Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Julai 26, 2007

Mengambil berkat di Teluk Intan?

Sukacita dimaklumkan, tadi saya baru sahaja menyiapkan artikel ke 88 untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan artikel ke 44 untuk SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Pengumuman ini pula bermakna, saya telah membuat artikel ke 155 di sini... Mereka yang mengenali saya tentu faham bagaimana saya mempunyai perkiraan dan gerak rasa tersendiri melibatkan nombor.
Sebenarnya saya masih mahu berkongsi beberapa buah artikel lagi di blogspot-blogspot saya, ada banyak lagi... Cuma masa serta keadaan kesihatan yang sering berubah-rubah ditambah faktor penat berjalan (dah lebih 3 minggu on the road tak balik rumah woo...) sahaja yang tidak mengizinkan sedangkan saya perlu juga meluahkan apa yang terbuku daripada pengembaraan yang lepas-lepas.
Apapun, ini bermakna saya boleh berehat sebentar daripada menulis... Tetapi belum dapat berehat daripada berjalan kerana selepas ini saya perlu menziarahi Makam Raja Ahmad dan Makam Keramat Kuala Bidor sebelum selesai kerja-kerja di Teluk Intan...
Oh... Biar saya berikan link untuk artikel-artikel baru yang dibuat dalam tempoh masa 24 jam ini berserta gambar hiasan... Bacalah... Banyak message yang tersurat dan tersirat hasil gerak hati dan ilham yang muncul tiba-tiba semasa menulis... Sila... :]



The ruins of Pengkalan Bujang




The ancient valley of Bujang in Merbok



Cukuplah ya... Saya perlu bergerak sekarang, makan tengahari pun belum, begitu juga solat... Nasib baik saya boleh buat jamak. Doakan kejayaan saya ya kawan-kawan... Kalau ikutkan, tubuh badan dan jiwa saya sudah sangat berat menanggung sakit serta bebanan zahir dan batin untuk membuat apa yang patut... Memang ada pihak-pihak tertentu melalui cara-cara tertentu yang cuba menghalang. Apapun, saya anggap sudah tersurat inilah perjalanan hidup saya... Semoga segala yang diusahakan terutama untuk mencungkil sejarah Melayu Islam yang digelapkan dapat memberikan manfaat kepada semua. Wassalam...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum saudara MS. ptg td dlm perjalanan dr ktm midvalley ke bndr tasik selatan, sy ada perasan seseorg yg dlm hati sy kuat katakn yg itu saudara. sy betul2 ditepi org itu yg duduk penuh selamba sambil bersila sementara mnuggu keretapi. tapi berat hati nk menegur krn sy bknlah org yg pandai bicara lagi malu2 (hehehe). smpi sy folo org tuh naik gerabak yg sama. sy ckp dlm hati klulah org nih trun kt tasik selatan gerenti sy tegur sbb dlm keretapi penuh sgt. tp dia tak trun pun kt situ. klu saudarala sy rasa mesti akn turun kt kajang kn? org tuh saudara ke?? atau hnya prassan sy je. panjang plak komen nih. hehehe

-sahaya-

Radzi Sapiee berkata...

Hmm... Petang Isnin naik ktm ya... Memang saya ada ambik Komuter daripada Mid-Valley sampai Kajang dalam pukul 6 petang gitu...
Kalau pakai baju ngan seluar cerut biru gelap serta rucksack kecik biru gelap gak dengan jaket hijau terikat kat pinggang, sah lah saya tu! :]

Tanpa Nama berkata...

allahuakbar, betullah tu saudara MS. hati berdebar2 gak, nak tegur ke taknak. cm jmpa artis la plak. hehe. dh la hari ahd 29hb tuh nk sgt jmpa faisal tehrani di pesta buku pkns shahalam tapi x dpt jmpa, ni dh jmpa MS depan mata tapi takut2 nk tegur. mugkin belum masa yg sesuai lagi kut.

-sahaya-