OK. Menyambung penceritaan daripada - Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Menghayati tarikan Pakbara dan sejarah di sebaliknya.
Pagi Ahad 6 April 2025. Melihat ke arah laut dari hotel tempat kami menginap di Pakbara.
Petang sebelumnya ada layan mandi sat. Pagi itu layan mandi lagi...
Pemandangan ke arah laut dari dalam bilik. Memang cukup dekat.
Selepas tengah hari bergeraklah kami meninggalkan Pakbara untuk ke destinasi seterusnya.
Destinasi kami adalah bandar raya Hatyai, 100 kilometer lebih ke arah tenggara dari Pakbara. Masjid tadi terletak kira-kira 20 km sebelum pinggir bandar raya.
Sekitar jam 2.30 petang menghampiri pusat bandar raya.
Jalan-jalan tengok keadaan sebelum berhenti dekat stesyen kereta api.
Makan tengah hari lewat. Tadi di hotel Pakbara dah alas perut sedikit.
Rasa tak sah kalau tak singgah juga di stesyen kereta api Hatyai...
Hampir jam 5 petang baru check in ke tempat penginapan di utara Hatyai. Ia sangat dekat dengan 'floating market' atau pasar terapung terkenal.

Berjalan kaki sahaja kami anak beranak ke sana. Lihat artikel Visiting Khlong Hae floating market after 2 years di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan