Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Julai 28, 2009

Ke Beting Beras Basah bersama isteri... nyaris tenggelam dalam selut daaa!

OK. Mari kita sambung balik penceritaan, kiranya bersambung dari artikel Misteri Lubuk Pusing dan keramat Sheikh Sayyid Ahmad Marzuki


Ini adalah gambar Sungai Perak di kawasan jeti Bagan Datoh, menghadap ke timur-laut masuk ke pendalaman gitu. Lihat betapa luasnya kawasan sungai yang terbentang ini sehingga susah untuk melihat tebing di seberang.


Ini pula gambar yang diambil apabila menghadap betul-betul ke utara atau ke seberang sungai bertentangan. Tadi saya ada membuat ukuran lebar sungai menggunakan program Google Earth. Saya dapati lebar Sungai Perak di bahagian ini hampir 1.5 km.

Ini pula gambar menghala ke barat-laut. Dan memang ia menghala ke laut atau lebih tepat lagi , ke Selat Melaka di mana air sungai yang luas ini bertemu air masin selat 6 km dari sini. Semasa mengambil gambar-gambar ini, isteri saya menegur: "Kan dah ambil gambar-gambar di sini. Mengapa diambil lagi?"

Jawab saya: "Itu gambar dahulu, gambar beberapa bulan lalu." (Sila lihat artikel Bertandang ke rumah pengantin lelaki di Selekoh, Bagan Datoh dan sedikit rasa tentang Perak... dan The Perak river mouth at Bagan Datoh). Kali ini gambar-gambar mahu diambil untuk kesinambungan juga perbandingan dengan kawasan di sekitar Beting Beras Basah. Lagipun dalam perjalanan terakhir ke Bagan Datoh, kami tidak sempat singgah ke Beting Beras Basah.

Ini adalah gambar kawasan misteri yang dikenali sebagai Beting Beras Basah iaitu betul-betul di bahagian selatan kuala Sungai Perak. Nampak tak kawasan seperti kelabu hitam terbentang memanjang di bahagian belakang gambar?



Ini pula potongan dari gambar yang sama, dibesarkan untuk menunjukkan bendera Perak yang terpacak pada satu bahagian Beting Beras Basah. Untuk pengetahuan ia menandakan tempat terakhir yang perlu dijejaki seseorang Sultan Perak dalam proses pertabalan, sebagai mengingati tempat kapal Sultan Muzaffar Shah, Sultan pertama Perak tersangkut ketika mahu masuk ke Perak sekitar tahun 1528.

Adapun ini adalah lawatan saya yang ketiga ke tempat ini dan pertama kali bersama isteri. Ini juga kali pertama isteri saya sampai ke sini, walaupun dahulu dia pernah duduk dan belajar di sebuah sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) selama 5 tahun, sekolah yang letaknya cuma 30 km gitu dari tempat ini selain selalu bertandang di rumah seorang saudara di Sungai Pergam cuma 10 km sahaja gitu dari Beting Beras Basah, saudara yang menjadi asbab kami membuat perjalanan ke Perak kali ini iaitu untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang ahli keluarganya, sebelum kami melangkah ke sini.

Lawatan pertama saya ke Beting Beras Basah dibuat awal tahun 2007 kalau tak salah ingatan, selepas pertama kali menziarahi makam Laksamana Toh Jambu @ Keramat Sungai Durian di Sungai Durian sebelum bermalam di Kota Setia dan esoknya menyeberangi Sungai Perak menaiki bot dari Hujung Rintis untuk mendarat di Sungai Dulang. Ketika itu saya cuma berjalan kaki, menaiki bas atau hitch-hike menumpang kenderaan orang. Lalu saya dibawa ke Beting Beras Basah dengan menaiki motosikal, oleh 2 orang pemuda yang keretanya saya tumpang dari Bagan Datoh. Rupa-rupanya rumah mereka memang terletak berdekatan sana.

Saya telah cuba mencari gambar-gambar atau cerita berkenaan lawatan kali pertama itu di setiap blogspot saya tetapi tidak dapat menemuinya. Nampaknya saya tidak pernah menceritakannya di mana-mana kecuali di sebuah forum sedangkan thread di forum yang diberi tajuk "Berpetualang ke Aceh" ini (boleh dimasuki di sini... Forum Rawatan Alternatif... Soal-jawab Berpetualang ke Aceh... ) sudah memasuki 361 mukasurat, nak cari balik ceritanya pun susah. Nak tengok setiap mukasurat untuk mencari cerita boleh jadi jenuh juga...

Nasib baik dalam artikel-artikel mengenai lawatan kedua saya ada menyebut sedikit tentang lawatan pertama itu. Cukuplah satu perenggan, cukuplah untuk mengingati lawatan pertama itu dibuat awal 2007. Sila lihat artikel Perjalanan terbaru ke Perak... Ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak! dan Perjalanan terbaru ke Perak... Sambungan cerita ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak!

Adapun lawatan kedua itu dibuat dalam bulan Mei gitu bersama seorang sepupu dan kawannya dengan menaiki kereta. Apabila melihat kembali gambar-gambar dari perjalanan itu seperti terpapar pada artikel Perjalanan terbaru ke Perak... Sambungan cerita ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak!, terserlahlah satu corak...

Dalam perjalanan pertama awal 2007, saya sampai ketika air pasang. Apa yang dapat dilihat cuma pancang-pancang dengan bendera menandakan arah ke bahagian utama Beting Beras Basah. Dalam perjalanan kedua pertengahan 2008 pula, air sudah surut dan kelihatan lumpur serta selut. Tetapi kawasan Beting Beras Basah sendiri masih diliputi air, nasib baik boleh kelihatan pancang utama dengan bendera sebagai penanda. Dalam lawatan ketiga bersama isteri pula, baru pertama kali saya dapat melihat beting itu sendiri dengan pasirnya berwarna kelabu hitam gitu.

Melihat Beting Beras Basah terserlah timbul di hadapan, timbul rasa untuk berjalan kaki ke sana. Tetapi bagaimana ya sedangkan jalan ke sana semuanya dipenuhi selut dan lumpur? Sedangkan kalau orang ke sana pun (kalau berani le sebab tempatnya dikatakan sangat keras) selalunya melalui jalan air iaitu menaiki bot dari Bagan Datoh... atau boleh juga menaiki bot dari jeti di sini ketika air pasang.

Saya memandang sekeliling untuk mencari jalan. Kemudian terlihat kelompok kecil pokok bakau di hujung gambar ini di mana kelihatan Beting Beras Basah lebih dekat ke daratan...



Saya pun mula mengorak langkah ke sana. Apabila memandang ke belakang, kesian juga memikirkan isteri menunggu di bangunan jeti sedangkan matahari hampir terbenam. Nasib baik dia amat memahami dan agak berani. Dengan itu saya pun meneruskan perjalanan ke hujung sana...




Pohon-pohon di tepian dalam perjalanan kelihatan menarik...



Sementara itu Beting Beras Basah kelihatan seperti melambai-lambai!



Ini adalah beting itu dari satu sudut menghampiri kelompok kecil pokok bakau. Fikir saya, sebaik sahaja berjaya menaiki hujung beting dari kawasan pokok bakau, saya boleh berjalan kaki dengan selamat dan lancar terus ke bahagian yang terpacak bendera iaitu di hujung kiri gambar ini.



Ini pula adalah kawasan berdekatan pokok bakau. Saya telah cuba merentangi lumpur dan selut di hujung kanan keluar gambar ini untuk sampai ke rumput-rumpai yang kelihatan tertompok dalam gambar. Tetapi setelah mencuba beberapa kali, saya tidak dapat meneruskannya. Manakan tidak, saya mula tenggelam sehingga ke paras pinggang, hampir-hampir sahaja tersangkut dan terlekat terus di situ. Takut juga kalau terus tenggelam ke dalam...




Dalam gambar ini kelihatan bekas laluan yang dicubai seterusnya... saya berjalan merentasinya sehingga tinggal lagi 50 meter sahaja gitu lagi ke kawasan beting pasir tetapi terpaksa melupakannya apabila mula tenggelam ke paras pinggang lagi! Terfikir saya, apakah saya sudah hilang keberanian untuk mencuba? Mungkin juga. Sambil itu teringat pada isteri yang sedang sarat mengandung anak sulung kami, menunggu seorang diri di bangunan jeti...

Nampaknya saya harus akur dengan keadaan. Had saya untuk mencuba sesuatu terasa amat berbeza dengan keadaan ketika saya masih suka mengembara seorang diri tanpa apa-apa sekatan ikatan keluarga. Kalau betul saya nak sangat pergi, agaknya mesti lalu jalan laut juga, dengan menaiki bot seperti mana dibuat orang yang pernah sampai ke sana.

Lama kemudian baru terbetik di fikiran, sebenarnya ada kemungkinan untuk saya berjaya ke beting itu melalui darat. Cuma seharusnya saya membawa sama sebatang galah atau kayu panjang supaya boleh dicucuk-cucuk untuk memastikan kedalaman selut lalu dapatlah mencari jalan yang lebih selamat untuk sampai ke Beting Beras Basah agaknya. Tapi tak apalah. Insyaallah lain kali baru saya menjejakkan kaki ke sana.



OK. Ini ada gambar satelit dari Google Earth yang ditambah tanda untuk melihat di manakah kedudukan sebenar Beting Beras Basah dari pekan Bagan Datoh. Jarak antara keduanya adalah sekitar 6 km gitu. Lihat dalam bulatan besar. Boleh kelihatan kan beting kelabu hitam menjulur keluar ke laut? Itulah dia Beting Beras Basah. Sekian...

p/s:
Rupanya ada hikmah saya 'tersangkut' lama cuba meredah selut dan lumpur ke Beting Beras Basah. Saya sampai ke kembali ke bangunan jeti menemui isteri ketika 4 orang lelaki dari Kuala Kangsar baru sahaja sampai ke situ. Rupa-rupanya ada hubungan keluarga dan sedikit cerita lama...


20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berani gak saudara ms.. waris di beting ramai tapi kita tak tahu siape yang patut menjaga daulat disitu??

Tanpa Nama berkata...

Saye takut kalau tak dijaga mungkin tempat itu tak mempunyai daulat nye lagi..

Tanpa Nama berkata...

Tempat itu sentiasa mempunyai daulat. Dan perempuan tidak boleh mencecah kaki ke beting beras basah, kerana ada daulat. Jika dilanggar membawa musibah.

Adi berkata...

Sib baik kau tak lalu, kalau tak harus mati tegak tertanam kat selut situ.

Tanpa Nama berkata...

sy pernah ke BBB tempat yg ada bendera tu waktu malam bersama 6 org kawan ( x ada tok pawang ) tup tup DAULAT TUANKU 3 x.... siap bertabal lagi . x tau pulak keterunan mai kot mana ! harap tuan tanah bolih ulas yek

Antara Dua Darjat berkata...

Setau aku dah pernah org lalu dan rendam kaki situ. Setakat rendam kaki, orang kebanyakan pun boleh.

Air situ pasang surut dengan cepat sekali, bila kau leka2, tengok2 dah penuh. Pancang bendera setakat penanda daerah kawasan, bukan bermakna di itulah tempat bertabal. Pergi pancang bendera memanglah takda apa2. Sikit lagi atas la pergi. Orang istana saja yg tau.

Lagipun Sultan pergi rendam kaki kat situ buat syarat. Adalah lah bacaan nya. Bagaimana setiap Sultan lakukan tidaklah diketahui.

Setakat lalu lalang tadak apa2. Kalau tak boleh, macam mana la kapal dahulu kala nak masuk. Itulah laluannya. Nak caya cerita2 sensasi pun agak2 la bro.

Ini tak asal boleh lalu dan pergi rendam kaki jek, udah dah jadi org istana, keturunan2 itu dan ini.
Nampak benar kemaruk kan darjat.

Tanpa Nama berkata...

Keturunan mana plak. RajaGopal la tu.

