Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Mei 06, 2025

Asbab ke Muar awal Zulkaedah - Menunaikan hajat yang sudah lebih 40 tahun tertunda

Meneruskan penceritaan. Bersambung daripada Asbab ke Muar awal Zulkaedah - Antara Shah Alam, PJ dan kenangan lama.



Pagi Jumaat 2 Mei 2025 bersamaan 4 Zulkaedah 1446 Hijriah saya keluar berseorangan menuju ke satu lokasi lebih 40 km ke arah tenggara dari Muar.




Bersarapan sebelum sampai ke pekan Parit Sulong.




Kemudian bergerak melepasi pekan menyeberangi Sungai Simpang Kiri, satu daripada dua cabang utama Sungai Batu Pahat.




Singgah di surau ini untuk melepaskan hajat.




Namun hajat sebenar saya adalah untuk mendaki bukit bukau yang kelihatan.




Sudah lebih 40 tahun menyimpan hajat. Sejak kali pertama kali terlihat ketika menumpang kereta saudara dua pupu kembali dari bercuti ke sekolah asrama penuh, Sekolah Menengah Sains Johor atau SMSJ di Kluang.




Ketika itu sekitar tahun 1983-95 abang dua pupu itu bertugas sebagai ADO (penolong pegawai daerah) Kluang. Beliau selalu bercuti ke kampung datuk saya, bapa kepada ibu di Kampung Temiang. Ini kerana berasal dari kampung yang sama. Beliau adalah cucu kepada akak datuk saya.




Walaupun saya menetap sekitar 8 km ke barat kampung ada beberapa kali juga beliau menumpangkan kembali ke sekolah dari Muar dan sebaliknya. Setiap kali beliau mengambil jalan yang lalu di tepian bukit bakau.




Walaupun sudah lama menyimpan hajat baru dalam setahun dua baru betul-betul hendak mendaki.




Ini kerana baru mendapat tahu melalui perkongsian beberapa orang di media sosial bahawa ada denai-denai yang jelas untuk sampai ke puncak.




Alhamdulillah. Setelah beberapa lama baru tertunai hajat.




Bukan setakat satu didaki tetapi ada beberapa bukit sambung menyambung memanjangkan perjalanan.




Pada mulanya rasa larat setakat dua bukit. Tetapi alhamdulillah diberi semangat dan kekuatan untuk meneruskan.



Cuaca pun cukup baik dan terang.




Cuma ada masa terasa begitu panas dan membahang. Lihat artikel-artikel berikut di  blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


 1. Climbing Bukit Botak at Parit Sulong




5. Bukit Payung and its stone wall



Saya mendaki dengan niat mahu menunaikan solat Jumaat di mana-mana masjid berdekatan. Tengok-tengok tak sempat. Ketika masuk waktu solat (boleh kedengaran azan dan khutbah daripada masjid di bawah) cuma sempat sampai kembali ke bukit ketiga lalu menjamakkan solat Zohor dan Asar di puncak.



Sebetulnya saya silap menjangka keadaan diri. Saya dilanda sakit lutut dan otot yang agak teruk lalu cuma boleh turun pada kadar yang sangat perlahan. Apapun, tetap diusahakan menjejak kembali puncak setiap bukit dalam perjalanan turun...



Dan nasib baik jejak kembali setiap puncak bukit. Kerana ketika sampai kembali ke puncak bukit pertama baru ternampak kedudukan sebenar batu-batuan yang biasa dilihat dari bawah ketika berulang alik dari Kluang ke Muar, dinding batu yang pernah membuat terfikir di atas bukit itulah terletak Batu Belah Batu Bertangkup yang terkenal dalam cerita rakyat.



Selepas jam 3.30 baru sampai kembali ke kereta. Sedangkan tadi ada berjanji akan membawa isteri keluar membeli rempah di suatu tempat di Muar, petang sedikit selepas solat Jumaat.



Saya sampai kembali ke rumah sekitar jam 5, masih ada masa kerana  tempat rempah tutup jam 7. Sebaliknya isteri kata tak perlu lagi. Ini kerana semasa saya mendaki beliau dan ibu saudara pergi ke rumah abang dua pupu yang disebut tadi lalu mendapat tahu ada saudara lain mahu membuat majlis marhaban malam itu.



Gambar ini dan sebelumnya diambil ketika marhaban. Oh. Selepas meninggalkan jawatan ADO abang dua pupu itu yang sekarang sudah berumur 75 tahun pernah menjadi setiausaha politik kepada seorang tokoh terkenal, kemudian ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan EXCO (ahli jawatankuasa eksekutif) kerajaan negeri Johor. Sebaik sahaja bertemu  terus memberitahu telah memanjat bukit bukau di Parit Sulong yang mana saya pertama kali melihatnya ketika menumpang kereta beliau balik ke sekolah asrama di Kluang.



Selain bertemu saudara mara ada kawan saudara yang rupanya seorang pelakon kelahiran Muar. Cerita-punya cerita beliau mengenali ramai kawan-kawan sepermainan saya zaman sekolah menengah. Ah. Begitu banyak nostalgia terkeluar... :]


Tiada ulasan: