Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Mei 29, 2024

Cara mendapatkan buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man"

Merujuk pada artikel Flyer promosi buku"Adam (a.s.) and the Origin of Man" yang dipersembahkan jam 3.16 pagi tadi. Saya masih belum betul-betul dapat berehat disebabkan gerak kerja dan ilham yang muncul selepas itu. Adapun flyers yang dikongsikan dalam artikel tersebut dibuat hitam putih untuk cetakan bajet bagi disebarkan pada Pesta Buku Antaranbangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang sedang berlangsung sekarang terutama ketika diskusi buku nanti. Lihat Coming - Diskusi buku "Adam(a.s) and the Origin on Man" di 2 tempat petang Sabtu 1 Jun di PBAKL 2024. Namun timbul rasa untuk menyebarluaskan ia melalui Facebook dan WhatsApp.


Selepas matahari naik baru terfikir. Eh. Kalau sebarkan melalui Facebook dan WhatsApp kenapa perlu hitam putih sahaja? Buat aje le yang berwarna. Bukan kena bayar pun.

Itu yang dibuat ini pula. Atas dalam bahasa Melayu, walaupun buku itu sendiri dalam bahasa Inggeris, terjemahan ke dalam bahasa Melayu mungkin tahun hadapan baru ada bawah dalam bahasa Inggeris. Lagipun boleh dibuat poster terhad bersaiz A3 bagi promosi di pesta buku malah di mana-mana. 



Dengan itu juga saya telah menerima banyak pertanyaan tentang cara mendapatkan buku. Sememangnya sudah ada sejumlah naskah dapat dijual sendiri termasuk melalui pos sejak saya mengambil sejumlah stok daripada penerbit, selepas buku keluar dari kilang cetak pagi Isnin 2 hari lalu.

Sebetulnya penerbit iaitu Crescent News KL adalah satu syarikat besar yang lebih terkenal sebagai pengedar buku yang memiliki jaringan luas di seluruh Malaysia. Maka buku dijangka akan memasuki toko-toko utama seperti Popular malah pada ketika ini pun sudah masuk di beberapa reruai di PBAKL walaupun baru sahaja keluar.

Di sini ingin dinyatakan cara-cara bagi mendapatkan buku terus daripada saya... 


-----------


Harga buku adalah RM49. Sangat berbaloi bagi buku setebal 320 muka surat yang sarat dengan pelbagai maklumat ilmiah termasuk cara penyelesaian yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pihak sebelum ini. Sehingga ada yang memberitahu harga ini sangat rendah. Sepatutnya RM120 pun boleh pergi. Ini harus lebih sesuai untuk pasaran antabangsa, dalam matawang USD.

Apapun, pembaca boleh mendapatkannya terus daripada saya. Boleh bertandang ke rumah yang beralamat:


29, Jalan Cemperaisari 3D,

Bandar Sungai Buaya, 48010 Rawang,

Selangor Darul Ehsan.


Tapi itu kalau sanggup datang. Boleh WhatsApp 013-3082131. Tanya dahulu jika saya berada di dalam kawasan. Atau boleh sahaja berjumpa di mana-mana kalau kebetulan saya ke suatu kawasan luar terutama ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku. Saya selalu ke sana terutama pada hari Jumaat untuk mengikuti majlis-majlis ilmu.


Atau boleh minta sampaikan melalui Poslaju dengan harga tambahan RM7.90 menjadi RM56.90. Untuk itu sila masukkan jumlah berkenaan ke akaun saya :


Affin Islamic Bank : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi b Mohamad Sapiee


Selepas itu WhatsApp ke 013-3082131 bukti pembayaran berserta alamat pos dan nombor telefon yang boleh dihubungi untuk kegunaan Poslaju. Saya akan poskan secepat mungkin.


--------------


Penulisan buku ini sebenarnya memiliki sejarah yang panjang. Ia bermula dengan suatu macam ilmu ahli Sufi yang disampaikan orang tertentu kepada saya sekitar tahun 2004-2005, ketika sedang hanyut dalam pencarian makna diri dan keTuhanan lalu banyak menghabiskan masa di Janda Baik dalam keadaan seperti seorang musafir majnun. Namun pada tahun 2013 baru ilmu berkenaan cuba dizahirkan melalui kiraan matematik, tahun 2015 diperhalusi dan diperbaiki sebelum dipanjangkan dalam buku ke-11 saya "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu : Menyelaraskan Pengetahuan Tentang Penciptaan Manusia Berdasarkan Kitab Berbanding Sains" yang diterbitkan secara 'berkembar' dengan buku ke-12, "Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia : Menyelaraskan Sejarah Pergerakan Manusia Sejagat Berdasarkan Kitab Berbanding Sains" pada bulan Mac 2018.

Ini seterusnya membawa kepada rentetan peristiwa yang mana saya akhirnya mendaftar masuk ke ISTAC, supaya dapat mengangkat apa yang diutarakan ke peringkat lebih tinggi, peringkat yang boleh diakui ahli akademik dan para cendekiawan. Terbitlah tesis berkenaan membawa kepada penganugerahan ijazah Sarjana (Master's) dalam bidang Malay World Studies (Pengajian Dunia Melayu) penghujung 2023. Itulah yang diperbaiki untuk menjadi buku.

Rentetan panjang itu boleh diikuti melalui artikel-artikel berikut :-


1. Kira-kira masa sebenar berdasarkan maklumat orang 'lama'

2. Memperhalusi kira-kira masa sebenar berdasarkan beberapa maklumat baru

3. Nabi Adam AS dan orang Melayu 60,000 tahun lalu - Bagaimanakah hubungan sebenarnya?

4. Ulasan ringkas buku berkembar Nabi Adam dan Orang Melayu serta Benua Tua Melayu dalam akhbar dan perkongsian pembaca awal...

5. Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC

6. Syarahan "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh, Muar

7. Pelancaran rasmi buku berkembar Nabi Adam dan Benua Tua Melayu di kedai buku Khazanah Fathaniyah

8. Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL 2018

9. Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia

10. Kira-kira Penyelarasan Masa Antara Sains dengan Kitab dan Perjalanan Darah Keturunan

11. Resensi buku berkembar "Nabi Adam" dan "Benua Tua Melayu" di Kota Buku

12.  Antara dunia Melayu dan pemikiran ketamadunan Islam sejagat

13. Buku ke-15 dalam pembikinan untuk terbitan lepas raya...

14. Buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man" - Mengejar PBAKL 24 Mei


Sesungguhnya buku ini adalah pengzahiran bagi satu perjuangan untuk mengangkat martabat orang Melayu dan ketamadunnya juga pemikiran tinggi Islam.


Flyer promosi buku"Adam (a.s.) and the Origin of Man"

Salam awal pagi Rabu 20 Zulkaedah 1445 Hijriah. Adapun petang tadi isteri telah mencadangkan agar dibuat flyer bagi mempromosikan buku terbaru saya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024. Selepas tengah malam kepala jadi hyperactive tak boleh tidur lalu dibuatlah flyer. Begini hasilnya...




Saya buat hitam putih sahaja untuk jimat kos. Yang penting isi. Yang atas ni dalam bentuk JPEG yang di'cabut' daripada PDF. Berikut adalah teksnya :


Terbit 27 Mei 2024, buku ilmiah berbahasa Inggeris ini merupakan penambaikan daripada tesis Sarjana tahun 2023 oleh Radzi Sapiee di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), institusi pemikiran tinggi yang diterima ramai sebagai terulung di tanah air. Ia adalah buku Radzi yang ke-15. Tesis diseliakan oleh pemikir ulung Melayu yang cukup dikenali dalam kalangan cendekiawan Islam sedunia, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar lalu beliau turut memberikan kata-kata aluan. Kajian utama buku adalah tentang bagaimana Nabi Ādam (a.s.) yang disebut agamawan sebagai muncul di muka bumi tak sampai 10,000 tahun lalu boleh dipadankan dengan makhluk Homo Sapiens dalam sains yang dikatakan sudah wujud 200,000 tahun awal. Bagaimana boleh dipadankan sedangkan jarak masanya begitu mencapah?

