Assalamualaikum para pembaca sekalian, semoga semuanya sihat sejahtera dirahmati Allah jua. Adapun semenjak meninggalkan sebuah rumah keluarga di Kajang, Selangor pada hari Khamis 12 Rabiul Awal iaitu hari Maulud Nabi, kini sudah 3 hari saya keluar berjalan dalam siri pengembaraan terbaru. Sukacita dimaklumkan, seperti yang diinginkan, saya sudah pun berada di Pantai Timur iaitu di sebelah Kuantan, Pahang. Sebelum itu, saya telah bermalam di sebuah masjid berhampiran Bahau, Negeri Sembilan dan semalam saya berada di Pekan, Pahang.
Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Sabtu, Mac 22, 2008
Salam daripada Kuantan, Pahang! Membuat "ulang-tayang" preview di alam arwah?
Assalamualaikum para pembaca sekalian, semoga semuanya sihat sejahtera dirahmati Allah jua. Adapun semenjak meninggalkan sebuah rumah keluarga di Kajang, Selangor pada hari Khamis 12 Rabiul Awal iaitu hari Maulud Nabi, kini sudah 3 hari saya keluar berjalan dalam siri pengembaraan terbaru. Sukacita dimaklumkan, seperti yang diinginkan, saya sudah pun berada di Pantai Timur iaitu di sebelah Kuantan, Pahang. Sebelum itu, saya telah bermalam di sebuah masjid berhampiran Bahau, Negeri Sembilan dan semalam saya berada di Pekan, Pahang.
8 ulasan:
Allah, rindunya saya pada nenek, sampai juga abang kat kampung saya ya. Nenek saya takder dah... ada kat dalam bt.2 sebelah masjid Tanjung Agas. Teringat kenangan berbasikal keliling pekan dengan sepupu2 dahulu... bila dah kahwin ni, semua bawa haluan masing2. Indahnya waktu dahulu ya bang. MMm..makin kuat pula deja vu abang ya. rezeki abang tu, tabahkan hati. Barangkali abang akan fana lagi tak lama lagi. InsyaAllah. Jangan lupa kami di sini ya. Jumpa lagi. Salam sayang dari saya.
Weh... Ingat kampung kek Pekan yo? Tadi Abg pegi lagi dgn pakcik (suami makcik) daripada Kuantan... Kampung dia kat Kampung Mengkasar, lama tak balik... Keturunan Bugis daripada Tok Tuan, sedara dua pupu Tun Razak (pangkat pakcik le dengan Datuk Najib)... Sebabnya lepas pi Makam Chondong siang Sabtu tu Abfg terus gi Kuantan. Dah sampai sini baru rasa terkilan tak jalan Kuala Pahang (seberang Tanjung Agas)... Jadi memang hari ni Abg plan nak turun balik Pekan... Tengok-tengok pakcik plak ajak jalan... Rezeki le tu... Dapat le tengok makam Sultan Ahmad, moyang Sultan Pahang sekarang dan moyang utama mereka iaitu Sultan Abdul Jalil, anak Bendahara Tun Habab yang naik jadi Sultan empayar Johor-Riau-Lingga lepas Sultan Mahmud mangkat dijulang... Kat Kampung Marhum tu...
Pas tu pegi Kampung Jawa sempat singgah 2 buah makam lama yang ada batu nesan Aceh, memang orang situ panggil Tok Aceh. Selesai tu, pi bandar Pekan sat, pakcik ajak lalu rumah lama dia kat Kampung Mengkasar, dengan kawasan perkuburan Tok Tuan, nampaklah satu bangunan.... Tengok-tengok ada banyak makam2 lama pakai batu nesan Aceh, rupanya makam Ziarath Raden yang Abg memang teringin nak cari tapi tak tau kat mana. Allah, rezeki lagi...
Masa nak balik ke Kuantan, lalu Kampung Langgar. Nampak kawasan kubur, pi le... Ada satu yang ada batu nesan Aceh kecik. Pi depan sikit, Kampung Pahang Tua... Tengok-tengok ada makam Sultan Muhammad Shah (memerintah tahun 1470 gitu), Sultan pertama Pahang daripada keturunan Sultan Melaka... Ala... Abang Sultan Alauddin Riayat Shah yang tak dapat jadi Melaka sebab zaman bebudak dulu dia pernah bunuh ank bendahara yang secara tak sengaja tersepak bola raga sampai destar dia terjatuh...
Bab Fana' tu sebenarnya Abg dah banyak kali kena... Cuma bezanya Fana yang camana... Mintak-mintak keadaan terkawal le sebab kalau dah Fana' tu selalunya memang tak nampak dunia biasa.
OK... Abg tak lupa semua di sana. Kim salam kat semua... Wassalam! :]
di petik daripada :http://members.tripod.com/~suluk98/fana.html
Kebanyakan kitab-kitab tua seperti Kitab Syarah Hikam Ibni Athoillah As-Kandariah, Kitab Manhal-Shofi, Kitab Addurul-Nafs dan lain-lain menggunakan istilah-istilah seperti 'binasa' dan 'hapus' untuk memperihalkan tentang maksud fana. Ulama-ulama lainnya yang banyak menggabungkan beberapa disiplin ilmu lain seperti falsafah menggunakan istilah-istilah seperti 'lebur', 'larut', 'tenggelam' dan 'lenyap' dalama usaha mereka untuk memperkatakan sesuatu tentang 'hal' atau 'maqam' fana ini.
Di dalam Kitab Arrisalah al-Qusyairiah disebutkan erti fana itu ialah;
Lenyapnya sifat-sifat basyariah(pancaindera)
Maka sesiapa yang telah diliputi Hakikat Ketuhanan sehingga tiada lagi melihat daripada Alam baharu, Alam rupa dan Alam wujud ini, maka dikatakanlah ia telah fana dari Alam Cipta. Fana bererti hilangnya sifat-sifat buruk (maksiah lahir dan maksiat batin) dan kekalnya sifat-sifat terpuji(mahmudah). Bahawa fana itu ialah lenyapnya segala-galanya, lenyap af'alnya/perbuatannya(fana fil af'al), lenyap sifatnya(fana fis-sifat), lenyap dirinya(fan fiz-zat)
Oleh kerana inilah ada di kalangan ahli-hali tasauf berkata:
"Tasauf itu ialah mereka fana dari dirinya dan baqa dengan Tuhannya kerena kehadiran hati mereka bersama Allah".
Sahabat Rasulullah yang banyak memperkatakan tentang 'fana' ialah Sayyidina Ali, salah seorang sahabat Rasulullah yang terdekat yang diiktiraf oleh Rasulullah sebagai 'Pintu Gedung Ilmu'. Sayyidina Ali sering memperkatakan tentang fana. Antaranya :
"Di dalam fanaku, leburlah kefanaanku, tetapi di dalam kefanaan itulah bahkan aku mendapatkan Engkau Tuhan".
Demikianlah 'fana; ditanggapi oleh para kaun sufi secara baik, bahkan fana itulah merupakan pintu kepada mereka yang ingin menemukan Allah(Liqa Allah) bagi yang benar-benar mempunyai keinginan dan keimanan yang kuat untuk bertemu dengan Allah(Salik). Firman Allah yang bermaksud:
"Maka barangsiapa yang ingin akan menemukan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amalan Sholeh dan janganlah ia mempersekutukan siapapun dalam beribadat kepada Allah (Surah Al-Kahfi:)
Untuk mencapai liqa Allah dalam ayat yang tersebut di atas, ada dua kewajiban yang mesti dilaksanakan iaitu:
Pertamanya mengerjakan amalan sholeh dengan menghilangkan semua- sifat-sifat yang tercela dan menetapkan dengan sifat-sifat yang terpuji iaitu Takhali dan Tahali.
Keduanya meniadakan/menafikan segala sesuatu termasuk dirinya sehingga yang benar-benar wujud/isbat hanya Allah semata-mata dalam beribadat. Itulah ertinya memfanakan diri.
Para Nabi-nabi dan wali-wali seperti Sheikh Abu Qasim Al-Junaid, Abu Qadir Al-Jailani , Imam Al-Ghazali, Ab Yazid Al-Busthomi sering mengalami keadaan "fana" fillah dalam menemukan Allah. Umpamanya Nabi Musa alaihisalam ketika ia sangat ingin melihat Allah maka baginda berkata yang kemudiannya dijawab oleh Allah Taala seperti berikut;
"Ya Tuhan, bagaimanakah caranya supaya aku sampai kepada Mu? Tuhan berfirman: Tinggalkan dirimu/lenyapkan dirimu(fana), baru kamu kemari."
2. Kata-kata Hikmah Dari Wali-wali Allah yang telah mengalami FANA
Ada seorang bertanya kepada Abu Yazid Al-Busthomi;
"Bagaimana tuan habiskan masa pagimu?". Abu Yazid menjawab: "Diri saya telah hilang(fana) dalam mengenang Allah hingga saya tidak tahu malam dan siang".
Satu ketika Abu Yazid telah ditanyai orang bagaimanakah kita boleh mencapai Allah. Beliau telah menjawab dengan katanya:
"Buangkanlah diri kamu. Di situlah terletak jalan menuju Allah. Barangsiapa yang melenyapkan(fana) dirinya dalam Allah, maka didapati bahawa Allah itu segala-galanya".
Beliau pernah menceritakan sesuatu tentang fana ini dengan katanya;
Apabila Allah memfanakan saya dan membawa saya baqa dengaNya dan membuka hijab yang mendinding saya dengan Dia, maka saya pun dapat memandangNya dan ketika itu hancur leburlah pancainderaku dan tidak dapat berkata apa-apa. Hijab diriku tersingkap dan saya berada di keadaan itu beberapa lama tanpa pertolongan sebarang panca indera. Kemudian Allah kurniakan saya mata Ketuhanan dan telinga Ketuhanan dan saya dapat dapati segala-galanya adalah di dalam Dia juga."
Al-Junaid Al-Bagdadi yang menjadi Imam Tasauf kepada golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah pernah membicarakan tentang fana ini dengan kata-kata beliau seperti berikut:
Kamu tidak mencapai baqa(kekal dengan Allah) sebelum melalui fana(hapus diri)
Membuangkan segala-galanya kecuali Allah dan 'mematikan diri' ialah kesufian.
Seorang itu tidak akan mencapai Cinta kepada Allah(mahabbah) hingga dia memfanakan dirinya. Percakapan orang-orang yang cinta kepada Allah itu pandangan orang-orang biasa adalah dongeng sahaja.
3. Himpunan Kata-kata Hikmat Tentang Fana
A. Sembahyang orang yang cinta (mahabbah) ialah memfanakan diri sementara sembahyang orang awam ialah rukuk dan sujud.
B. Setengah mereka yang fana (lupa diri sendiri) dalam satu tajali zat dan kekal dalam keadaan itu selama-lamanya. Mereka adalah Majzub yang hakiki.
C. Sufi itu mulanya satu titik air dan menjadi lautan. Fananya diri itu meluaskan kupayaannya. Keupayaan setitik air menjadi keupayaan lautan.
D. Dalam keadaan fana, wujud Salik yang terhad itu dikuasai oleh wujud Allah yang Mutlak. Dengan itu Salik tidak mengetahui dirinya dan benda-benda lain. Inilah peringkatWilayah(Kewalian). Perbezaan antara Wali-wali itu ialah disebabkan oleh perbezaan tempoh masa keadaan ini. Ada yang merasai keadaan fana itu satu saat, satu jam, ada yang satu hari an seterusnya. Mereka yang dalam keadaan fana seumur hidupnya digelar majzub. Mereka masuk ke dalam satu suasana dimana menjadi mutlak.
