Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Ogos 21, 2025

Islam agama persekutuan - Langkah peneguhan dan pelaksanaannya

OK. Pergi pada satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.



Pagi Selasa 20 Ogos 2025 saya menunggang motosikal besar kesayangan ke tempat bernama Anjung Melayu dekat bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengikuti satu majlis ilmu.




Poster bagi majlis. Saya baru dapat tahu malam sebelum itu.



Kebetulan pagi sebelum majlis mahu menghantar isteri untuk tugasan di pejabat syarikatnya yang di belah Bangsar. Saya sebut begini kerana syarikat memiliki pejabat di merata Malaysia. Yang isteri selalu kena pergi adalah yang di Shah Alam. Namun kadangkala di Rawang, kadangkala dekat Tasik Titiwangsa. Disebabkan tugasannya di Kuala Lumpur bolehlah saya sekali jalan ke majlis ilmu.




Malah sempat ke Pudu Sentral tidak jauh untuk satu urusan lain sebelum ke Anjung Melayu. Untuk pengetahuan  tempat yang asalnya sebuah bungalow lama zaman British ini selalu menyaksikan acara-acara berkenaan pemerkasaan umat Melayu. Sekarang ia menempatkan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), satu institusi yang sangat gah suatu masa dahulu tetapi kurang diketahui generasi kini.



DPMM adalah penganjur bersama majlis. Daripada ucapan aluan presidennya Norsyahrin Hamidon baru saya tahu bahawa dewan telah diasaskan sebelum merdeka tahun 1938. Saya cuma tahu ketika zaman ia sudah gah di bawah pimpinan orang-orang seperti hartawan terbilang Tan Sri Tajuddin Ramli dan Datuk Syed Ali lebih sedekad lalu. Saya ingat selalu ternampak bangunan tertera nama dewan di kawasan gah Bukit Damansara, kini sudah lama tiada. Selepas itu seperti tidak kedengaran lagi nama dewan yang dahulu menghimpunkan ramai nama besar tokoh korporat Melayu.

Norsyahrin kemudian menyebut tentang satu majlis keusahawanan yang diadakan bersama MARA (Majlis Amanah Rakyat) di Anjung Melayu dua hari sebelum itu iaitu pada Isnin malam Selasa 18 Ogos. Kebetulan isteri menyertai majlis lalu saya menghantar dengan kereta. Difahamkan untuk menarik MARA agar berusaha bersama DPMM bagi memajukan perniagaan orang Melayu pun agak mencabar ketika itu. Mungkin kerana dewan tidak lagi gah seperti dahulu.

Satu fakta menarik dinyatakan Norsyahrin - DPMM terlibat dalam mesyuarat bersama RIDA (Rural & Industrial Development Authority - Badan pembangunan industri dan luar bandar, ditubuhkan tahun 1953) yang membawa kepada RIDA ditukarnama dan ditambahbaik fungsi menjadi MARA (Majlis Amanah Rakyat, ditubuhkan tahun 1966). Beliau tidak perlu menyatakan bagaimana MARA sangat berperanan dalam memajukan orang Melayu. Fakta ini semua anak Melayu, terutama mereka dalam medan pejuangan harus tahu. 

Dari pusat latihan MARA, muncul Institut Teknologi MARA (ITM) yang memberi peluang ramai anak Melayu yang agak tercicir pelajaran pada peringkat sekolah meningkat naik mendapatkan diploma lalu membuka jalan ke peringkat lebih tinggi. Apabila dinaik taraf menjadi Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) sekitar tiga dekad lalu ia melahirkan pula ramai graduan sarjana dan doktor falsafah juga para profesor. Norsyahrin menambah, perananan DPMM bukan sekadar menolong memajukan perniagaan orang Melayu tetapi membela nasib bangsa. Digabungkan dengan fakta ia ditubuhkan 1938, lebih awal daripada RIDA malah membawa kepada penubuhan MARA baru saya faham peranan besarnya. Dahulu saya cuma nampak ia sebagai lubuk tokoh korporat membina 'empayar' sendiri untuk kemegahan dunia, bukan sangat bagi membela nasib anak bangsa.




Maka terkaitlah dengan tajuk majlis juga usahasama melaksanakannya bersama Kursi Institusi Raja-raja Melayu (KIRRM) di bawah UiTM. Pemegang Kursi, Senator Profesor Emeritus Dato' Seri Awang Sariyan pun memberikan kata-kata aluan berkenaan. Dinyatakan tentang peranan Kursi dalam memberi faham kepada umum tentang kepentingan instituti dalam membela nasib orang Melayu malah kelangsungan negara Malaysia. Disebutlah bahawa majlis adalah yang ke-5 bawah "Siri Wacana Kursi Institusi Raja-raja Melayu". 

Edisi-edisi sebelum itu diadakan dalam bentuk webinar iaitu sepenuhnya atas talian. Saya ada menulis tentang edisi pertama dalam artikel Menelusuri sejarah pemerintahan beraja di Alam Melayu 3 minggu lalu. Untuk pengetahuan, Awang baru beberapa bulan menjadi penyandang ketiga KIRRM. Sebelum itu penyandang adalah Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz (hadir dalam majlis ini), dan sebelum itu lagi almarhum Profesor  Emeritus Datuk Dr Zainal Kling 



Maka masuklah pada pengkongsian ilmu itu sendiri iaitu syarahan bertajuk "Islam Agama Persekutuan - Langkah Peneguhan dan Pelaksanaan" oleh Senator Dato' Setia Salehuddin Saidi, seorang peguam yang banyak berkhidmat dengan Istana Selangor, kini pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Mengemudikan majlis adalah personaliti televisyen yang tidak asing lagi Sayed Munawar. Untuk makluman majlis dihadiri sejumlah tokoh perjuangan Melayu. Antaranya presiden kedua PERKASA, Syed Hassan Syed Ali.



Diterangkanlah apakah makna Islam adalah agama rasmi persekutuan. Ia lebih tinggi makna dan fungsi berbanding kalau sekadar agama rasmi, bagaimana peruntukan berkenaan yang termaktub jelas dalam perlembagaan negara memberikan kelebihan. Antaranya, kerajaan baik pada peringkat persekutuan/negara mahupun negeri boleh memberikan peruntukan untuk apa-apa berkenaan Islam termasuk mendirikan surau, masjid, sekolah, madrasah. Sedangkan tiada peruntukan sebegitu rupa bagi agama-agama lain. 

Dinyatakan hal-hal berkenaan bidang kuasa agama yang ada pada negeri, mahkamah dan undang-undang syariah dan sebagainya. Ia sepatutnya tidak boleh dilangkaui oleh mahkamah sivil yang berdiri atas undang-udang ciptaan Barat (yang mengangkat tinggi apa yang dipanggil sebagai hak asasi manusia walau bertentangan dengan agama). Namun sejak kebelakangan berlaku hal-hal yang diputuskan dalam mahkamah syariah juga undang-undang Islam yang diluluskan pada peringkat di negeri dicabar dalam mahkamah sivil lalu kehendak syariah disudutkan. Ini termasuk kes-kes murtad yang memenangkan orang kafir. 

Malah ada undang-undang yang digubal Dewan Undangan Negeri bagi mendaulatkan perundangan Islam ditolak atas alasan bertentangan dengan prinsip perlembagaan negara. Hal sebegini meletakkan undang-undang sivil lebih tinggi mengatasi undang-undang syariah lalu digunakan untuk memajukan kepentingan pihak-pihak tertentu.  Inilah realiti politik yang harus dihadapi sekarang ini - Orang-orang bukan Melayu dan bukan Islam semakin berani mencabar hak orang Melayu dan Islam. Mereka dibantu puak-puak liberal Melayu sendiri yang mahu hidup bebas lalu mengetepikan peranan dan kepentingan agama. 



Dengan itu dinyatakan sedikit apa yang sedang diusahakan untuk mengatasi cabaran-cabaran sebegitu. Sebetulnya banyak perkara menarik dinyatakan dan ini dipanjangkan lagi melalui sesi soal jawab. Bagi mereka yang ingin memperjuangkan nasib orang Melayu. yang seperti dinyatakan Sayed Munawar masih membicarakan hal-hal survival atau kelangsungan hidup seolah-olah berada dalam pihak minoriti, walhal kita adala majoriti, 60 peratus penduduk Malaysia, sila ikuti sepenuhnya majlis melalui rakaman video bawah. Sungguh, ia sesi yang sangat bermanfaat lagi mengujakan bagi pencinta ilmu yang ada semangat perjuangan seperti saya.



Selasa, Ogos 19, 2025

Menyahut panggilan Bukit Pengkalan di Pagoh

Salam. Ada sedikit perkongsian daripada hujung minggu baru ini.



Jumaat malam Sabtu 15 Ogos 2025 saya dan isteri bergerak ke Muar untuk menziarahi ibu bapa saya di kampung. Esoknya petang Sabtu 16 Ogos saya keluar bersendirian untuk ke Pagoh. Saya mahu menunaikan satu hajat yang sekitar dua dekad tertunda.




Saya mahu mendaki Bukit Pengkalan. Baru 2-3 bulan ini dapat tahu ada denai jelas untuk mendaki hingga ke puncak sekitar 210 meter tinggi dari paras laut.




Setelah meletakkan kereta di satu sisi selamat bersebelahan jalan utama Muar ke Pagoh pendakian pun dimulakan.




Dipendekkan cerita 1 jam 45 minit kemudian sampailah ke puncak.



Menariknya ada satu puncak yang kelihatan lebih menepati ciri-ciri dalam satu mimpi lama. Lihat Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007. Hal ini membuat terasa hendak membuat satu rakaman video lalu dimuat naik ke Tiktok. Lihat Misteri bukit berbatu dalam mimpi- Gambaran dari satu zaman lampau?. Cuma ketika rakaman dibuat saya menyangkakan mimpi berlaku lebih 20 tahun lalu. Apabila disemak kembali baru tahu ia mimpi tahun 2007.


Melihat kembali Bukit Pengkalan dalam perjalanan kembali ke rumah ibu bapa.


 

Pendakian dimulakan dari permulaan denai/jalan tanah merah kebun dekat jalan raya menuju ke puncak yang paling rendah hingga yang tertinggi. Yang kelihatan seperti dalam mimpi adalah puncak kedua. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


1. Climbing up Bukit Pengkalan in Pagoh - Part I

2. Climbing up Bukit Pengkalan in Pagoh - Part II

3. Climbing up Bukit Pengkalan in Pagoh - Part III

4. Climbing up Bukit Pengkalan in Pagoh - Part IV



Esoknya petang Ahad 17 Ogos singgah membuat rakaman video di Bukit Treh sekitar 1 km lebih dari rumah ibu bapa. Lihat Legenda Bukit Treh - "Si Tanggang" disumpah jadi helang diikuti Legenda Bukit Treh part II - Gua ke alam bunian. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,717 di CATATAN SI MERAH SILU.

Selasa, Ogos 12, 2025

Kompilasi asbab isteri ke Redang

OK. Artikel kompilasi bagi perjalanan Pahang seminggu lebih lalu.


Perjalanan berlaku atas asbab isteri mahu ke Pulau Redang di Terengganu bersama 40 orang rakan sekerja selama 3 hari 2 malam. Ia secara rasminya bermula Khamis malam Jumaat 31 Julai 2025 sekitar jam 9 apabila meninggalkan rumah untuk menghantar isteri ke cawangan pejabatnya dekat Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi  menaiki bas rombongan. Selepas itu saya pun masuk ke negeri Pahang lalu menginap di Janda Baik. Rancangan asalnya ada selepas itu mahu bermalam di Raub, malam kemudian di Janda Baik. Malam seterusnya mengambil isteri kembali dari Pulau Redang di pejabat. 

Namun timbul rasa untuk bergerak lebih jauh ke Temerloh membawa ke Bera dan Chenor pagi Jumaat 1 Ogos. Sempat mendaki Bukit Kertau sebelum menunaikan solat Jumaat kemudian ke Sekara diikuti Chenor sebelum berkejar ke Kota Gua Gelanggi. Sempat menziarahi makam pahlawan terkenal Mat Kilau di Pulau Tawar sebelum makan malam di Jerantut kemudian menginap di Kuala Tembeling.

Esoknya Sabtu 2 Ogos singgah di Kuala Kenong diikuti Kuala Lipis dan Raub sebelum bermalam lagi di Janda Baik. Siang Ahad 3 Ogos bergerak ke Genting Highlands lalu mendaki puncak tertinggi yang ada di Gunung Ulu Kali. Seterusnya timbul rasa untuk mendaki Bukit Tabur di pinggir bandar raya Kuala Lumpur.  Ketika turun dalam kegelapan malam sesat buat suatu waktu lalu keluar hutan selepas jam 9 malam.

Kalau tidak kerana sudah berjanji akan mengambil isteri kembali dari Pulau Redang ada kemungkinan akan menginap di lereng bukit sementara menunggu matahari naik. Saya bukan sekadar sesat hilang jejak denai, kedua-dua kaki kena kejang otot yang agak teruk. Tapi mengingatkan janji digagahkan juga mencari jalan keluar hingga dapat. Nasib baiklah kemudian tidak perlu terkejar sangat kerana bas isteri sampai pun dekat tengah malam. 

Apabila sampai kembali ke rumah selepas jam 1 awal pagi Isnin 4 Ogos didapati saya sudah memandu sejauh 740 km. Campur kepenatan mendaki bukit dan gunung serta persinggahan di banyak tempat manakan tidak sampai kini masih terasa keletihan dan kurang sihat badan. Tapi hati amat senang... :]


1. Lagi perubahan (More changes to) surau (praying hall of) Chemperoh

2. Latest visit to Temerloh waterfront

3. Masjid (Mosque of) Al-Muttaqin, Kampung Mengkarak




8. Surau (Praying hall of) Tebing Tembah, Kertau




































Ahad, Ogos 10, 2025

Asbab isteri ke Redang - Dari Gunung Ulu Kali ke Bukit Tabur

Salam Ahad malam Isnin 8 Ogos. Pergi pada cerita hari terakhir perjalanan Pahang minggu lalu. Untuk itu telah disediakan 4 buah artikel sokongan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 9 di BERPETUALANG KE ACEHBersambung daripada Asbab isteri ke Redang - Dari Kuala Tembeling ke Raub.



Pagi Ahad 3 Ogos 2025 bersamaan 9 Safar 1447 Hijriah. Sekali lagi saya telah bermalam di surau ini di Janda Baik. Lihat Rupa baru surau Chemperoh pada siang hari (Chemperoh praying hall new look during daytime).



Sebetulnya saya sampai ke Janda Baik petang Sabtu 2 Ogos selepas meninggalkan Raub. Petang itu ada pergi ke rumah bapa angkat, penulis buku politik terkenal Syed Hussein al-Attas @ Pak Habib. Pagi Ahad singgah lagi.



Tidak seperti pada hari Jumaat 1 Ogos yang mana saya meninggalkan Janda Baik untuk ke Temerloh dan seterusnya selepas solat Subuh. Lihat Asbab isteri ke Redang - Menyahut 'panggilan' Bukit Kertau. Kali ini menghabiskan lebih banyak masa di persekitaran...




Singgah melihat orang ramai bermandi manda di sungai buat sementara. Lihat  A brief stop at one of Janda Baik's rivers. Janda Baik selalu dikunjungi orang luar pada hujung minggu.




Saya merasa terpanggil untuk naik ke Genting Highlands.




Sama halnya seperti kali terakhir ke sana Oktober 2022 saya mahu naik ke puncak Gunung Ulu Kali.




Cuma dahulu naik dalam keadaan berkabus. Lihat artikel lama Menyahut panggilan Gunung Ulu Kali. Kali ini cuaca cantik terang benderang. Dapat melihat pemandangan.



Singgah sebentar beriktikaf di masjid ini.







Teringat hampir 30 tahun lalu pernah menginap dalam sleeping bag di atas bangku di halaman masjid, selepas habis syif malam di tempat kerja lama, akhbar The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar. Lihat Masjid (Mosque of) Genting Highlands.



Namun tujuan utama adalah untuk mendaki ke puncak tertinggi Gunung Ulu Kali. Untuk pengetahuan Genting Highlands terletak di atas salah satu puncak gunung setinggi 1776 meter bersamaan 5826.77 kaki dari paras laut .



Tidak berapa lama kemudian sampailah ke puncak tertinggi tersebut. Lihat On to the highest peak of Gunung Ulu Kali.



Menghabiskan bacaan Surah Taubah lalu proses pengkhataman Al-Quran bagi bulan Safar masuk muka surat ke 7 Juz 11 di puncak.



Di sebelah ada puncak sedikit rendah yang ada batu-batu besar berpokok lalu memanjat ke satu pangkal. Sambung pula bacaan kitab Muqaddimah tulisan Ibnu Khaldun. Lihat On to the highest peak of Gunung Ulu Kali - Part II.



Apabila keluar lalu kelihatan kabus merangkap awan mula menyelaputi pandangan.




Selepas membuat satu pusingan di kawasan peranginan Genting Highlands turun ke arah bandar raya Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Karak.






Terlihat Bukit Tabur ketika menghampiri tol Gombak timbul rasa hendak mendaki ke puncak.




Alas perut dahulu di restoran mamak di Taman Melawati.




Menjamakkan solat di surau berdekatan kemudian berehat sebentar. Lihat Surau (Praying hall of) At-Tarbiah, Taman Melawati.





Jam 4.22 petang pendakian pun dimulakan.




Dipendekkan cerita dapat sampai ke beberapa puncak. Tetapi tak sempat naik ke puncak tertinggi. Ini kerana sampai ke puncak sebelum itu pun sudah dekat jam 7. Sebelum itu ada tersalah mengambil jalan lalu banyak membuang masa. Lihat artikel-artikel berikut :-












Gambar ini diambil jam 9.05 sejurus selepas keluar dari hutan bukit lalu hendak kembali ke kereta. Saya telah mengalami kesesatan selama entah beberapa minit kerana terkeluar dari denai dalam perjalanan turun dalam kegelapan malam. Ketika azan Maghrib kedengaran berkumandang masih di atas satu puncak.



Terus ke masjid terdekat untuk menjamakkan solat Maghrib dan Isyak menggunakan wudhuk sebelum naik bukit. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Mardhiyah, Taman Melawati waktu malam (at night).




Selepas solat orang masjid mengajak makan di restoran mamak berdekatan. Sekitar jam 11 bergerak ke pusat bandar raya kerana sudah berjanji akan mengambil isteri kembali dari Pulau Redang.




Cuma didapati bas tersangkut dalam kesesakan jalan raya di Lebuh Raya Karak. Sambil menunggu di kedai makan sambung pembacaan kita Muqaddimah,


Apabila sampai ke rumah jam 1.12 pagi Isnin 4 Ogos didapati saya sudah memandu sejauh 739.4 km.


Sabtu, Ogos 09, 2025

Asbab isteri ke Redang - Dari Kuala Tembeling ke Raub

OK. Meneruskan penceritaan perjalanan di Pahang minggu lalu. Bersambung daripada Asbab isteri ke Redang - Menyahut 'panggilan' Bukit Kertau.


Selesai urusan di Pulau Tawar saya ke bandar Jerantut makan malam kemudian ke Kuala Tembeling lalu menginap di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kuala Tembeling di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)



Pagi Sabtu 2 Ogos 2025, selepas solat Subuh saya diajak ahli jemaah bersarapan sama di kedai makan berdekatan lalu dibawa dengan motosikal. Selepas itu berjalan kaki bersendirian melihat pekan kecil situ.



Pergilah ke jeti yang selalu digunakan pelancong asing untuk ke Taman Negara. Lihat artikel  A misty morning at Kuala Tembeling di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sambung bacaan Al-Quran bagi bulan Safar. 



Sambung juga bacaan kitab Muqaddimah tulisan Ibnu Khaldun yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris...



Kembali ke masjid sambung rehat. Jam 11 baru sedia untuk menyambung perjalanan. Sebelum itu ambil gambar-gambar  masjid waktu siang. Lihat Masjid (Mosque of) Kuala Tembeling.




Perjalanan diteruskan ke bandar Kuala Lipis.



Sekitar 15 km sebelum bandar tergerak untuk mengambil simpang ke suatu tempat yang mana pernah dibawa saudara masuk lebih 20 tahun lalu. Lihat Reminiscing at Kuala Kenong.



Sekitar jam 12.20 baru sampai ke Kuala Lipis.



Masuk ke pusat bandar lama.



Alas perut di kedai makan dalam stesyen lama kereta api. Lihat New visit to Kuala Lipis old train station. Didapati juga stesyen lama tidak lagi digunakan kerana sudah ada stesyen baru. Lihat Kuala Lipis new train station.



Seterusnya singgah beriktikaf di masjid lama. Lihat Lawatan baru ke masjid lama (New visit to the old mosque of) Kuala Lipis.



Satu lagi tempat di Kuala Lipis mesti disinggahi walau sekadar melihat dari dalam kereta  adalah jeti ini.




Selepas itu berkejar ke Raub tanpa singgah berhenti lagi di mana-mana.



Sebabnya untuk mendapatkan hidangan kegemaran ikan keli masak gulai asam rong. Tengok-tengok dah habis, katanya seawal jam 12 lagi. Nasib baiklah kedai sebelah masih ada kuah. Layanlah dengan ikan keli goreng, jadilah.



Selepas itu singgah di masjid ini untuk menjamakkan solat juga melepaskan sedikit penat lelah. Lihat Lawatan baru ke masjid (New visit to the mosque of) Sempam Baru.



Hampir jam 5 baru ziarah kubur Nenek, ibu kepada ayah saya.



Selepas menjengok ibu saudara di rumah arwah Nenek singgah di bandar Raub.