Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Oktober 25, 2010

Menyelesaikan bab Perak : Cerita sebenar Puteri Buih dan Tiang Bertarah di Sungkai berserta Kota Laksamana

Assalamualaikum semua. Ada perkembangan terbaru yang menyebabkan cerita perjalanan ke Brunei harus diketepikan dahulu buat beberapa hari. Merujuk pada artikel Panggilan dari Pulau Indera Sakti? yang dibuat setengah bulan lalu, sukacita dimaklumkan hujung minggu baru ini saya telah menyahut panggilan itu. Alhamdulillah, isteri dan anak kecil kami juga dapat sampai ke tujuan melalui jalan darat seperti yang dirancang. Malah hari sebelumnya kami sempat singgah di Sungkai untuk merungkai satu kisah lama yang ternyata agak penting tetapi tidak disedari ramai tentang negeri Perak.

Oleh kerana perjalanan ini sebenarnya merupakan kesinambungan pada misi menjejak setiap makam Sultan Perak yang dibuat bulan 6 bulan lalu, mahu sahaja saya menyenaraikannya sebagai sambungan kepada siri berkenaan (Lihat artikel lama Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete!). Tetapi oleh kerana selepas itu dibuat satu perjalanan bahagian lain Perak yang berkaitan (lihat Apa yang boleh dikupas selepas jalan-jalan di Perak sebelah barat), elok juga cerita perjalanan hujung minggu dijadikan satu siri kecil. Dan oleh kerana ia memang kesinambungan kepada dua siri tersebut maka biar siri ini diberi nama "Menyelesaikan bab tertunda Perak". Mari kita mulakan... :]



Pagi Sabtu 23 Ogos 2010, saya telah bersedia untuk ke Perak dengan niat mahu terus ke Teluk Intan. Namun isteri mengingatkan agar kami singgah dahulu ke Sungkai untuk cuba merungkai cerita berkaitan satu kampung yang dipanggil Tiang Bertarah, kewujudan Puteri Buih yang dikatakan seorang puteri bunian dan sebuah kota lama dipanggil Kota Laksamana yang dikatakan wujud sekitar itu. Kalau tak salah ingatan cerita-cerita tentang ini mula muncul di Internet sekitar 3 tahun lalu. Semasa itu saya ada mengendalikan satu thread forum dengan tajuk "Berpetualang ke Aceh" di mana selain mempromosi isi buku saya sering bercakap tentang keSultanan Perak. Lalu ada pengunjung membuka cerita tentang legenda Tiang Bertarah dan Puteri Buih dan kemudian saya dapati ia diperbincangkan di dua tiga forum lain.

Semasa itu saya kurang berminat tentang cerita-cerita itu. Namun sekitar 2 tahun lalu kalau tak salah, semasa mengambil jalan lama ke Sungkai, saya ternampak papantanda menunjukkan ada tempat bernama Changkat Sulaiman lalu tergerak untuk melihat apa yang ada. Saya tidak dapat menemui apa-apa yang patut diberi perhatian kecuali gerak hati yang terus menyebut ada sesuatu di sini. Kemudian saya ada lagi pergi ke Changkat Sulaiman malah turut meronda-ronda di sekitar namun belum terjumpa lagi apakah bendanya yang menyebabkan hati tertarik.

Di atas adalah satu klip video yang diambil pagi Sabtu. Ketika sibuk mencari dan membaca cerita tentang Tiang Bertarah dan Puteri Buih terdengar bunyi burung yang sangat jarang didengari di mana-mana lalu isteri menyuruh saya melihat di luar. Tengok-tengok ada burung helang sedang terbang rendah dalam bulatan berulang-ulang di hadapan rumah. Seingat saya yang telah menetap di sini 2 tahun tidak pernah kelihatan burung helang di sini. Begitu juga isteri tidak pernah melihat burung jenis itu di sekitar Bandar Tasik Puteri sejak duduk di sini 6 tahun lebih awal.


Saya teringat 4 tahun lalu, ketika berjalan kaki seorang diri waktu senja di satu kawasan terpencil tepian Sungai Perak untuk mencari makam seorang kerabat diraja Perak, tiba-tiba turun terbang dari pokok seekor burung helang sebesar budak lalu berdiri menghadap saya. Lihat side-bar kanan di bawah tajuk "Siapakah sebenar Raja Ahmad?" atau terus lihat artikel lama ini Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 3. Itu yang membuat saya terasa nak tangkap gambar.

Namun disebabkan burung helang terbang laju, saya tidak dapat menangkap dengan kamera digital murah. Namun pergerakannya boleh diikuti melalui mood video. Tapi bila mula merekod helang telah pergi lebih tinggi dan jauh. Apapun banyak juga masa diambil untuk mengkaji cerita-cerita tentang Sungkai di Internet lalu selepas tengahari baru kami meninggalkan rumah.


Kami pergi ke Sungkai tanpa mengetahui di manakah kedudukan tepat apa yang mahu dicari. Saya cuma tahu lokasi Changkat Sulaiman kerana pernah ke sana sekurang-kurangnya 2 kali, itupun masih tak tahu apakah yang perlu dicari. Konon-konon nanti saya akan main redah aje le ikut gerak hati. Nasib baik teringat pagi itu isteri ada menghubungi kenalan kami yang dipanggil Merbawi. Lalu dia memberikan nombor seorang anak tempatan yang boleh menunjukkan jalan berserta nama kampung tempatnya menetap.


Apapun perut perlu diisi dahulu. Kami singgah di sebuah kedai makan di pekan kecil Sungkai.


Kemudian baru ke kampung tersebut lalu menghubungi anak tempatan tersebut. Oh, yang 2 kali atau lebih saya pergi ke Changkat Sulaiman tu adalah di Kampung Rahmat le. Dah sampai baru ingat.


Dipendekkan cerita kami bertemu di masjid (lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)) sebelum bertandang ke rumah. Kemudian kami pun dibawa keluar. Ternyata anak tempatan yang bernama Azwal ini cukup tahu tentang selok-belok dan sejarah tempat-tempat di Sungkai. Bukan sahaja itu... dia sebenarnya telah menyiapkan sebuah manuskrip buku yang turut mengandungi segala fakta yang perlu.

Bapanya Mazlan juga tahu kerana menurut ceritanya mereka adalah keturunan Tok Raja Tua, salah seorang penduduk awal di Kampung Tiang Bertarah yang asal. Daripada mereka baru saya tahu Kampung Tiang Bertarah yang ditunjukkan papantanda adalah kampung baru yang muncul selepas zaman pendudukan Jepun. Kampung Tiang Bertarah yang asal terletak sekitar 3 km lebih jauh.

Lebih penting lagi, mereka tahu tentang Kota Laksamana dan pengasasnya seorang Laksamana yang menjadi punca segala cerita. Kewujudan kota ini pernah diberitahu kepada saya oleh saudara Merbawi namun cerita di sebaliknya masih menjadi tandatanya hinggalah saya berjumpa Azwal dan bapanya.


Kelihatan di atas adalah tapak Kota Laksamana, kini dipenuhi semak samun dan pokok kelapa sawit muda. Sebelum membuka cerita dari pihak mereka biar diulang balik apa yang saya dapati dari Internet. Untuk rujukan akan datang, biar dinamakan gambar ini Exhibit A (ala... macam cerita lawyer kat mahkamah tu le...) :]

Cerita paling terkenal disebut orang lalu sering diulangi di Internet ialah kemunculan Puteri Buih dalam buih-buih di sungai berdekatan Tiang Bertarah. Lalu orang menyebut semasa itu juga muncul satu tiang misteri lagi ajaib yang bertarah dan Puteri Buih yang dikatakan adalah orang Bunian membesar menjadi seorang puteri yang sangat cantik lalu dipinang Sultan Perak. Menurut cerita-cerita yang sewaktu dengannya, itulah kononnya punca daulat Sultan Perak. 'Bukti'nya (konon), sebab itu Sultan-sultan Perak dan kerabat mereka apabila datang ke Sungkai tidak boleh jejak terus ke tanah... mesti berlapik 7 helai kain kuning. Begitu juga mereka tidak boleh minum air yang berpunca dari Sungai Sungkai. Kalau tidak akan berlaku malapetaka...


Exhibit B. Sebuah sungai yang berpunca dari Sungai Sungkai. Sebenarnya ia boleh dikira Sungai Sungkai juga sebab berpecah sebelum bersambung kembali (boleh dilihat pada gambar satelit di Google Earth) membentuk semacam pulau sepanjang 1.4 km, lebar 700 meter.

Pelik saya mendengar cerita tentang Sultan dan kerabat perlu berlapik kain kuning dan tidak boleh minum air Sungai Sungkai. Sehingga saya dengar pernah seorang Sultan datang sedekad dua lalu gitu lalu membawa air minum bekalan dari Tapah. Saya percaya sumpah dan pantang sebegini memang wujud dan berlaku. Yang saya pelik, bagaimana ini boleh dikatakan tanda seorang itu berdaulat? Bukankah orang berdaulat itu lebih kuat dari orang bawahannya? Bukankah raja berdaulat boleh pergi ke mana-mana bahagian jajahan takluknya tanpa perlu risau diganggu apapun jenis makhluk atau perlu bersusah-payah berpantang menurut syarat yang ditetapkan pihak lain?


Exhibit C. Isteri dan anak berdiri di kawasan berdekatan sungai tadi.

Cerita 'daulat' ini mengingatkan saya tentang satu dongeng yang dipegang oleh sebahagian kerabat diraja Perak sekarang. Menurut mereka Sultan-sultan Aceh semuanya berasal dari keturunan Sultan Perak. Sebab itu kononnya Sultan Perak lebih berdaulat dari Sultan Aceh.

Memang menurut sejarah rasmi pernah ada Sultan Aceh yang berasal dari keturunan Sultan Perak. Baginda, Sultan Alauddin Mansur Shah (memerintah Aceh 1580-1585) adalah anakanda Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Shah (memerintah 1549-1577). Seorang cucu baginda sempat menjadi Sultan Aceh juga. Tetapi selain itu tidak ada Sultan sana yang berketurunan Sultan Perak, kalau ada pun mungkin disebabkan darah dari belah perempuan.

Apapun, tiada masalah kalau Sultan-sultan Aceh ada berdarah Sultan Perak. Yang menjadi masalah apabila ada membuat dakwaan bahawa inilah yang menyebabkan Sultan Aceh kononnya kurang berdaulat dari Sultan Perak. Oh... lagi satu perkara saya tahu tentang kerabat sekarang adalah mereka rata-rata takut hendak pergi ke Aceh. Sehingga seorang Raja Bergelar yang agak rapat pada takhta telah dijemput beberapa kali ke sana untuk menghadiri majlis agama tetapi masih tidak menjejakkan kaki. Cerita yang saya dengar, beliau cuma akan pergi jika ada seorang ulamak atasan sanggup pergi bersama. Saya tak tahulah apa yang dirisaukan tetapi kerabat lain ada menyebut jika mereka pergi ke Aceh mereka ditakuti boleh mati muntah darah.


Azwal menunjukkan sesuatu di kawasan lain berdekatan. Yang ni tak payahlah dijadikan Exhibit untuk mahkamah kita ya... :]

Peliknya kerabat yang takut hendak pergi ke Aceh kerana risau boleh muntah darah (katanya akibat semacam sumpahan oleh nenek-moyang dahulu, ada kerabat lain pula kata kerana moyang yang berasal dari Aceh bersumpah tidak akan menjejakkan kaki lagi ke sana) menambah itulah 'bukti' kedaulatan Perak berbanding Aceh. Kes ini nampaknya sama macam pantang perlu pakai kain berlapik di Sungkai dan tidak boleh minum air dari sana. Fikirkan... air dari Sungkai mengalir masuk ke Sungai Bidor sebelum masuk ke Sungai Perak di Teluk Intan berdekatan Kampung Durian Sebatang. Kalau dah pantangnya tak boleh minum air yang berpunca dari Sungkai, maka kerabat-kerabat sekarang tidak boleh minum air di sebahagian besar jajahan Hilir Perak! Apakah ini tanda kerabat-kerabat ini dan Sultan dari belah mereka berdaulat? Atau mereka sebenarnya telah disumpah oleh kaum-kerabat lain yang sebenarnya lebih tinggi taraf?


Tempat yang ditunjuk Azwal adalah benteng-benteng tanah yang dijadikan kubu semasa berlaku satu peperangan antara orang Rawa dengan orang Mandailing. Katanya ini berlaku setelah Kampung Tiang Bertarah menerima lebih ramai penduduk baru...


Bapanya Mazlan menunjukkan satu kawasan yang semasa zaman budaknya dahulu adalah sungai...


Kemudian dia menunjukkan tapak-tapak makam yang berkaitan dengan moyang mereka iaitu Tok Raja Tua.


Menurutnya satu makam telah dijadikan tempat untuk satu kumpulan silat batin membuat upacara menurun. Kumpulan inilah yang meletakkan kain kuning selain membuat tanda kepuk makam dengan batu-batu sungai. Untuk pengetahuan makam itu pernah rosak akibat pengusaha ladang kelapa sawit tidak menyedari kewujudannya. Batu-batu nesannya pernah tercabut sebelum satu dipasak kembali, sudah lupa oleh siapa.

Kata Pakcik Mazlan, ahli kumpulan silat yang kemudian cuba mencantikkan makam tidak sedar mereka telah salah mengatur sempadan kerana tidak mengetahui arah sebenar kiblat. Sambil bercerita beliau sempat mencari-cari di belakang pokok pisang lalu terjumpa batu nesan kaki yang telah tercabut. Pakcik Mazlan pun mencacakkanya pada kedudukan asal. Ternyata kepuk yang dibuat kumpulan silat melintang dari arah sebenar... dah nampak kurang ajar pulak... kaki menghadap kiblat...


Seterusnya kami dibawa lebih jauh untuk melihat satu bukit.


Kata Pakcik Mazlan, namanya Bukit Nagamulo.


Ia dinamakan begitu kerana sekitar tahun 1926 begitu, telah berlaku satu banjir besar yang menenggelamkan banyak kawasan sehingga ke Bidor dan Teluk Intan. Tiba-tiba keluar seekor ular naga dari satu lubang di belakang bukit lalu menghala ke hilir, rasanya masuk ke Sungai Perak sebelum menghilang.

OK. Berbalik pada cerita-cerita tentang Puteri Buih dan Tiang Bertarah yang dilihat di Internet. Adapun ada cerita menyebut tiang bertarah yang menjadi punca nama kampung asal adalah sebuah tiang yang telah siap bertarah dijumpa bersama Puteri Buih yang masih bayi di dalam sebuah sungai. Ada juga yang menyebut kedua objek ini ditemui pada tasik besar yang pernah wujud sekitar ini. Menurut Azwal, tasik yang sangat besar memang pernah ada. Pakcik Mazlan pula menambah semasa dia masih kanak-kanak, dia dapat melihat tinggalan tasik yang telah mula mengering menjadi kawasan paya luas, kawasan paya yang kemudian ditambak apabila dijadikan ladang kelapa sawit hingga hilang segala kesan...

Saya ada terbaca perbincangan di Internet tentang hal ini. Ada yang memperlekehkan kenyataan bahawa di situ pernah wujud sebuah 'laut'... sedangkan yang sebenarnya dimaksudkan adalah sebuah tasik yang cukup besar sehingga kelihatan seperti laut lalu dipanggil Laut Tawar. Melihat kawasan di sekitar saya rasa ia memang pernah wujud. Malah saya ada melihat gambar satelit melalui Google Earth lalu cuba membuat perbandingan.

Pernahkah anda melihat keluasan Sungai Perak di sekitar Bagan Datoh? Kalau belum masuk ke sini... The Perak river mouth at Bagan Datoh di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Lalu saya 'ambil' sedikit bahagian luas itu dan alihkan ke kawasan berkenaan di Sungkai. Hasilnya muncul sebuah tasik yang cukup luas untuk kelihatan seperti laut.

Maaf, saya tidak dapat menunjukkan peta simulasi yang dibuat. Atas sebab tertentu saya tidak mahu menunjukkan lokasi dengan tepat. Namun pembaca boleh membuat telahan sendiri. Lihat artikel The vast freshwater lake at Sungkai...


Masjid lama pekan Sungkai yang disinggahi selepas meninggalkan Azwal dan keluarga di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman. Berbalik pada cerita Puteri Buih.

Ada yang menyebut Puteri Buih ditemui oleh isteri Tok Raja Tua. Ada pula menyebut isteri Laksamana Tok Raja Tua. Cerita sebenar yang saya dapat dari Azwal dan bapanya, Tok Raja Tua dan Laksamana adalah orang yang berlainan. Tok Raja Tua adalah orang kanan Laksamana atau Datuk Laksamana yang turut lari ke Sungkai selepas peristiwa pembunuhan Residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch tahun 1875.


Gambar ketika memasuki pekan Bidor, dalam perjalanan ke Teluk Intan. Sekarang biar diceritakan duduk letak perkara yang sebenar seperti disampaikan oleh saudara Azwal dan pakcik Mazlan, cerita yang disampaikan turun-temurun daripada moyang mereka yang dikenali sebagai Tok Raja Tua.

Menurut mereka Laksamana yang membuka Kota Laksamana di Sungkai itu merupakan salah seorang bangsawan Melayu yang terlibat bersama Datuk Maharajalela dalam pembunuhan Birch. Katanya apabila para pejuang Melayu menjadi buruan British, Laksamana dan orang-orangnya telah berlepas dari Pasir Salak kemudian masuk Sungai Bidor lalu Sungai Sungkai sehingga sampai ke tapak kawasan yang bakal menjadi Tiang Bertarah. Asalnya Laksamana cuma mahu naik berehat ke darat melepaskan penat-lelah. Oleh kerana takut diekori British atau juak-juak mereka, beliau telah mengarahkan 5 orang panglimanya berpecah dan meninjau kawasan persekitaran.

