OK... Cerita ini boleh dikatakan sambungan kepada posting bertajuk Mencari Muzium Bugis di Pontian... . Oh... Dalam posting itu yang kemudiannya disambung dengan cerita bertajuk A quaint look at the town of Pontian di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , saya terlupa hendak memberitahu saya akhirnya bermalam di bandar Pontian.
Semasa di sanalah saya sempat membuat posting bertajuk Salam daripada Pontian... Keesokannya baru saya pergi ke Johor Bahru ataupun JB.
Di atas adalah gambar di sekitar Jalan Wong Ah Fook, jalan utama di tengah bandaraya JB. Walaupun saya mempunyai ramai saudara mara di sana termasuk seorang adik perempuan yang bekerja sebagai doktor yang kini menetap bersama suaminya, kali ini saya rasa lebih selesa berjalan sendirian tanpa melibatkan mereka...
Ini adalah gambar bangunan kerajaan negeri Johor di Bukit Timbalan. Entah kenapa, ada semacam aura tertentu daripada kawasan bukit itu seolah-olah cuba menarik saya masuk ke sana... Apapun, bangunan itu sendiri memiliki senibina sebelum merdeka tahun 1957 yang agak menarik... Memang bentuknya begitu terserlah dan dapat dilihat menonjol daripada jauh...
Dalam perjalanan ke JB yang terbaru inilah baru saya sedar pusat bandarnya sudah jadi begitu cantik dan teratur. Nampak ciri-ciri metropolitan yang layak diwar-warkan pada pelancong.
Satu lagi yang saya sedar, di sepanjang jalan utama JB iaitu Jalan Wong Ah Fook sudah terdapat persiaran jalan kaki yang agak lebar dan panjang... Ketika itu juga saya terasa pelik, bagaimana pihak bandaraya dapat mencari ruang yang begitu selesa untuk pejalan kaki ini? Setahu saya pusat bandaraya JB sudah cukup padat dan sesak...
Kemudian baru timbul pertanyaan, mana dia pergi Sungai Seget? Hmm... Saya tak ingat spelling nya yang sebenar ya, pakai aje le Sungai Seget...
Satu masa dahulu Sungai Seget yang terletak di tengah-tengah pusat bandaraya JB dikira sebagai sungai paling kotor di Malaysia... Kemudian saya ada terbaca di suratkhabar bahawa usaha untuk membersihkan sungai itu telah dimulakan... Dalam suratkhabar sekitar 20 tahun lalu lah...
Sekarang, tidak kelihatan lagi sungai yang sangat kotor ini. Sebaliknya yang terdapat adalah persiaran jalan kaki yang selesa dan cantik seperti yang boleh dilihat dalam gambar di atas. Apakah yang telah terjadi?
Kemudian baru saya terfikir, persiaran kaki ini dibina di atas Sungai Seget! Patutlah tak nampak lagi sungai itu...
Saya cuba bertanya pada remaja di sekeliling untuk mendapatkan kepastian... Mereka seperti tidak pernah mendengar nama Sungai Seget. Apabila ditanya pada orang tua, barulah ada yang dapat membenarkan telahan saya itu... Hmm... Banyak juga yang telah berubah ya...
Sambil berjalan kaki di sepanjang persiaran kaki tadi, saya melihat di sekeliling. Kelihatan kawasan rumah pangsa di atas dengan bangunannya agak comot. Nampaknya yang ini tidak berubah... Daripada segi "kecomoton"nya le...
Tapi perubahan yang nyata adalah 20 tahun dahulu, kawasan pangsapuri ini menandakan sempadan timur bandar JB. Sekarang bandaraya JB sudah meliputi kawasan Plentong (kalau tak silap ingatan le) menghala ke Pasir Gudang yang terletak sekitar (atau lebih) 15 km ke timur!
Dahulu, bangunan Kompleks Tun Razak atau Komtar setinggi lebih 20 tingkat ini adalah bangunan tertinggi di Johor Bahru. Di sini juga terletak kompleks membeli-belah utama di ibunegeri Johor itu. Tetapi ketika saya datang, ia tidak berpenghuni... Sedang under renovation...
Apakah selepas ini ia akan kembali ceria seperti dahulu? Mungkin ya, mungkin tidak. Yang pasti, ia bukan lagi bangunan utama di JB... Sudah terdapat berpuluh lagi bangunan besar dan pusat membeli-belah yang lebih menarik di sekitar bandaraya ini...
Saya terus berjalan sehingga penghujung Jalan Wong Ah Fook mula berpecah menjadi jalan-jalan lain. Dahulu, inilah sempadan utara JB. Sekarang JB sudah jauh lebih besar dengan radius atau jejari kawasan bandaraya melebihi 15 km di sekeliling...
Dahulu, rumah seorang datuk saudara di Bandar Baru Uda, Tampoi yang sering diziarahi keluarga saya dari Muar terletak lebih 5km di luar bandar JB. Sekarang, sempadan bandaraya telah menjalar hingga meliputi Sekudai yang terletak sekitar 10km lagi ke utara.
Bayangkan bagaimana pula keadaannya jika konsep bandaraya mega Iskandar yang dikatakan akan menjalar berpuluh batu lebih jauh lagi berjaya didirikan. Katanya ia akan merangkumi kawasan seluas dua setengah kali ganda Singapura!
Memang kemajuan itu kelihatan cantik di atas kertas... Tapi harapnya janganlah tanah dan bumi orang Melayu tergadai lagi... Jangan pula projek Iskandar bertukar menjadi projek Zon Kemajuan Singapura Utara...
Untuk sedikit lagi cerita berkaitan JB, sila masuk ke blogspot BERPETUALANG KE ACEH untuk membaca cerita And now, a quaint look at Johor Bahru! yang juga baru dibuat tadi. Sekian...
p/s: Rasa nak copy and paste balik cerita yang dibuat dalam posting bertajuk Salam daripada Mersing pula! ... Daripada perenggan-perenggan berkaitan JB... Insyaallah sebentar lagi saya akan meletakkan gambar-gambar yang diambil di Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pula...
Sekadar ingatan, Sabtu hari itu saya sempat membuat satu posting di blogspot itu tentang Makam Laksamana Bentan. Untuk melihatnya sila masuk ke sana atau klik terus ke Makam (tomb) of Laksamana Bentan .
OK... Inilah perenggan-perenggan tentang JB itu...
Di Johor Bahru, saya telah menyewa bilik di hotel murah lalu mendapat bilik nombor 44. Saya merasakan nombor itu cuba memberitahu sesuatu... Dan memang beberapa ketika kemudian saya asyik ternampak nombor 4 di merata tempat.... Salah satunya, saya ada terjumpa motor (atau kereta? lupa pula) yang ada plet nombor 4444.
Saya singgah di MPH City Square untuk melihat peta Johor. Ternyata kedai itu adalah menjual BKA III, alhamdulillah!
Sebenarnya saya kurang pasti ke mana saya harus mengembara lagi selepas itu. Yang saya tahu, apapun saya perlu ke Kluang kerana satu... Saya telah menyatakan mahu berjumpa kawan tertentu di sana jika tidak ada halangan... Kedua, kerana saya sudah lama tidak ke sana sedangkan di situlah saya membesar memasuki alam remaja lebih 20 tahun lalu!
Saya pun membelek-membelek peta Johor yang terdapat di kedai buku MPH... Sambil mengkaji perjalanan yang telah dibuat beberapa hari kebelakangan, saya cuba meneliti jalan-jalan lain dengan harapan gerak hati ini akan memberi petunjuk seterusnya.
Oh... Sebenarnya saya ada terfikir untuk pergi ke Kota Tinggi untuk menziarahi makam-makam kerabat diraja lama terutama yang berkaitan dengan kerajaan Melaka lama di sana. Selama ini saya lebih berat kepada jurai keSultanan Melaka di Perak. Mungkin sudah sampai masanya saya menyambung wasilah kepada pecahan di Johor pula...
Kemudian saya membalikkan peta yang dipegang... Terserlahlah peta 8 bandar-bandar utama yang mewakili 8 daerah utama di Johor... Dengan peta bandar Muar di sudut atas kiri.
Apabila dilihat melawan arah jam, ternyata terdapat satu aturan dengan Muar di ikuti Batu Pahat, Pontian seterusnya Johor Bahru... Masyaallah! Ini sama gilirannya dengan bandar-bandar yang telah saya singgah dan tidur di Johor dalam perjalanan jauh kali ini! Dan Johor Bahru adalah bandar ke 4 dalam perjalanan ini... Ada lagi 4 bandar kalau mengikut peta ini... 4 dan 4? Apakah ini makna 44 yang tersirat di sebalik nombor bilik hotel saya di Johor Bahru?
8 ulasan:
Salam MS,
Bulan 12 tahun lepas saya baru saja lepas balik kg. di Masai, majlis perkahwinan anggota keluarga. Sempat berjalan2 dgn pakcik di JB, mendengar sejarah2 lama pasal JB dan tempa2nya, termasuklah Sungai Seget ni. Hehe, betul la MS, ejaan anda tu. Suatu sungai yg cukup busuk suatu masa dulu, mungkin bermula sejak 40-60 tahun yg lalu.
Sempat singgah di gerai 'tauhu goreng spesel' di Muhammadiah (ada gambar2 kenangan lama diraja dan filem2 lama bersusun didinding), dan Balai Seni Nusantara (berdekatan Kuala Danga).
Cuma sayangnya saya tak dpt singgah di Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang disebabkan keadaan jalan yg agak sukar dilalui. Apa cerita agaknya kampung ini?
awanbadai
Wassalam awanbadai. Jadi kira terasa gak nostalgia JB yek...
Dulu2 kalau cerita ngan bebudak Johor, kitarorang selalu bangga kononnya Johor lagi "advance" daripada negeri2 lain dalam Malaysia le... Bukan apa... Advance dari segi menyerap budaya Barat le... Dulu bangga woo...
Kononnya punya la dasat Johor dengan raja ada askar sendiri. Pas tu ada bini Mat Saleh... Dulu bangga le, sekarang pada aku apa kemenda nak bangga darah Ahlul Bait dan kasik campur darah Mat Saleh cebuk tak basuh. Heh!
Tapi tu le dulu... Paling bangga masa akau bebudak dulu, daripada Johor le masuk Heavy Metal ngan Rock kat Malaysia ni... Lalu Singapore le...
Kena plak kumpulan hard rock pertama dan paling top dengan album "Cinta buatan Malaysia" mula dengan group Search... Pas tu naik Lefthanded... Banyak geng rock Johor woo... Aku dulu nyaris nak jadi cam tu, jadi bandboy konon. Hehe... :]
Betul tu MS, saya ada cikgu asal batu pahat pun cukup berbangga bila bercerita pasal johor, ada tentera sendiri. Tapi tak pe la .. berbangga dengan apa saja yg kita ada.
Yang tak bestnya dia kutuk baju melayu cekak musang tu, sebab katanya teluk belanga tu lebih melayu dari cekak musang.
Hehe ... tak paham la.
Pasal band rock tu, anak muda mana yg tak join dan ikut2an masa tu. "Meletop" abis, rock kapak.
awanbadai
Jalan nak menuju ke Kg Perigi Acheh tu dah baik dan cantik.Sebelum tu kena melalui kawasan kilang dahulu.Kg mak saya berdekatan saja di Kg Pasir Putih.
insani.
Time kasih insani :)
-awanbadai-
Saya bukan asal Johor tetapi dah lama menetap di Skudai khususnya. Sebut pasal Kg. Perigi Acheh teringat pulak semasa mula-mula sampai ke Johor sekitar 1989 dulu. Hujung minggu selalu juga ikut kawan-kawan pergi memancing di sana. Biasanya kami sampai sebelum subuh. Setelah solat subuh di surau kampung itu barulah kami turun memancing.
Saya ni bukanlah kaki pancing tetapi sebab asal dari kampung dan dah lama duduk di bandar bila berada dalam suasana kampung nelayan seperti Kg. Perigi Acheh itu sebenarnya memberikan seribu ketenangan. Sekarang ni dah lama tidak ke sana. Tidak tahu apakah perkembangan terbaru di sana. Baru tidaklah baru sangat sekitar enam bulan lalu berkunjung ke Taman Kota Masai menghadiri kenduri kahwin teman sepejabat...tertanya-tanya juga di hati di mana arahkah Kg. Perigi Acheh yang pernah saya kunjungi beberapa tahun yang lampau.
Keadaan sekitar telah banyak berubah. Seperti juga diri ini dulu 30an sekarang dah 50an. Kalau ada rezeki saya akan ke Kg Perigi Acheh lagi.
- Jrharis
Timekasih Abg JrHaris,
Tak sabar rasanya nak ke kg perigi
Acheh, balik kg cuti ni.
-awanbadai
Saya bukan asal Johor tetapi dah lama menetap di Skudai khususnya. Sebut pasal Kg. Perigi Acheh teringat pulak semasa mula-mula sampai ke Johor sekitar 1989 dulu. Hujung minggu selalu juga ikut kawan-kawan pergi memancing di sana. Biasanya kami sampai sebelum subuh. Setelah solat subuh di surau kampung itu barulah kami turun memancing. Saya ni bukanlah kaki pancing tetapi sebab asal dari kampung dan dah lama duduk di bandar bila berada dalam suasana kampung nelayan seperti Kg. Perigi Acheh itu sebenarnya memberikan seribu ketenangan. Sekarang ni dah lama tidak ke sana. Tidak tahu apakah perkembangan terbaru di sana. Baru tidaklah baru sangat sekitar enam bulan lalu berkunjung ke Taman Kota Masai menghadiri kenduri kahwin teman sepejabat...tertanya-tanya juga di hati di mana arahkah Kg. Perigi Acheh yang pernah saya kunjungi beberapa tahun yang lampau. Keadaan sekitar telah banyak berubah. Seperti juga diri ini dulu 30an sekarang dah 50an. Kalau ada rezeki saya akan ke Kg Perigi Acheh lagi. - Jrharis
Catat Ulasan