Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Februari 27, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - Berangkat di tengah konflik Amerika-Iran di Teluk Parsi

Salam petang Jumaat pertama Ramadan 1447 Hijriah. Pada permulaan artikel Jejak langkah sehingga "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun" mendapat perhatian yang dipersembahkan pada hari Ahad 8 Februari iaitu 19 hari lalu ada dinyatakan bahawa insyaallah untuk solat Jumaat berikutnya akan dilakukan di Mekah. Ini adalah kerana akan menunaikan umrah. Turut dinyatakan akan membuat transit di Istanbul. Sekarang semuanya sudah selesai alhamdulillah. Sudah kembali ke tanah air Isnin 23 Februari sebenarnya. Cuma sampai sekarang saya dan isteri masih demam batuk selsema sejak masuk Ramadan di Mekah. Namun mengambil berkat atas hari ini Jumaat pertama bulan puasa yang mulia biar mula dikongsikan cerita.



Gambar ini diambil pada Isnin 9 Februari 2026 di rumah biras saya di Bukit Changgang. Saya dan keluarga telah bertolak dari rumah sendiri pada malam sebelumnya lalu menginap di situ. Ini supaya dapat bergerak lebih dekat ke lapangan terbang di Sepang.



Barang-barang yang dibawa untuk perjalanan. Ini adalah untuk saya, isteri dan 3 orang anak. Seorang lagi anak akan terus ke lapangan terbang dari tempat kerja dengan barangannya kemudian.




Selepas jam 4.30 bergerak ke lapangan terbang menggunakan dua kereta sewa GRAB. Ini tidak dapat dielakkan kerana barangan kami banyak.



Isteri dan anak-anak bersama barangan di perkarangan dewan berlepas.



Adapun kami dijadualkan berlepas dengan penerbangan Turkish Airlines jam 11.45 malam. Kaunter untuk mendaftar masuk barangan pula cuma mula dibuka 3 jam sebelum penerbangan. Tapi sampai ke lapangan terbang seawal jam 5 supaya tidak terkejar-kejar. Sementara menunggu, menyambung bacaan Al Quran bagi proses pengkhataman bulan Sya'aban. Ada sasaran hendak dicapai supaya dapat khatam di tempat tertentu di Mekah.



Gambar ini diambil jam 9.23 malam, selepas selesai mendaftar dan memasukkan barangan, satu proses yang memakan masa agak lama juga. Ini paspot dan pas penerbangan bagi kami 6 enam beranak. Oh. Anak seorang lagi sampai sekitar jam 6.



Gambar dalam kereta api ke terminal tengah lapangan terbang. Turut kelihatan ibu saudara, adik kepada almarhum ibu saya (kedua dari kiri) dan sepupu, anak kepada seorang lagi adik almarhum ibu yang telah lebih awal kembali ke rahmatullah (berdiri tengah). Ada dua orang lagi ahli rombongan tiada dalam gambar. Seorang sebaya saya tetapi pangkat ibu saudara kerana merupakan balu kepada almarhum adik ayah saya. Beliau memimpin membuat umrah secara DIY membawa seorang kawan menjadikan rombongan kami 10 orang.



Dalam kapal terbang jam 11 malam. Setelah berapa lama menunggu di lapangan terbang tentunya lega dapat berada di dalam. Teringat peristiwa yang mana dalam umrah bersama isteri 13 tahun lalu pesawat tak sampai-sampai. Akhirnya harus menginap di hotel tempatan satu malam. Lihat artikel lama Ziarah dan umrah 2013 - 'Menjakunkan' diri di KLIA dan dugaan 1 April diikuti Ziarah dan umrah 2013 - Sampai Jeddah setelah lebih 26 jam tertunda....




Harus paling seronok adalah anak lelaki bernama Haziq (tengah dalam gambar). Ini adalah kali pertama beliau menaiki pesawat. Kakaknya Awadah pula ada menaiki dengan kawan ke Vietnam dan Medan tahun lalu.



Adik mereka Rasyid seronok dapat duduk di sebelah tingkap. Seperti saya dan isteri beliau dan anak bongsu, Johan kali terakhir naik kapal terbang hampir 7 tahun lalu. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019. Selepas itu cuma keluar negara melalui jalan darat. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 (Tidak lama kemudian berlaku wabak virus Covid-19 yang menghalang perjalanan buat beberapa lama)






Sebelum 2019, mereka sudah beberapa kali dibawa menaiki pesawat di Asia Tenggara. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa" (2012, ketika Johan berumur 2 setengah bulan)







Di celah-celah itu ada keluar negara melalui jalan darat :-






Ini adalah kali pertama mereka dibawa jauh ke luar rantau.




Ketika saya dan isteri melakukan umrah berdua 13 tahun lalu Johan ditinggalkan bersama keluarga akak ipar dalam keadaan masih menyusu. Beliau yang berumur setahun lebih dan Rasyid 4 tahun tidak diberitahu pun ke mana kami akan pergi. Tahu-tahu sahaja menghilang. Cuma kami ada meninggalkan bekalan. Lihat Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat...

Sejak itu ada menyimpan hasrat untuk membawa bersama anak-anak lain. Kali ini baru menjadi. Cuma ada sedikit cabaran terasa tetapi tidak diberitahu kepada mereka. Seperti ramai sudah sedia maklum Amerika Syarikat telah menghantar sejumlah kapal perang juga menyediakan jet-jet pejuang dan banyak peralatan perang di sekitar Teluk Parsi untuk memaksa Iran tunduk pada permintaan mereka dan Israel. Sedangkan ini terletak dalam laluan penerbangan.




Keadaan ketika itu kelihatan seperti bila-bila masa sahaja boleh berlaku perang. Laluan kapal terbang yang terpapar pada skrin ketika awal perjalanan menunjukkan pesawat akan mengelak Teluk Parsi dengan melalui India dan Pakistan menuju ke Laut Kaspian. Terlupa hendak mengambil gambar. Sedar-sedar sahaja sudah masuk kawasan potensi perang. 

Gambar seterusnya ini diambil apabila kelihatan pesawat baru melepasi ruang udara Oman. Teringat penyelia PhD saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar harus masih berada di negara itu untuk lawatan ke kementerian pendidikan, atas kapasiti beliau sebagai Rektor UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), untuk satu kerjasama berkenaan. Laluan yang diubah sehingga boleh lalu di Teluk Parsi menunjukkan keadaan masih terkawal. Namun di bawah perairan bawah sebenarnya terdapat banyak kapal perang sedang menunggu untuk bertindak.

Cuma isteri sahaja yang tahu tentang kerisauan kerana saya ada memberitahu. Apabila beliau turut merasa risau saya cakap serahkan segalanya kepada Allah SWT. Tidak diberitahu, sebetulnya dalam hati sudah memikirkan kemungkinan boleh sampai ajal kalau berlaku perang. Ini kerana difahamkan kalau mengelak Teluk Parsi sekalipun, kalau Amerika menyerang, ada kemungkinan Iran menyerang balas dengan menembakkan peluru berpandu ke merata Timur Tengah dan sekitar, negara-negara yang dilihat ada memberikan sokongan kepada Amerika. Pesawat boleh terperangkap dalam serang menyerang. 




Kerisauan kedua adalah kalau tercetus perang sebelum berlepas, penerbangan dibatalkan. Entah bila baru cukup aman. Sedangkan kami anak beranak sudah lama menunggu untuk membuat perjalanan. Ia juga bagi melepaskan nazar isteri hendak membawa anak-anak menunaikan umrah.  Bagaimana pula tentang hotel dan sebagainya yang sudah siap ditempah? Kami bukan banyak duit boleh bagi lupus.

Gambar ini diambil ketika pesawat sudah mendarat. Ketika ini sudah jauh melepasi kawasan konflik. Isteri tersenyum senang hati. Dalam fikiran bagaimana ya cuaca dan suhu apabila keluar nanti. Kami sudah bersedia dengan baju panas (thermal wear) juga baju tebal. Itu antara sebab perlukan banyak bag.




Masuk ke lapangan terbang.



Selamat datang ke Istanbul di Turki, destinasi transit kami sebelum ke Jeddah lalu ke Mekah untuk umrah. Ketika itu masih musim sejuk, cuaca dijangka sekitar 6 darjah Celsius. Walaupun jauh dari Teluk Parsi, Turki dilihat sebagai sekutu Amerika yang boleh dipersalahkan. Ia antara negara sekitar yang menempatkan pengkalan tentera Amerika.

Difahamkan Iran sudah ada kemampuan untuk menghantar peluru berpandu ke Turki malah lebih jauh kalau mahu. Turki masuk dalam jangkauan perlebaran konflik sebagai alat supaya Amerika berfikir banyak kali sebelum menyerang. Iran sendiri ingin mengelakkan perang kerana tahu kesannya sangat memudaratkan. Bukan sahaja kepada negara dan rantau malah ada kesan berantai yang boleh menyusahkan seluruh dunia. Cuma Israel sahaja yang nampak beriya-iya sangat hendak segalanya musnah. Iran akan bertindak nekad kalau diserang.