Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Februari 02, 2011

Mencari jejak Merong - Melihat 'masyid' ke Hatyai

OK. Setelah 11 hari penceritaan siri "Mencari jejak Merong" ini 'dipergendalakan' (saja testing perkataan baru konon...) mari kita sambung. Jika artikel sebelumnya dalam siri iaitu Mencari jejak Merong - Pokok besar, Alor Setar dan surau tepi kubur dibuat pada 22 Januari 2011 bersamaan 22/01/11 artikel ini pula dibuat hari ini 2 Februari 2011 bersamaan 02/02/11. Kalau dihilangkan kosong tarikh pertama tadi jadi 22111, kedua pula 2211. Kena sangatlah tu disambung hari ini yang kebetulan 11 hari kemudian...

Awal pagi Sabtu 28 Ogos 2010, sangat awal pagi iaitu sebelum Subuh, selepas makan sahur, kami meninggalkan surau tempat kami tidur di luar Alor Setar lalu menghala lagi ke utara.


Nak pergi mana agak-agak tu? Ala... dah tak suspense. Kan ada sebut pada tajuk? Takkan tak geti baca kot?


Tapi nak pergi ke Hatyai yang terletak di Thailand melalui Kedah mesti pergi dahulu ke Bukit Kayu Hitam kan? Di situlah kami singgah dahulu di masjid menyambung tidur sedikit sebelum bersolat Subuh...


Selepas itu kami berehat lagi sedikit menunggu waktu siang. Kami mahu perjalanan seterusnya dibuat dalam keadaan terang supaya dapat melihat pemandangan.


Selepas jam 8:30, baru kami bersedia untuk memasuki Thailand.


Pergilah ke sempadan...



Menariknya kami dapat masuk ke Thailand tanpa diperiksa imigresyen negara itu. Hampir-hampir sahaja saya mahu meneruskan perjalanan jika tidak ditegur isteri... dengan paspot tidak bercop kecuali oleh imigresyen Malaysia takut nanti timbul masalah apabila hendak keluar nanti.

Selepas meletakkan kereta kami turun berpatah balik ke pos imigresyen. Lihat artikel Around the national border at Bukit Kayu Hitam di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Alhamdulillah. Secara rasminya kami pun menjejakkan kaki ke Thailand. Saya cuma pernah beberapa kali sahaja masuk ke negara itu sedangkan ini adalah kali pertama buat anak dan isteri.


Seingat saya masa kecil dahulu bapa pernah membawa setakat masuk ke sempadan. Semasa masih berkhidmat sebagai wartawan di akbar The New Strait Times baru saya betul-betul masuk apabila berada di Phuket selama seminggu atau lebih gitu (mungkin 10 hari, saya dah tak berapa ingat). Ketika itu saya ditugaskan untuk meliputi acara Asian X-Games tahun 2000. Saya pun pergi membawa isteri lama. Hmm... mewah juga kami ketika itu. Dengan duit belanja US$2000 kami menginap di hotel paling mewah di pulau peranginan terkenal itu sambil menyewa motosikal besar sepanjang tempoh untuk ke sana ke mari termasuk berjalan pusing pulau rasanya 2-3 kali juga.



Lawatan kedua dibuat dalam keadaan saya sering mengembara seorang diri tanpa ada kerja atau harta selain selalu tidur merata. Kalau tak salah ingatan ini berlaku pertengahan 2004, beberapa bulan setelah membuat perjalanan ke Aceh yang kemudian membentuk latar-belakang siri novel "Berpetualang ke Aceh" (terbit 2006-2007). Ini berlaku selepas pertamakali menziarahi makam Tok Kenali dan bermalam di masjidnya di Kubang Kerian, Kota Bahru. Mungkin atas berkat wali Allah itu saya kemudian berbaik semula dengan seorang teman lalu dibawa mengikut rombongan produksi drama bermalam di Golok, Thailand walaupun tidak membawa paspot. Lihat artikel Sedikit cerita berkaitan Tok Kenali yang dibuat lebih 4 tahun lalu.


Lawatan ketiga pula dibuat pertengahan tahun lepas apabila menaiki keretapi ke Hatyai untuk projek buku. Lihat artikel Projek buku keretapi : Ipoh ke Hatyai.... Lihat juga buku yang terhasil di Akhirnya... keretapi pun menuju destinasi.


Sejak itu saya berazam akan membawa anak dan isteri ke Hatyai. Perjalanan ke utara bulan Ramadhan dibuat untuk ini, selain untuk menunaikan beberapa hajat termasuk membuat ziarah terbaru ke makam Sultan Muzaffar Shah I Kedah yang disebut sesetengah pihak sebagai orang yang sama dengan watak legenda Merong Mahawangsa.


Saya juga berazam mahu membuat lawatan dengan kereta sendiri kerana mahu melihat 'masyid-masyid' yang ada sepanjang perjalanan. Kenapa disebut 'masyid'? Nanti anda lihat sendiri...


Yang pasti 'masyid-masyid' menjadi simbol selatan Thailand dahulu adalah milik kerajaan Islam, kerajaan yang turut dikaitkan dengan keberadaan Merong Mahawangsa. Menariknya keluar sahaja dari 'masyid' pertama yang ditemui, meter kereta menunjukkan nombor ini... ia mungkin cuma bermakna saya telah memandu sejauh 555.8 km sejak meninggalkan rumah awal pagi Jumaat. Tapi saya percaya akan timbul makna lain. Lagipun memang saya suka melihat nombor 555...


Siapa sangka salah satu makna yang tersirat cuma akan tercetus apabila mahu membuat artikel terbaru siri hari ini. Seperti biasa, artikel-artikel sokongan perlu dibuat terlebih dahulu di blogspots saya yang lain dan apabila menceritakan tentang 'masyid' tadi ternyata ia menjadi artikel ke 500 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Lebih menarik ia menjadi artikel ke 5 yang diketengahkan di blogspot itu untuk siri ini. Kalau campur jadi 505. Tinggal ada sesuatu yang membentuk nombor 50 untuk mencukupkan jumlah 555. Hmm. Apapun lihat artikel tersebut, Masjid (Mosque of) Darul Iman, selatan (southern) Thailand.

Oh, gambar di atas diambil ketika mengampiri bandar Sadao. Kelihatan papantanda menunjukkan di situ terdapat simpang untuk ke Padang Besar, Perlis, satu lagi pintu masuk utama ke selatan Thailand.


Mungkin sebab itu di hujung utara bandar Sadao terdapat papantanda "Welcome to Thailand"...



Mungkin kerana kata-kata aluan 'welcome' juga terdapat di Padang Besar tetapi untuk orang yang masuk dari sana sahaja, begitu juga di Bukit Kayu Hitam. Tapi di Sadao keduanya bertemu maka 'welcome' disebut lagi untuk semua. Oh. Baru teringat. Di Sadao saya ada terlihat lagi papantanda ke 'masyid' lalu cuba mencarinya. Lihat The town of Sadao. Setelah beberapa minit baru terjumpa 'masyid'. Lihat Masjid (Mosque of) Jamiul Islam, Sadao.


Satu perkara yang menarik apabila berjalan di Thailand adalah kelibat penumpang naik beramai-ramai secara terbuka di atas kenderaan.


Sebagai sebuah negara yang agama rasminya adalah Buddha, tentu juga boleh kelihatan wat-wat kecil dan besar...



Namun hakikatnya selatan Thailand tetap asalnya milik Islam. Tidak lama kemudian terjumpa satu lagi 'masyid'...



Kali ini ia terletak betul-betul di tepi jalan. Tetapi saya perlu menyeberang. Lihat Masjid (Mosque of) Muhibben, utara (north of) Sadao.


Masjid itu terletak kira-kira 10 minit perjalanan sebelum sampai ke simpang menuju ke Patani atau Pattani. Saya tak tahu apakah ada petunjuk mahu disampaikan tentang masjid itu. Ketika mahu meletakkan linknya dalam artikel tentang masjid selepas itu ia hilang sendiri bersama kod htmlnya sekali.

Perkara ini berlaku banyak kali sehinggalah saya membuat keputusan mencipta link baru. Apa yang berlaku serupa dengan kes gambar lama beberapa buah masjid di Muar dahulu. Lihat artikel Tolong pecah misteri masjid-masjid Muar ini... yang dibuat tahun lepas.


Kira-kira 20 minit kemudian kelihatan sebuah lagi 'masyid', kali ini betul-betul di kiri jalan...



Sebelum ini saya sengaja tidak menunjukkan gambar mana-mana 'masyid' kerana mahu pembaca masuk ke links yang diberikan. Sekarang anda dapat melihatkan kenapa saya asyik sebut 'masyid'? Seronok juga sebut macam ni walaupun orang Thailand sendiri tak panggil 'masyid', mereka tetap sebut 'masjid'...

Teringat tahun lepas apabila saya bertanya kepada seorang Thai bukan Islam di Hatyai di manakah terdapat masjid terdekat. Dia seolah pening sebentar sebelum bertanya kembali kat saya... "masajid"? Masajid dah pulak... dah lah masa kecik-kecik dulu bebudak kat kampung selalu sebut "semejid"... heh! :]


Lebih kurang 10 minit dari 'masyid' tadi sampailah kami ke simpang ke Phattalung.


Simpang yang memerlukan kita naik masuk ke jejantas ini juga menandakan sempadan luar bandaraya Hatyai.


Perjalanan diteruskan menghala ke pusat.






Oh. Ini adalah surat saman yang diperolehi sebelum memasuki jejantas utama ke Hatyai. Apa yang berlaku adalah terdapat satu road block di mana polis dan askar (ke polis askar? Kat Thailand nampak macam serupa je) membuat pemeriksaan di mana banyak kereta dengan plet Malaysia ditahan. Surat dan paspot pun diperiksa, nasib baik saya tak jalan terus apabila mendapati dapat masuk ke Thailand tanpa diperiksa lebih awal tadi. Tapi rupanya saya terlupa satu benda. Mereka yang membawa kenderaan sendiri harus membeli insurans sementara di sempadan, sedangkan selepas mengecop paspot dan mengisytiharkan kereta saya ada bertanya jika ada apa-apa lagi diperlukan sebelum masuk lebih jauh ke dalam. Jawab pihak imigresyen "OK" je. Entah apa yang sebenarnya OK, saya pun tak tahu. Dah tu itik bercakap dengan ayam...


Apa nak buat? Dah kena bayar saman 500 Baht bersamaan RM51 gitu. Tak apalah. Anggaplah ini harga yang perlu dibayar untuk satu pengalaman.


Al-Rasyid melihat ke luar tingkap. Sekurang-kurangnya sampai juga kami ke Hatyai menaiki kenderaan sendiri dengan selamat...


Tanpa memiliki peta saya cuma mengharapkan bangunan-bangunan tinggi sebagai penanda arah untuk ke pusat bandaraya.


Sasaran saya adalah membawa anak dan isteri melihat tempat-tempat yang telah dijejaki dahulu apabila sampai ke Hatyai dengan keretapi. Cerita akan disambung selepas tamat cuti Hari Raya Cina. Sementara itu lihat dahulu apa yang sudah disajikan di First time in Hatyai with the family. Oh, kepada semua... kalau tak menyambut hari-raya pun saya ucapkan selamat bercuti panjang... kira panjang le tu dari Rabu sampai ke Ahad. Empat hari tu woiii, macam-macam boleh buat! :]



p/s: Tadi selepas artikel ini selesai dan mula dipaparkan baru saya tersedar telah membuat sejumlah 1976 artikel di blogspots saya (campur jumlah di ketiga-tiga blogspots). Ini membuat saya ingin menyemak apakah artikel yang ke 1970, tahun kelahiran saya. Ternyata ia adalah Masjid (Mosque of) Darul Iman, selatan (southern) Thailand, artikel 'masyid' yang ada unsur 555, 500 dan 5 tadi. Hmm...



1 ulasan:

Al Mahadaya berkata...

Perkataan asalnya adalah Masajada bermaksud beri sujud sebelum al quran dibariskan jadi ianya di tukar ke Masjid. Zaman dulu org beriman tak buat masajada besar mcm sekrg ni sebab takde perintah solat berjemaah. Hanya org Islam yg bina masjid2 besar dgn bazirkan duit rakyat padahal membazir itu amalan syaitan.