Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Jun 01, 2022

Kompilasi cerita beraya tahun 2022

Salam petang Rabu 1 Zulkaedah 1443 Hijriah. Melengkapkan gerak penceritaan sekitar musim raya bulan Syawal yang baru sahaja berlalu, dengan menyajikan kompilasi bagi cerita-cerita berkenaan...



Adapun musim raya kali ini sangat unik kerana sebelum ini 2 tahun tidak dapat beraya di kampung akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) demi membendung masalah wabak virus Covid-19. Kali terakhir dapat beraya bersama ibu bapa dan saudara mara adalah pada tahun 2019. Bayangkan bagaimana gembiranya hati dapat kembali berbuat begitu 3 tahun kemudian iaitu pada musim raya tahun 2022 ini.


1. Beraya di kampung tahun 2022 setelah 2 tahun raya tak dapat balik kampung

2. Beraya di kampung tahun 2022 - Sekitar kampung isteri di Tanjung Sepat  

3. Beraya di kampung tahun 2022 - Sekitar kampung saya di Muar 

4. Beraya di kampung tahun 2022 - Dari Muar kembali ke Lembah Klang dan Rawang

5. Beraya tahun 2022 - Hari-hari seterusnya bulan Syawal 1443 Hijriah

6. Beraya tahun 2022 - Dari Sendayan ke Senawang ke Janda Baik

7. Beraya tahun 2022 - Majlis khas buat keluarga belah isteri



Selasa, Mei 31, 2022

Beraya tahun 2022 - Majlis khas buat keluarga belah isteri

Menyambung gerak penulisan 30 Syawal daripada artikel Beraya tahun 2022 - Dari Sendayan ke Senawang ke Janda Baik.



Adapun sudah menjadi tradisi sejak beberapa lama buat saya dan isteri mengadakan majlis-majlis rumah terbuka hari raya sejak berpindah ke rumah sendiri tahun 2014. Lihat artikel-artikel lama berikut :-


2019




Cuma tradisi ini jadi terganggu dan terputus akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak Covid-19 yang bermula 18 Mac tahun 2020 menyebabkan seluruh umat Islam tidak boleh keluar ziarah menziarahi bagi bulan Syawal padam tahun itu juga berikutnya tahun 2021. Namun kami tetap mengadakan majlis serupa di luar musim sebagai ganti. Antaranya lihat Bicara sufi Martabat 7 di Baitul Hikmah.

Nota : Bila hendak melihat kembali majlis-majlis berkenaan yang pernah dibuat baru tersedar bahawa ada yang tidak diceritakan langsung dalam blogspot. Cuma gambar berkenaan sahaja ada dikongsikan di Facebook. Misalnya makan-makan khas untuk saudara mara sebelah ibu saya pada 28 Februari 2021 yang mana kemudian saya membawa mereka ke rumah pokok yang didirikan dalam kawasan kebun di seberang rumah.




Untuk musim raya tahun 2022 ini sebetulnya kami suami isteri asalnya malas untuk mengadakan majlis terbuka. Cukuplah sesiapa hendak datang pada bila-bila, tidak perlu beramai-ramai pada hari tertentu lalu jadilah seperti apa yang ditunjukkan dalam artikel Beraya tahun 2022 - Hari-hari seterusnya bulan Syawal 1443 Hijriah.




Tetapi selepas beberapa lama timbul rasa isteri untuk mengajak adik beradik beliau dan keluarga datang bertandang pada satu hari tertentu. Maklumlah mereka semua menetap jauh, lebih 100 km daripada rumah kami.



Jadilah majlis khas raya buat mereka petang Sabtu 28 Mei iaitu pada tiga hari lalu...



















Siap ada buat cabutan bertuah lagi, saja suka-suka. Untuk rekod saya ini adalah artikel ke-2,262 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.



Beraya tahun 2022 - Dari Sendayan ke Senawang ke Janda Baik

Salam semua. Memandangkan hari ini adalah hari terakhir bulan raya iaitu bertarikh 30 Syawal biar dilepaskan sedikit lagi cerita melibatkan musim raya. Kali ini berpatah balik kita ke 11 hari lalu.



