Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Mac 01, 2011

Mencari jejak Merong : Gunung Keriang... bayangan kerajaan Aceh di Kedah?

Assalamualaikum semua. Hari ini 1 Mac 2011 adalah hari yang amat sesuai untuk menyambung cerita Lihat, tarikh ini boleh ditulis 1/3/11... ada faktor 131, nombor home sweet home buat saya. Namun disebabkan ada kerja lain perlu diselesaikan siang tadi, selepas Maghrib baru saya boleh mula membuat artikel-artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART), hampir tengah malam pula dapat memulakan artikel ini. Bersambung dari artikel Mencari jejak Merong : Sekitar Bukit Pinang ke Jitra... tempat Raja Bersiong?...



Pada penghujung artikel sebelumnya telah ditunjukkan ziarah ke makam Tuan Hussin Kedah di Titi Gajah. Dari sana kami menyambung perjalanan menghala ke bandaraya Alor Setar.



Tidak lama kemudian nampaklah Istana Anak Bukit...






Ke hadapan sedikit ada simpang ke kanan.



Kami pun mengambilnya masuk ke sebuah jalan kecil.


Destinasi kami seterusnya terletak nun di ufuk sana...


Dalam perjalanan terlihat masjid yang sangat menarik. Singgahlah sekejap. Lihat Masjid (Mosque of) Mahmudiah, Sungai Baru Ulu, Alor Setar.

OK. Tempat yang kami nak pergi dipanggil Gunung Keriang.




Ia adalah sebuah bukit batu kapur besar yang ada keistimewaan tersendiri.






Keistimewaannya ialah selain menjadi tempat rekreasi ia adalah sumber galian kristal.



Saya diberitahu gua-gua yang ada di sini penuh dengan kristal yang boleh tumbuh seperti pokok. Tapi disebabkan sentiasa ada orang mencari dan mengambilnya untuk kegunaan sendiri atau berniaga, yang tinggal cuma di gua-gua tinggi yang susah dicapai.



Namun oleh kerana kristal ini boleh tumbuh, ia akan berkembang kembali. Cuma kena tunggu masa ia matang. Di atas adalah peta Gunung Keriang. Terus saya teringat sesuatu...



Allah! Peta Gunung Keriang itu serupa dengan peta Aceh. Apakah ada suatu petunjuk di sini?



Perjalanan diteruskan kembali ke Alor Setar melalui jalan belakang. Untuk melihat banyak lagi gambar di sekitar Gunung Keriang, lihat The limestone hill called Gunung Keriang.



Perjalanan ini melalui Alor Janggus.




Tidak lama kemudian sampailah ke pinggir barat Alor Setar.

Kami terus menuju ke pusat bandaraya.




Berhenti di Menara Alor Setar kelihatan jam menunjukkan nombor ini. Kami berehat sebentar sebelum berjalan-jalan melihat beberapa tempat di sekitar. Lihat Istana Kuning, Alor Setar dan Around Alor Setar.



Seterusnya kami singgah di Masjid Zahir.




Dapat berehat sebentar melepaskan penat-lelah.




Dapat juga memandikan Al-Rasyid. Dipendekkan cerita kami berbuka puasa di masjid ini. Selepas solat Maghrib kami pun mengambil kereta yang diletakkan di seberang jalan besar. Ketika keluar terlihat sesuatu yang menarik. Lihat Bentuk lidah terjulur di tengah bandaraya Alor Setar (The hanging-tounge-like shape in the middle of Alor Setar city).




Kami singgah sebentar di Pekan Rabu...






Dalam perjalanan kembali ke Langgar pula singgah di pusat membeli-belah Souq al Bukhary...



OK. Berbalik pada peta Gunung Keriang dan peta Aceh yang kelihatan serupa. Biar diletakkan sebelah-menyebelah.


Sekarang biar disuperimpose sedikit dua peta itu. Peta Aceh disengetkan sedikit agar sama kedudukannya sebelum diletakkan pada petang Gunung Keriang dengan opacity (kejelasan gambar atau 'kecairan', 'kelutsinaran'?) dikurangkan agar dapat kelihatan bagaimana sempadan kedua-dua peta terletak. Nampak tak bagaimana ia begitu serupa walaupun ada sedikit perbezaan? Terbetik di hati apakah peta Gunung Keriang itu cuba membayangkan satu zaman di mana kedudukan Pulau Sumatera sekurang-kurangnya di bahagian hujung utara sedikit senget ke selatan?

Perkara ini tidak mustahil kerana suatu tanah itu boleh digerakkan oleh aktiviti plet bumi yang dirangsang gempa bumi dan letusan gunung berapi. Selain disebabkan hakisan air laut, garisan pantai juga boleh berubah secara mendadak seperti apa yang berlaku selepas Tsunami 2006. Difahamkan selain ada tanah yang dimakan jadi laut, kedudukan Pulau Sumatera sendiri sedikit berubah, beralih sehingga 3 meter berbanding dahulu.

Keadaan sempadan Gunung Keriang yang kelihatan lebih memanjang di sebelah tenggara boleh disamakan dengan peta Aceh kalau dicampur sekali daerah Langkat dan sebahagian lagi wilayah yang kini dipanggil Sumatera Utara, wilayah yang berpusat di Medan. Dahulu, Langkat dan seluruh Sumatera Utara itu termasuk di dalam jajahan takluk kerajaan Haru. Difahamkan Haru bermula dengan kawasan sekitar Langkat di mana terdapat satu perairan yang dipanggil Teluk Haru, kalau digabungkan dengan sempadan wilayah Aceh sekarang cukup serupa dengan peta Gunung Keriang.

Hmm... terbetik nama Sultan Malikul Mansur yang pernah menaiki kerajaan Samudera sekitar tahun 1300an Masihi sebelum disebut sesetengah pihak merajai Haru, teringat juga Sultan Alauddin Riayat Shah Al-Qahar yang pernah menakluki lalu memasukkan Haru ke dalam Aceh pertengahan abad ke 16. :]


7 ulasan:

MEGAT AL-JEFRI berkata...

asslamualaikum...

aik...lalu depan rumah ana nampak. kalau dtg pulak sini singgah la minum kopi dan mee goreng special MEE KAMAL.

pompuan yg pakai purdah naik motor bawak budak sekolah 2 org tu kawan isteri ana.

syabas , artikel yg menghiburkan.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Mana tu? Kat depan masjid tu ke? Boleh gak satu hari nanti. Nak tau gak apa specialnya mee Kamal ni...

MEGAT AL-JEFRI berkata...

ish...

orang dari kota muar ni mmg bijak.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, kan bagus macam ni. Merahsilu & Megat Al-Jefri dah boleh berbaik2... nak beza pendapat boleh, tapi tak payahlah sampai tahap nak maki hamun...

rasanya abg megat lepas ni bolehlah tegur2 pulak ngan Al-Semantani & Ibnu Rusydi.. =)

Tunggu Anai2 berbaik2 ngan Srikandi pulak. ahahahaha....

sofea umudi berkata...

Bila pulak anai-anai bergaduh dengan mok cik sri. Setahu ambo mokcik sri tu yang terhenggeh-henggeh nak gaduh dengan anai-anai.

Tentang abang Megat tu sayo tau dia suko bersilaturahim dan berdakwah, maklumlah Ahlul-bait. Datuk saya bagitau nabi Muhammad susah nak bergaduh tapi cepat berbaik dengan semuo orang. Orang biaso pulo susah nak bergaduh dan susoh nak berbaik semula.
sekian

Tanpa Nama berkata...

sofea umudi

sudah-sudahlah bersandiwara. kami dah tahu siapa anda sebenar. guna je la nama sendiri. takyoh nok kecek klate kalu dok reti, vi malu saing jo.

cik sri ke yg hegeh atau cik megat yang mengada..hehe. agaknye ngape cik megat lama tak update blog ye...

Tunnizam berkata...

Susah org yang obses dengan keturunan...dah la tak jawab soalan2..huhu