Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Oktober 09, 2010

Panggilan dari Pulau Indera Sakti?

Selingan... atau satu peringatan untuk misi bulan Zulkaedah memandangkan kini sudah masuk bulan tersebut setelah 29 hari kita merayakan bulan Syawal?






Tadi saya gelisah lagi, susah hendak tidur lalu mula mencari dan membaca pelbagai perkara di Internet. Entah kenapa sampai satu peringkat terasa mahu menggoogle perkataan "makam Sultan Iskandar Zulkarnain Perak" lalu terjumpa artikel tentang Makam diraja di Perak Tengah dipulihara di Berita Harian. Biar dicopy and paste...


Timur: 18 makam diraja di Perak Tengah dipulihara elak pupus


2010/09/12

SERI ISKANDAR: Sebanyak 18 makam diraja terletak di 13 lokasi di daerah Perak Tengah akan dipulihara secara berperingkat setelah terbiar sejak beberapa tahun lalu sehingga sesetengahnya tidak lagi kelihatan kerana dilitupi semak samun.

Makam Sultan Zulkarnain di Pulau Indera Sakti di Mukim Kampung Bandar paling teruk terbiar dengan dilitupi pokok dan 'hilang' daripada pandangan ketika sekumpulan kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjejaki makam itu, baru-baru ini. Jurutera JPS Daerah, Ir Hasmi Mat, berkata kesemua kawasan makam sudah dibersihkan oleh pihak JPS baru-baru ini dengan kerjasama pemilik tanah kerana kebanyakan makam terletak di kawasan hak milik persendirian. Bagaimanapun beliau mengakui pegawai dan kakitangannya berdepan kesukaran untuk tiba di lokasi makam berkenaan kerana jalan perhubungannya tidak sempurna.

“Pejabat Daerah Perak Tengah mengambil inisiatif memulihara semua 18 makam diraja Perak kerana makam terbabit mempunyai nilai sejarah silam iaitu berhubung salasilah kesultanan negeri Perak yang boleh didokumentasikan untuk generasi akan datang.

“Makam itu juga sesuai ditonjolkan sebagai tarikan pelancong domestik dan luar negara yang berminat mengetahui keadaan reka bentuk dan struktur makam yang masih kukuh, walaupun berusia lebih 100 tahun.

“Kesemua makam itu terletak di sepanjang Sungai Perak bermula di Mukim Lambor di bahagian utara hingga ke Mukim Kampung Bandar di bahagian selatan,” katanya pada mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di Bilik Gerakan Pejabat Daerah di sini.

Hasmi berkata, jawatankuasa induk diketuai Pegawai Daerah, Datuk Hasim Hassan menetapkan lima jabatan dan agensi kerajaan terbabit secara langsung dalam usaha menjayakan aktiviti baikpulih makam berkenaan.

Katanya, jabatan terbabit adalah Pejabat Daerah dan Tanah, JPS, Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) dan Bahagian Pembangunan Luar Bandar (PLB).

“Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah pengawasan PLB diberi tanggungjawab menguruskan kerja penyelenggaraan makam di kawasan mereka selepas semua kerja membaikpulih selesai,” katanya.


Ini membuatkan saya teringat komen seorang pembaca rasanya beberapa bulan lalu... saya tak ingat di bawah artikel mana. Tetapi katanya usaha saya mengenengahkan keadaan makam-makam lama di Perak telah menyebabkan ada pihak bertindak untuk memelihara makam-makam itu.

Mereka yang setia mengikuti blogspot ini tentu tahu pada bulan April tahun ini saya telah membawa anak dan isteri untuk menziarahi sejumlah makam lama di Perak termasuk makam setiap Sultan yang ada. Pengalaman ini telah diluahkan dalam satu siri. Lihat Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete!. Tak pastilah jika pihak tersebut bertindak selepas melihat tulisan saya. Apapun sesuatu telah dilakukan untuk memperbaiki keadaan dan saya cukup suka.

Hmm... oleh kerana artikel Berita Harian di atas keluar dalam suratkhabar pada September 12, tentunya saya boleh cuba menyemak bahagian komen artikel yang ditulis di blogspot sejak itu. Baru sahaja mahu mula menyemak, isteri mengingatkan bahawa komen itu muncul dalam chatbox, bukan ruangan komen pada mana-mana artikel. Saya pun menyemak komen lama di chatbox. Alhamdulillah dapat berjumpa. Begini bunyinya...


17 Sep 10, 09:13


Joe Kinta: Salam dan Sel h raya buat MS syabas n tahniah buat MS yang mendedahkan makam2 sultan2 Perak dalam blog sehingga ada pihak yg peruntukan budget utk perbaiki dan perindahkan Makam2 ini sbg khazanah lama


Tu dia. Semasa melihat komen ini di chatbox saya sekadar tersenyum sahaja. Saya menyangkakan pembaca cuma mendapat maklumat bahawa makam-makam Sultan Perak sedang dibaik-pulih dari sumber tempatan kerana dia berasal dari Perak dan masih menetap di sana. Tidak tahu langsung saya bahawa satu artikel tentangnya telah keluar di Berita Harian kerana tidak terbaca. Sekali lagi isteri mengingatkan, tarikh 12 September itu bersamaan hari raya ketiga iaitu hari Ahad bermakna artikel tersebut keluar dalam Berita Minggu.

Katanya lagi pada hari tersebut kami telah menziarahi satu makam di Bukit Treh. Lihat Al-Rasyid berhari raya : Beberapa kenangan lama, mukadimah untuk pengembaraan kecil berkaitan Bugis?. Allah! Lihat tajuk yang ada menyebut "mukadimah untuk pengembaraan kecil berkaitan Bugis?" Untuk makluman walaupun sejarah rasmi sering menekankan Sultan Iskandar Zulkarnain sebagai berdarah raja Perak dari keturunan Melaka bercampur Siak saya ada sebab tersendiri untuk percaya baginda sebenarnya adalah kerabat diraja Bugis yang dapat menaiki takhta Perak.

Walaupun ada pihak lain pula menyatakan baginda berdarah Siak dari keturunan Raja Kechil yang menurut sumber sana adalah anakanda kepada Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Sultan terakhir empayar Johor-Riau dari keturunan Raja Melaka, hati kecil saya masih berbisik baginda berketurunan Bugis. Bagaimana ini boleh berlaku? Lihat artikel Jalan semakin terang : Kaitan sebenar kerabat diraja Aceh-Bugis dalam pemerintahan Perak... dan Teknik penggelapan salasilah... yang dibuat sejurus sebelum saya dan keluarga mendapat jemputan untuk menyambut Maulidur Rasul di Aceh.

OK. Dalam lawatan bulan April ke makam-makam lama di Perak saya cuma dapat melihat lokasi makam Sultan Iskandar Zulkarnain dari jarak sekitar 100-150 meter akibat parit serta semak-samun tebal yang menghalang. Lihat gambar di atas, perhatikan betapa teruknya keadaan. Baca balik susah-payahnya di artikel Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak : Lima makam Sultan yang susah diziarahi di sekitar Pulau Besar. Walaupun saya masih menyimpan hajat untuk ke sana, saya terasa tawar hati kerana kedudukan makam yang bukan sahaja susah hendak nak dicapai, bangunan makam pun susah nak nampak. Tetapi malam ini boleh pula terjumpa artikel Berita Minggu yang menyebut ia telah dibersihkan bermakna tidaklah lagi begitu susah untuk menziarahinya...

Ya. Malam ini baru saya mendapat tahu tentang keadaan makam yang katanya tidak lagi bersemak, daripada sebuah artikel suratkhabar yang muncul hampir sebulan lalu. Pada tarikh ia keluar bersamaan hari raya ketiga saya telah menziarahi sebuah makam di Bukit Treh, Muar sebelum membuat beberapa aktiviti yang menyebabkan artikel tentangnya memakai tajuk yang menyebut"mukadimah untuk pengembaraan kecil berkaitan Bugis?". Apakah ini menandakan baginda memang berdarah Bugis? Adapun makam Sultan Iskandar Zulkarnain itu terletak di satu tempat bernama Pulau Indera Sakti. Apakah ini bermakna saya harus ke situ dalam masa terdekat nanti?


p/s:
Kepada kawan-kawan seperti Syahir, Zam dan Zaidi nak ikut tak? Dari kampung Zam tak jauh ni. Saudara JoeKinta dan lain-lain dijemput sama. Mungkin Merbawi pun boleh join, kita pergi Changkat Sulaiman dan Kota Laksamana di Sungkai sekali? Sila tinggalkan komen untuk menentukan masa yang sesuai. Kita akan cuba cari jalan darat ke Pulau Indera Sakti... :]


18 ulasan:

Merbawi Jr. berkata...

Salam.

Minat juga nak ikut. Raya hari tu ada juga cuba jejak jalan nak ke pulau tu tapi x jumpa. Saya insyaAllah boleh. Tengok respon kawan2 lain.

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul dari bugis, mestilah dah masuk dalam sejarah dan ditulis bagai. Ini tak, hasil kawin campur sebab datang tolong2 raja2 malaya, itupun sebab tak nak kacau bilau negeri org, kahwin kan ajerlah ngan anak2 raja. Itu pun dah rasa besar hati sangat sampai semua negeri nak ada pengaruh bugis saja. agak2 la. Dari dulu sampai sekarang, semua nak jointventure negeri org, pastu nak ngaku itu ini.

Kalau ada pun negeri selangor mungkin, negeri lain takat urat-urat benang aja.

syahir berkata...

kepada anonymous, xper, ini untuk hobi masa lapang disamping menjawap pertanyaan dalam diri. xsalah, mmg naluri manusia tuhan dah cipta begitu, mike persoalkan dia sama mcm mike persoalkan tuhan. simple math ajer. apa sahaja yg berlaku atas kehendak tuhan juga.

jadi biarlah dia gembira dgn kerjanya, selagi tak melanggar peraturan sudah ler. nada mike ajer mcm org sakit hati, jgn begitu, usah busuk2 hati, nanti teman smash mike dgn reket tennis ndak? kehkehkeh. mcm ni punya parpu pun atter?

tak boleh tgk org len senang, ada jer dengki. soryler, dgn teman cakap lepas, teman xcakap belakang2. xmain ler nick anonymous ni. toksah kacau orang kalau xmau kena kacau. salam.

syahir berkata...

saya tunggu ufo mai, insya Allah join. swoooooshhhh~~~~

kepada anonymous, paham ker maksud insya Allah tu?

Radzi Sapiee berkata...

OK. Dicadangkan agar ziarah ke makam Sultan Iskandar Zulkarnain dibuat pagi Sabtu atau Ahad hujung minggu akan datang iaitu 23 atau 24 Oktober bersamaan 15 atau 16 Zulkaedah. Boleh rendesvous kat Masjid Kampung Bahagia,Teluk Intan... ala yang kat tepi jalan menghala ke Kampung Gajah. Dari Teluk Intan sebelum Sungai Manik. Boleh singgah jap kat makam Keramat Kuala Bidor...

Fida Anggun berkata...

Salam,

Hmmmm, tadi baru berbual-bual panjang dengan salah seorang Pegawai JPS Perak Tengah. Asalnya saya hanya mahu bertanyakan bagaimana ingin ke Pulau Indera Sakti. Terus meleret-leret sembang . Beliau mengatakan tiada jalan lain melainkan kena menaiki bot samada dari Teluk Intan atau dari Pasir Salak menyusuri sungai. Jalan darat yang ada pun kepunyaan cina dan berpagar. Walaupun melalui sungai, makam tersebut akan kelihatan kerana mereka sudah membuat laluan terus ke makam. Terima kasih kepada pihak JPS Daerah Perak Tengah atas usaha-usaha murni mereka. Oh! ya, makam Sultan Zulkarnain mereka bersihkan dalam bulan Ramadhan baru-baru ni. Kiranya jika nak ke sana minggu depan,rumput/lalang tinggi lagi le...

Pihak beliau jugalah yang membaik pulih Makam Raja Ahmad.

PerpatihTulus berkata...

aduhai..

kalau boleh memang nak ikut.
tetapi rasanya untuk tarikh yang di sebut itu tidak dapatlah.

kerana kemungkinan besar saya ada program yang lain.

tetapi, terima kasih kerana mengajak saya. InsyaAllah.. next time kalau ada rezeki.. akan turut serta.

Tanpa Nama berkata...

.....mike persoalkan dia sama mcm mike persoalkan tuhan.


Sesat ni, mana boleh samakan manusia dengan tuhan. Baikla mengucap dan beristigfar. Fahaman wahdatul ujud juga ka?

Merbawi Jr. berkata...

Salam.

X jauh dari masjid Kg Bandar (sebelah kiri sungai) ada perkampungan nelayan. Rasanya hampir setentang dengan kawasan makam tu... Boleh la kot minta tolong orang sana.

Fida Anggun berkata...

salam

Zam, hari tu mmg dah pergi and minta tolong mereka. Tapi bot mereka bot nelayan banyak pula alatan untuk memancing. Elok lah naik bot penumpang yang kita boleh naik dari Pekan Teluk Intan.

Sekadar pendapat...
Tengoklah mana yang terbaik nanti yea :)
Tq atas cadangan itu.

saktisatima berkata...

p jumpa pak abu tuan kedai makan dekat surau tu ..... dia bolih tolong bawa melalui jalan darat . pengalaman aku 2 kali p melalui jln darat n sungai . pak abu tau sangat pasai 'makam kahar' ni .

Radzi Sapiee berkata...

Hmm. Bagus gak tu cadangan Saktisatima. Terimakasih. Boleh bagi tahu kat mana surau dan kedai makan yang dimaksudkan. Kiranya area Sungai Manik ke ni?Lagi satu sejauh mana kereta biasa boleh masuk kat jalan darat tu?

saktisatima berkata...

x pasti la nama tempat tapi kalu dari arah telok intan ke jalan kampung gajah se belum melintasi jambatan sungai kinta tempat org jual ikan darat/pekasam tu ..... ada jln belah kiri ke sekolah . kat situ ada surau lama n kedai makan/runcit kat situ . tokey kedai tu pak abu nama nya . dia jln sangat laju x larat hambat . he he he .. selamat berjuang .

Radzi Sapiee berkata...

OK. Terimakasih. Nanti saya cuba cari

syahir berkata...

semua yg berlaku atas kehendak Allah.

ada juga bebal yg suka mengambil statement sekerat2.
Perumpamaannya macam .... kehkehkeh.

syahir berkata...

oh lupa pulak nak tanya sibebal ni, nafi dan isbat tau ker?

Radzi Sapiee berkata...

Salam semua. Ada pertukaran rancangan. Hujung minggu ini saya akan ke Pulau Besar membawa seorang sepupu yang memerlukan bantuan. Jadi rancangan pergi ke Pulau Indera Sakti ditunda ke hujung minggu kemudian. Kalau ada yang nak ikut dipersilakan. Kemungkinan besar kami akan beriktikaf malam Sabtu di Masjid Kampung Hulu sebelum masuk ke pulau pagi nanti. Harap maklum.

p/s: Untuk ke makam Sultan Iskandar Zulkarnain di Perak nanti saya bertekad akan mencuba dahulu jalan darat. Mungkin ada trial and error. Kalau jalan darat tertutup dan tak boleh masuk baru akan mencuba naik bot. Sesiapa yang nak ikut kena le tahan dengan segala macam dugaan. Lagi satu, kos perjalanan, makan-minum sendirian berhad ya... :]

Radzi Sapiee berkata...

Tuko lagi plan. Tak jadik Pulo Beso pi Perak semalam. Singgah Sungkai rungkai sejarah kat sana. Siang tadi pula dapat sampai ke makam Sultan Iskandar Zulkarnain lalu jalan darat. Akhirnya! :]