Merujuk pada artikel Beraya tahun 2022 - Hari-hari seterusnya bulan Syawal 1443 Hijriah. Hampir penghujungnya ada disebut begini...


Hal keluarga seterusnya membawa saya, isteri dan anak-anak untuk menghadiri satu majlis rumah terbuka di Senawang pada petang Jumaat baru ini 20 Mei. Majlis diadakan oleh seorang saudara belah bapa yang baru dikenali. Di situ juga saya berjumpa sejumlah lagi saudara mara, ada yang pernah ditemui sebelum itu, ada yang baru ditemui.


Sekarang biar ditambah. Untuk menghadiri majlis tersebut kami sekeluarga bergerak keluar dari rumah di Bandar Sungai Buaya, Rawang sekitar jam 12 tengah hari itu.




Dalam perjalanan singgah di Masjid Seri Sendayaan untuk menunaikan solat Jumaat...






Gambar selepas solat selesai...









Selepas itu baru ke majlis di Senawang.




Rupa-rupanya saudara yang baru dikenali ini, seorang pemilik syarikat penjual kereta dan beberapa syarikat lain adalah seorang hartawan yang boleh dikatakan agak terkemuka di Seremban. Cuma orang lain mungkin tidak tahu beliau adalah berketurunan Menteri Ngah Ibrahim sebelah bapa dan Laksamana Razali bin Laksamana Ali Wasi bin Laksamana Muhammad Amin di sebelah ibu. Hmm. Tak perlulah dipanjangkan siapakah mereka-mereka ini kecuali menyatakan mereka adalah saudara mara belah bapa saya di Perak.



Sudah disebut dalam artikel Beraya tahun 2022 - Hari-hari seterusnya bulan Syawal 1443 Hijriah bahawa saya membawa isteri dan anak-anak ke majlis kerana satu urusan keluarga. Majlis pula menjadi asbab untuk kami bermalam di rumah seorang anak saudara isteri di sebelah sebuah masjid lama dekat-dekat Ampangan di Seremban.



Dari sana boleh terus bergerak ke arah Lembah Klang di utara. Tetapi kami berpatah balik ke arah selatan dan barat untuk ke pusat bandar Seremban keesokan paginya Ahad 21 Mei.



Ini kerana ada anak mahu ke Muzium Negeri...



Ini disebabkan ada terlihat papan tanda ke arah muzium ketika hampir sampai ke Senawang petang sebelumnya...



Kami berehat santai di beberapa bahagian muzium termasuk dalam rumah tradisional pameran di luar bangunan utama muzium...



Selepas jam 12 baru keluar lalu mengambil satu jalan yang dikatakan seperti di New Zealand sebelum menghala ke Lenggeng.




Sekitar Ulu Beranang terlihat papan tanda membawa ke air terjun bernama Jeram Kedah lalu ke sana. Lihat artikel The waterfalls of Jeram Kedah dan The waterfalls of Jeram Kedah part 2 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Sedar tak sedar ada satu setengah jam juga kami bermandi manda sebelum keluar hampir jam 3 melalui Broga kemudian Semenyih kemudian menghala ke empangan berkenaan di Hulu Langat.




Singgah makan tengah hari lewat di pekan Batu 14 sebelum mengambil jalan belakang ke Ampang...






Perjalanan diteruskan dengan mengambil Lebuh Raya Karak ke kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa...



Masuklah ke Janda Baik. Tujuannya untuk menghantar seorang anak kami kembali masuk belajar di tahfiz.



Menariknya apabila masuk sahaja kereta ke dalam kawasan tahfiz meter bawah kereta menunjukkan nombor 313.1. Oleh kerana ia telah dikosongkan sebelum perjalanan ke Senawang bermula ini bermakna kami telah berjalan sejauah 313.1 kilometer sejak itu.




Gambar ini pula didapati memiliki filename bernama DSC03131 menurut aturan dalam kamera. Terasa ada makna yang terkait dengan perjuangan (313) dan home sweet home atau rumahku syurga buat kami sekeluarga (131).