Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Jun 19, 2025

Asbab majlis di Jelai - Mendaki Bukit Baginda dan batu berombak

Salam petang Khamis 22 Zulhijjah. Merujuk pada artikel Persenjataan Melayu : Citra budaya bangsa yang dipersembahkan jam 9.39 malam Jumaat lalu. Ada dinyatakan pada awal artikel bahawa dalam tempoh kurang 24 jam selepas mengeluarkan artikel saya dijadualkan naik ke utara lagi, iaitu selepas membuat perjalanan sebegitu rupa 29 Mei hingga 2 Jun. Rujuk Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar. Namun berlaku perubahan arah perjalanan. Ini ceritanya.



Ikutkan rancangan asal, pada petang Jumaat 13 Jun mahu bergerak ke arah utara. Singgah bermalam di masjid warisan keluarga di Batak Rabit kemudian menyusur Sungai Perak sambil singgah ke tempat-tempat bersejarah menghala ke Seberang Perai. Sebaliknya petang itu isteri memberitahu majlis makan malam yang mahu dihadiri Perai Ahad malam Isnin 15 Jun lalu menjadi asbab perjalanan mahu dibuat ditunda. Lalu ditukar rancangan dengan menghala ke arah selatan pada pagi Sabtu 14 Jun 2025 bersamaan 17 Zulhijjah 1446 Hijriah. 



Perjalanan ditukar arah untuk menghadiri majlis lain melibatkan keluarga belah isteri diFelda Jelai, Negeri Sembilan,  pada hari Ahad 15 Jun. Berhenti bersarapan di tempat rehat Nilai.



Selepas itu menurunkan isteri di tempat rehat Seremban. Di situ kakak kepada isteri dan keluarga mengambil untuk dibawa ke Jelai. Saya pula meneruskan perjalanan berseorangan kerana ingin membuat satu persinggahan yang sudah lama difikirkan. Cuma kali ini baru ada kesempatan...




Pergi ke satu kawasan pendalaman di Batu Kikir, satu kawasan yang seingat saya baru sekali sahaja dijejaki sebelum ini iaitu pada penghujung tahun lalu.



Ketika itu dalam perjalanan dari Felda Jelai hendak kembali ke Lembah Klang mahu mencari air terjun terdekat dari sekitar Batu Kikir. Lihat Perjalanan selatan penghujung 2024 - Merentas pendalaman Negeri Sembilan ke Hulu Langat. Baru mendapat tahu kedudukan satu bukit bernama Bukit Baginda, tetapi tidak disebut dalam cerita.




Bukit ini pernah menjadi viral dalam media sosial sekitar tahun 2018-2019 kerana ada batu besar berombak dekat puncak lalu ramai pergi mendaki untuk melihat. Saya juga ada memikirkan hendak ke sana. Tetapi apabila ternampak papan tanda masuk penghujung 2024 baru betul-betul menyimpan tekad.




Sejak itu sudah beberapa kali memberitahu isteri ingin mendaki. Tetapi hendak sampai ke kaki bukit pun hampir 170 km perjalanan dari rumah. Kena tunggu peluang dan kelapangan. Asbab mahu menghadiri majlis di Jelai akhirnya baru mengorak langkah.



Alhamdulillah sampai juga ke puncak bukit setinggi 450 km dari paras laut. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot  di BERPETUALANG KE ACEH :-







Dapatlah juga sampai ke batu yang viral disebut orang itu, ke bawah sedikit selepas puncak juga sebuah batu besar lain yang harus ada sejarah tersendiri. Lihat artike-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN :-







Sambung bacaan Al Quran bagi proses pengkhataman bulan Zulhijjah. Sambil bersandar pada pangkal batu dapatlah menghabiskan Surah Al Anbiya iaitu separuh juzuk ke 17.




Selepas itu dapat menemui jalan mendaki menegak ke puncak batu setinggi 20 meter. Di atas itu dibaca pula Surah Hajj lalu selesai satu juzuk. Tak ingat apakah pernah menghabiskan satu juzuk Al Quran dalam sekali panjat suatu bukit sebelum itu. Oh, semasa di pangkal batu berombak ada menjamakkan solat Zohor dan Asar. Tiba-tiba terhidu bau yang setahu saya adalah bau harimau. Difahamkan sekitar itu memang ada harimau kumbang. Mungkin sedang menghendap saya bersolat.




Turun ke pangkal bukit berehat sebentar di "taman batu". Saya pernah melalui pengalaman serupa terhidu bau begitu 2-3 kali ketika berjalan seorang diri dalam hutan. Ada satu tempat tu bila diceritakan kepada orang diberitahu bahawa nampaknya saya sedang diikuti oleh harimau belang. Kalau ikut fikiran akal logik biasa siapa tak rasa takut? Apa jadi kalau tiba-tiba diterkam harimau Nak bersilat lawan? Mungkin ada petua boleh pakai setakat untuk mengelak daripada diserang. Tapi hendak menepis jangan haraplah. Jauh sangat beza ketangkasan dan kudrat walau ada membawa pedang atau parang panjang. 




Yang sebetulnya membantu adalah keyakinan pada perlindungan Tuhan dan aturan Qada' dan Qadar. Aku sedang bersolat. Apakah harus berhenti solat lalu lari menyorok celah pokok atau batu kerana takut diterkam makhluk? Setakat mana yakin pada Allah SWT? Itulah yang cuba diterap dalam diri pada setiap saat dan setiap keadaan walaupun sebagai manusia biasa adakala iman boleh bergoncang. 




Kalau terhidu bau wangian, kemenyan, minyak attar dan sebagainya dalam hutan juga di tempat sunyi lain sudah tidak terkira banyak. Itu lebih melibatkan hal-hal alam ghaib. Selepas keluar dari hutan singgah di masjid atas ini kemudian satu lagi masjid. Lihat artikel-artikel berikut :-







Perjalanan menghala ke Felda Jelai membawa ke hadapan Istana Serting berhampiran pekan Bahau. Di hadapan ini harus pernah ditarik kapal-kapal atas darat buat suatu jarak. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel lama Kumpulan artikel "Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang".


P/s: Tarikh hari ini 22 Zulhijjah mengingatkan bahawa di atas batu berombak itu saya menghabiskan bacaan Surah Al-Hajj yang merupakan surah ke-22 Al-Quran. Semoga ini petanda baik. Dan baru juga terfikir. Dekat sebelah batu ombak ada batu yang disebut sebagai Batu Yam Tuan Hitam. Ini merujuk kepada pemerintah Negeri Sembilan yang kedua, Yam Tuan Hitam yang bertakhta tahun 1795-1808. Harimau kumbang pula berwarna hitam. Hmm...


Tiada ulasan: