Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, April 26, 2025

Beriktikaf berseorangan pertengahan Syawal di Hulu Langat

OK. Suatu kesinambungan daripada cerita perjalanan ke selatan Thailand.



Dalam artikel Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Jumaat di Janda Baik dan UIA yang dipersembahkan semalam ada dinyatakan, saya tidak boleh berada lebih lama di negara itu kerana harus menghantar anak-anak kembali ke tahfiz pada hari Ahad, iaitu pada 13 April 2025. Gambar ini diambil selepas menghantar anak. Saya sudah berada di Hulu Langat menuju lebih jauh ke pendalaman.



Bersolat Maghrib di masjid Batu 14 Hulu Langat.



Makan malam di sebuah warung ke dalam lagi dari masjid merangkap baru betul-betul berbuka puasa. Sebelum itu sekadar sebiji kurma dan 2-3 teguk air. Sambil menunggu makanan siap meneruskan usaha mengkhatamkan Al Quran bagi bulan Syawal. Sebaik sahaja kembali daripada perjalanan selatan Thailand lalu sampai ke rumah petang Jumaat 11 April saya memulakan puasa enam iaitu pada keesokannya Sabtu 12 April. Tarikh itu adalah bersamaan 13 Syawal. Dengan itu juga dimulakan puasa putih 13, 14 dan 15 bulan Islam.



Hampir jam 9.30 malam layan mandi air panas di kolam awam di Dusun Tua, Batu 16.




Semasa kali terakhir bertandang, penghujung bulan puasa (lihat Iktikaf 25 Ramadan di Janda Baik - Menyambung ke Ampang, Hulu Langat dan persekitaran Cheras) saya ada tertinggal seluar dan baju di luar kolam. Tengok-tengok masih ada, selamat. Cuma dialih sedikit tempat.




Dalam perjalanan terdahulu itulah saya kemudian mengambil anak-anak keluar bercuti dari tahfiz untuk musim raya. Adapun selepas mandi air panas waktu itu ada bercadang untuk ke Pangsun, penghujung jalan di Hulu Langat. Tetapi tak jadi kerana minyak kereta sudah tinggal sedikit. Sedangkan stesyen minyak terdekat terletak ke arah keluar dari kawasan. Kali ini baru pergi. Saya pun mengambil peluang beriktikaf dan bermalam di masjid Pangsun.



Pagi Isnin 14 April bersamaan 15 Syawal. Keadaan ketika menunggu azan Subuh. Kelihatan sejumlah anak-anak dari pusat tahfiz di sebelah masjid. Di masjid inilah ditulis dan diterbitkan artikel Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Menghayati tarikan Pakbara dan sejarah di sebaliknya. Sebelum itu harus disediakan terlebih dahulu 10 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 3 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)




Itu dilakukan selepas solat Subuh, wirid dan bacaan Al Quran. Selepas itu sambung sedikit tidur. Apabila bangun didapati suasana sibuk di luar. Rupa-rupanya ada majlis untuk menyerahkan barang makanan bantuan bagi penduduk sekitar... sedangkan kereta saya, yang berwarna merah di tengah gambar 'terperangkap' dalam majlis.



Lama saya menunggu bila majlis hendak selesai supaya boleh bergerak meninggalkan kawasan. Tunggu punya tunggu tak juga selesai saya pun keluar melihat. Nampaknya jalan keluar pun terhalang.




Saya pun menelefon isteri untuk memberitahu nampaknya harus berada lama di Pangsun kerana tidak dapat membawa kereta keluar dari kawasan masjid. Ada ahli masjid terdengar memberitahu ada jalan lain untuk keluar.



Sungai Langat yang mengalir di sebelah kawasan masjid. Jalan biasa keluar masuk masjid adalah di sebelah kiri gambar. Gambar diambil dari atas jambatan yang menyambungkan jalan dengan masjid. Rupa-rupanya ada jalan alternatif kecil ke kanan gambar. Ia membawa ke jambatan lain di penghujung sungai (tidak kelihatan dalam gambar).




Jam 11.30 baru meninggalkan masjid lalu masuk lebih jauh ke pendalaman.




Ke dalam lagi adalah laluan untuk mendaki Gunung Nuang.




Sungai Langat keluar sedikit dari masjid. Setelah 3 minggu selalu berjalan dengan keluarga kembali keluar beriktikaf berseorangan ada keseronokan yang tersendiri buat orang seperti saya.




Singgah sebentar di satu kolam air panas yang saya baru tanya kewujudannya pada malam sebelumnya. Ada penduduk tempatan memberitahu ketika singgah di warungnya lewat malam. Lihat Hot spring at Kampung Jawa, Hulu Langat.



Masuk berjalan-jalan pula ke pusat bandar raya Kuala Lumpur.




Saya, isteri dan anak-anak sudah ada persefahaman. Ada masa untuk bersama mereka berjalan-jalan, ada masa ingin bersendirian. Selalunya begitulah keadaan kalau mahu masuk ke kawasan-kawasan pendalaman terutama apabila ke hutan mendaki bukit, sesekali gunung. Kadangkala anak ikut. Ada masa isteri ikut. Bezanya, jika dengan anak sahaja boleh lebih lasak.

Aktiviti sebegitu biasanya dilakukan orang lain secara berkumpulan dengan banyak persediaan. Namun tidak bagi saya yang selalu spontan.  Semasa itulah biasanya jiwa saya lebih dekat dengan Tuhan. Bila begitu memang lebih suka berseorangan. Nasib baik saya penulis. Itulah alasan paling mudah untuk orang lain faham.


Tiada ulasan: