Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, April 15, 2009

Cerita An-Nur - Cerita sebenar Nur dan kaitan dengan banyak perkara...

Sebuah gambar lama daripada artikel Janda Baik my resting place di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ...
OK, rasanya dah sampai masa untuk menyambung cerita daripada artikel Cerita An-Nur - apa masalah si Nur? Dan di sini, ada satu pendedahan yang paling berat untuk saya luahkan tetapi harus dilepaskan jua.

Dalam artikel lepas, saya ada menyebut tentang menunggu kehadiran An-Nur di Janda Baik tetapi sebaliknya si Nur yang muncul. Sebelum meneruskan cerita, biar saya copy and paste beberapa perenggan cerita dari buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" yang ada menyebut perkenalan sebenar saya dengan watak yang dinamakan Nur...

-----------------------

Nur tersenyum simpul. Tahu lelaki yang dikaguminya itu berseloroh di celah serius. Sudah faham hati budinya yang luhur walaupun adakalanya dia agak nakal. “Nakal sahaja, bukannya jahat,” bisik hati kecilnya.


Gadis ini teringat perkenalan mereka di kota London 10 tahun lalu. Teringat dirinya ditegur Rasyid yang sedang berambut panjang melepasi bahu. Rugged dengan seluar jeans koyak di kepala lutut, t-shirt lusuh separuh lengan dan rantai kayu besar ala orang Asli Afrika meliliti lehernya.

Is this seat taken?” pemuda itu membuka bicara, sopan. Terbayang wajah Rasyid dengan senyuman datang menuju meja makannya dengan knapsack besar tersandang di belakang. Dengan mata coklat tajam bersinar tidak berkerdip merenung tepat ke mukanya.

Nur tersenyum lagi. “Tak malu! Punyalah banyak tempat kosong, meja aku juga yang dituju.” bisik hatinya. Tetapi wanita menarik yang aktif bergiat dalam dunia seni tanahair ini memang mengharapkan pemuda itu datang. Memang ada niat hendak mengenalinya sejak terpandang penampilan unik pemuda itu muncul dari balik pintu masuk kantin tempatnya makan. “Boleh tahan cute,” getus hati kecilnya menahan malu.

Ketika itu, Nur berserta dua orang rakan perempuan sedang bercuti musim panas di ibukota Great Britain. Tergerak pula hendak menikmati masakan Melayu di Malaysia Hall, tempat pertemuan penuntut dan pekerja Malaysia yang mengandungi Malaysian Student Department. Macam dah janji nak berjumpa pula... Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Lalu dia teringat hari-hari seterusnya. Makan tengahari udon dan sushi di restoran Jepun di Knight’s Bridge sebelum window shopping di Harrod’s. ‘Melalak’ sampai Subuh, diselang-seli sembang dan gelak ketawa di bawah rimbunan pepohon di Hyde Park dengan iringan petikan gitar Ovation Rasyid, gitar mahal semi-electric yang dicuri orang dua bulan kemudian ketika pemuda itu sedang nyenyak tidur di sebuah kawasan lapang di Amsterdam, Belanda semasa mula-mula mengembara hitchiking di Eropah dahulu. Katanya gitar itu hendak digunakan untuk bermain muzik di jalanan, untuk menampung perbelanjaan tetapi apa boleh buat, dah lesap...

Tetapi paling Nur tak dapat lupakan, ikut Rasyid ke Trafalgar Square, mercu tanda terkenal kota London. Lebih seronok lagi kerana mereka pergi berdua sahaja, kerana kawan-kawan Nur kata ada hal lain. Atau mereka sengaja beri peluang? Sahaja mahu Nur dan Rasyid jadi merpati dua sejoli, boleh lawan merpati-merpati lain yang banyak berterbangan?

Mula-mula biasalah, mereka setakat relaks makan ais krim, tengok orang ramai bersantai. Melihat burung merpati terbang beribu-beribu mengelilingi kawasan sebelum turun mematuk makanan dan biji-bijian yang dilemparkan orang. Adalah cakap-cakap sedikit. Segan-segan konon, malu-malu kucing... Yalah kali pertama dapat keluar dua orang...

Tiba-tiba datang angin gila si Rasyid. Terus ditariknya tangan Nur menuju salah sebuah air pancut cantik yang menghiasi mercu tanda kebanggaan wargakota London itu. Terus “menceburkan diri” ke dalam kolam. Habis basah kuyup pakaian wanita itu. Lepas itu berendam keliling kolam, siap dengan kuak dada, kuak kupu-kupu pun ada. Konon-konon berenanglah itu walhal airnya tidak sampai pun 3 kaki dalam. Seronok!






Ini adalah gambar keratan akhbar lama di United Kingdom yang menunjukkan saya sedang mandi-manda di atas air pancut di Trafalgar Square. Lihat artikel Keratan akhbar lama dari United Kingdom - Kenangan lama mandi air pancut di Trafalgar Square, London! Meluahkan perkara lama sebegini yang benar-benar telah berlaku bukannya mudah. Selain membawa pelbagai ingatan lama, saya harus juga menjaga hati isteri kini kerana dia mengenali orang yang dipanggil Nur ini. Dia tahu bagaimana rapatnya hubungan kami dahulu.

Lalu mungkin ada yang akan bertanya, kalau saya betul-betul mahu menjaga hati isteri, mengapa perlu membuat luahan ini. Jawab saya begini. Memang itulah saya... mungkin saya banyak kekurangan dan tidak cukup baik tetapi sejak dari kecil saya adalah orang yang jujur lagi lurus bendul. Adapun segala cerita-cerita lama yang saya luahkan merupakan cara saya sendiri untuk menangani apa yang bermain dalam hati. Untuk saya bergerak ke hadapan dan mendapatkan ilham-ilham baru dalam menghadapi cabaran masa akan datang, ada kalanya saya perlu meluahkan sejujur-jujurnya yang boleh (tanpa terlalu melukakan perasaan orang) apa yang terbuku di dada agar dapat dikurangkan apa-apa bahagian 'tersumbat' yang menghalang pengaliran ilham. Harap faham.

Berbalik ke Janda Baik. Maka muncullah seorang lelaki gempal mencari Nur di belakang rumah Pak Habib selepas masuk waktu Maghrib, ketika saya dan Nur bercadang mahu bersolat berjemaah dengan saya sebagai imam. Apabila mendapat tahu Nur ada di musollah terus dia bergegas laju. Terus dia meluru lalu memeluk Nur yang kelihatan tidak bermaya.

Saya lagi pelik melihat apa yang berlaku. Tetapi hati saya sudah lebih awal menyatakan satu kemungkinan tentang apa yang sebenarnya berlaku. Apabila saya menegur lelaki itu memberitahu kami mahu bersolat, dia menjawab: "Izinkan saya menjadi imam!"

Saya bertanya kenapa. Jawabnya: "Sebab saya suami dia!" Ah! Apa ini? Walaupun saya tidak begitu terperanjat kerana kata-katanya itu sudah lebih dahulu terpancar di hati saya, tetap amat susah untuk menerima kenyataan itu.

Saya bertanya kepada Nur apakah kata-kata ini benar. Nur mengangguk-angguk lemah. Terus terpacul dari mulut saya: "Awak ni! Dah buat hal lagi... kenapa tak bagitahu saya awak dah kahwin?"
Aduh! Lemah lutut antara menanggung perasaan kecewa dan marah. Di sini biar dibuat satu lagi luahan yang lebih merupakan satu pendedahan juga pengakuan. Pendedahan @ pengakuan ini agak menggemparkan kerana watak Nur telah dijadikan heroin dalam ketiga-tiga buku di bawah siri "Berpetualang ke Aceh"... kerana terus-terang saya cakap, dialah wanita yang saya harapkan untuk menjadi penyeri hidup ini sebelum muncul isteri kini yang saya pernah perkenalkan dalam cerita-cerita saya sebagai Nur kedua...

Dengan itu kita harus memutar masa kembali ke tahun 1995. Selepas perkenalan dengan Nur pada musim panas di London, selepas beberapa bulan dia kembali ke tanah-air...

Setelah bertanyakan sedikit pada kawan-kawan, baru saya dapat tahu Nur adalah seorang pelakon yang sedang meningkat naik dalam dunia seni tanah-air. Walaupun saya sebenarnya tidak berapa gemarkan mereka yang terlibat dalam dunia seni (kecuali untuk berseronok-seronok semasa zaman nakal penghujung tahun 1980an dahulu, lihat artikel Remembering the "A" Level college days. The disco circuit of those days... and the girls yang baru dibuat malam tadi untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH ) saya tertarik dengan perangai Nur. Ada sesuatu yang saya lihat terpendam dalam dirinya. Malangnya saya juga dapat tahu dia sebenarnya telah berkahwin. Lalu saya cuba melupakannya sampailah selepas beberapa bulan kembali ke Malaysia, saya terjumpa dengan kawan-kawan rapatnya lalu turut berjumpa dengannya.

Itupun sebenarnya saya cuba mengelak daripada rapat dengan Nur. Tapi setiap kali saya berjumpa kawan-kawan ini Nur mesti ada sama. Setelah beberapa lama, saya tidak dapat menahan gejolak perasaan. Senakal-nakal saya dahulu, saya akan memutuskan perhubungan dengan mana-mana perempuan sebaik sahaja mendapat tahu perempuan itu sudah mempunyai teman lelaki apalagi tunang. Kini saya tidak dapat menahan diri dari menjalinkan perhubungan dengan isteri orang! Allah...

Keadaan menjadi lebih rumit kerana ketika itu juga saya ada seorang teman wanita kesayangan yang telah bersama sejak sebelum menyambung pengajian ke London di mana dia ikut belajar tetapi di universiti lain. Saya pun tak tahu bagaimana ia boleh terjadi. Tahu-tahu saya sudah mengenalkan mereka berdua lalu masing-masing harus menerima kehadiran wanita lain jika mahu terus bersama saya. Apapun saya dapat menggilirkan masa antara mereka berdua. Keadaan ini bertahan selama beberapa bulan sebelum ia meletup akibat seorang memohon masa lebih untuk bersama. Dipendekkan cerita saya akhirnya memutuskan hubungan dengan kedua-dua mereka.

Saya berkahwin dengan bekas isteri penghujung 1999 dalam keadaan dah tak tahu langsung dah perempuan bagaimana yang saya mahu. Diakui saya masih berpeluang berkawan dengan ramai gadis cantik menarik terutama semasa bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times. Tetapi hidup saya sejak zaman sekolah memang selalu dipenuhi perempuan cantik, jadi saya dah tak tahu lagi ke mana harus dituju.

Adapun keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Nur, juga teman wanita lama yang pernah berkongsi kasih adalah satu keputusan paling berat pernah saya buat. Sebelum itu tidak pernah saya menyayangi sesiapa sepertimana saya menyayangi mereka berdua lalu saya jadi terkapai-kapai dalam menghadapi kehidupan seterusnya juga dalam menilai perempuan yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

Dalam keadaan inilah saya berkahwin dengan bekas isteri tahun 1999. Niat sebenar saya adalah untuk kembali bersih dan menjadi umat Muhammad sebelum masuk tahun 2000. Bukankah umat Muhammad itu harus bernikah? Rasa ini muncul kuat awal tahun 1999. Saya pun dah tak tahan hidup tak menentu. Walaupun saya tidak lagi 'aktif' seperti zaman lebih dahulu, saya sering meluangkan masa dengan beberapa orang wanita. Kalau tidak rasanya macam tak waras! Itulah kelemahan saya memerlukan perhatian mereka...

Oh, saya juga ada sesekali berjumpa dengan Nur tetapi sebagai kawan, tidak lebih dari itu. Walaupun saya memang inginkan dia menjadi isteri, saya tidak akan cuba memujuknya selagi dia masih bergelar isteri orang.

Satu hari saya bermunajat meminta petunjuk Allah lalu mendapat bayangan 9 orang wanita yang mukanya semua gelap kecuali bekas isteri. Termasuk bermuka gelap adalah Nur sendiri. Dengan itu saya membuat keputusan untuk melamar bekas isteri. Dengan kuasa Allah, niat saya untuk menjadi umat Muhammad sebelum masuk tahun 2000 pun tercapai.

Malangnya perkahwinan kami tidak berapa menjadi. Antara kami memang ada cara pandangan hidup yang amat berlainan dan ini sudah pun saya ketahui sebelum berkahwin lagi. Jadi kenapa saya tetap berkahwin dengannya juga? Kerana saya yakin dengan petunjuk Allah. Walaupun saya mengharapkan perkahwinan yang bahagia, yang lebih saya harapkan ketika itu adalah dapat kembali menjadi seorang Islam yang patuh. Mungkin perkahwinan ini cuma satu pencetus.

Ya. Saya juga ada salah sendiri. Diakui semasa berkahwin, saya masih dalam keadaan tidak mahu bersolat malah sanggup meminum arak kerana sudah terpengaruh dengan ajaran batin yang kononnya bersifat Tasawuf, kononnya kita tidak perlu lagi menunaikan ibadat setelah tahu 'hakikat' hubungan kita dengan Allah. Saya mula bersolat kembali dan berhenti membuat perkara yang bukan-bukan apabila masalah hubungan suami isteri semakin meruncing seiring masalah di tempat kerja. Dan tidak lama kemudian saya mendapat mimpi-mimpi yang menggerakkan saya untuk mencari diri dan erti dan salah satu hasilnya adalah siri buku "Berpetualang ke Aceh".

Mungkin juga perkahwinan ini, walaupun tidak bahagia menjadi pencetus kepada pencarian itu. Sekurang-kurangnya dengan perkahwinan itu, saya tidak lagi menjalinkan apa-apa hubungan dengan wanita lain walaupun peluang sentiasa terbuka dalam dunia kewartawanan yang tidak kurang glamour. Satu lagi hikmah adalah kelahiran seorang puteri. Walaupun kami jarang berjumpa, puteri ini tetap di hati dan saya percaya akan menjadi pencetus satu lagi hikmah nanti.

Berbalik pada hal si Nur. Apabila hubungan saya dan isteri sudah terasa terlalu menyesakkan, saya pun keluar dari rumah untuk menumpang di rumah Pak Habib di Janda Baik. Sebenarnya sebulan dua itu saya telah berbaik kembali dengan Nur, kerana terasa tiada lagi orang yang dapat memahami dan dibuat tempat mengadu. Teringat kata-katanya setelah lama tidak bertemu: "Sampai hati awak! Saya call awak banyak kali, sms semua awak tak jawab. Awak kahwin pun tak jemput."

Saya tersenyum hambar. Bukan saya tidak ingin berhubung tetapi ingin memegang janji tidak akan berhubung lagi demi bekas isteri. Kami cuma berhubung kembali 3 tahun setelah saya berkahwin dengan bekas isteri, itupun sebagai kawan yang diharapkan dapat menolong menenangkan fikiran yang sangat bercelaru. Dalam pada itu Nur menegur: "Mana pergi semangat awak yang berapi-api?" Diakui ketika itu saya sudah terlalu banyak kehilangan semangat akibat masalah rumahtangga dan kerenah di tempat kerja. Oh, baru teringat. Ketika itu saya sudah dibuang dari NST.

Untuk makluman, Nur lah yang mengenalkan saya kepada Pak Habib dengan harapan semangat saya akan kembali berkobar apabila berkenalan dengan seorang penulis yang juga banyak warna-warni kehidupannya. Dipendekkan cerita (sebab dah panjang sangat ni sedangkan ada lagi cerita), di rumah Pak Habib lah saya berjumpa dengan seorang pakcik yang ada mengamalkan ilmu perubatan secara ghaib.

Pada suatu hari saya tergerak untuk bertanya dengannya tentang keadaan jodoh saya dengan isteri. Walaupun kami bermasalah, saya masih berharap agar berlaku sesuatu keajaiban yang dapat mengubah keadaan. Sebaliknya saya diberitahu, menurut ilmunya perkahwinan saya dengan isteri adalah tiga kali malang, malang dalam tiga aspek utama kehidupan termasuk rezeki. Terfikir juga, sejak berkahwinlah hidup saya semakin bermasalah terutama di tempat kerja. Kemudian saya tergerak untuk bertanya tentang jodoh dengan Nur. Jawab pakcik itu, kalau kami berkahwin kami akan dapat tiga kali tuah. Itulah yang akhirnya membuat saya bertekad untuk bercerai dengan isteri lalu menjalinkan kembali hubungan intim dengan Nur.

Terus-terang cakap, sejak itu saya mahukan Nur bercerai dengan suaminya seorang penyanyi terkenal. Tetapi hubungan baru saya dengan Nur tidak seperti zaman sebelum saya berkahwin dengan isteri dahulu. Dahulu saya tidak peduli langsung hukum-hakam malah mahu enjoy memanjang dan ini cukup sesuai dengan cara kehidupan Nur dalam dunia seni. Sebaliknya dalam hubungan baru, walaupun saya mendesak Nur untuk bercerai, saya tidak lagi rapat seperti dahulu sekurang-kurangnya secara fizikal. Saya cuba untuk membataskannya sedangkan Nur sebagai perempuan mahu lebih dari itu.

Sambil itu saya juga dalam keadaan termangu-mangu mencari kembali makna beragama sambil cuba menyusun salasilah keluarga. Apabila mendapat tahu siapakah sebenarnya nenek-moyang saya yang paling utama, rupa-rupanya sama juga dengan nenek-moyang Nur yang memang pun telah diketahui oleh segenap kaum-keluarganya kerana memiliki salasilah dan nama gelaran keluarga yang nyata, saya jadi malu dengan keadaan dahulu. Dalam menjalinkan perhubungan dengan isteri orang, saya tetap mahukannya selalu berzikir, bersolat dan sebagainya. Nur melihat ini sebagai satu perubahan sangat drastik yang menyebabkan kami sering bergaduh. Katanya dia belum bersedia, dia perlukan keadaan lebih ringan yang boleh menghilangkan masalah kehidupan. Kali ini kami beberapa kali putus hubungan sebelum sambung kembali, tapi paling lama putus pun tak sampai 2 bulan.

Dalam keadaan hubungan terputus inilah saya terbaca artikel suratkhabar yang dia baru sahaja bercerai. Tidak lama kemudian kami menjalin kembali hubungan. Tetapi saya masih lagi dalam keadaan 'pelik' dan 'keras', asyik hendak bercerita tentang salasilah dan tanggungjawab keluarga sehingga langsung tidak lagi tahu bergurau. Nur jadi tertekan dengan sikap saya lalu kami putus hubungan lagi.

Siapa sangka tiba-tiba Nur muncul di Janda Baik mencari saya di kala saya pula sedang menunggu An-Nur yang katanya mahu membawa saya berjumpa dengan ibu bapanya di Segamat. Sebaliknya An-Nur langsung tidak tunjuk batang hidung, saya pula keluar berjalan-jalan dengan Nur sebelum mendapat tahu rupa-rupanya dia telah berkahwin lagi!

Allah... saya rasa tidak mahu memanjangkan cerita ini lagi. Ternyata Nur telah berkahwin dengan seorang politikus muda yang sudah lama merancang mahu mendapatkannya sebagai isteri, politikus muda yang banyak membelanjakan wang menolong Nur sehingga membawanya menunaikan umrah (kali kedua bagi Nur ke kali ketiga...) dengan alasan mahu menolong Nur kembali kepada agama. Kemudian dia juga pernah membawa Nur berserta beberapa orang kawan untuk ke Cyprus berjumpa dengan ketua Tariqat Naqsyabandiah Haqqani iaitu Sheikh Nazim, tanpa mencari alamat rumah Sheikh Nazim atau cuba menghubunginya terlebih dahulu.

Teringat Nur bertanyakan pendapat saya tentang perjalanan ke Cyprus yang dijadualkan berlaku pada malam Nur betul-betul habis edah. Saya cakap, lelaki ini sebenarnya merancang untuk membawanya berjalan-jalan ke tempat cantik yang mempesonakan sebelum melamarnya untuk berkahwin di sana. Kawan-kawan lelaki yang dibawa sama sudah cukup sebagai saksi tetapi Nur tak percaya kerana menganggap mereka semua kawan-kawan yang ikhlas mahu menolongnya. Ah... pada saya takkanlah seorang politikus seperti orang ini sanggup jalan jauh-jauh kononnya mahu mencari Sheikh Nazim tanpa mencari pun alamatnya terlebih dahulu. Kononnya nak ikut gerak hati sedangkan saya tahu dia ini jenis orang yang akan merancang sesuatu perbuatan hingga ke butiran paling kecil untuk memastikan kejayaan... tetapi akan cuba mengenengahkan apa yang berlaku sebagai takdir Allah belaka tanpa sedikit pun perancangannya!

Apapun, Nur dengan gerak hati sendiri dapat mencari Sheikh Nazim. Tetapi dengan segala duit yang politikus ini belanjakan terhadap keluarga Nur dan kawan-kawan rapatnya agar menyokongnya dan melihatnya sebagai seorang baik yang betul-betul suka menolong orang, tak peliklah nanti jika tidak lama lagi Nur akan masuk ke dalam perangkapnya juga... untuk dijadikan seorang throphy wife yang boleh dibangga-banggakan ke sana sini sebagai modal menaikkan nama sendiri sebagai seorang politikus muda yang kononnya berpotensi tinggi.

Malam itu, selepas solat Maghrib dengan berimamkan si politikus muda, saya sempat berbual-bual sedikit dengannya. Sebelum perbualan bermula, pesan saya cuma ini: "Don't talk to me like a politician". Saya bukan baru hidup. Dari gaya dia menekankan matanya supaya kelihatan tajam, kuat lagi berwibawa, saya tahu dia ini jenis orang yang suka bermain one-upmanship, suka menang 'pertempuran' saikologi dengan cara bermain signal mata. Dipendekkan cerita, dari cuba menundukkan saya dengan mata, dia mengubah cara menjadi lembut dengan meminta kebenaran daripada saya untuk mengambil isterinya kembali. Saya tersenyum dalam hati. Sejak dari dahulu lagi saya tidak percayakan orang politik, inikan lagi seorang yang saya dapat lihat dengan terang penipu besar tapi cukup pandai berlakon. Allah, Nur! Kan saya sudah sebut banyak kali tentang orang-orang politik... kini awak pula berkahwin dengan mereka...

Apapun nasi sudah menjadi bubur. Saya cuma meminta masa untuk berbual-bual dengan Nur empat mata tanpa gangguannya. Baru saya dapat tahu mereka baru 3 atau 4 hari berkahwin. Baru 3-4 hari kahwin dah lari cari saya? Jawab Nur, pada malam perkahwinan lagi dia sudah berfikir untuk membatalkannya tetapi disebabkan kehadiran keluarga dan jemputan yang sudah memenuhi ruang penuh harapan dia cuma menurut sahaja. Katanya lagi, semua ahli keluarga dan rakan-rakannya tidak mahu saya berkahwin dengannya. Yalah, saya tengah takda kerja dan duit, melahu pula ke sana ke mari mencari diri dan erti sedangkan si politikus muda ada duit berjuta, malah apabila mendapat tahu tentang hubungan saya dengan Nur, politikus muda ini memberitahu keluarganya bahawa dia ingin 'menyelamatkan' Nur daripada saya!

Pandai sungguh. Rasa sayang Nur kepada saya diwar-warkan kononnya berlaku kerana saya ada memakai guna-guna. Kalau tidak mana mungkin seorang pelakon dan pengacara yang ada nama boleh tergila-gilakan seorang manusia yang tidak memiliki apa-apa. Ahli keluarga dan rakan-rakan Nur juga menambah, kalau betullah saya sayangkannya, kenapa saya tidak muncul melamarnya sebaliknya membiarkan sahaja orang lain masuk meminang? Allah! Bagaimana saya mahu melamar sedangkan saya sedang dalam keadaan kelam-kabut untuk memperbetulkan diri. Sebab itu juga saya tidak berhubung dengannya sebulan dua itu. Ingatkan si Nur boleh bersabar. Tetapi si politikus lebih licik mengambil peluang di atas kesepian yang melanda.

Dengan ini tamatlah artikel penceritaan "Cerita An-Nur" untuk peringkat ini. Selepas ini akan keluar balik cerita apa yang berlaku pada An-Nur sebelum berlaku sesuatu perkara pelik yang menyebabkan Nur harus dihubungi lalu dapat tahu, mereka sebenarnya adalah saudara dua pupu. Sekian...



10 ulasan:

Abd Latif Fatahi berkata...

BAGUS LA APA YG TELAH ABG MS LUAHKAN ITU, SEMOGA HATI ABG AKAN TENANG DALAM MENCARI DIRI YG SEBENARNYA. DALAM DUNIA NI TAK ADA YANG TAK BERMASALAH. CUMA BAGAIMANA KITA NAK SETTLEKAN DENGAN CARA BERHIKMAH.

Radzi Sapiee berkata...

Mekasih! :] (kalau boleh buat katun yang senyum ngan gigi beso siap gigi atas bawah laga ketak-ketak, memang Abang dah buat, heh!)

Tanpa Nama berkata...

Memang manusia perasan kau ni. Dah mula la tu nak mengorak perangai semulajadi. Tak dapat lagi line clear nak usha, kau mengorak keinginan kau dengan membuka cerita lama. Patut dah tutup buku. Tapi, biasalah la konon nak tunjuk baik dan jujur. Mengabui mata. Macam la org lain bodoh sangat. Piirahhh

Radzi Sapiee berkata...

Sah le engkau ni yang cuba nak menyamar buat kacau di sini. Lepas je aku jawab kat c-box engkau masuk komen pulak. Terus terserlah signature perangai sebenar engkau dengan bahasa kurang ajar yang menunjukkan sifat-sifat seorang desperado.

Memang betul kata engko, macam la orang lain bodoh sangat. Mereka lagi tahu menilai apa yang berlaku. Udah udah le tu. Tak habis-habis nak cuba burukkan nama orang. Buat le keje yang berfaedah daripada mendedahkan sendiri pekung di dada yang menunjukkan engkau tu kesepian dan menyimpan dendam. Salam! :]

Tanpa Nama berkata...

Nak mengorat lagi sekali ke..tak habis-habis ingat girlfriend lama..

Menyesal dengan kehidupan sekarang?
Dah jadi hamba abdi dah? kah kah kah hari hari kena jadi supir

Tanpa Nama berkata...

Engko tak jujur dengan isteri engko tapi terpaksa main sandiwara untuk tunjuk baik konon. Hajat hati nak orang glamour dan keturunan baik..pehh
Tak dapat dihajati dapat menanggung kau, kau kira okla tu. Lain kali cuba pulak bini sapa-sapa yg boleh kau rembat. hahahaa
Itu pasal la teringat org lama.

Sebab hajat hati tak tertunai tu sebab jiwa gelodak semula.

Radzi Sapiee berkata...

Tak apa le. Isteri saya lebih faham keadaan sebenar. Dia tahu sebagai penulis begitulah cara saya menangani kehidupan juga kenangan lama. Seorang penulis mengambil iktibar/pelajaran malah diakui ada masanya boleh tenggelam di dalam kenangan lama yang kadang-kala memang menimbulkan nostalgia yang kuat sebagai sumber ilham menulis malah sebagai sumber tenaga dan kekuatan jiwa untuk membuat apa-apa kerja di masa hadapan. Segala pengalaman hidup buruk dan baik, pahit dan manis membentuk diri sekarang.

Ya, saya mengaku memang saya mahupun orang itu dahulu. Sangat, sangat... tetapi itu dahulu.

Sekarang alhamdulillah, saya telah mendapat seorang isteri yang dapat memenuhi keperluan saya dari segenap segi. Tetapi lagi sekali, saya seorang penulis yang menulis banyak menurut gerak hati. Sekurang-kurangnya saya jujur dengan diri dan keadaan dan tidak cuba menyambar-nyamar menangguk di air keruh. Itukan sifat orang yang kecewa sehingga sedaya-upaya cuba memperkecil-kecilkan orang dan memburuk-burukkan namanya di hadapan orang ramai?

Apapun saya harap saudara/saudari dapat mencapai kebahagian sendiri. Marah dan geram sekali-sekala itu perkara biasalah. Tetapi kalau terus marah dan geram sampai tak kendur-kendur ketegangan lalu terus cuba mencari salah orang, itu tanda orang sakit jiwa.

Semoga Allah memberkati hidup saudara/saudari dengan ketenangan jiwa yang abadi. Itulah maksud salam yang selalu kita ucapkan kepada setiap orang Islam - salam sejahtera atas kamu! Sekian... :]

Tanpa Nama berkata...

Engkau dah minta kebenaran perempuan perempuan ni dan suami mereka sebelum kau buat cerita ni.

Sebab melibatkan nama dan harga diri perempuan tersebut dan suami mereka. Boleh menggugat nama baik dan kebahagian rumahtangga perempuan-perempuan tu.

Tanpa Nama berkata...

think positif

Tanpa Nama berkata...

NOR Ingat BAI tak???