Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Oktober 08, 2025

Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Pusing pulau sebelum membuat live di hotel

Merujuk pada artikel Revolusi ilmu pengetahuan dan pembelajaran cetusan Madani Nabawi yang dipersembahkan petang semalam. Ada dinyatakan bahawa saya baru sahaja kembali daripada satu perjalanan 6 hari 6 malam yang memakan jarak pemanduan lebih 1,200km. Selasa hadapan pula mahu memulakan satu lagi perjalanan jauh tetapi berlawanan arah iaitu ke selatan. Oleh itu biar diluahkan cerita perjalanan yang baru berlalu secepat mungkin.



Perjalanan bermula pagi Selasa 30 September 2025 untuk menghantar isteri menghadiri mesyuarat di Pulau Pinang. Isteri terlibat dengan kesatuan sekerja syarikat-syarikat telekomunasi dan datang sebagai salah seorang wakil dari zon Selangor Barat.



Beliau boleh sahaja pergi bersama beberapa orang kawan sekerja yang mewakili zon sama. Tetapi saya sudi menghantar kerana mahu  mengambil peluang untuk berjalan-jalan ke beberapa tempat. Antaranya mahu mendaki Bukit Mertajam dan Gunung Semanggol hingga ke puncak. Mahu juga ke Gunung Jerai yang akhir sekali dinaiki lebih 8 tahun lalu.



Dari rumah kami terus mengambil Lebuh Raya Utara Selatan tetapi keluar di tol Slim River apabila mendapat minyak dalam tangki takut tak sampai ke tempat rehat Tapah. Sekitar Trolak dapat mengisi minyak. Didapati sistem baru harga minyak sudah pun bermula sejak tengah malam itu.



Masuk kembali lebuh raya melalui tol Sungkai hingga ke jambatan kedua Pulau Pinang untuk masuk pulau.



Terus ke bandar raya Georgetown yang sudah dicadangkan agar ditukar kembali ke nama Melayu, Tanjung Penaga. Saya tidak suka hendak merujuknya sebagai Georgetown. Tetapi ada kala tidak boleh dielakkan apabila hendak menerangkan lokasi dan tempat.



Selepas menurunkan isteri di hotel saya pun memulakan perjalanan untuk menjejak tempat-tempat.




Cadangnya hendak naik Bukit Pulau Pinang (Penang Hill) melalui jalan kereta. Tengok-tengok tak boleh dimasuki awam. Nampaknya cuma pemilik rumah-rumah mewah di atas sana dan pihak tertentu sahaja boleh menggunakan jalan.




Dengan itu bergerak pula ke arah kawasan pantai-pantai.



Terlihat masjid ini singgah untuk menunaikan solat. Lihat artikel Masjid Lama (Old Mosque of) Tanjong Huma, Batu Ferringhi di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN.



Kemudian baru bercanda di pantai. Lihat artikel Batu Ferringhi visit 2025 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Untuk pengetahuan saya dan isteri ada ke Pulau Pinang beberapa bulan lalu tapi setakat di sekitar bandar raya. Kali terakhir saya pergi ke kawasan pantai adalah pada Ogos 2022.



Jam 4.30 petang makan "tengah hari" lewat di Teluk Bahang. Sudah lebih 3 tahun tak singgah. Pergilah melihat beberapa tempat. Lihat Teluk Bahang visit 2025.



Naik jalan berbukit ke Balik Pulau dengan niat hendak mandi air terjun di Titi Kerawang.



Terlihat satu tempat memberikan pemandangan meluas ke bawah bukit berhenti sekejap. Lihat A viewing point between Teluk Bahang and Sungai Pinang.




Sampai Titi Kerawang perut pula buat hal memulas sedangkan rupa-rupanya tiada tandas. Maka diteruskan perjalanan hingga turun bukit di Sungai Pinang baru jumpa tempat untuk melangsaikan hajat. Tengok-tengok boleh bermandi manda di sekitar. Lihat The recreational area of Sungai Pinang.




Sampai Balik Pulau pula terus mengambil satu lagi jalan mendaki bukit untuk menghala kembali ke bandar raya. Singgah di tempat tertinggi dalam laluan memberikan pemandangan menarik matahari terbenam. Lihat Sunset from Balik Pulau viewing point.



Saya kembali ke bandar raya untuk ke hotel supaya dapat bersama isteri melaksanakan siaran langsung mingguan Tiktok Merah Silu Live setiap Selasa malam Rabu yang dimulakan sejak 19 Ogos. Lihat Mengimbau perjalanan/pengembaraan lama melalui Merah Silu live di Tiktok setiap Selasa malam Rabu
.


Bersolat dan berehat sejenak di masjid terdekat. Lihat Masjid Jamek Benggali (Main Benggali Mosque), Pulau Pinang. Hotel cuma untuk mereka yang terlibat dengan mesyuarat sedangkan saya sudah bercadang untuk beriktikaf di Kota Kuala Muda, Kedah.


Hampir sampai masa untuk memulakan live jam 9.30 berjalan kaki ke hotel. 


Alhamdulillah dapat dilaksanakan dengan lancar di ruang legar (lobby) hingga hampir tengah malam sesi yang merupakan edisi ke-7 dalam siri Merah Silu Live, walau pertama kali di buat di luar rumah sendiri lalu tidak dapat menggunakan televisyen besar yang dimiliki bagi membantu paparan dan penceritaan. Dapatlah meliputi cerita-cerita perjalanan lama berikut sebelum membuka sesi soal jawab bebas :-


15. Kali pertama ke makam Tok Kenali sekitar 2003 - sekitar 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Kenali tahun 2003

16. Kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003 - harus lebih 1,100 km. Lihat  Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003




Tiada ulasan: