Dari Bukit Marak kami bergegas menghala ke barat untuk ke Pasir Mas.
Apabila menyeberangi jambatan terdekat yang terentang di atas Sungai Kelantan, boleh kelihatan sebahagian bandar Pasir Mas di kanan. Ketika ini hujan baru sahaja surut.
Warga tempatan dan mereka yang sudah biasa dengan kawasan ini mesti kenal bulatan selepas jambatan. Ke kiri atau arah jam 9 adalah untuk ke Tanah Merah, ke kanan atau arah jam 3 ke bandar Pasir Mas.
Pergi melihat-lihat sebentar kawasan bandar Pasir Mas yang merupakan kawasan berpenduduk kedua terbesar di Kelantan iaitu selepas bandaraya Kota Bahru. Lihat artikel A quick look at the town of Pasir Mas di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar di stesyen keretapi Pasir Mas. Ini kerana semasa proses membuat "Kereta api menuju destinasi" pertengahan 2010 saya sampai ke situ ketika gelap. Lihat Pasir Mas train station.
Kemudian saya melihat masjid bandar ini. Lihat artikel Masjid bandar (Town mosque of) Pasir Mas di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Kemudian baru ke destinasi utama untuk petang itu.
Boleh agak tak apakah destinasi itu? Alaaa... dah ada pada tajuk artikel ni pun
Sebelum itu makan tengahari dahulu. Makan tengahari apa? Dah lepas 4 petang...
Perjalanan membawa kami ke 'jalan belakang' untuk ke Tanah Merah. 'Jalan hadapan' adalah yang ditunjuk tadi iaitu pada bulatan selepas jambatan menyeberangi Sungai Kelantan.
Hujan turun kembali menjadi lebat mencurah-curah.
Untuk sampai ke destinasi yang dimaksudkan kami mesti masuk ke satu jalan kecil pendalaman di Alor Pasir.
Kelihatan kawasan pendalaman banyak dilanda banjir.
Nasib baik jalan yang ada lebih tinggi dari persekitaran. Anak-anak kampung pula ada yang seronok ber'Sunway Lagoon'...
Jalan yang dilalui ada juga yang ditenggelami air. Nasib baik tak dalam.
Teringat perjalanan ke Pantai Timur awal 2009 di mana kami pernah cuba membawa anak-anak ke Masjid Brunei tetapi harus melupakan hasrat akibat banjir yang belum cukup surut walaupun sudah beberapa hari tak hujan. Lihat artikel lama Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - akhirnya Danau Tok Uban, dari sudut lain dan bersama anak-anak sekali!.
Sebenarnya jalan yang kami ambil ini bukan jalan yang pernah digunakan dahulu untuk sampai. Beberapa kali saya tersilap jalan. Nasib baik jalan-jalan yang ada masih boleh digunakan untuk sampai ke Masjid Brunei. Cuma perlu bertanya simpang manakah perlu diambil.
Apabila melihat barisan pohon tertentu di belakang baru saya yakin kami sudah dekat dan boleh sampai.
Masuk ke kawasan madrasah ini baru boleh menarik nafas lega...
Kelihatanlah Masjid Brunei yang terletak di pinggiran Danau Tok Uban.
Letak sahaja kereta saya mendapati meter menunjukkan nombor 151. Ia bermaksud 151 km. Tetapi yang sebenarnya sejak meninggalkan rumah pagi Krismas kami sudah berjalan 1151 km kerana apabila masuk 1000 km meter jadi kosong balik.
Oh. Inilah kali pertama anak-anak dapat masuk ke Masjid Brunei. Seronok mereka bermain-main di dalam.
Saya pula seronok menikmati pemandangan. Lihat klip-klip video yang telah diletakkan pada artikel Masjid Brunei, Danau Tok Uban dan 1 Rejab 2 hari lepas.
Untuk gambar-gambar pula lihat artikel Masjid Brunei and Danau Tok Uban in the rain....
Kami meninggalkan Masjid Brunei dan Danau Tok Uban jam 7 petang.
Hampir ke jalan besar baru saya sedar. Jalan inilah yang sepatutnya digunakan untuk masuk menghala ke masjid.
Syukur Alhamdulillah, kami tetap sampai. Perjalanan diteruskan ke Tanah Merah.
Kalau ikut rancangan asal kami harus sampai ke sini sekitar jam 6 petang.
Kononnya berniat nak ambil gambar masjid jamek Tanah Merah waktu siang. Last-last terpaksa waktu malam. Lihat Masjid jamek (Main mosque) of Tanah Merah.
Apapun, ia muncul menjadi artikel ke 40 tentang masjid/surau untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) iaitu dari perjalanan ke Pantai Timur penghujung 2010. Untuk pengetahuan blogspot tersebut sudah memiliki 647 buah artikel.
