Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, November 18, 2009

Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Menyelesaikan 'bil tertunggak' bagi sekitar Kuala Terengganu...

OK. Hari baru untuk cerita seterusnya... walaupun cerita sebelum ini sebenarnya turut dibuat pada hari Rabu. Bersambung daripada artikel Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Menziarahi makam-malam lama seorang diri dalam kegelapan malam .

Ahad hari ke 9 bulan Ramadhan, sampailah masanya untuk meninggalkan Kuala Terengganu. Sebelum itu kami harus menyelesaikan beberapa 'bil tertunggak'... bermula dengan lawatan ke Masjid Abidin atau Masjid Putih yang terletak cuma 300 meter sahaja dari hotel tempat kami menginap...



Di sini, selain menunjukkan keindahan masjid yang sudah berdiri tegak sejak 200 tahun lalu kepada anak-anak, saya ingin menziarahi kawasan pemakaman utama diraja Terengganu. Sila lihat artikel To Masjid Abidin, the white mosque with the kids... yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi.



Selepas itu kami ke Pulau Wan Man lagi dengan niat untuk terus menuju ke Taman Tamadun Islam...


Sebenarnya sejak sampai ke Kuala Terengganu petang Jumaat, saya menunggu sahaja hari yang sesuai untuk membawa anak-anak ke sini. Maklumlah semenjak dua menjak itu cuaca sebenarnya asyik hujan diselang-seli hari yang teramat panas sedangkan taman ini cuma buka siang hari.

Pagi Ahad itu pula cuaca kelihatan mendung, mungkin lebih sesuai untuk berjalan-jalan di taman yang memaparkan replika sekitar 20 masjid utama dari seluruh dunia ini. Rupa-rupanya untuk bulan Ramadhan ia beroperasi separuh hari... kenalah tunggu jam 3 petang baru ia mula dibuka untuk orang-ramai...

Dalam pada itu terlihat rumah-rumah banglo berdekatan untuk disewa pengunjung yang mampu...


Lihat... nampak tak sesuatu yang agak pelik?



Lihat lebih dekat. Bentuk ukiran yang saya suka panggil sebagai lidah tergantung atau menjulur keluar dari hujung setiap bumbung ini biasanya cuma terdapat di sekitar Perak, sedikit di kawasan tepian pantai Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Yang pasti, ia bukan bentuk biasa di Terengganu, sekurang-kurangnya bukan untuk zaman ini. Jadi mengapakah ia dibina balik di sini, di rumah-rumah banglo mewah untuk penginapan pelawat ke Pulau Wan Man?




Banglo-banglo ini menghadap Masjid Kristal juga Taman Tamadun Islam yang menjadi lambang negeri Terengganu dalam mengejar kemajuan di alaf baru. Apakah bentuk ukiran unik yang ada sengaja dipadukan sebagai lambang keterkaitan Terengganu dengan Aceh purba/ kerajaan gemilang Samudera dan Pasai suatu masa dahulu? Satu lambang yang tersembunyi di sebalik penulisan Batu Bersurat Terengganu yang dikatakan dibuat pada tahun 1303 Masihi?





Apapun, masih ada banyak masa sebelum taman ini dibuka. Kami pun berjalan-jalan ke tempat lain dahulu, keluar balik hingga ke Chabang Tiga lalu melawat Masjid Hiliran...






Rupa-rupanya ini aturan Allah jua. Dalam hati saya ada rasa tidak lengkap jika tidak menziarahi masjid juga makam yang terdapat di hadapan sedangkan awal tadi saya memikirkan mungkin tidak dapat singgah jika jadual perjalanan menjadi ketat akibat perlu berkejar lebih jauh petang nanti, sekurang-kurangnya hingga ke Kuala Besut...





Jika awalnya saya merancang mahu sampai ke Kuala Besut yang terletak lebih 100 km ke utara sejurus selepas waktu Zuhur, sekarang saya harus membiarkan dan mengikut sahaja apa yang berlaku. Lalu sekali lagi kami pergi ke kawasan perkuburan Tokku Paloh...





Dan kali ini saya membawa anak dan isteri hingga ke hadapan makam sekali...




Jadual perjalanan yang berubah juga memungkinkan kami untuk singgah di surau lama tidak jauh di satu sisi tanah perkuburan...





Untuk makluman, di sinilah surau tempat Tok Ku Paloh yang hidup 100 tahun lalu pertama kali bertemu Nabi Khidir. Jika selama ini saya cuma lalu sahaja di sini, kali ini saya dapat membawa anak isteri masuk bersama malah turut solat berjemaah jamak Zuhur dan Asar. Maklumlah dalam perjalanan-perjalanan yang lalu, kelihatan surau kecil ini tidak terjaga dan asyik tertutup selalu. Mungkin berkat kami datang satu keluarga, jalan pun dibuka?





Kami juga pergi ke Masjid Tokku Paloh lagi. Nampaknya jadual perjalanan spontan yang diatur Tuhan lebih lengkap. Peluh-peluh akibat berjalan siang hingga lepas Zuhur sangat sesuai dilampiaskan dengan mandi air telaga di sini yang dipunggah keluar dengan timba tembaga yang ada... sedangkan sejak malam tadi anak-anak ada menyimpan hajat untuk mandi di sini, begitu juga saya sendiri!



Kami juga dapat meluangkan masa untuk pergi ke muzium negeri yang terletak dalam perjalanan kembali ke Pulau Wan Man...






Di sini anak-anak sempat bergaya di hadapan Batu Bersurat Terengganu yang asli, diangkut dari tapak ia ditemui di Kuala Berang... sedangkan yang terdapat di tapak kini cuma replikanya sahaja. Lihat balik artikel Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Tasik Kenyir, Kuala Berang dan Pulau Manis. Sejurus selepas itu saya ditegur pengawal keselamatan yang meminta agar kamera diletakkan ke dalam locker di luar pintu masuk muzium... bersambung selepas ini...


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

untung la dpt ambik gambar kt dlm muzium ni..dulu saya & kawan acah2 je ambik gambar (takde kamera pun)diikut oleh security sampai la kami keluar...

Admin berkata...

alhamdulillah. saya juga diberi kesempatan untuk masuk ke surau lama tok ku paloh yg berkhalwat hingga selalu beliau jumpa nabi khidir.
.