Selain itu Laksamana hendak tahu jika ada kampung ataupun penempatan. Panglima-panglima inipun membuat peninjauan. Setelah beberapa lama mereka mendapati tidak ada kampung ataupun apa-apa bentuk penempatan. Tetapi mereka ada terjumpa terjumpa sebatang pokok larah (katanya seperti pokok tampoi... hmm... pokok tampoi pun saya tak tau camana rupa, Hospital Tampoi tau le... :]) yang telah tumbang dengan bahagian pangkalnya seperti ditarah... seperti dipotong orang dengan cara menarah.


Keadaan jalan banjir selepas memasuki jalan ke Teluk Intan dari pekan Bidor. Harus diberitahu bahawa zaman semasa Laksamana dan orang-orangnya sampai ke tempat yang disebut, kawasan sekitar rata-rata diliputi air sehingga disebut sebagai Laut Tawar. Tetapi terdapat bahagian lebih tinggi. Inilah yang bakal menjadi kawasan penempatan awal.

Adapun tempat panglima naik ke darat itu dikenali sebagai Kuala Panglima (ke Kuala Datuk Panglima? Lebih kurang le tu. Saya tak berapa ingat, main cerita je apa yang dapat keluar dari kepala). Letaknya sedikit ke atas bahagian sungai yang kelihatan dalam gambar bertanda Exhibit B. Difahamkan pada zaman itu ia adalah pecahan Sungai Sungkai (ingat, mereka datang dari arah Teluk Intan melalui Sungai Bidor sebelum masuk ke Sungai Sungkai) yang bersambung dengan Laut Tawar. Pohon larah yang bertarah pula terletak di bahagian lain tepian Laut Tawar sedikit ke hadapan. Maka itu dibina satu tempat turun naik bot atau sampan yang dipanggil Pengkalan Larah.


Gambar ketika sampai ke Teluk Intan masuk Maghrib. Kiranya sudah masuk malam Ahad 16 Zulkaedah.

Seperti disebut awal tadi, asalnya Laksamana cuma mahu naik ke darat untuk berehat. Tetapi apabila mendapati kawasan itu tiada orang tinggal dan kedudukannya juga sesuai beliau terus membuka penempatan baru sedikit lagi lebih jauh ke darat. Laut Tawar yang luas lebih ke hadapan memungkinkan mereka memantau orang keluar-masuk sambil menjadi 'benteng' semulajadi, begitu juga Sungai Sungkai di belakang. Tanahnya pula sesuai untuk bercucuk-tanam. Maka muncullah penempatan yang dipanggil Kampung Tiang Bertarah sempena pohon larah tumbang bertarah yang ditemui di Pengkalan Larah, jalan masuk dari arah Sungai Sungkai. Lihat Exhibit C yang menunjukkan sebahagian kawasan kampung asal...

Demi menjaga keselamatan seluruh penduduk kampung, dibina pula sebuah kota di satu bahagian lebih kurang 800 meter ke barat menghadap Laut Tawar. Kawasan itu dipanggil Tanjung Laksamana dan kotanya Kota Laksamana berkedudukan seperti dalam Exhibit A. Adapun Kampung Tiang Bertarah yang ada sekarang adalah kampung baru yang dibuka selepas pendudukan Jepun tahun 1940an. Allah! Saya sudah lupa kenapa mereka berpindah... mungkin sebab hendak dijadikan tanah rancangan. Namun menurut ceritanya ada satu kelebihan pada Kampung Tiang Bertarah yang asal. Semasa zaman pendudukan Jepun ramai orang dari sekitar Teluk Intan dan Bidor datang mencari perlindungan.

Pada ketika rakyat seluruh Tanah Melayu rata-rata harus hidup dalam ketakutan, makan pun setakat ubi kayu, penduduk Tiang Bertarah tidak dikacau malah dapat makan cukup dan enak. Katanya askar Jepun tidak dapat menembusi, melihatnya pun tidak. Menurut Azwal pernah satu kontinjen dari Sungkai bergerak ke arah situ. Namun sampai ke satu tempat bernama Sungai Gemuruh, mereka cuma dapat melihat hutan tebal. Tambahnya pada zaman itu telah muncul kampung berdekatan yang dipanggil Changkat Sulaiman tempat dia menetap. Namun penduduknya turut berlindung di Tiang Bertarah sebelum kembali ke kampung halaman...


Ini pula adalah gambar yang diambil siang tadi. Ia adalah tasik besar cuma 1 km sahaja dari rumah saya, tasik yang kewujudannya baru saya sedari seminggu ini, baru tadi dilihat lebih dekat. Lihat artikel The lake I've just discovered near my house..... Adapun tasik ini mengingatkan pada kisah Laut Tawar di Sungkai yang kini telah kering dan hilang sehingga kewujudannya tidak diketahui ramai malah disangsikan sesetengah pihak. Menurut ceritanya pada tahun 1926 telah berlaku satu banjir besar... ah ceritanya sudah disebut pada gambar Bukit Nagamulo tadi...

Cuma saya mahu menambah ada kemungkinan Laut Tawar di Sungkai mula surut sejak itu. Mungkin naga berbentuk ular besar itu keluar kerana sudah mendapat alamat tidak akan dapat lagi menyorok di dalamnya? Ah... saya teringat bahawa menurut cerita tempatan, di tasik besar yang dipanggil Danau Laut Tawar di tengah pergunungan Aceh masih terdapat seekor naga. Apakah ada kena-mengena? Yang pasti nama Laut Tawar itu sama. Baca balik The vast freshwater lake at Sungkai dan masuk ke links berkaitan...

OK. Sekarang pembaca sudah mendapat gambaran akan kedudukan tempat-tempat yang menjadi latar-belakang cerita. Bolehlah disampaikan bahagian utama cerita.

Adapun Laksamana suami isteri tidak mempunyai anak. Setelah berpindah ke Kota Laksamana pun masih begitu lalu mereka mengadu kepada Allah. Pintanya berikanlah seorang anak... walaupun ada kecacatan, walaupun ada rupa binatang sekalipun mereka tetap rela menerima asalkan dapat anak. Dengan takdir Allah mengandunglah si isteri. Dapatlah seorang bayi perempuan yang cukup sifatnya... cuma bahagian dari pinggang ke bawah sahaja yang seperti kera.

Walaupun mereka sangat sayangkannya, keadaan anak yang kelihatan seperti separuh binatang memaksa mereka untuk membesarkannya di rumah yang lain. Anak itu membesar menjadi perempuan yang cantik... namun perbezaan yang dimiliki menyebabkan ia menjadi buah mulut orang. Menurut Azwal satu hari sang anak terdengar perbualan Laksamana dan isteri tentang kata-kata nista orang kampung terhadap mereka sekeluarga akibat sifatnya itu. Anak itu (saya sudah lupa nama, mungkin Azwal boleh menambah di ruang komen) pun terasa hati lalu ingin membawa diri. Dia cuma meminta agar diberi bekalan secukupnya sebelum pergi masuk ke hutan. Dipendekkan cerita, di hutan anak ini bertemu dengan seorang pemuda orang bunian lalu berkahwin sehingga mendapat seorang bayi perempuan.

Anak yang dilahirkan itu tiada cacat-cela, cukup segala sifat seperti manusia biasa. Ibunya yang gembira mahu kembali ke Kota Laksamana untuk menunjukkan anak itu kepada keluarga namun apabila sampai ke kampung dia dikeji dan dinista kerana membawa seorang anak kecil tanpa bapa (maklumlah, bapanya ghaib). Oleh kerana kecewa dengan keadaan itu, dia tidak jadi kembali. Malah mereka suami-isteri bertawakal kepada Allah dengan meletakkan anak itu dalam sebuah bekas lalu menghanyutkannya di Laut Tawar...


Entah kenapa, saya terasa mahu meletakkan gambar ini, gambar Sultan terakhir Aceh, diturunkan dari takhta oleh Belanda sehingga pemerintahan beraja Aceh tamat 1903. Anak cucu Haji Daud tentu faham dan boleh rasa getaran...

Nak dijadikan cerita, satu hari Laksamana keluar belayar ke Aceh. Sampai di kuala Sungai Perak iaitu berdekatan Beting Beras Basah, kapalnya tersangkut tak boleh bergerak. Dia pun menyuruh orang-orangnya menyelam melihat apa yang mengganggu. Akhirnya Laksamana turun sendiri lalu mendapati sebilah pedang tercacak di dasar laut.

Setelah mencuba beberapa kali Laksamana dapat mengambil pedang lalu pelayaran diteruskan. Beberapa lama di Aceh entah atas urusan apa, dia kembali ke Perak. Sampai di kuala Sungai Perak sekali lagi kapal tersangkut, kali ini akibat rantai besi yang direntang menghadang sungai, dikatakan kerja lanun. Laksamana pun memotong rantai dengan pedang yang ditemuinya dahulu. Menurut ceritanya pedang itu masih ada, siap dengan kesan sumbing di 3 tempat akibat menetak rantai yang menghadang kuala.

Adapun semasa dalam pelayaran dan membuat urusan di Aceh itulah isteri Laksamana telah terjumpa seorang bayi perempuan dalam buih-buih di tepian Laut Tawar. Sebenarnya bayi itu tidak lain, adalah anak kepada anak mereka yang badannya separuh kera. Bayi itu pun dibela oleh isteri Laksamana. Itupun katanya pada mulanya beliau risau takut jadi fitnah kerana lamanya suami keluar belayar, tapi akhirnya dibela juga.

Dari cerita ini muncul pelbagai versi. Ada yang kata ketika terjumpa bayilah timbul sekali tiang bertarah. Ada pula menyebut ketika itu juga Laksamana terjumpa sebilah keris pada batang pokok di bahagian lain Laut Tawar. Kata Azwal itu semua karut. Apapun bayi yang dikenali sebagai Puteri Buih ini membesar sehingga menjadi wanita idaman ramai. Tambah Azwal, satu cerita menyebut beliau akhirnya berkahwin dengan Sultan Aceh, satu cerita lagi kahwin dengan anak Sultan Pahang.

Melihat keadaan semasa dan jangkawaktu semua ini berlaku saya percaya cerita lebih tepat adalah Puteri Buih telah berkahwin dengan Sultan Aceh. Ini kerana Pahang ketika itu memiliki seorang Bendahara yang baru sahaja mengangkat dirinya sebagai Sultan dengan sokongan Inggeris. Lagipun Laksamana (tidak diketahui yang mana kecuali nama samarannya disebut sebagai Laksamana Noratiqah, entah kenapa macam nama perempuan...) pernah berurusan lama di Aceh dan memang keluarga Laksamana di Perak diketahui memiliki darah diraja Aceh bercampur Bugis. Yang pasti, Puteri Buih tidak berkahwin dengan Sultan Perak. Kecuali yang dimaksudkan adalah Sultan Perak dari belah kerabat diraja Aceh kerana ini memang wujud tetapi ceritanya sengaja digelapkan?

Apapun biar saya menambah. Kalau menurut zaman, Sultan Perak ketika itu adalah Sultan Idris I yang boleh dikira melanggar adat dan perjanjian lama dengan membuka pusat pemerintahan di Bukit Chandan iaitu mudik kiri Sungai Perak (sila cari sendiri bacaan berkaitan). Selepas itu rata-rata Sultan Perak adalah daripada keturunannya sedangkan menurut pihak yang anti-Inggeris, kenaikan Sultan Idris adalah semata-mata kerana sokongan penjajah. Adapun diketahui umum bahawa Sultan Idris pernah terlibat menghukum para pejuang Melayu selepas pembunuhan Birch. Mungkin sumpahan yang menyebabkan Sultan dan kerabat tidak boleh menjejakkan kaki di Sungkai tanpa berlapik kain kuning 7 lapis malah tidak boleh minum air yang bersumber dari situ ada kaitan? Apalagi jika sumpah itu dilafazkan oleh Laksamana... pembesar istana yang berasal dari keturunan yang jauh lebih berdaulat jika sahaja mereka tahu apakah identiti sebenar dan asal-usul beberapa orang Laksamana terawal.

Mungkin juga sebab itu kerabat diraja sekarang (rata-rata anak cucu Sultan Idris) dikatakan tidak boleh menjejakkan kaki ke Aceh. Kalau anda mahu tanya kenapa ini boleh berlaku biar dijawab begini. Inilah yang berlaku apabila keturunan pengikut mengangkat diri menjadi raja sehingga melupakan sumpah setia asal yang dibuat nenek-moyang mereka kepada ketua. Itu sahaja. Saya telah mengambil masa hampir sehari penuh untuk membuat artikel ini berserta artikel-artikel sokongan di blogspots yang lain.


51 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bugis tu asalnya adalah askar2 portugis gelombang pertama yg dijadikan askar upahan utk menjaga sultan dulu2 sprt gangga negara dan langkasuka.

Selepas berlaku beberapa peperangan, dibebeapa bahagian kerajaan melayu, ada yg melarikan diri ke sulawesi, sebab itu namanya pun pelik La MaduSalat.

La atau Le or D'Artagnan kan nama2 org2 portugis dan meraka pernah juga digunakan utk menolong sepanyol. Jadi Bugis asalnya adalah singkatan dari Portugis. Mereka menjadi askar2 upahan kerana kekuatan mereka dan besarnya tubuh badan dibandingkan dengan org2 sebelah Asia.

Sebab itu juga Bugis dari Goa dan Luwu tempat asal bugis2 terkenal 5 bersaudara ini datang tidak sama rupa dan struktur tubuhnya dengan bugis2 tempatan, iaitu org2 asli atau penduduk asal sulawesi dari kerajaan selepas bugis 5 saudara ini.

Bukanlah raja tapi askar upahan shj yg akhir menyelusup masuk dan suaka politik meletakkan cucu cicit mereka ke dalam pemerintahan beraja hasil dari upahan menolong kerajaan ini. Ini adalah balasan politik atas pertolongan yg diberikan. Bugis bukanlah raja berdaulat.

mded berkata...

citer bugis ni mcm dari versi nai aje..

Radzi Sapiee berkata...

Biasalah tu. Masih nak promote kebesaran Siam konon. Dah habis kaji sejarah Bugis ke? Orang Bugis sudah ada abjad dan tulisan sendiri yang telah digunakan sejak ribuan tahun dan masih dipakai kini. Langsung takda kena-mengena dengan tulisan berbentuk Latin yang dipakai orang Portugis. Hikayat epik Bugis yang bertajuk La Galigo diakui pengkaji sastera hingga ke peringkat dunia, baik Timur dan Barat sebagai epik terpanjang di dunia. Ia telah wujud jauh sebelum ada kitab Undang-undang Kedah (yang sebenarnya siap ditulis tahun 1800an Masihi) lalu menceritakan sejarah kerajaan Bugis sejak tidak kurang 1,200 tahun lalu. Itupun masih lagi ada orang yang hendak menipu masyarakat umum dengan dakwaan karut mereka.

Kajilah dahulu sejarah bangsa Bugis dan Makassar sampai habis sebelum membuat apa-apa kenyataan. Kaji lebih mendalam, nescaya anda akan mendapati raja-raja Bugis berpunca daripada istana kerajaan Saba' yang pernah diperintah Ratu Balqis sekitar 3,000 tahun lalu...

Oghang Ba Ado berkata...

ha ha ha ha ha.. bugis? portugis? pongkes keturunan apa pulak? ha ha ha ha ha ha...

Merbawi Jr. berkata...

Salam...

Kasihan, naif sangat statement geng-geng Siam ni... ish ish ish!

Tanpa Nama berkata...

Pongkes tu keturunan kau, paku pongkes.huhuhu hahaahhaha kekekekek hihihihih

Tanpa Nama berkata...

Nama "La" tu tak menunjukkan melayu pun. Balqis? hahaa...ada bukti? Sama gak la cam org2 lain cakap tak serupa bikin, mengata org, tapi sama gak ngan org itu...kikkikik

Macam nama Le Meridian kan, mungkin dulu hotel Le Meridian ada bau bau bacang ngan bugis putri balqis, heheh.. Hotel illuminati tu. Bugis ni yg pembawa illuminati dalam keturunan Melayu, sebab tu menyusup masuk dan kawinkan anak semua dengan raja2. Last2 ngaku raja besar. Ada ka patut?
Emmhh kau sedara kau jugak.

Fida Anggun berkata...

Sekurangnya2 tak de nak menyamor guna nama Anon tu le Anon ni ler...

Nape tak guna nick atau nama sendiri? Bukan nak trace pun

Merbawi berkata...

Salam semua..! Satu tulisan yg mnenarik..! Aku sendiri pun tak pernah sampai tempat tempat tu, walaupun dah 2 -3 kali dah jejak kaki. Azwal pun aku tak pernah jumpa lagi...hanya dengar suara aje melalui telefon....hahaha!

Kg Rahmat tu Kg baru. Kg lama Changkat Sulaiman tu dulu ada ditepi sungai. Sebab selalu banjir, dema pindah ke kg baru. Itu lah kampung asal Datok aku sebelah ayah.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam Merbawi. Ni tengah tunggu orang Sungkai pula menambah cerita. Tentang Anon-anon tu tak payah layan. Ini orang bukan nak ajak berbincang tapi saja nak buat kacau.

Suharto n Sukarno dan segala macam nama Su su tu nama Melayu ke? Kalau tanya orang Jawa kat Jakarta haram jadah diaorang tak nak mengaku Melayu sebab anggap Melayu tu lemah, Jawa tu yang hebat. Tapi kat Malaysia ni pakai nama Wak Karto pun tetap juga dianggap Melayu. Begitu juga hal Bugis...

Ni macam kes dendam ni. Yang suka buat perangai carik pasal kat sini adalah 1) geng Batak yang marah sebab teori kehebatan Batak mereka tak dapat sambutan.
2) geng Siam-Islam sebab teori empayar bohong diaorang juga dah kantul dan ditelanjangkan.

Apapun saya takda le sampai kata Raja Bugis ni besarnya sampai dapat memerintah seluruh Nusantara hingga ke Australia dan Syria ke hapa. Tapi di Sulawesi sana memang orang yang dimaksudkan adalah raja besar.

Kalau tak puas hati, beginilah... ambil kata penamat. Bila perang, siapa yang menang siapa yang kalah? Takkan pulak orang yang hebat asyik kalah perang sampai nama kerajaan sendiri pun hilang, harap buat teori karut aje demi nak menegakkan benang basah ya tak? :]

p/s: La ni ramai apa orang pakai nama yang tak menunjukkan Melayu pun... misalnya Sofiya ataupun Katrina. Dan memang pun kalau boleh tak nak ngaku Melayu, bangga dengan Batak ke Siam ke. Tapi last2 terpaksa gak ngaku Melayu. Kalau tak susah le nak masuk ITM atau dapat apa2 keistimewaan orang Melayu kan? :]

Merbawi berkata...

Salam Radzi dan semua kawan kawan..!

Tadi petang aku berendot dgn Pak Aziz melalui telefon...hehe...40 minit beb...panas telinga! Mengikut beliau, memang betul ramai yg melarikan diri selepas Birch dibunuh pada 1875 dari Teluk intan ke gemuruh - pengkalan larah - Tiang bertarah - Kg changkat sulaiman. Ada yg terus ke kuala sg Slim. 7 tempat semuanya. Bab Laksamana tu pun betul tapi tak confirm yg mana satu, samada Laksamana Hj Sulaiman, Muhammad Amin atau Hj Hussain. Memang yg ramai tu kaum kerabat dan pengikut Laksamana. Kata dia Laksamana tu memang berketurunan dari Aceh.

Datuk aku pun dari perdu tu jugak!

Merbawi berkata...

Radzi,

Petikan dari buku Abdullah Zakaria Ghazali - 1997 - 337 pages -
Pasir Salak: pusat gerakan menentang British di Perak
Snippet view
"Yang turut hadir dalam mesyuarat ini, Haji Mat Yasin, Haji M, Haji Mat Daud dan Haji Idris. Dalam mesyuarat ini Sultan Ismail menyatakan ... Sekiranya Sultan Abdullah enggan, mereka akan membawa Sultan Abdullah secara paksa ke Sayong. ...
books.google.com - More editions - Add to My Library▼

Hj Daud ada dalam meeting dgn sultan Ismail. Dalam meeting di durian sebatang pun dia ada jugak..! Tak pasti dia sebelah mana.!

Radzi Sapiee berkata...

Salam Merbawi dan lain-lain. Teman dah soreh dengan Megat yang buat blogspot orang 12 tu. Dia yakin Laksamana Sulaiman lebih dulu dari Laksamana Muhammad Amin dan setelah berfikir lama teman pun terima.

Ceritanya cam ni. Apabila Sultan Abdullah mengisytiharkan diri sebagai Sultan kemudian mendapat pengiktirafan British melalui perjanjian Pangkor 1874, pembesar-pembesar yang mengikut Sultan Abdullah pun diiktiraf sama. Tapi pembesar yang pernah dilantik pada zaman Sultan Ismail pun turut diterima dan tidak pula diturunkan taraf. Jadi ada kemungkinan Laksamana Sulaiman dikira pencen tapi terus memainkan peranan sebagai pengikut Sultan Ismail lalu tetap dikenali sebagai Datuk Laksamana sementara Laksamana Muhammad Amin yang lebih rapat dengan Sultan Abdullah diterima secara rasmi sebagai Laksamana Raja Mahkota untuk seluruh Perak.

Rasanya kemungkinan yang lari ke Sungkai tu Laksamana Sulaiman sangatlah kuat. Teman ingat cerita Nenek teman Laksamana Sulaiman tu takda anak, jadi dia pas le segala harta-benda dia kat adiknya yang seibu, Abdul Raof.Disebabkan cerita Tiang Bertarah berlaku selepas 1875 sedangkan cerita rasmi tentang Laksamana Sulaiman hilang sejak 1874, maka boleh tally dengan cerita belah Sungkai yang menybeut Laksamana dah lama sangat takda anak sehingga sanggup menerima kelahiran anak yang tidak sempurna sifat.

Tentang siapa pula Haji Daud harus diteliti betul2. Menurut mamat Christoper yang buat RoyalArk, Sultan Muhammad Daud Aceh lahir tahun 1864. Jadi semasa Perjanjian Pangkor umur baginda 10, semasa meeting untuk bunuh Birch umur 11.
Tapi tak mustahil baginda ada dalam meeting untuk bunuh Birch. Title Haji mungkin dah ada sejak kanak2 sebab tidak menghairankan jika bapanya Tuanku Zainal bawa pergi haji masa kecil. Kedua, hubungan kerabat Laksamana dengan Aceh sangat rapat malah selalu ada pertukaran pertolongan pahlawan antara Aceh dengan Perak... sebab itu melalui Perjanjian Pangkor British mintak wilayah Dinding dan Lumut, sebab nak tutup exchange point.

Ketiga, Belanda menyerang Aceh tahun 1873 dan setelah beberapa lama berjaya menawan istana dan pusat kerajaan di Banda Aceh. Lalu Sultan Muhammad Daud terpaksa ditabalkan di kawasan pendalaman iaitu Masjid Indrapuri pada 28 Januari 1874 sedangkan Perjanjian Pangkor berlaku 20 Januari 1874. Diketahui sejak itu Sultan Muhammad Daud memimpin kerajaan secara gerilla dan sering bertukar lokasi untuk melawan Belanda. Jadi tak mustahil memang baginda ada bermesyuarat dengan orang2 di Perak dengan memakai nama samaran Haji Daud apalagi apabila diteliti salasilah Raja-raja Aceh dari Dinasti Bugis dengan salasilah Laksamana, Sultan Muhammad Daud berpangkat anak saudara kepada dua-dua Laksamana Sulaiman dan Laksamana Muhammad Amin.

Dah... ni kiranya teman dah bukak open table yop. Malam tadi teman baru mimpi cekak muka satu Sultan sebab paksa teman supaya jadi pengikut jaga keselamatan dia plak... issshhh.... :]

Fida Anggun berkata...

Salam,

Padanle bila iktikaf dan ziarah Masjid Indrapuri dan baca pula sejarah ttg Sultan Daud pernah ditabalkan di situ. Tahun dan bulan dekatle benar dengan tarikh Perjanjian Pangkor. Terus hati berdetik macam ada kena-mengena kedua-dua perkara ini.Hal ni terus saya suarakan pada Suami.

Abg Awi...rasanya dah terang lagi bersuluh. Apa tunggu lagi. Ingat tak tahun lepas Abg Awi ada tanya saya dan suruh cari siapa identiti Daud ni. Dan sekarang clue sudah ada. Maaf le agak lambat baru kami dapat jawapan. Itupun lepas jejak kaki kat tanah Masjid Indrapuri dua kali dan baru2 ni ke tanah Sungkai tempat yang memang ada kaitan dengan diri Abg Awi....

Tak mustahil Sultan Daud ketika itu sudah dilantik sebagai Sultan. Memandangkan usia yang masih muda lalu disembunyikan ke tempat lain dan mungkin di Perak. Kerana hubungan Perak dan Aceh ketika itu seperti adik beradik.

Tak payah pergi jauh, sekarang ini pun bila Sultan Mirzan menjadi Agong lalu dilantik anaknya yang sulung tetapi dengan dibantu oleh pakciknya untuk mentadbir negeri Terengganu.

Radzi Sapiee berkata...

OK. Ini adalah msg dari seorang kenalan saya yang berketurunan dari Haji Mustafa Raja Kamala, orang yang membuka Tanjung Malim. Saya letakkan di sini agar dapat dikaitkan dengan semua ya...

Salaam...
Ada semacam satu semangat yg tiba2 hadir untk berkongsi cerita sebaik membaca catatan Radzi ttg Sungkai. Kisah yg dipaparkan oleh radzi buat saya terkenang akan pengalaman bersama almarhum datuk (cicit Haji Mustafa Raja Kamala). Sebetulnya, teratak datuk saya terletak lebih kurang 1km dari Jambatan Sungai Sungkai. Kalau dr arah Slim dan Trolak, lorong ke rumah datuk terletak di sebelah kanan bertentangan dangan simpang ke pekan lama (simpang ni tak jauh dari tol sungkai). Nama kampung datuk adalah Kampung Gajah. Ada surau kayu lama (2tingkat) yg diwakafkan datuk di Kampung Gajah. Datuk saya bernama Husain bin Busu. Kalau di Kampung, Busu diberi gelaran "Busu Gajah" Saya tak sempat bersama arwah moyang (Busu) tetapi selalu diceritakan oleh bapa saudara ttg kelebihan Busu yg dikatakan boleh mengangkat besi landasan keretapi semasa hayatnya.

Kalau Radzi ke Sungkai, sebut nama arwah Ustaz Dahari mengajar silat...pasti ramai yg mengenali. Dahari ini juga cicit kpd Haji Mustafa...baru kembali ke rahmatullah Ramadhan lalu. Rumahnya betul2 di tebing sungai Sungkai. Semasa hayatnya mengajar mengaji, silat (yg saya tahu dahulunya silat Nasrul Haq) selain boleh mengubat. Dialah yg menyimpan banyak alat senjata pusaka yang akhirnya telah berpindah tangan kepada Tengku Hanif (uncle) yg berada di Johor. Apa kaitannya cerita ini saya sampaikan? Saya cuba nak kaitkan dengan catatan Radzi ttg kenyataan, "Sultan-sultan Perak dan kerabat mereka apabila datang ke Sungkai tidak boleh jejak terus ke tanah... mesti berlapik 7 helai kain kuning. Begitu juga mereka tidak boleh minum air yang berpunca dari Sungai Sungkai. Kalau tidak akan berlaku malapetaka." Secara mudahnya, biar saya katakan "tulah" Sudah biasa saya dengar cerita ini secara lisan daripada arwah datuk dan arwah "tok Dahari" semasa hayatnya.

Radzi Sapiee berkata...

Sambung...

Tengku Hanif juga pernah bercerita kepada saya perkara yang sama. Di sungai Sungkai dikatakan tempat gajah putih bertapa. Gajah diberi nama "Embung Buja" ini dikatakan datang dari seberang. Arwah Dahari pernah trlihat akan kelibatnya. Boleh lihat menggunakan ilmu batin...wallahhualam~ namun itulah yg pernah diceritakan kpd saya. Jadi, tak salahlah jika ingin katakan detikan hati Radzi ke Sungkai ini ada kaitan dengan Bugis juga...sbb mmg ramai waris Raja Kamala di sekitar Sungkai.

Untuk pengetahun Radzi...di Sungkai terdapat ramai waris Haji Mustafa Raja Kamala. Makam anakanda Haji Mustafa yang bernama Muhammad Ali (datuk kepada datuk saya) juga ada di sana.

Banyak peristiwa aneh berlaku di sekitar kawasan Kampung Gajah, Sungkai (seperti yg sering diceritakan datuk kepada saya). Bagaimana dikisahkan mereka yg mencuri susu getah tidak dapat keluar dari kawasan kampung...seolah kampung tersebut "dijaga." Semasa dizaman sekolah, saya sering diingatkan arwah datuk supaya masuk ke dalam rumah sebelum senja. Kebimbangannya disbbkan oleh beberapa kes kehilangan kanak2 yg didakwa disembunyikan "orang bunian." Ada yang dijumpai semula dan ada juga yg hilang tanpa dapat dijejak.

Saya masih ingat bagaimana datuk cuba memberi gambaran ttg "orang bunian" ini yg menurutnya ada ciri pengenalan di wajah, umpamanya, bibir bhgn atas yg tidak berlekuk. Ada juga yg mengatakan kaki "org bunian" ini tidak bertumit (menurut abg ramli yg membawa kami mengelilingi pulau besar). Jual beli makhluk ghaib ini menggunakan daun sbgai matawang. Sbb itu kata datuk, kalau peniaga menjumpai daun dlm bekas duit, maknanya dalam tak sedar ada menjalankan aktiviti jual beli dengan "orang bunian" ini. Kita shj yg tidak sedar sbb mereka boleh menyerupai manusia spt kita. Bezanya hanya dpt dikenalpasti berdasarkan beberapa ciri yang disedari oleh mereka yg "perasan" akan kehadiran "org bunian" ini.

Ttg helang pula...ada cerita yg lebih kurang sama. Di teratak almarhum datuk saya ini, sering helang terbang berlegar-legar di udara. Adakala, pokok2 di sekitar kawasan teratak jadi tempat hinggap sementara. Saya masih ingat lagi...zaman sekolah di mana datuk menembak helang yang bertenggek di dahan. Helang yg mati tertembak bukannya bersaiz biasa tetapi seperti kata radzi...sebesar budak. Datuk mmg ada ada lesen berburu. Walaupun pandangannya kabur, ttp punya kelebihan mensasarkan peluru dgn tepat. Seingat saya datuk tak pernah pulang dengan tangan kosong, pasti ada shj pelanduk, landak dsb dibawa pulang ketika berburu.

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Nama Puteri Dalam Buih adalah Puteri Mayang Sari. Di dalam laut tawar juga terdapat sepohon pokok timbul di permukaan air di namakan Pulai Berlayar yang ketika siang akan hanyut ke tengah manakala malam akan hanyut ketepian.Pokok itu di bawa oleh seekor ikan toman yang besar (kemungkinan jin yg merupakan diri seekor ikan). Ibu p. dlm buih( yg bkaki kera) semasa mengandung telah bermimpi, di datangi seorg tua "jika bayi tersebut lahir hendaklah di hanyutkan ke sungai,jika engkar bayi tersebut akan mati". Apabila bayi tersebut di hanyutkan di atas sebuah sampan yg di hias indah, ibu nya menyanyi sebuah lagu yg sedh(lagu 2 dh lupa pulak). setelah bayi itu di hanyutkan dgn izin Allah, kakinya yg berupa kera itu telah menjadi normal.
Ending cerita tersebut, Puteri dlm buih pada mulanya di pinang oleh org kebanyakan. setelah dipinang, bila hampir hari di satukan, bakal suaminya telah meninggal dunia tanpa sebab. p.dlm buih di pinang buat kali kedua oleh org kebnyakkn.masih mendapat nsib yg sama sehinggalah ke enam kali. yg ketujuh beliau telah di pinang oleh kesultanan aceh dgn izin Allah barulah tidak ditimpa nsb yg sedemikian.

Tanpa Nama berkata...

sambungan...
maaf a. radzi lambt komen hehe... bz sket.




-azwal-

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Terimakasih Azwal. Tambah le lagi... :]

Tanpa Nama berkata...

salam...


Pada permulaannya laksamana serta org2nya ingin berhenti rehat menghilangkan penat seketika, lalu laksamana mnyuruh 5 org panglimanya naik ke daratan bg meninjau keadaan sekeliling adakah selamat dari tntera british.mereka berpecah, lalu salah seorg drpd mereka berlima telah menjumpai sepohon pokok TERAS yg telah tumbang ke bumi di TARAH oleh seseorg untuk di jadikan TIANG rumah.Puas mereka mencari pemilik kayu tersebut namun tidak jumpa.Lalu mereka kembali ke tempat laksamana berehat serta memberitahu akan berita tersebut kpd laksamana.Di kwsn itu juga terdapat banyak pokok larah yg hdp meliar.Lama kelamaan laksamana membina sebuah perkampungan kecil pd mulanya kira2 jarak 20meter dr tempat mereka berhenti rehat.nama kg kecil itu diambil sempena nama pokok yg di temui oleh panglimanya di tarah untk di jadikan tiang rumah,mnakala berhampiran kg itu terdapt satu pengkalan kecil yg namanya diambil sempena nama pkk yg telah di jumpai oleh laksamana hidup meliar di kawasan itu iaitu pengkalan larah.manakala laksamana menempatkan pembesarnya di seberang sungai iaitu di suatu bukit berhampiran pengkalan larah iaitu cangkat menteri.lama kelamaan laksamana membina sebuah kota di perbuat drpd timbunan tanah. kdudukan kota agk strategik dimana kota di bina menghadap dan di tepian laut tawar. kota terletak di daratan yg seolah tanjung.di gelar juga tanjung laksamana. tujuan ia di bina adalah untuk mempertahankan diri jika berlaku serangan dari british. Laksamana sering berulang alik dari cangkat menteri ke kota laksamana yg jaraknya kira2 800meter.reka bentuk kota di bina seolah separuh bulatan besar sepanjang kira2 200meter dan tingginya mencecah hampir 5kaki. tapi sayang kini hanya tinggal cerita je... semua kesan telah di tolak menggunakan jentera bagi penanaman klapa sawt.




-azwal-

Radzi Sapiee berkata...

Terimakasih. Tu dia... Laksamana ada 5 orang panglima, siap ada pembesar dan menteri sendiri. Teringat seorang moyang saya, orang panggil Hajah Halijah siap ada dayang2. Bapanya pula orang setakat sebut sebagai Haji Musa aje. Tapi ada kota sendiri, ada rumah besar yang ada singgahsana... Sultan Abdullah pun dahulu dok kat situ. Siapa diaorang semua ni sebenarnya sampai boleh ada kota dan pembesar sendiri? :]

Tanpa Nama berkata...

salam...alhamdulillah..akhirnya ada juga pihak yg sudi nak ketengah kan ttg kisah tiang bertarah dan beberapa kisah yg masih belum dapat terungkai...terima kasih azmisharudin@marbawi..kerana berkongsi kan cerita ni kepada rakan anda...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih saudara radhi kerana bertemu juga dengan sahabat saya saudara azwal...dapat lah di kongsi bersama pelayar2 blog mengenai catatan dan misteri yg terdapat di tiang bertarah sungkai..harap2 akan ada lagi penemuan di sekitar tiang bertarah..ahmadnazir_81@yahoo.com

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Sama2. Tambahlah lagi cerita... :]

Tanpa Nama berkata...

"Maka dengan kemurahan daripada Datuk Laksamana maka di hadiahkan oleh Datuk Laksamana sekeping surat kepada Tujuan Saka dan di suruhnya Tujuan Saka ke daerah Sungkai jadi sebagai guru agama di daerah itu". Sila rujuk di blog http://marisma.multiply.com/journal/item/185/Kisah_Fakeh_Khalifah_dan_Tujuan_Saka_Dalam_Manuskrip_Riwayatut_Tammauwi.
"The To* Setia Kerma of Sungkai". Rujuk di http://www.archive.org/stream/eventspriortobr00peragoog/eventspriortobr00peragoog_djvu.txt.

KHAIRIL LIZAN berkata...

ASSALAMUALAIKUM, ada 1 kisah yg perlu dirungkai yg terjadi ditanah sungkai. x silap sye sungkai nama baru, nama lamanya adalah langkapuri.wal'laahu a'laam. tapi sye nk rungkaikan 1 kisah misteri. mungkin ada kaitan dgn kota laksamana... begini dahulu terjadi di kampung perlok hulu sungai sungkai. sye x berapa pasti sngt cerita ni cuma dgr2 cerita pak sedara. ada seorang alim tlh meninggal dunia. dan tlh berwasiat dikebumikan di tanah seberang sungai sungkai kebetulan syelah salah seorang waris yg mewarisi tanah itu, setelah segalanya berjalan lancar seperti biasa masyarakat menjalankan fardhu kifayah. mereka pun terus membawa jenazah ke seberang sungai. disana jenazahkan diletakkan ditanah. seorang dari mereka pun membuka keranda dan terkejut akan apa yg dilihatnya????????? jenazah tadi tlh hilang, sewaktu mereka meletakkan ditanah tadi terasa masih ada kerana terasa beratnya. mereka pun sepakat menanam tikar sahaja. belum sempat mereka selesai segalanya mereka terdengar bunyi harimau mengaum. mereka tidak endahkan dan beredar dari sana. selepas ramai yg terserempak dgn harimau mungkin jadi2an yg andai x silap sye kakinye cacat sebelah. mungkinkah arwah ni para wali kerna dighaibkan. x silap sye namanya Tok Meor Muhammad. sye terputus info dan butiran2 yg nyata. bolehlah andai sudi bersama2 kita merungkai siapakah dia TOK MEOR MUHAMMAD....

khairil lizan berkata...

MAAF andai taipan sye bertabur sikit. harap2 leh terima. mungkin juga ada kene mengena dgn keramat kuala bidor. sye juga pernah bermimpi didatangi seorang hamba Allah yg x dilihatkan wajahnya kerna terlalu terang cahayanya. namun sye sempat melihat pakaiannya. berpakaian kuning ala2 sultan tetapi tidak penuh. seperti baju luarnya dibuka dan hanya memakai baju tanpa lengan. sekelip mata ia sudah berada didepan mata. dan sye mengulurkan tangan hendak salam namun dgn menggunakan suara hati ia bekata kamu tidak layak salam dgnku. andai kamu mahu bersalam dgnku carilah Al-quran dan belajarlah. dan beliau menghalau sye keluar dari langkapuri mulai saat ini. dan sye keluar selama bertahun2 mencari dan terus mencari sehingga hati sye terasa tenang dan lapang hati untuk pulang ke tanah air. kisah ni berlaku kira2 6,7 tahun lepas. sekarang lain pula jadinya, sye tidak boleh keluar dari kmpg sye ni. mcm ada tarikan magnet yg memanggil sye supaya pulang. mungkinkah sye perlu merungkaikan masalah2 yg telah digelapkan tentang asal usul serta kehebatan Islam di Sini untuk dijadikan sebagai semangat bagi org2 timur bangkit menentang penjajahan seluruh dunia. wal'laahu a'laam bish shawaab. hanya sekadar luahan hati yg menanti segolongan manusia yg mahu mencari asal usul mereka...............

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Apakah saudara tahu pada tahun atau abad berapaka Meoh Muhammad ini dikatakan hidup? Apakah makamnya di Tanjung Medang Sungai Sungkai? Lihat... http://merahsilu.blogspot.com/2011/02/mencari-makam-keramat-tanjung-medang-di.html

cicit Daeng Man berkata...

Salam buat moderator dan penulis blog, saya terpanggil untuk berkongsi cerita berkaitan dgn Bugis di Sungkai. Untuk makluman tuan dan pembaca sekelian, Moyang saya bernama Daeng Man dan berkahwin dgn Halimah Binti Pichak. Moyang saya ini org bugis dr seberang. Moyang saya bersama 5 adik beradiknya yg lain telah bersembunyi di Kg. Gembui, Sungkai. Mereka di katakan telah di buru oleh Belanda kerana berjaya membunuh askar - askar dan ketua askar Belanda. Moyang saya bersama adik beradik serta keluarga masing - masing tinggal di dalam hutan Kg. Gembui, Sungkai. Menurut cerita bapa saudara saya, mereka pernah ke perkampungan keluarga di Kg. Gembui, Sungkai yang terletak di dalam hutan. Arwah Opah saya ada meninggalkan keris kecik yang bersalut emas yang di sisip pada sanggul rambut yang di katakan terkenal di kalangan perempuan bugis. Bugis di bahagikan kepada 4 kasta atau golongan ;

1) Kare ialah golongan Ulamak dan tokoh agama.

2) Karaeng ialah golongan dan keturunan Raja atau bangsawan.

3) Daeng ialah golongan Peniaga, pedagang, perantau, pahlawan, pengembara atau Shah bandar.

4) Ata ialah golongan hamba suruhan, pekerja - pekerja kasar atau buruh atau kuli.

Dulu saya biasa terdengar banyak pantang larang orang bugis yg di sebut sbg Pa'malli. warna hiasan dalam rumah masa arwah opah saya hidup gemar sekali menghiasi langsir - langsir, sarung bantal dan sebagainya dengan warna kuning. Bahkan menurut cerita pak sedara saya mengatakan mereka mempunyai ilmu jampi menangkap ikan dan berburu hinggakan tidak hairanlah dikatakan mereka ke hutan dengan tangan kosong balik membawa hasil. Wallahu'alam...

Tanpa Nama berkata...

korang semua ni keturunan indon ke?euuuwww..apa kate korang balik dok negara nenek moyang korang yg mundur nu..(no offense just thought) wkwkwkwkw

Tanpa Nama berkata...

Salam...saya orang felda besaot...dan berkerja diKL,saya ingin cerita sedikit pengalaman dimalam raya pertama...semasa pulang ke kmpung menunggang motosikal secara solo...apabila saya sampai dikawasan sungai yg berbukit yg tunjukkan oleh pakcik mazlan...saya ternampak sekumpulan orang ,beramai ramai berarak dikawasan trsebut....terdapat juga kanak kanak...yg peliknye cara mereka berpakai cara orang lama...memegang obor....dan orang yg didepan sambil menolak kereta lembu yg dihias.....lalu mereka brjalan sambil bertakbir.....didalam ladang kelapa sawit.....waktu saya lalu dikawasan tu pada pukul 9 setenggah mlm ....

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan-tuan,

Saya ni anak jati sungkai..selalu ke sungai sungkai mencari ikan masa zaman kanak2 dulu..juga adalah cicit kepada almarhum tok pawang Usop yang terkenal suatu ketika dahulu berjalan mengayuh basikal ketika tidur...cucu kepada almarhum Ustaz Haji Othman Abdul Rauf (guru agama terkenal (Kg Baru/Buluh Telor)yang bersaudara dengan Almarhum Tuan Guru Haji Desa (pakar urut semasa hayatnya disamping pengajian Tassawufnya yang masyhur dengan arwah datuk saya sebelah ibu ini..saya tak sempat berguru dengan mereka berdua ini kerana merantau ke selangor ..kalau tak silap ada terselit kisah misteri dalam buku misteri terkenal (siri bercakap dgn jin-Tamar Jalis)dengan kisah tok pawang Usop ini..cuma nak pastikan mengenai orang bugis ini yang mana bugis ni mempunyai 7 warna?..opah saya sebelah ayah (dikatakan moyangnya datang ke tanah melayu dengan berjalan diatas air..wallahualam..tak dapat disahihkan kerana tiada bukti..beliau selalu kaitkan 7 warna ni perlu sentiasa dipakai supaya keturunan penjaga bugis kenal akan cucu cicit mereka (alam ghaib) tidak mengapakan mereka jika mereka datang kesungkai..adakah ianya syirik? percaya kepada yang luar dari akal manusia..astaghafirullah.. wallahualam..kalau ada sesiapa yang boleh rungkaikan..terima kasih diucapkan.

satu lagi perkataan pa'malli..tu macam pernah di ucapkan oleh mak saya..tapi berlainan bunyinya iaitu salah malli..atau kulit yang lebam terkena sesuatu..entahlah..wallahualam..

Ahmad
Kg Baru Guntung Sungkai

kuntau berkata...

saya anak jati sungkai,mengikut cerita bapaa saya keturunan saya pernah kena tetak dengan orang mendailing yg datang dari pahang melalui batu talam hulu dong pahang,mas tu ada majlis perkahwinan dipehak keluarga kami,pas tu depa kidnap anak dara kami bawa lari ke sana, dpa kawin le, tu pasai kami tak ngan dengan orang mendailing ni,fakta ni memang betul sebab wak sigalah panglima mendailing dan raja bilah telah bersengkongkol dengan british gi tangkap datuk maharaja lela semasa kejadian pembunuhan jww birch, ini menunjukkan depa kalau dapat duit jadi suruhan kafir laknatullah pun tak pe.

Unknown berkata...

kalau x taw ape2... jgn memandai2 pasal keturunan kai

Unknown berkata...

Saya sudah menaip tadi tapi tak pasti jika tidak sampai ke bahagian komen ini

Unknown berkata...

Maaf kepada apa yang tulis tadi empunya blog sudahpun menerimanya. Saya ingin berkongsi kisah yang saya kerap dengar dari arwah ibu saya orang Sungkai (kedua ibu bapa saya memang orang Sungkai) berkenaan kisah tiang bertarah dll. Terdapat juga kisah istana di situ yang terhijab dan dikatakan hanya mereka yang berketurunan Sungkai sahaja boleh melihatnya. Satu lagi berkenaan kisah yang beliau dengar daripada moyang perempuan berkenaan susur galur moyang datang dari Tanah Seberang yang kata moyangnya datang dengan memakai selempang kuning persis kerabat diraja. Arwah ibu saya cuba mensahihkan kisah tersebut ketika berjumpa dengan seorang yang dikira orang-orang besar kerana mengikut cerita terlibat dalam adat pertabalan Sultan Perak. Beliau berumur kira-kira 80tahun ke atas, tinggal di atas bukit di jalan lama menghala ke Tapah. Beliau mungkin arif tentang kisah-kisah lama ini.

Unknown berkata...

Selain daripada itu, jika ada yang bercakap tentang harimau jadian itu, saya juga mempunyai kisah ibu saya tentang sepasang harimau jadian yang katanya dipunyai oleh moyang lelaki saya. Ibu saya ketika kecil sering melihat harimau 2 ekor tersebut di bawah rumah moyang, di mana seekornya tempang.

Pada mulanya saya tidaklah berapa percaya kerana masih muda lagi, namun mula berubah kepada mempercayai wujudnya harimau yang dikira bukan harimau sebenar setelah beberapa tahun lepas ketika pulang bercuti, saya ditimpa kaki hencut sebelah. Selama beberapa hari saya mengalaminya sehingga saya mengeluh memikirkan bagaiman boleh terjadi sebegitu. Keesokan harinya, kaki saya pulih semula, dan ibu saya pula terjumpa kesan tapak kaki seakan-akan harimau menghala ke pagar dengan sebelah tapak seperti tempang...

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Mungkin punulis boleh melawat balik ke Masjid Lama Sungkai. Ada satu batu tanda yang menceritakan kedatangan Panglima Bukit Gantang ke Sungkai. kalau tak silap tahun 1902. Mungkin ada kesinambungan cerita sejarah Sungkai.Aminkz

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..
Teringat pula....
Minta abang akak minta sambungkan....
"Seri Jembal Kota Laksamana,
Pulai Berlayar airnya tenang,
Kalau disebut kisah yang lama,
(Di sini lupa saya apa sambungnya)..
:)

Tanpa Nama berkata...

Saya pun pernah dengar pantun ni tp ada sikit perbezaan..

Seri Gembut kota laksamana,
Pulai belayar airnya tenang,
kalau disebut kisah yang lama,
..............................

Cuba baca, apa perasaan anda selepas membacanya...

Tanpa Nama berkata...

Ye la...
"SERI GEMBUT Kota Laksamana,
PULAI BELAYAR airnya tenang,"
Jembal tu dah ke lain...
Nampak mcm ada tau sikit...
Tapi tak complete xD...

Tanpa Nama berkata...

Mana ada terhijab. Cuma lokasi je org tak tau.Puing2 istana tu pon ada lagi. Kalau rajin jalan2 skitar situ silap2 barang2 lama pun dapat. Keris pedang tu takde la. Maksudnya mcm tombol kepala katil,sudu tembaga,senduk tembaga. Ada sejenis bunga yg hnya tumbuh di kawasan istana je. Boleh digunakan untuk mengubat,cara tradisional la. Petua turunan Aki Usop Panjap.

Tanpa Nama berkata...

Awek yang lama usah dikenang

Blumorpho berkata...

Sultan Idris sblm ditabalkan jadi Sultan Perak kena berjumpa dgn moyang saya. Dia perempuan kita panggil Uci sbb dari pagaruruyung. Ramai org kat gopeng tahu cerita ni. Kalo org yg bkn dari keturunan dia terpijak bayang2 dia nnt muntah darah, dan dia perlu mengubatnya semula. Tapi moyang lelaki adik beradik uci ni hidup mcm org kebanyakan, mendirikan masjid dan menjadi imam di masjid tersebut. Dia mengajar mengaji pondok dan memiliki karamah. Apabila askar jepun melempang moyang saya, askar itu tersebut mndapat sawan babi. Setelah dipujuk oleh Jeneral jepun, moyang saya pulihkan askar tsbt dgn mencelup tangan kedlm baldi berisi air tapi tidak berkesan. Last, moyang saya terpaksa mencelupkan kaki nya utk diberi minum kpd askar tsbt. Baru pulih. Turun-temurun keluarga datuk saya mewarisi pekerjaan menjadi imam disitu. Last datuk saudara jadi bilal sbb org skrg prefer amik lulusan Al-Azhar sbg imam. Saya rasa datuk saya tahu siapa dia tapi mrk sgt berahsia. Sblm datuk nk menghembuskan nafas terakhir, dia ada beritahu mak saya yg dia nmpk ramai org dtg ziarah dia yg sedang nazak. Dan dia tahu masa dia dh tak lama lagi. Cuma dia beritahu mak saya “tapi kau tak perlu takut, mrk tu org kita”.

Tokwan sam berkata...


Seri Gembut kota laksamana,
Pulai belayar airnya tenang,
kalau disebut kisah yang lama,
Airmata jatuh berlinang

Anak sungkai... berkata...

Maaf tuan mencelah sedikit.. kg perlok lama.. sebelum kg chegar machang

Anak sungkai... berkata...

Waalaikumusalam.. tuan, saya cicit Haji Desa, Dan cicit kepada Yusuf, asal kg chegor machang...

gee1982 berkata...

boleh hubungi saya di mayuziefaris@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Seri Gembut kota laksamana,
pulai pulai berlayar airnya tenang,
angkara pembelot empunya pesuna,
membawa musuh datang menyerang,
pecah di mulut segala rahsia,
tiada teralah laksamana terbilang.

Tanpa Nama berkata...

Org tua dah pesan jangan jadi tulang babi..Kail sebentuk umpan seekor,sekali putus sehari berhanyut..tak berbaloi

Tanpa Nama berkata...

Timeline tak berapa kena, Kalau start 1874 baru ada tiang betarah then 1897 dah ada sekolah melayu tajaan British kat Sungkei ate terlalu cepat pulak pertambahan penduduknye mungkin byk migrant kemari.. apapun 1768 belanda ketiak hawau dah kolek sample bijih timah dari Sungkei katanya kualiti premium. Kalau x pesat aktiviti melombong kat sini masa tu takkan la sampai 3 kuala Sungei Sungkei ni masuk ke sungai Bidor nun... Apapun ada klue sikit kat sini... Mungkin antara sebab kenapa pembesar sini ada gelaran setia. Kadang² kerana kesetiaan ini memakan hati dan diri ibarat Laksamana Hang Tuah yg terlalu setia.. Biarlah org nak claim yang tahu tu dapat lah melihat kadok menaik junjong. Nak sangat kemasyhuran pangkat harta takhta dan wanita. Hingga perjuangan terpesong kerana sedapnya dunia.

"Di zaman pemerintahan baginda jua (*7) Raja Hassan anakanda baginda dihantar ke Kuala Bidor sebagai pemungut cukai bijih timah yakni sebagai suatu tanda bahawa wilayah ini tertakluk ke Selangor dan Sultan Ibrahim juga pernah menyerang negeri Perak semasa pemerintahan Sultan Ahmaddin, Paduka Seri Sultan Perak ke 18. Kemudian pada 11 Julai, 1823, sultan menandatangani perjanjian dengan Perak mengenai bijih timah. Ketika itulah juga Siam berazam untuk menakluki Selangor. Hasil daripada perkara tersebut lahirlah pula Perjanjian Burnai pada 20. Jun, 1826”