Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, April 19, 2024

Dugaan perjalanan raya 1445 Hijriah

Salam pagi Jumaat 10 Syawal 1445 Hijriah. Sedikit cerita sekitar sambutan raya.



Adapun untuk musim raya ini kami sekeluarga bertolak dari rumah sendiri di Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor ke kampung ibu bapa saya di Muar lewat malam raya. Pagi 1 Syawal bersamaan 10 April 2024 solat raya di masjid terdekat.







Di rumah ibu bapa itulah, selepas makan raya beramai-ramai dipersembahkan artikel Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah. Selepas tengah hari keluar membawa isteri dan anak-anak berjalan-jalan di bandar diraja Muar.




Singgah di masjid jamek yang menjadi tempat permainan saya semasa kecil-kecil dahulu.



Ambil gambar anak beranak.



Kemudian singgah beraya di rumah saudara...



Pagi Jumaat 12 April bersamaan 3 Syawal bergerak meninggalkan Muar untuk ke kampung isteri di Tanjung Sepat, Selangor.




Di hadapan masjid ini di Sungai Rambai, Melaka berhenti sebentar untuk menambah minyak enjin atau minyak hitam. Sebetulnya kereta kami dilanda masalah semasa kembali ke Muar malam raya. Sampai di Seremban lampu amaran minyak hitam keluar berkelip kemudian hilang kemudian terbit kembali. Apabila sampai di rumah ibu bapa didapati seperti tidak ada minyak hitam walhal baru siang Selasa itu menghantar kereta ke bengkel untuk menukar baru minyak. 

Kata bapa mungkin bengkel terlupa mengisi selepas mengeluarkan minyak lama? Nasib baik ada setengah tong baki minyak hitam daripada episod terdahulu. Untuk makluman, saya ada 2 kali balik  ke Muar pada suku keempat tahun lalu. Pada kedua-dua kali itu kereta yang sama, kereta yang kelihatan ini didapati bermasalah selepas sampai. 

Kali pertama, melibatkan kebocoran minyak hitam, Kali kedua melibatkan spark plug dan wiring berkaitan. Pada yang kali pertama itu diisi setengah botol besar minyak hitam sebelum masalah berupa kebocoran gasket dapat diselesaikan di bengkel hadapan rumah ibu bapa. Tengok-tengok radiator pula bocor dan kipas rosak lalu harus ditukar. Lebih RM1,000 juga melayang...




Pada lewat malam atau lebih tepat awal pagi raya itu juga, sekitar jam 3 pagi diisi setengah tong baki minyak hitam daripada episod terdahulu. Sebelum  meninggalkan Muar dibeli lagi satu tong besar 4 liter sebagai back up lalu diisi hampir setengah di Sungai Rambai. Nampaknya memang benarlah tiada kecuali saki baki minyak hitam lama yang masih melekat dalam enjin ketika sampai ke Muar awal pagi raya. Kalau tak bagaimana boleh diisi dua kali setengah tong besar tanpa melimpah keluar?

Pun begitu lampu amaran minyak hitam masih menyala malah lebih kerap. Apabila diperiksa ternyata  minyak cukup dalam enjin. Ini menunjukkan sensor amaran itu sendiri bermasalah. Perjalanan pun diteruskan ke Masjid Kampung Ulu di tengah bandar raya Melaka tanpa menghiraukan lampu amaran.




Sempatlah bersolat Jumaat di situ sebelum beraya ke rumah saudara di Melaka.



Selepas itu menyambung perjalanan ke kampung isteri melalui jalan pantai.



Gambar rumah keluarga isteri ini diambil pada pagi Sabtu 13 April bersamaan 4 Syawal.



Selepas beraya di rumah adik beradik isteri di sekitar Tanjung Sepat kami pun mengorak langkah untuk kembali ke rumah sendiri. Singgah sebentar di pantai Morib.






Petang Ahad 14 April bersamaan 5 Syawal bergerak pula ke Ipoh.






Sampai di satu bahagian pinggiran bandar raya Ipoh dapat pekena laksa sarang. Sebetulnya sejak sebelum bulan puasa lagi terasa sangat nak makan. Hari tu cari di Kuala Kangsar tak dapat kerana bulan puasa orang tak niaga. Lihat Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Kuale-Tepen-Beruas.



Kemudian ke masjid lama ini untuk bersolat Maghrib dan jamak Isyak. Rujuk artikel lama Masjid Teluk Memali yang dipindahkan ke Ipoh - Apakah ia memang berasal dari bandar raya itu atau bagaimana?. Persinggahan tak dirancang berlaku atas asbab kedai laksa yang ditemui melalui Google Map terletak berdekatan.



Membawa keluarga berjalan malam di pusat bandar raya Ipoh. Selepas itu beraya dan menginap di rumah kawan. Esoknya pagi Isnin 15 April bersamaan 6 Syawal harus ke Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh.



Ada dinyatakan dalam artikel Masuk Perak siang Nisfu Sya'aban hampir 2 bulan lalu bahawa pada tarikh tersebut mahkamah akan membuat keputusan bagi kes faraid harta Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah. Oh. Yang tepat, keputusan adalah untuk menentukan siapakah waris-waris yang layak menerima faraid harta almarhum tak kiralah pun di mana. 

Saya sebelum ini selalu menyebut bahawa perbicaraan adalah tentang harta di Mekah. Yang sebenarnya itu adalah sebahagian daripada perkara. Almarhum ada banyak lagi hartanah termasuk di Singapura di mana beliau pernah hidup dalam tahanan British selepas dipindahkan daripada buangan di Pulau Seychelles tahun 1895 lalu meninggal dunia tahun 1904. Cuma harta Mekah lebih ditekankan disebabkan dokumen-dokumen berkenaan ada jelas ditemui satu pihak. Disebabkan mereka bergerak menuntut pampasan (hartanah telah diambil alih oleh kerajaan Arab Saudi bagi projek pembesaran Masjidil Haram) sambil mendakwa bahawa mereka sahaja waris yang layaklah berlaku kes mahkamah yang sedang berjalan.



Mereka yang rajin mengikuti CATATAN SI MERAH SILU mesti sedar bagaimana sejak hampir 2 tahun kebelakangan saya selalu ke Ipoh, hampir setiap bulan untuk mengikut perbicaraan kes. Namun ini yang pertama bagi tahun 2024, setelah keputusan yang asalnya dikatakan mahu dikeluarkan pada 20 Februari ditunda ke bulan Mac kemudian ke 15 April. Maka ramailah yang hadir untuk mengikuti.

Tetapi itulah. Setelah berebut masuk untuk mendapatkan tempat apabila kamar perbicaraan dibuka sekitar jam 9.30 pagi kemudian menunggu sejam lagi untuk hakim kami diberitahu keputusan harus ditunda ke 25 Jun. Katanya sudah ada. Tetapi perlu dikumpul lagi hujah dan maklumat agar semua pihak akan betul-betul puas.



Hal ini seperti membayangkan telah berlaku kebocoran keputusan dan alasan/hujah berkenaan sebelum ia sepatutnya diumumkan lalu ada yang tidak berpuas hati. Kelihatan seperti sudah berlaku tekanan oleh pihak tertentu dan saya boleh faham kenapa. Bergambar di luar kamar setelah keputusan ditangguhkan. Kali ini, buat sekian lama setelah perbicaraan bermula lebih 4 tahun lalu, ada wartawan-wartawan mengikuti. Semoga ini membawa kepada terserlahnya kebenaran yang hakiki. Semoga yang bathil akan gugur dengan sendirinya lalu timbullah yang haq.



Benda ini tak boleh cakap lebih-lebih kerana takut dituduh mendahului atau menghina mahkamah. Namun saya percaya telahan tentang kenapa keputusan ditangguhkan adalah berasas kerana sudah mengikuti perjalanan kes sejak beberapa lama malah bertanggungjawab membongkar beberapa perkara yang sudah diterima sekitar seabad sebagai 'benar' namun sudah ditemui bukti dan dokumen bertulis yang menunjukkan sebaliknya. Kelihatan pada saya ada perkara bakal disinggung dalam keputusan yang boleh menjejas teruk kepentingan pihak-pihak tertentu dan hubungan mereka dengan istana. Oh, singgah beriktikaf sebentar di Masjid Panglima Kinta.



Selepas itu membawa keluarga ke satu kawan pendalaman yang cantik berdekatan Banjaran Titiwangsa. Lihat artikel A beautiful part of inland Gopeng  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan Surau (Praying hall of) Kuala Razila dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)

Oh. Kalau ada yang tidak berpuas hati dengan kata-kata saya tentang hal mahkamah ini maka ketahuilah saya bercakap sebagai anak sulung kepada Mohamad Sapiee yang merupakan anak sulung kepada Mohamed Arshad yang merupakan seorang daripada dua sahaja anak laki-laki Muhammad Wahi, anak sulung kepada Orang Kaya Arshad yang merupakan waris utama Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin. Kamu-kamu itu, daripada keturunan anak-anak Muhammad Amin yang lebih rendah keutamaan, malah ada yang taraf keturunannya boleh dipersoalkan yang cari pasal dengan kaum kerabat belah kami yang merupakan waris-waris sulung/waris utama. Kami ini yang selama ini sentiasa bersangka baik dengan kamu namun kamu pijak-pijak kepala kami...




Hendak dijadikan cerita ketika keluar dari kawasan pendalaman di Gopeng saya telah tersilap membuat anggaran ketika melalui satu selekoh mendaki yang sempit sehingga tayar hadapan kiri kereta terlanggar batu besar lalu pecah koyak rabak. Saya tidak nampak batu, yang nampak cuma keadaan curam jalan kecil yang perlu didaki. Akibat itu harus menukar ke tayar spare, Ini adalah kali pertama saya berbuat begitu dengan kereta ini setelah hampir 10 tahun memilikinya.



Sebetulnya setelah berlaku peristiwa tayar kereta lagi satu pancit di Janda Baik sekitar setengah bulan lalu saya ada merasakan ia adalah latihan bagi menggantikan sendiri tayar pada kereta ini pula. Lihat Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Asbab tayar pancit. Cuma bezanya kali ini ia berlaku akibat silap perkiraan memandu, bukan pancit sendiri. Dan kedua, tayar spare itu sendiri sudah kurang sangat angin. Namun saya tidak pilihan, harus mengunakan tayar itu untuk meneruskan perjalanan. Nasib baik ada kedai-kedai tayar dalam 5 km perjalanan iaitu di pekan Gopeng lalu dapat dipam kemudian diganti dengan tayar terpakai.
 


Pun begitu ada lagi satu masalah. Ada bahagian besi yang memegang tayar telah bengkok. Ingatkan boleh dapat gantian di Gopeng tetapi tiada stok. Yang dapat dibuat adalah meluruskan sebahagian yang bengkok. Cukuplah untuk dibawa kereta kembali dengan selamat. Boleh ganti nanti di bengkel kebiasaan tidak jauh dari rumah.

    


Disebabkan urusan tayar masuk 6 jam baru dapat menjamakkan solat Zohor dan Asar iaitu di Kampar. Lihat Masjid (Mosque of) An Nur, Kampar, Perak. Padahal ikut rancangan asal pada waktu itu kami sepatutnya sudah selesai bermandi manda di satu kawasan perkelahan di pendalaman Slim River.



Malam itu kami menjamakkan solat Maghrib dan Isyak di Sungkai. Di Slim River ambil Lebuh Raya Utara Selatan hingga ke susur keluar berdekatan rumah, tiada lagi apa-apa persinggahan dibuat.



Apabila sampairumah  hampir jam 10 malam didapati saya sudah memandu sejauh 975.5 km dengan kereta itu sepanjang awal musim raya. Syukurlah dapat selamat sampai walau dilanda masalah. Cuma peliknya apabila ke bengkel tempat tukar minyak hitam di Rawang semalam 18 April  ditunjukkan video CCTV bahawa mereka memang ada menukar pada siang Selasa (9 April) iaitu sebelum malam raya. Jadi bagaimana boleh hilang begitu sahaja 4 liter? 

Yang pasti setelah disemak beberapa pihak  termasuk saya sendiri sepanjang dan selepas perjalanan tidak dapat ditemui apa-apa tanda kebocoran. Selepas diisi dua kali setengah tong boleh dikatakan dapat kepastian minyak hitam tiada masalah. Cuma lampu amaran sahaja boleh menimbulkan was-was. Menariknya selepas berlaku tayar pecah tidak keluar lagi amaran.

Tak mengapalah. Ini semua dugaan. Dan alhamdulillah, anak-anak yang turut diduga kerana harus menunggu lama di bengkel lalu tidak dapat ke tempat berkelah seperti dirancang tetap reda menerima keadaan seperti mana kami sudah banyak kali diuji di lain-lain tempat. Antaranya apabila berlaku kebocoran teruk minyak hitam sehingga kereta tidak dapat meneruskan perjalanan malah rosak teruk sehingga perlu ditukar enjin. Ini ada diceritakan melalui Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019.