Itulah kelebihan tesis dan buku yang tidak ada dalam mana-mana kajian ilmiah sebelum ini. Ada formula matematik ciptaan sendiri digunakan berdasarkan adīth Nabi menyatakan hari menjadi semakin singkat semakin menuju akhir zaman. Buku terbitan Crescent News KL ini menolak teori evolusi sebagai punca kepelbagaian spesis kehidupan di muka bumi namun mengambil kira teori serta segala macam aspek yang diterima sains dalam membentuk hujah. Kejadian alam dan manusia dalam pelbagai agama dan kepercayaan dikupas untuk dikaitkan dengan kisah penciptaan Nabi Ādam (a.s.) dan manusia di dalam Al Quran diikuti perkembangan pemikiran dan penemuan-penemuan sains sejak zaman Renaissance di Eropah yang akhirnya menyebabkan teori evolusi dianggap sahih sejak lebih seabad. Dicari titik temu antara kepercayaan dalam agama dengan sains sehingga sejarah kewujudan manusia moden selama lebih 200,000 tahun menurut sains boleh dimasukkan ke dalam kerangka zaman kehidupan 25 orang Rasul menurut Islam.

 

Buku ini sarat dengan rujukan daripada pelbagai bidang ilmu lalu boleh meluaskan cakupan pemikiran. Sila rujuk www.merahsilu.blogspot.com



Dah alang-alang dibuat sekali dalam bahasa Inggeris walaupun bukan untuk edaran di PBAKL. Ini kerana ada diingatkan kawan bahawa buku boleh dijual secara atas talian ke pasaran antarabangsa. Beliau yang sudah lama mengikuti usaha penerbitan faham nilai ilmu yang terkandung di dalamnya sehinggq sanggup menyatakan harga RM49 adalah terlalu bawah nilai. Sepatutnya ia dijual pada harga 120. Tak sebut pula dalam matawang apa.

Saya cuma jawab itu adalah pilihan penerbit berdasarkan pasaran di Malaysia. Kalau di Amerika Syarikat tu memang boleh jual USD30 ke atas. Hmm...

Apapun ini teks dalam bahasa Inggeris itu. Bolehlah digunakan oleh penerbit untuk membuat promosi di pasaran antarabangsa. Bolehlah kawan-kawan menolong memanjangkan kepada mana-mana pihak.


Published on 27th May 2024, this academic book is a revision of a 2023 Master’s thesis by Radzi Sapiee at ISTAC (the International Institute of Islamic Thought and Civilisation), a high thinking institute accepted by many as being the foremost in Malaysia. It is Radzi’s 15th book. The thesis was supervised by the foremost Malay thinker Emeritus Professor Datuk Dr Osman Bakar. Well-known among Muslim academicians all over the world, he gave the foreword for this book. Its main study is about how Prophet Ādam (a.s.) who is said by religious figures to have come down to earth not more than 10,000 years ago could be matched with the earliest Homo Sapiens of science which is said to  have existed more than 200,000 years earlier. How can the matching be done when the gap in timeline is so huge and divergent? 

That is the edge the thesis and book have compared to any previous study. A novel mathematical solution was formulated and used based on a Ḥadīth (saying of Prophet Muhammad s.a.w.) which says the days are getting shorter as we approach the end of time. Published by Crescent News KL the book rejects the theory of evolution as reason for diversity of species on earth but still takes it into account along with other scientific aspects to build up arguments. The creation of the world and mankind in many religions and belief systems are elaborated with the aim of relating all to the story of the creation of Prophet Ādam (a.s.) and mankind in the Quran followed by developments in thinking and scientific findings since the Renaissance in Europe which eventually led to the theory of evolution considered as being authentic since over a century ago. Converging points in religion and science are used so that the history of modern man since more than 200,000 years ago according to science could be fitted within the timeline of the 25 Messengers of Islam. 

This book is loaded with references to various fields of knowledge which could vastly open up the mind. Refer to www.merahsilu.blogspot.com. 


Selasa, Mei 28, 2024

Coming - Diskusi buku "Adam(a.s) and the Origin on Man" di 2 tempat petang Sabtu 1 Jun di PBAKL 2024

Merujuk pada artikel Dari tanah perkuburan ke ISTAC ke PBAKL 2024 yang dipersembahkan jam 12:12 tengah hari tadi di RnR Sungai Buloh, setelah keluar dari rumah sejak Ahad malam Isnin untuk melakukan beberapa urusan. Selepas jam 2.30 petang tadi baru sampai kembali ke rumah. Walaupun kepenatan amat layan lagi majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), kali ini secara atas talian. Kalau tidak ada benda perlu dilakukan di Rawang tentu saya akan hadir secara fizikal di ISTAC tadi.

Majlis ilmu menarik tentang cabaran pemikiran umat Islam dalam menangani realiti sosiopolitik dunia sekarang di mana kita serba serbi ketinggalan itu boleh dilihat melalui video di sini. Alhamdulillah ada satu butiran menarik dibangkitkan semasa sesi soal jawab yang terasa boleh menambah lagi nilai tesis PhD yang sedang diusahakan (walaupun cadangnya bulan Ogos baru hendak mendaftar). Sekarang biar disambung penceritaan hasil lawatan saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Isnin 27 Mei 2024 semalam.



Sudah disebut dalam Dari tanah perkuburan ke ISTAC ke PBAKL 2024 bahawa saya datang membawa buku baru yang baru sahaja sampai ke tangan penerbit dari kilang cetak pagi Isnin. Ini kerana mahu meletakkan sendiri di reruai Taman Pustaka milik kawan walaupun tahu penerbit akan meletakkan ke banyak lagi reruai.



Di Taman Pustaka ini masih ada lagi beberapa tajuk buku saya termasuk "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad : Perjuangan yang Belum Selesai", buku ke-14 saya yang terbit 13 Mei tahun lalu. Rujuk artikel-artikel berikut :-





Turut ada buku ke-13 saya "Kenangan Kembara Hitchhike Eropah Tahun 1995" yang terbit tahun 2018, buku ke-2 dan ke-3 saya (dalam siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh") yang terbit tahun 2006 dan 2007 juga buku ke-7, "Jejak Keluarga Yakin : Satu Sketsa Sejarah" yang terbit 2011.




Nah. Buku terbaru saya merangkap buku ke-15, "Adam (a.s.) and the Origin of Man : Reconciling the Conflict Between Religious and Scientific Narratives" yang merupakan penambahbaikan daripada tesis berbahasa Inggeris saya di ISTAC. Rujuk 'asal-usulnya' melalui artikel-artikel berikut. Ia sebenarnya bermula melalui satu percubaan kira-kira matematik yang dibuat tahun 2013 :-





Di ruangan yang kelihatan inilah akan dibuat diskusi buku terbaru saya itu, pada hari Sabtu 1 Jun jam 2 petang insyaallah.




Menariknya kedudukan ruang diskusi yang dikendalikan oleh Akademi Jawi yang menyewa serangkaian reruai bersama Taman Pustaka itu terletak menghadap Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Untuk pengetahuan saya selalu berurusan dengan PNM untuk menerbitkan buku juga membuat kajian bahan.




Kedudukan reruai dalam floor plan di aras 3 bangunan. Jumpa kita di sana jam 2 petang Sabtu akan datang ya. Oh. Gambar ini sebenarnya diperolehi 3 minggu sebelum pesta buku.




Tak cukup itu saya juga akan membuat satu lagi sesi diskusi di reruai lain iaitu Everbest Media.




Yang ini terjadi atas saranan penerbit buku Crescent News KL.




Syarikat ini sendiri tidak pernah mengadakan acara sebegitu rupa. Tetapi atas saranan Crescent mereka terus menerima apabila saya berhubung dengan pemilik syarikat.




Mereka adalah antara syarikat paling awal menerima buku baru saya...







Menariknya adalah kedudukan yang sangat dekat dengan pentas utama PBAKL di Aras 2.




Ruang yang akan digunakan jam 3.30 petang, selepas selesai diskusi di reruai Taman Pustaka/Akademi Jawi di Aras 3.




Pentas utama. Nak pakai ini perlukan bajet lebih dan kena cepat booking slot.




Kalau buku sempat keluar lebih awal paling kurang boleh mendapatkan slot dengan Popular Books yang menyewa kawasan luas dalam Dewan Merdeka sebelah pentas belah sana melalui Crescent News. Apapun saya dah amat bersyukur kerana dalam tempoh beberapa jam sahaja selepas buku keluar pada pagi Isnin 27 Mei yang merupakan hari ke-4 PBAKL 2024 (berlangsung sehingga Ahad 2 Jun) dapat juga mendapatkan ruang bagi membuat diskusi buku, bukan di satu tempat malah dua, pada hari yang sama Sabtu 1 Jun yang merupakan hari kedua terakhir acara.




Kedudukan reruai Everbest Media berbanding pentas utama. Yang ni dibuat sendiri menggunakan paparan pihak lain yang diubah suai.   Timing amat penting kerana saya juga sibuk dengan pelbagai perkara selain buku. Petang Jumaat 31 Mei, selepas menghadiri satu lagi majlis ilmu di ISTAC insyaallah akan ke pesta buku lagi sebelum ke Janda Baik. Pagi Sabtu 1 Jun boleh bawa anak keluar bercuti dari ma'ahad tahfiz di sana, buat diskusi buku di PBAKL kemudian harus ke kampung isteri di Tanjung Sepat bersama isteri dan seorang lagi anak kerana ada majlis perkahwinan anak buah. Petang Ahad harus menghantar anak kembali masuk tahfiz.

Jadi jumpa kita di reruai Taman Pustaka/Akademi Jawi jam 2 petang ya. Kalau tak dapat itu jumpa jam 3.30 di reruai Everbest Media. Atau boleh sahaja hadir kedua-duanya sekali. Sesungguhnya ada banyak perkara besar melibatkan martabat keilmuan umat Islam yang dibawa melalui buku baru saya ini. Doakan kejayaan buat saya dan buku. Sesungguhnya setiap buku saya, walaupun ada yang kelihatan seperti asyik bercerita tentang diri sendiri, adalah usaha perjuangan demi memartabatkan ummah, juga bangsa saya sendiri orang Melayu sebagai hardware pembawa ideologi Islam terutama buat akhir zaman. Allahuakbar!


Dari tanah perkuburan ke ISTAC ke PBAKL 2024

Dalam artikel Sedikit rasa awal Pesta Buku KL 2024 yang dipersembahkan Ahad malam Isnin jam 9.36 ada diberitahu bahawa selepas itu saya harus berkejar ke Kajang. Ini kerana bapa saudara yang ada disebut dalam artikel dilihat sakit tenat di hospital petang Sabtu 25 Mei baru sahaja meninggal dunia petang Ahad. Beliau mahu dikebumikan pagi Isnin 27 Mei tidak jauh dari kubur abangnya, seorang lagi adik ibu saya yang meninggal dunia bulan Ramadhan lalu di Sungai Kantan Selepas itu saya mahu ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku untuk ke satu majlis ilmu kemudian ke pesta buku. Ini ceritanya.


Pagi Isnin 27 Mei 2024 setelah bermalam di rumah milik keluarga di Kajang yang sudah banyak tahun tidak diduduki orang saya singgah di masjid ini untuk mandi dan bertukar pakaian. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Bandar Teknologi Kajang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Saya singgah kerana sudah tidak jauh dengan rumah seorang bapa saudara di mana jenazah almarhum abangnya, bapa saudara yang meninggal dunia petang Ahad telah dihantar dari hospital. Namun ketika saya sampai semua orang sudah beralih ke surau berdekatan untuk solat jenazah. Kemudian ke tanah perkuburan di Sungai Kantan.






Saya berada sehingga hampir jam 10.45. Sedangkan acara di ISTAC dijadualkan bermula jam 10.30.





Sampai sahaja ke ISTAC jam 11.17 terus menuju ke satu bahagian belakang.




Ini kerana acara diadakan di dalam perpustakaan ISTAC. Atau nama rasminya Perpustakaan Syed Naquib al-Attas.




Kelihatan di dalam orang sedang tekun mengikuti acara.




Poster acara. Yang membuat perkongsian adalah puan Sharifah Shifa al-Attas, anak kepada pemikir ulung Islam Profesor Tan Sri Syed Naquib al-Attas.



Perkongsian berkisar tentang bagaimana bapanya Syed Naquib bertanggungjawab mengisi perpustakaan dengan koleksi-koleksi nadir termasuk salinan manuskrip-manuskrip lama berusia beratus tahun dari perpustakaan utama Sarajevo yang cuba dihancurkan puak Serbia ketika mahu menghapuskan etnik Islam Bosnia tahun 1990an.  Turut diceritakan bagaimana pemikir ulung itu sangat terlibat dengan perincian pembinaan bangunan perpustakaan malah seluruh bangunan ISTAC yang dibina berdasarkan Istana Alhambara peninggalan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol.



Sambil itu juga mendapat tahu buku terbaru saya sudah siap dicetak lalu dihantar ke tempat penerbit di Batu Caves. Rujuk artikel-artikel berikut :-




Pun begitu cadang saya asalnya pagi Jumaat 31 Mei baru hendak mengambil sejumlah naskah kemudian ke majlis ilmu di ISTAC petang itu kemudian baru ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di WTC (World Trade Centre, dahulu PWTC iaitu Putra World Trade Centre). Sebaliknya selepas sedikit lagi urusan di ISTAC timbul rasa harus mengambil sejumlah buku daripada pihak penerbit...




Walaupun diberitahu akan ada beberapa syarikat dan reruai menerima buku terbaru itu untuk PBAKL 2024 saya memang perlu mengambil sejumlah naskah untuk jualan sendiri terutama di ISTAC. Sudah ada ramai menyatakan minat untuk mendapatkannya apa lagi kerana yang memberikan kata-kata aluan bagi buku adalah seorang lagi pemikir ulung Islam, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, pemegang Kursi Al-Ghazali di ISTAC, satu Kursi yang sebelum ini cuma pernah dipegang oleh Syed Naquib al-Attas.




Dan lagi ada sejumlah naskah mahu diletakkan di reruai kawan di Taman Pustaka.



Beliau menyatakan belum sempat berurusan dengan penerbit iaitu Crescent News KL. Sekarang baru sebut nama...




Jadi biar diletakkan sejumlah naskah atas nama saya dahulu apa lagi nanti saya mahu menggunakan ruang beliau yang dikongsikan bersama Akademi Jawi untuk membuat diskusi buku. Tentang itu biar diceritakan dalam artikel sambungan. 



Sekadar memberitahu. Dahulu saya pernah membuat satu artikel bertajuk Dari ISTAC ke PBAKL 2022. Tu yang timbul rasa untuk artikel ini tambah "tanah perkuburan" di hadapan. Kerana itulah yang sebenar-benarnya berlaku hari itu. Malam sebelum itu sangat susah hendak melelapkan mata lalu tidak cukup rehat kemudian kena pergi ke tanah perkuburan sebelum berlaku yang lain-lain. Pada ketika menulis ini pun belum lagi betul-betul berehat. Dan belum kembali ke rumah. Malam tadi menginap di rumah kawan di Desa Sri Hartamas.  Kini menulis dari RnR atau perhentian rehat bertingkat Sungai Buloh. Selepas ini ada lagi beberapa urusan sebelum boleh kembali ke rumah.


Ahad, Mei 26, 2024

Sedikit rasa awal Pesta Buku KL 2024

Salam semua. Artikel ini sepatutnya sudah dipersembahkan selewatnya tengah hari tadi. Tetapi disebabkan kurang sihat dan rasa lemah sangat badan baru kini ada kelapangan dan kekuatan untuk melakukannya.



Semalam petang Sabtu 25 Mei 2024, selepas selesai satu urusan melibatkan buku terbaru merangkap buku ke-15 saya, di Batu Caves, saya pun menuju ke WTC (World Trade Centre, dahulunya PWTC iaitu Putra World Trade Centre) untuk melihat keadaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024.




Adapun acara tahunan yang sudah masuk edisi ke-41 ini bermula pagi Jumaat 24 Mei 2024.




Tapi baru semalam ada kelapangan untuk menjengok.



Itupun saya sebenarnya kurang sihat. Sudah beberapa hari sakit tekak, masuk pagi Jumaat hampir hilang langsung suara.




Begitulah keadaannya ketika ke pesta buku semalam, masih lagi begitu ketika menulis ini Ahad malam Isnin 26 Mei.




Tetapi disebabkan ada memberitahu di Facebook dan WhatsApp akan ke pesta buku hari Sabtu dan juga sudah berjanji kepada diri sendiri digagahkan juga untuk ke sana melawan batuk, sakit tekak dan separa demam.



Sesungguhnya pesta buku ini memiliki makna tersendiri buat saya. Sejak bergelar penulis buku tahun 2006 boleh kata hampir setiap tahun saya ada terlibat. Kecuali ketika tidak diadakan tahun 2020 dan 2021 akibat masalah penularan virus Covid-19. Lihat artikel-artikel lama berikut :-






Untuk tahun ini saya mengharapkan dapat menyerlahkan buku terbaru yang disebut ada urusan di Batu Caves awal tadi. Lihat artikel-artikel berikut :-







Cuma tu le disebabkan hal-hal tertentu Isnin 13 Mei lalu baru dapat dihantar PDF buku untuk cetakan di kilang. Pada Sabtu 25 Mei itu dapat tahu buku dalam proses binding iatu menjilidkan. Dijangkakan Isnin 27 Mei baru dapat dihantar ke pesta buku.




Sebetulnya selain kurang sihat saya juga dalam keadaan suspense menunggu buku baru itu siap.




Saya sangat mengharapkan ia akan mendapat sambutan yang memberangsangkan bermula di pesta buku. 



Tetapi disebabkan tidak dapat menjamin bilakah ia betul-betul dapat masuk ke pesta buku maka tidak dapat menempah apa-apa slot untuk membuat promosi awal.




Pun begitu saya tetap mengusahakan sesuatu.




Petang Sabtu itu mendapat persetujuan sahabat saya Zahamri Nizar yang memiliki syarikat Taman Pustaka untuk menggunakan ruang beliau di reruai bernombor 3063 di tingkat 3 untuk membuat promosi buku.




Berjalan-jalan melihat sekeliling walaupun badan terasa lemah semacam. Dan lagi petang itu saya harus ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana hendak melawat seorang adik kepada ibu yang sedang sakit tenat...




Kalau ikut kebiasaan saya akan menjejalah seluruh ceruk rantau yang ada jualan atau pameran buku. Kali ini mungkin tak sampai setengah.




Sebaliknya lebih banyak menghabiskan masa di satu sudut dalam reruai Perpustakaan Negara yang kebetulan terletak menghadap reruai Akademi Jawi yang berkongsi ruang panjang dengan Taman Pustaka. Disebabkan ruangan khas untuk perbincangan buku adalah dalam bahagian milik Akademi Jawi maka perlukan dahulu kepastian daripada mereka untuk mengadakan acara tentang buku saya petang Sabtu 1 Mei insyaallah. Tentatif jam 2 petang. Semoga jadi dan berjaya.


p/s : Selepas ini saya harus berkejar ke Kajang. Ini kerana bapa saudara yang dilihat sakit tenat petang Sabtu 25 Mei baru sahaja meninggal dunia petang tadi. Beliau akan dikebumikan pagi Isnin 27 Mei tidak jauh dari kubur abangnya, seorang lagi adik ibu saya yang meninggal dunia bulan Ramadhan lalu. di Sungai Kantan Selepas itu saya mahu ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku untuk ke satu majlis ilmu kemudian ke pesta buku. Kalau nampak saya tegurlah... :]