Sepatutnya dari Kuala Lipis kami terus kembali ke Kuala Lumpur kerana isteri harus bekerja pagi keesokannya. Tetapi dalam perjalanan ke Raub isteri diserang sakit gigi yang amat sangat sedangkan saya sedikit demam dan terasa penat.
Dalam pada itu saya terdengar isteri menalifon bapanya meminta tolong untuk cuba mengubat dari jauh. Memang bapanya tahu mengubat sakit gigi melalui petua orang tua tetapi bukanlah dengan cara remote begitu. Saya pula kelakar mendengar isteri mengadu dalam bahasa Jawa... "sakit untu pak!". Sakit untu? Rupa-rupanya untu tu gigi! Saya ketawa terbahak-bahak.
Memandangkan kami dua-dua kurang sihat, saya membuat keputusan untuk bermalam di rumah almarhum Nenek. Pagi itu dapatlah kami menziarahi makamnya tidak jauh dari situ...
Kemudian saya singgah untuk bersolat di masjid tengah bandar ini, terus terasa mahu mengambil gambar untuk dibuat posting. Sila lihat artikel Masjid (mosque of) Tengku Abu Bakar, Raub yang baru dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi.
Dalam masjid saya terlihat buku ini...
Tergerak untuk membuka terus mana-mana halaman, terus tertumpu pada bahagian tentang doa yang menyebut "Ya Allah ya Tuhanku! Jangan biarkan musuh-musuhku bergembira dengan penyakitku..."
Hmm... memang sejak beberapa tahun ini saya sering disering sakit demam-demam bisa badan, urat, angin dan segala macam perkara yang melemahkan badan terutama apabila sibuk menggali cerita-cerita lama tentang kerajaan-kerajaan Melayu...
Kemudian baru saya pergi mengambil isteri di satu klinik di hujung jalan. Oh, terlupa nak beritahu. Di situlah isteri saya mengambil ubat dan MC untuk hari itu...
Kami pun meneruskan perjalanan menghala ke Bentong...
Selepas Bentong, sejurus sebelum lebuhraya Karak, tergerak pula hendak mengambil jalan lama yang berliku-liku membelah hutan belantara dan bukit-bukau. Sampai satu bahagian jam pula... rupa-rupanya ada pokok tumbang!
Apalagi, kami suami isteri pun melayan mandi. Walaupun ketika itu hari panas... sekurang-kurangnya dapat juga menyidai balik pakaian yang dibasuh di Raub tetapi belum sempat kering tadi.
Malam itu kami sekadar menginap di sebuah surau yang sudah jarang digunakan, surau tempat saya biasa menginap setelah keluar dari rumah Pak Habib awal 2005. Nyenyak juga tidur malah lebih berkat. Sekurang-kurangnya takda le segala macam hantu yang dikatakan sesetengah orang tua sebagai wali, hehe! Ini kira private joke aku le... ada ke wali-wali boleh main 'pasak' tanam keliling rumah? Ini ke ilmu Tasawuf yang mahu diajar kat aku. Orang ramai yang tak tahu hujung pangkal sebenar boleh le engkau tipu. Pigi raaahh....
2 ulasan:
Salam Sahabat...
Gambar yg pertama tu macam penah pegi rasanya, di mana agaknya?
Wassalam. Tepi Sungai Sempam, Raub...
Catat Ulasan