Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Januari 08, 2010

Apa ada di Bukit Belimbing?

Semasa membuat artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Pusara si Bongkok, Tanjung Puteri... tadi saya telah memilih 12 buah gambar awal untuk diletakkan ke dalamnya. Selepas menguploadkan gambar baru tersedar saya terlupa hendak memasukkan sekali gambar anak saya Al-Rasyid di hadapan Masjid Abu Bakar. Saya pun mula meletakkannya. Lalu saya dapati, kalau mengikut turutan gambar ketika diambil dengan kamera pada bulan November, gambar Al-Rasyid itu letaknya betul-betul di 'tengah' 12 gambar tadi antara 6 gambar pertama dengan 6 gambar seterusnya. Ini sendiri membentuk satu corak nombor iaitu 6-1-6. Kebetulan artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Pusara si Bongkok, Tanjung Puteri... itu merupakan artikel ke 615 di blogspot ini. Kelihatan corak nombor 6-1-6 adalah alamat untuk saya membuat sebuah lagi artikel hari ini untuk mencukupkan jumlah menjadi 616.
Tetapi rasanya terlalu awal untuk menyambung lagi siri pengembaraan Al-Rasyid ke selatan. Maka hati saya berkata, apa kata jika dibuat satu cerita baru berdasarkan satu perjalananan kecil yang dilakukan semalam?

Khamis 3 petang. Isteri saya balik awal untuk sama-sama membawa anak ke klinik. Ada temujanji suntikan antibodi Al-Rasyid. Selesai itu timbul rasa untuk berjalan-jalan ke Kuala Selangor. Selepas menikmati air kelapa segar di Pasir Penambang tergerak pula untuk mencari tempat sekitar yang kami belum pernah singgah. Ternampak simpang ke Bukit Belimbing, teringat entah di mana saya ada terbaca bahawa di bukit itu ada tinggalan sejarah yang berkaitan dengan keSultanan awal Selangor...


Selepas mengambil simpang baru saya tahu di Bukit Belimbing juga ada pusat kelip-kelip...


Dipendekkan cerita kami pun sampai ke pusat tersebut. Tapi siang-siang mana le boleh nampak kelip-kelip?


Apapun kami sudah biasa melihat kelip-kelip yang banyak di Kampung Kuantan, bahagian lain daerah Kuala Selangor. Dan lagipun kami ke sini untuk melihat apakah ada sesuatu di Bukit Belimbing yang boleh menerbitkan rasa tentang sejarah lama.

Sebaik melepasi pintu masuk kelihatan jambatan kayu menuju ke sekumpulan chalet atas air. Aittt? Dah sampai tepian sungai ke fikir saya kerana walaupun pertama kali sampai ke sini, saya pasti seperti di Kampung Kuantan, kawasan kelip-kelip di Bukit Belimbing juga mestilah di tepian Sungai Selangor.


Rupa-rupanya chalet-chalet ini dibina di atas tasik sahaja, mungkin tasik buatan...

  Nampaknya tepian Sungai Selangor mestilah di hadapan jeti sana...

 
Sebelum sampai ke jeti, kelihatan sungai ini yang terasa ada semacam aura kuat. Isteri saya sedikit resah dengan aura yang dirasainya. Saya pula cuba memikirkan, apakah kaitannya dengan 5 orang anak Raja Bugis yang terkenal dahulukala iaitu Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Kemasi dan Daeng Chelak...

  Kembali menuju ke jeti...

  Memang Sungai Selangor ada kelihatan di hadapan sana. Saya pasti ia Sungai Selangor kerana tidak ada lagi sungai lebih besar di sini (dan lagi balik ke rumah kemudian saya telah memeriksa kedudukan melalui gambar satelit di Google Earth).

  Sambil menuju ke sungai, kelihatan sungai lebih kecil awal tadi bersambung dengan Sungai Selangor...

 


Hmm... nampak sangat air sedang surut sehingga kedudukan jeti terapung seperti jauh terperosok ke bawah...

 
Lihat beza ketinggian jeti terapung dengan jeti atas...

 
Cebisan lumpur yang masih terlekat pada daun-daun tepian sungai menunjukkan perbezaan air pasang dengan surut di sini tidak kurang 7 kaki!

 
Dalam pada itu, terlihat sesuatu yang menarik perhatian di pokok yang ke kanan...

 
Nampak tak apa yang ada di celah-celah pokok? Itulah monyet jenis lotong. Sepanjang perjalanan saya ke merata tempat, cukup susah hendak berjumpa monyet jenis ini kecuali di Bukit Melawati, Kuala Selangor. Apakah ada kaitan tertentu Bukit Belimbing dengan Bukit Melawati yang pernah menjadi pusat pemerintahan awal keSultanan Selangor? KeSultanan yang bermula dengan pemerintah Sultan Salehuddin @ Raja Lumu ibni Daeng Chelak dengan pengiktirifan dan nobat daripada keSultanan Perak?

 
OK. Seperti disebut awal tadi kami boleh 'tersampai' ke Bukit Belimbing kerana mencari tempat yang belum pernah dijejaki di Kuala Selangor. Setelah bertanyakan orang, kami dapat melihat bukit kecil yang menimbulkan nama Bukit Belimbing dari tepian jalan walaupun ramai warga tempatan pun tidak tahu tentang kewujudannya sehingga menganggap tidak ada bukit di Bukit Belimbing... mungkin kerana ketinggian bukit yang tidak sampai 50 kaki (menurut anggaran saya) dengan kedudukan agak terpencil di belakang sekolah menyebabkan ia cuma kelihatan seperti longgokan pokok-pokok hutan sahaja.

Gambarnya saya lupa ambil pula. Sebaliknya saya mengambil lagi gambar keadaan di atas Bukit Melawati yang dinaiki kemudian kerana sukakan suasana petangnya dengan kedatangan ramai pelancung yang bermain dengan lotong-lotong. Sekian gerak untuk artikel ke-616.


4 ulasan:

Radzi Sapiee berkata...

Test...

Tanpa Nama berkata...

Can I just say what a relief to find someone who actually knows what theyre talking about on the internet. You definitely know how to bring an issue to light and make it important. More people need to read this and understand this side of the story. I cant believe youre not more popular because you definitely have the gift.

Tanpa Nama berkata...

hello all, how how is everyone?

Tanpa Nama berkata...

top [url=http://www.001casino.com/]casino bonus [/url]hinder the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]online casinos[/url] manumitted no consign bonus at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino games
[/url].