E. Kewalian ialah melihat Allah melalui Allah. Kenabian ialah melihat Allah melalui makhluk. Dalam kewalian tidak ada bayang makhluk yang wujud. Dalam kenabian makhlik masih nampak di samping memerhati Allah. Kewalaian ialah peringakat fana dan kenabian ialah peringkat baqa
F. Tidak ada pandangan yang pernah melihat Tajalinya Zat. Jika ada pun ia mencapai Tajali ini, maka ianya binasa dan fana kerana Tajali Zat melarutkan semua cermin penzohiran. Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah meliputi segala-galanya.(Surah Al-Fadhilah:54)
G. Tajali bererti menunjukkan sesuatu pada diriNya dalam beberapa dan berbagai bentuk. Umpama satu biji benih menunjukkan dirinya sebgai beberapa ladang dan satu unggun api menunjukkan dirinya sebagai beberapa unggun api.
H. Wujud alam ini fana (binasa) dalam wujud Allah.Dalilnya ialah Firman Allah dalam Surah An-Nur:35 yang bermaksud;
"Cahaya atas cahaya, Allah membimbing dengan cahayanya sesiapa yang dikehendakinya." dan "Allah adalah cahaya langit dan bumi."
I. Muraqobah ialah memfanakan hamba akan afaalnya dan sifatnya dan zatnya dalam afaal Allah, sifat Allah dan zat Allah.
J. Al-Thomsu atau hilang iaitu hapus segala tanda-tanda sekelian pada sifat Allah. Maka iaitu satu bagai daripada fana.
5. Tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Fana
Mikraj Muhammad
Alamat Sampai Kepada Maqam Yang Tinggi
4. Pesanan Dari Suluk
Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika syariat dan thorikat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya.
Dari itu saudara-saudaraku anda seharusnya banyak menuntut dan mendalami ilmu-ilmu agama yang berkaitan dengan syariat , usuluddin dan asas tasauf untuk mendekatkan diri dengan Allah .
syarat ujian di dalam ilmu tasauf:
1.Zahid dengan meninggalkan segala yang lebih daripada yang halal
2.Ilmu Syariat yang membaikkan zhohirnya,
3.Tawakkal dan
4.Keyakinan kepada Allah dan Rasul
Itulah maksud yang diberi. Tahniah daripada saya. Nampaknya abng dah lepas 4 ujian dalam ilmu tasauf. Harap abang tabah, musuh yg paling besar selepas iblis adalah diri kita sendiri bang.. adik doakan abang berjaya. amin. :)
Hi Radzi,
nice to meet you again just now after about 10 years. been going through yr blogsites after our lunch by the Kuantan river. Good writing may i say. To me, yours is an amazing life. Have a safe journey. May Allah bless you, your daughter and your other loved ones. All the best.
Untuk Syahir, terimakasih atas kata-kata itu. Untuk Shahrum, same to you bro. May God bless you and I hope you managed to turn your current "situation" into one big harmonious family.
Selamat semua! :]
assalamualaikum wrt.
sdra Radzi Sapiee.
saya akan ke Makam Chondong untuk ziarah makam Sultan Ghaffar. Saya akan bertolak melalui Segamat. Boleh sdra beri anggaran jarak dan masa dari jambatan baru Pekan menuju ke makam Chondong?
salam persaudaraan
kabi09
Wassalam. Leee... baru nampak komen ni... maklumlah artikel ni dah masuk jauh ke belakang dalam archive, baru malam ni tergerak nak baca balik.
Dari jambatan ke makam Chondong tu sangat dekat. Masuk kiri menghala ke Pekan dan perhatikan mana-mana jalan masuk ke kampung (alamak lupa plak nama) kat sebelah kanan. Jarak masa kalau tahu jalan, 5 minit pun boleh sampai!
Harap dah selamat sampai... :]
Catat Ulasan