OK. Sedikit perkongsian daripada aktiviti semalam.
Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Sabtu, Januari 18, 2025
Islamisasi ilmu pengetahuan, kecerdasan buatan dan robot - Apakah usaha dan peranan ilmuwan Islam?
Isnin, Januari 13, 2025
Sesat lebih sejam malam 14 Rejab dalam hutan belukar ladang Sungai Buaya/Bukit Beruntung
Salam semua. Adapun saya baru kembali daripada hiking yang mana ada sesat lebih sejam dalam kegelapan selepas Maghrib, selepas berbuka puasa sunat hari Isnin dan puasa putih dengan 3 biji kurma dan 3 teguk air. Saya memang selalu hiking seorang diri masuk hutan ladang belukar rimba. Ada le 2-3 kali sesat tapi tak lama. Setakat beberapa minit sebelum dapat menemui kembali jalan. Kali terakhir sesat lama adalah selama 19 jam di Gunung Nuang. Tapi itu cerita lebih 20 tahun lalu. Umur pun baru dalam 32-33 gitu Lihat artikel lama Pendakian dan sesat di Gunung Nuang dalam ingatan.... Sekarang pergi pada cerita yang baru berlaku tadi.
Mukadimah kesesatan ini sebenarnya bermula petang Khamis 2 Januari 2025 apabila tergerak mencuba satu laluan ladang yang boleh menyambung kawasan Sungai Buaya di mana terletaknya rumah saya dengan Prima Beruntung yang terletak dalam kawasan Bukit Beruntung. Saya sudah lama mendengar tentang wujudnya laluan yang katanya turut menyambung ke kampung Orang Asli di utara Prima Beruntung. Tetapi baru seminggu dua mendapat tahu di manakah simpang masuk laluan.
Walaupun dikatakan boleh menggunakan motosikal sepanjang laluan saya memilih untuk meninggalkan dekat jalan masuk lalu berjalan kaki. Selepas beberapa lama sampai ke menara kabel eletrik di atas puncak bukit yang memberikan pemandangan menarik sekeliling. Lihat artikel Checking out a plantation route from Sungai Buaya to Prima Beruntung di blogspot BERPETUALANG KE ACEH
Sebetulnya saya rajin masuk ke kawasan ladang sekeliling Sungai Buaya yang turut dipenuhi hutan belukar juga laluan turun naik bukit bukau. Tapi kadang-kadang sahaja bercerita kepada umum. Apapun tujuan utama mengambil laluan ke Prima Beruntung adalah untuk sampai ke tasik yang dapat dilihat melalui paparan satelit Google Map. Dalam penerokaan petang Khamis ada nampak simpang tapi tak tahu itulah yang membawa ke tasik. Sebaliknya diteruskan lalu sampai ke menara.
Petang hari berikutnya Jumaat 3 Januari tergerak untuk mengajak isteri mencari tasik. Kali ini menaiki kereta hingga ke Prima Beruntung. Dari situ berjalan kaki ambil laluan ladang kerana cukup dekat. Lihat The lake at Prima Beruntung.
Bersedia untuk webinar "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun" jam 9.15 malam 20 Januari
Merujuk kepada artikel Kenapa webinar "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun : Satu Penilaian Semula" mahu diadakan 20 Januari 2025 yang dipersembahkan petang Jumaat lalu 10 Januari 2025. Penemuan atau lebih tepat peringatan yang diperolehi akibat penyediaan artikel membawa kepada hantaran berikut dikongsikan dalam Facebook bersama rakaman video...
Malam itu saya menyemak kembali bagaimana dapat melakukan webinar tentang Laksamana. Setelah dapat mengingatkan cara timbul rasa untuk mencuba lalu membuka "meeting room" Zoom. Selesai itu dikeluarkan hantaran undangan berikut :-
Hantaran dibuat cuma 7 minit sebelum test session atau ujian bermula jam 10 malam. Hasilnya dikongsikan melalui hantaran pagi Sabtu 11 Januari...
Untuk makluman ujian sekadar menggunakan dokumen dalam bentuk PDF juga gambar dalam format JPG untuk paparan bagi menyokong pembentangan. Tidak ada slaid Power Point seperti biasa dilakukan orang. Saya pernah buat lebih kurang ketika akhir sekali membentang 5 bulan lalu, dalam majlis fizikal yang juga berlangsung secara atas talian. Ada menggunakan PDF selain slaid. Walaupun berlaku sedikit gangguan rentak ketika hendak bertukar paparan tidaklah menimbulkan sangat masalah Lihat Diskusi buku "Adam (a.s.) and Origin of Man" di ISTAC berlangsung dengan jayanya 15 Ogos.
Cuma terlupa ketika itu ada pihak memantau dan menjaga perjalanan acara. Saya cuma perlu memberikan tumpuan pada pembentangan. Dalam ujian baru ini perlu membuat semua secara bersendirian kerana itulah yang akan dilakukan dalam webinar akan datang. Harus memantau sendiri melalui maklum balas, bagaimanakah rupa paparan yang diterima orang. Ini kerana apa yang dipaparkan dalam komputer riba saya tidak semestinya sama dengan apa yang orang lain lihat.
Mengambil iktibar daripada masalah paparan tidak sama yang timbul dalam ujian, antaranya disebabkan harus bertukar daripada PDF ke PDF juga JPG didapati adalah lebih baik segala yang mahu dipaparkan dibuat dalam bentuk slaid. Ini pun diusahakan sehingga lewat malam. Lalu dibuat lagi ujian jam 9.15 Sabtu malam Ahad. Kali ini tanpa meminta orang lain terlibat.
Cuma ada saya sahaja membentang dan isteri melihat melalui telefon pintar. Itupun pakai telefon saya kerana isteri tak install Zoom dalam telefon beliau. Hasilnya ternyata lebih baik lalu dikongsikanlah hantaran berikut di FB...o
Tentang masalah suara berdengung, didapati ia disebabkan suara pembentangan yang keluar daripada telefon bimbit. Kalau dikecilkan pun masih ada masalah. Selain itu didapati ada keperluan agar rakaman yang dibuat melalui Zoom (tanpa rakaman bagaimana hendak diabadikan majlis untuk tontonan kemudian?) cuma dimulakan setelah slaid pertama dipaparkan.
Untuk ujian-ujian ini saya telah meletakkan setting mulakan rakaman sebaik sahaja sesi bermula. Ini kerana takut berulang masalah semasa akhir sekali membuat webinar sendiri lebih setahun lalu - Tidak dapat merekodkan sesi soal jawab kerana tidak dapat menemui butang untuk merakam semasa sesi berlangsung. Lihat Dari Webinar impromptu Laksamana Muhammad Amin ke perkongsian tentang ketokohan dan perjuangan di Book Haven.
Lalu dibuatlah satu lagi ujian bermula sekitar jam 10.15. Kali ini tanpa meletakkan setting merekod secara automatik. Ini kerana mahu rakaman dimulakan setelah slaid pertama, slaid pengenalan terpapar. Cuma didapati kalau dipaparkan penuh skrin iaitu selepas menekan butang/ikon slide presentation tidak dapat ditemu butang rakaman. Cuma dapat ketika slaid dipaparkan kecil dalam paparan induk Power Point yang menunjukkan ikon-ikon suntingan.
Beginilah hasilnya. Cukuplah untuk merasa yakin boleh melakukan pembentangan sebaik mungkin walaupun harus bersendirian melaksanakan apabila sampai waktu. Isteri boleh memberikan tumpuan membuat Facebook Live menggunakan telefon beliau bagi memaparkan perjalanan majlis dari sudut lain, bukan seperti yang dipaparkan melalui Zoom.
Oh. Kembali pada maklum balas yang dipinta dalam hantaran pertama yang ada rakaman video. Tentang jam berapakah harus dimulakan webinar 20 Januari nanti. Ramai mencadangkan 9.30 malam. Ada yang mencadangkan jam 9. Ada pula kata mana-mana pun boleh. Saya pun mencadangkan jalan tengah iaitu 9.15 malam. Semua bersetuju.
Lewat petang sebelum Maghrib dibuka "meeting room" untuk webinar sebenar. Disebabkan had masa 40 minit kerana menggunakan Zoom percuma dipecahlah kepada dua sesi iaitu pembentangan bermula jam 9.15 malam, soal jawab menyusul jam 10. Selepas itu diwar-war bersama slaid pertama seperti berikut...