Oh. Sekitar waktu itu saya ada mendapat panggilan dari Cikgu Najib. Nampaknya beliau sudah bersedia untuk membawa saya masuk ke Patani di selatan Thailand melihat masjid-masjid dan sekolah pondok yang ada. Rujuk balik artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Makam Tok Janggut, Kampung Laut dan masuk lubang kubur di makam Tok Selehor yang dibuat sebulan lalu di mana kami berjanji akan menyelesaikan urusan masing-masing terlebih dahulu dan berjumpa kembali selepas 3 hari. Tiga malam sudah berlalu sejak kami meninggalkan rumah Cikgu Najib pagi Isnin 27 Disember 2011 di mana malam pertama dihabiskan di Rantau Panjang, malam kedua di Pantai Tok Bali dan ketiga di Masjid Tok Kenali. Nampaknya sudah sampai masa untuk menyahut panggilan dari Patani...
5 ulasan:
Assalamualaikum...
Semoga anda sekeluarga sentiasa berbahagia..bila tengok anda bawak semua ahli keluarga anda termasuk anak2 tiri..saya betul2 suka kerana mereka masih kanak2 lagi tu.. kita semua jadi la ibu bapa penyayang..
X sabar nak baca cerita anda di Patani.. antara kerajaan Melayu tertua di Kepulauan Melayu ini...
Semoga anda bertambah masyukkk dan teruskan usaha anda.. ramai yg menghargai usaha anda...
Patani jumpa di sana hujung tahun ini..
Wassalam. Terima kasih.
salam.. saya org selat pulau, pasir salak..
tn ada tak maklumat tentang asalusul penduduk di pasir salak dan sekitarnya..
atan_kamal@yahoo.com
Makam sultan ditemui
TELUK INTAN: Tragedi kebakaran menimpa 17 keluarga di Kampung Terengganu, di sini, pada 30 Mei lalu berjaya membongkar kewujudan sebuah makam lama milik Sultan Perak ke-22, Sultan Abdullah Muhammad Shah Ibni Raja Kecil Abdul Rahman yang ditemui di celah sebuah kediaman yang musnah terbakar.
Namun, apa yang menyedihkan, makam yang terletak di Jalan Mak lntan, Kampung Terengganu, Mukim Durian Sebatang itu berada dalam keadaan tidak terurus selain dikelilingi semak-samun.
Malah, papan kenyataan yang menceritakan mengenai makam diraja itu juga kelihatan suram dan tulisannya juga pudar.
Difahamkan, Sultan Abdullah ditabalkan menjadi Sultan Perak pada 1851 dan bersemayam di Durian Sebatang sebelum mangkat pada 1857.
Baginda berkahwin dengan Raja Sharifah Ngah Aminah Raja Alang Rawin dan mempunyai empat putera.
Ketika pemerintahannnya, berlaku peperangan antara baginda dengan Bendahara Raja Ngah Jaafar dan dalam peperangan itu, Sultan Abdullah tewas dan berundur serta berlindung di rumah Laksamana Tok Janggut.
Pengerusi Rukun Tetangga Kampung Terengganu, Saedon Abdul Ghaffar, 76, berkata, sebelum ini, pihak Jabatan Muzium Negara (JMN) bertanggungjawab melakukan kerja pembersihan di makam itu sebelum dihentikan setahun lalu.
Beliau berkata, bagi memulihara makam berkenaan, pihaknya mengambil alih melakukan kerja menyelenggara makam itu yang turut dikawal selia oleh Rukun Tetangga kampung.
“Kami berharap JMN dapat memberi perhatian untuk mengawal selia kebersihan makam Sultan Perak ke-22 itu. Malah, kami juga mahu pihak berkenaan memperbaharui papan kenyataan sejarah makam itu yang sudah pudar,” katanya, semalam.
Katanya, pihaknya bersyukur makam berkenaan tidak musnah dalam kebakaran yang melanda kampungnya baru-baru ini.
Saedon berkata, lokasi bersejarah seperti makam diraja itu perlu diberi perhatian sewajarnya kerana ia mempunyai nilai komersial selain mampu menarik kedatangan pelancong asing.
Wassalam. Saudara Atan, setakat saya tahu area Pasir Salak dan ke selatan (Bandar Tua) tu masa tahun 1600an dihuni orang dari Aceh. Katanya Bandar Tua dibuka oleh pengikut Sultanah Aceh. Semasa itu Perak masih dikuasai Aceh. Selepas tahun 1700an pula ramai orang Bugis menetap di sekitar itu.
Sebenarnya mereka ada kaitan juga dengan Aceh. Rasanya semua tahu Pasir Salak dikuasai keluarga Datuk Maharajalela. Mereka berasal dari keturunan Daeng Selili yang menurut kajian sesetengah pihak adalah pengikut utama Raja besar Bugis dari kerajaan Wajo yang bernama La Madukelleng sedangkan kerabat diraja Wajo dan Aceh ada kaitan lama melalui perkahwinan seorang anak Sultan Aceh dengan puteri dari Wajo penghujung 1500an gitu.
Untuk Anon June 7 1:25pm terima kasih atas maklumat. Pada mulanya tajuk itu kelihatan seperti menunjukkan penemuan baru makam. Rupa2nya makam Sultan ke 22 yang memang dah lama diketahui wujud tapi mungkin orang luar tak tahu ada sudah lupa. Kampung Terengganu tu kira nama baru juga. Dahulu semua kawasan sekitar itu dipanggil Durian Sebatang yang berada di bawah pemerintahan keluarga Laksamana.
Catat Ulasan