Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Jun 13, 2025

Ringkasan balik Raya Haji ke Muar 1446 Hijriah

Salam petang Jumaat 13 Jun bersamaan 16 Zulhijjah. Perkongsian ringkas daripada perjalanan balik kampung ke Muar untuk menyambut Hari Raya Haji seminggu lalu.



Petang Khamis 5 Jun 2025 bersamaan 8 Zulhijjah saya dan isteri bergerak meninggalkan rumah menuju ke selatan untuk balik kampung saya di Muar.



Tetapi harus mengambil dahulu anak-anak dari asrama tahfiz di selatan bandar raya Kuala Lumpur.




Malam itu malam Jumaat, masuk waktu Isyak singgah makan di Seremban. Masih separuh perjalanan. Sampai rumah ibu bapa sebelum tengah malam. Tak lama kemudian adik bongsu sampai bersama suami dan anak-anak dari Johor Bahru.



Petang Jumaat 6 Jun bersamaan 9 Zulhijjah menunaikan solat Jumaat di surau berdekatan rumah. Lihat  Surau (Praying hall of) Al Mahmudiah, Kampung Temiang Tanjung, Muar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Hari itu banyak dihabiskan di rumah. Alhamdulillah adik beradik saya ada bersama keluarga masing-masing, seorang memang menetap di Muar, seorang di Melaka. Lewat malam baru keluar membawa anak-anak berjalan di bandar Muar. Ini di pasar karat bandar.




Anak-anak kelihatan gembira lalu menghabiskan banyak masa di sini. Saya mengisi masa menunggu dengan menyambung bacaan Al Quran bagi bulan Zulhijjah juga kerja kajian dan penulisan tesis PhD di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).




Hampir jam 11.30 malam bergerak ke taman rekreasi Tanjung Emas. Melihat Masjid Jamek Muar sekadar dari luar.




Pagi Sabtu 7 Jun bersamaan 10 Zulhijjah, Hari Raya Haji Aidil Adha. Menunaikan solat raya pun sekadar di surau berdekatan rumah. Untuk perjalanan kali ini memang malas nak berjalan sangat. Kalau tidak mesti solat Jumaat apa lagi solat raya di Masjid Jamek Muar walau letaknya hampir 8 km dari rumah. 




Tapi petang timbul rasa untuk berjalan kaki beriadah pusing kampung sekitar 2 km lebih gitu.




Ada laluan tidak pernah diambil sebelum ini. Terserempak lembu maak oooi punyalah bagak. Macam seladang rupa. Kepala saya pun bawah pinggang dia daa...




Disebabkan berjalan kaki lalu mengambil laluan baru itulah terjumpa dua jeti kecil menghadap Sungai Muar. Sambung bacaan Al Quran di kedua-dua tempat.



Lihat artikel-artikel berikut di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH :-







Yang biasa pergi jeti yang ini. Sambung pula kerja kajian dan penulisan tesis.




Pagi Ahad 8 Jun bersamaan 11 Zulhijjah ke bandar Muar membawa ibu bapa berjalan.




Makan nasi beringin kegemaran di tempat biasa menghadap Sungai Muar. Adik saya turut bersama datang membawa anak.




Jam 11 gitu meninggalkan kampung untuk kembali ke rumah. Gambar ini diambil jam 1.34 petang di Pedas kalau tak salah. Kami telah mengambil satu laluan pendalaman bagi mengelak kesesakan jalan raya selepas bandar raya Melaka menuju ke Lembah Klang.




Jam 3 lebih singgah di Kajang untuk ke dobi membasuh baju terutama milik anak-anak. Sementara menunggu siap singgah bersolat di masjid ini. Lihat Masjid Jabatan Penjara (Mosque of the Prisons Department), Kajang



Membawa anak-anak "last kopek" berjalan-jalan di pusat membeli belah sebelum menghantar masuk kembali ke asrama tahfiz jam 6.




Hmm. Lupa pula singgah mana selepas itu. Harus ada makan malam di mana-mana. Apabila sampai kembali ke rumah dekat tengah malam didapati saya sudah memandu sejauh 543 km.


Khamis, Jun 12, 2025

Pameran Persenjataan Melayu : Citra budaya bangsa

Melengkapkan gerak penulisan malam Jumaat. Bersambung daripada Persenjataan Melayu : Citra budaya bangsa.



Dari auditorium di mana diadakan majlis turun pula ke ruang legar bangunan utama Perpustakaan Negara di mana sedang berlangsung satu acara selari iaitu Pameran Persenjataan Melayu : Citra Budaya Bangsa.







Sebetulnya sudah lama saya tidak ke bangunan utama perpustakaan. Ini disebabkan ia dalam proses penambahbaikan yang makan masa bertahun.




Sejak beberapa tahun kebelakangan kalau ke situ cuma ke bangunan baru yang beberapa kali ganda lebih tinggi tapi 'kurus' berbanding bangunan utama, bangunan asal Perpustakaan Negara yang besar melebar tetapi kurang tinggi.



Difahamkan majlis syarahan persenjataan dan pameran adalah yang pertama di bangunan utama sejak dibuka semula kepada awam.



Ada sejumlah buku dan manuskrip dipamerkan...













Ada sejumlah senjata tradisional Melayu.




Puas melihat saya mengambil satu sudut selesa. Di situlah dipersembahkan artikel Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Perkongsian dalam Tiktok kemudian menyambung sedikit kajian tesis PhD di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Selepas itu bergerak ke KLCC (Kuala Lumpur City Centre) di mana disambung kerja di medan selera walau sedang berpuasa sunat hari Khamis juga puasa putih 15 Zulhijjah. Latar belakang pemandangan taman rekreasi dan tasik buatan melalui cermin tingkap besar membantu mengabaikan rasa mengantuk dan penat. Lalu di situlah ditulis pula artikel Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar yang merangkumi seluruh perjalanan dari Khamis 29 Mei hingga Selasa 2 Jun. Sekian gerak penulisan buat malam ini.

Persenjataan Melayu : Citra budaya bangsa

Salam malam Jumaat. Perkongsian daripada majlis ilmu siang tadi, kali ini di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).



Tadi pagi Khamis 12 Jun 2025, sampailah ke perpustakaan untuk majlis berkenaan.




Saya mendapat tahu tentang majlis seminggu lalu. Kejap rasa nak pergi, kejap tidak. Ini kerana rasa kepenatan dan tak sedap badan tak surut lagi. 




Sejak awal bulan puasa berturut-turut asyik berjalan jauh. Sekali keluar memandu 500 hingga lebih 1,000 km. Kalau tak berjalan jauh hantar isteri pergi balik ke tempat kerja 100 km lah jugak pada hari-harinya. Di celah-celah itu kejar kajian dan penulisan tesis PhD di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), sambil tetap istiqomah menjaga beberapa amalan peribadi.




Petang tadi baru menutup cerita perjalanan utara Khamis 29 Mei hingga Selasa 2 Jun dengan artikel Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar. Rabu malam Khamis 4 Jun digagahkan hadir majlis ilmu di UIA (Universiti Islam Antarabangsa) kerana sudah berjanji akan hadir. Lihat artikel Dari Yathrib ke Madinah Nabi : Sebuah Transformasi... yang sudah lebih awal disajikan. Belum diceritakan lagi Khamis 5 Jun harus mengambil anak lalu bergegas kembali ke Muar untuk sambutan Raya Haji. Dalam tempoh kurang 24 jam selepas ini saya dijadualkan naik ke utara lagi.




Itu penat berjalan, penat memandu juga singgah dari tempat ke tempat dan melakukan pelbagai aktiviti. Sekarang gandakan lagi kepenatan itu kerana harus menulis tentangnya. Kerana itulah sifat saya.  Menulis untuk melepaskan rasa. Kalau tidak rasa nak senang duduk. Aliran ilham tersangkut, angin jadi tidak baik. Susah nak buat kerja.

Saya tak perlu menceritakan semua yang dilakukan. Cukup sekadar perlu untuk melepaskan rasa. Contoh. Kalau lakukan aktiviti A diikuti B, C dan D. Saya boleh kongsikan A dan D. Cuma pastikan cara menulis itu dapat membantu mengingat kembali sekali B, C apabila dibaca sendiri. Orang lain tak perlu tahu setiap perkara yang dialami. Sesungguhnya penulisan adalah terapi buat saya.




OK. Majlis tadi diberi tajuk "Persenjataan Melayu : Citra Budaya Bangsa". Ia adalah yang ketiga dalam siri Wacana Manuskrip Melayu anjuran PNM bagi tahun 2025. Untuk kali ini diadakan sekali majlis pelancaran bagi Projek Transliterasi Warisan 2025. Ia adalah kerjasama dengan USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) bagi meRumikan sejumlah transkrip bertulisan Jawi lama yang ada dalam simpanan PNM.



Pembentang iaitu saudara Wan Dasuki Wan Hasbullah adalah seorang yang rajin mengkaji manuskrip-manuskrip lama. Minat khusus beliau adalah senjata api Melayu.




Namun untuk pembentangan ini beliau secara umum cuba meliputi semua jenis senjata Melayu termasuk senjata tajam jarak dekat seperti keris, juga senjata lontar jarak jauh  seperti lembing dan kedudukannya dalam kalangan orang Melayu. Selepas itu baru pergi pada yang lebih jauh capaian lalu masuklah bab senjata api.









Kajian boleh dibuat melalui sesawang seperti Malay Concordance Project yang dilakukan oleh sebuah universiti di Australia sebagai antara sumber. Ada manuskrip Melayu yang telah didigitalkan juga diRumikan supaya senang membaca dan membuat kajian. 




Menggunakan itu sudah boleh mendapat begitu banyak maklumat. Pandai-pandailah memanfaatkannya...







Tak perlu mengulas panjang apa yang dikongsikan dalam majlis ya.




Sila ikuti sendiri melalui video bawah...




Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar

OK. Masih mengambil kesempatan atas hari in tarikh Hijriahnya adalah 15 Zulhijjah. Dipersembahkan artikel kompilasi bagi perjalanan ke utara baru ini.


Perjalanan bermula pagi Khamis 29 Mei 2025 bersamaan 1 Zulhijjah 1446 Hijriah iaitu tepat 2 minggu lalu, atas asbab mahu menghantar isteri ke Kuala Selangor kerana ada urusan kesatuan sekerja di pejabat-pejabat syarikat belah sana. Selepas itu mengambil laluan pantai ke arah utara menuju ke Alor Setar, untuk menghadiri mesyuarat keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak pada pagi Isnin 2 Jun bersamaan 1 Zulhijjah. Dibuatlah persinggahan ke beberapa tempat termasuk beriktikaf dari masjid ke masjid di celah-celah itu. Isteri menetapkan sasaran 20 buah masjid tetapi akhir meliputi 24 buah masjid dan 2 buah surau. Saya pula tambah lagi 6 masjid. Apabila kembali ke rumah didapati saya sudah memandu sejauh 1,080 km.





































37. Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Dari masjid ke masjid hingga ke Langgar

38. Rumah kelahiran (House of birth of) Dr Mahathir






Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,676 di CATATAN SI MERAH SILU.


Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Perkongsian dalam Tiktok

Sebagai melengkapkan penceritaan, masih pada tarikh Hijriah 15 Zulhijjah tetapi pada siangnya. Bersambung gerak daripada  Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Mesyuarat keluarga Laksamana membawa ke Bukit Gantang.



Perjalanan utara ini telah menyaksikan beberapa rakaman video dibuat lalu dimuatnaik untuk paparan di Tiktok. Biar dikongsikan pautan :-


1.  Masjid lama Panchang Bedena 










Rabu, Jun 11, 2025

Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Mesyuarat keluarga Laksamana membawa ke Bukit Gantang

Salam semua. Untuk cerita hari ke-5 dan terakhir perjalanan baru utara ini sengaja dibuat Rabu malam Khamis supaya dapat tarikh 15 Zulhijjah. Bersambung daripada Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Dari masjid ke masjid hingga ke Langgar.



Pagi Isnin 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446 Hijriah. Setelah bermalam dan beriktikaf di surau lama ini di Langgar kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan.




Kawasan pemakaman diraja Kedah terletak sekitar 100 meter sahaja dari surau. Kami setakat lalu memberikan salam.




Bersarapan setelah 2-3 kilometer keluar menuju ke bandar raya Alor Setar.




Masuk ke pusat bandar raya...




Menuju ke tempat mesyuarat.




Sudah dinyatakan dalam artikel pertama perjalanan bahawa ia bermula dengan menghantar isteri untuk satu urusan di Kuala Selangor pagi Khamis 29 Mei. Yetapi dipanjangkan hingga ke Alor Setar kerana ada mesyuarat bagi mengatur salasilah untuk bagi kaum kerabat kami dari keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhmmad Amin, Perak. Sebab itu siri penceritaan ini diberi nama "Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar". Kerana perjalanan berlaku disebabkan itu lalu dibuat banyak persinggahan.




Semasa menuju ke tempat mesyuarat ada terlihat papan tanda arah ke rumah kelahiran negarawan, Tun Dr Mahathir. Selepas mesyuarat pergilah singgah.



Bukan tak pernah ternampak papan tanda arah sebelum ini apabila bertandang ke Alor Setar. Tapi kali ini baru singgah. Lihat artikel Rumah kelahiran (House of birth of) Dr Mahathir di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Selepas itu masuk kembali ke pusat bandar raya. Isteri mahu mencari barang di Pekan Rabu.




Selepas jam 4 petang baru meninggalkan Alor Setar. Terus mengambil lebuh raya ke arah selatan.




Keluar sebentar ke Seberang Perai untuk singgah satu kawasan pemakaman yang sudah beberapa lama tahu wujud tetapi baru kini menjejakkan kaki.  Lihat Kawasan pemakaman diraja (Royal mausoleum of) Kampung Kota, Permatang Pasir.






Perjalanan diteruskan menuju ke Taiping melalui satu jalan dalam kemudian masuk sedikit lebuh raya. Makan malam di Restoran Kuey Teow Doli.




Tengah malam itu beriktikaf dan berehat di masjid Bukit Gantang.



Apabila sampai ke rumah awal pagi Selasa jam 3.51 pagi didapati saya sudah memandu sejauh 1,080 km.