun2 berpenat lelah saya mengembara ke sana ke mari menjejak pelbagai kesan sejarah itu sekadar melancong sahaja. Tidak ada nilai boleh diambil iktibar…
Lucu saya mendengarkan ini. Saya baik dengan pakar2arkeologi seperti Profesor Dato’ Dr Emeritus Nik Hassan Shuhaimi, (Prof) Dato’ Dr Othman Yatim dan Prof Dato’ Dr Mokhtar Saidin. Mereka selalu turun padang tapi itu pakar2 arkeologi. Bagaimana pula dengan sejarawan? Saya juga baik dengan Profesor Emeritus Dato’ Dr Abdullah Zakaria Ghazali juga Dr Arbaiyah Mohd Noor, arwah Dr Supian Sabtu dan beberapa lagi sejarawan di UM. Semua pernah dan akan ambil kesempatan turun padang ke lapangan selagi dapat. OKlah kalau orang yang memang 100 peratus mengkaji secara kepustakaan iaitu secara bacaan mahu menafikan ini. Yang pelik apabila hamba Allah yang suka canang cerita macam dah sampai merata pula menafikan kepentingan turun ke lapangan.
Saya tak hairan pun dia bersikap begitu kerana dah tahu dia suka menipu buat cerita macam dah sampai walhal tidak. Yang lagi pelik sebenarnya adalah orang boleh tak nampak kenapa dia melenting sampai kata monyet pun boleh bergambar dengan artifak. Walhal itulah tanda jelas dia tak pernah sampai ke tempat tersebut. Dia sakit hati akibat suka mencanangkan kajian tentang Grahi tapi sebenarnya tak pernah sampai pun. Gebang aje lebih…
Hamba Allah ini suka mengangkat diri sebagai pencetus kesedaran baru sejarah dalam kalangan anak muda. Malah dia selalu mendakwa dunia kajian sejarah Malaysia bergerak ke hadapan akibat teguran dan saranan dia semata2. Sebetulnya dik cuma para keyboard warrior dan orang yang sama jenis sembang lebat sambil korek hidung dan gentel telur depan komputer aje yang percaya bulat2 kat cerita2 adik. Orang2 matang banyak pengalaman dah ada keluarga anak bini dan biasa merantau dapat mengesan dan melihat adik ni jenis cakap tak serupa bikin. Cerita2 adik banyak indah khabar daripada rupa, banyak tokok tambah bagi tambah perisa. Sedangkan hakikatnya sebenarnya jauh panggang dari api...
Selepas itu baru kami pergi ke kuil di sebelah muzium, kuil lama yang mahu dicari lalu atas asbabnya kami terlihat Muzium Nasional Chaiya lalu terjumpa Prasasti Grahi di dalamnya. Lihat
Wat Phra Baromathat, Chaiya.
Kami sempat melihat tinggalan kuil lama yang katanya turut dibina pada zaman awal Srivijaya. Lihat artikel
Wat Lhong, Chaiya diikuti
Wat Kaew, Chaiya. Oh. Saya tidak ingin memanjangkan lagi cerita kerana selepas ini harus berkejar untuk satu majlis keMelayuan di Tanjung Malim. Cukuplah saya memberitahu bahawa Grahi yang menjadi asbab muncul nama Prasasti Grahi itu adalah satu nama lama bagi wilayah Chaiya. Sebelum itu iaitu pada abad ke-3 hingga ke-7 ia pernah dikenali sebagai Pan Pan. Dipercayai sesetengah pihak termasuk saya sendiri bahawa Pan Pan didirikan oleh ahli keluarga diraja Funan. Keturunan mereka mendirikan kerajaan Cahaya/Jaya dan ia adalah cikal bakal kerajaan dan Empayar Srivijaya. Daripada situ baru turun ke Kedah dan sebagainya lalu masuk ke Sumatera. Dengan itu jejak di Chaiya bukan sekadar jejak satu tempat yang pernah berada di bawah pemerintahan Srivijaya. Ia malah tempat permulaan kerajaan Srivijaya 1,400 tahun lalu! Cukup.
5 ulasan:
Terbaik bang. Misteri Grahi terjawab
Alhamdulillah.
Sriwichaiya bermula di chaiya/jaya (grahi) atau today surat thani
sebagai pembaca artikel tuan, Sy perhatikan banyak kali Allah SWT menemukan tuan dengan tempat yg tuan hendak kaji atau mencari. semoga usaha tuan memberi satu sudut pandangan baru yang lebih segar,jelas dan menaikkan semangat anak muda menghargai sejarah..
Alhamdulillah. Tidak bergerak sesuatu kalau tidak daripadaNya. Kita ini cuma hamba yang tiada daya dan tiada upaya.
Catat Ulasan