Tanpa Nama berkata...

itu tanda nya tempat tu dah tercemar.. semua orang bleh rendam kaki.. mintak harta karun lah.. nak kan pendamping bleh ubat org lah.. yang tebas lalang kat situ pun org cina..

Tanpa Nama berkata...

saya tau sape yg saudara jumpa di BBB.. =)

Tanpa Nama berkata...

Sapa kata tempat tu tak berdaulat?..gua nie orang biasa jer, tapi keturunan darah raja2 gak...Nak kene g Beting Beras Basah..kene mandi tabal..macam raja2...pantang jangan cakap la..cube gak buat dunno,...merana dibuatnya...nak masuk BBB kene tabur beras kunyit, bertih,eh..mcm2 lagi...

Mohd Wazi Rani Mohd Radzi berkata...

Assalamualaikum En Radzi,

Saya ingin mengucapkan terima kasih diatas catatan ini kerana ia mengingatkan saya kepada perjalanan saya bersama arwah bapa, ibu serta 2 orang adik perempuan saya ke Beting Beras Basah 40 tahun dahulu, seperti memori disana masih segar disana bila melihat gambar2 kawasan beting, paya dan pantai disitu. alangkah baiknya kalo dapat melihat peterana yg ada di Beting Beras Basah. Sayang arwah bapa tidak pernah mencerita tujuan kami kesana semasa saya berumur 10 tahun dan saya juga tidak pernah berpeluang untuk bertanya. Namun apa yang saya ingat ialah arwah opah dan ayah pernah cakap bahawa tak semua orang boleh sampai kesana kerana mungkin tak jumpa tempat. Wallahualam...

n/k : how ironic your name is kind of similar to my arwah bapa. u can email to me kat mohdwazirani at yahoo dot com

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Sama-sama.

Saya pun sukacita apabila ada orang merasa gembira dengan artikel saya. Tentang nama tu, apakah saudara ada kaitan dengan keluarga Laksamana dan kerabat Sultan Abdullah?

Mohd Wazi Rani Mohd Radzi berkata...

Salam,

Saya berasal dari Teluk Intan, kampung saya di Batak Rabit, rumah (kayu lama) di tepi sekolah SRK Dato' Laksamana Maharajalela, arwah tok saya ialah penghulu bersara Haji Wahi Manap, pernah menjadi penghulu di Hutan Melintang dan kalo tak salah saya sebelum beliau menjadi penghulu pernah bekerja dengan arwah Dato Laksamana sebagai pengiring beliau lebih kurang macam PA Dato Laksamana. Arwah bapa saya Mohd Radzi Wahi, bekerja sendiri pernah menetap di Sungkai dan akhirnya berpindah di Ipoh. Cerita2 tentang arwah Tok saya bekerja dengan Dato Laksamana saya kena korek lebih lanjut dengan makcik saya yg ada di kuala lumpur.

mohdwazirani@yahoo.com

Unknown berkata...

Salam mullah qadammullah. ...cerita itu adalah benar...kerana kami ini adalah dari keturunan yang dinyatakan...kami mempunyai kelainan..iaitu berlidah hitam tompokan...dan juga mempunyai bulu roma yang songsang...saya adalah generasi yang ke 5...dan saya mempunyai empat orang anak dan anak bongsu saya mempunyai pertanda yang ada seperti saya.....dan jika kami daripada keturunan ini sebelum meninggal dunia kaki mereka akan sebelah kanan akan bewarna merah...dan sebagai pemutusnya harus dimandi dengan air pusar dari beting beras basah..barulah rohnya berpisah...dan setiap muharram jamuan ancak akan di buatkan serta persembahannya...namun kita semua adalah makhluk allah swt yang diciptakan olehnya dengan sempurna..dan mereka itu adalah dikalangan jin...yang berkuasa adalah allah swt..hampir 28 tahun keluarga kami sudah tidak menyediakan jamu terbabit...tapi syukur allhamdullilah. ..tiada apa yang berlaku hanya dengan amal ibadat sahaja memudahkan segalanya...kita hanya berserah pada allah swt kerana ia maha mengatahui segala setiap usul asal kejadian...kerana dia yang menciptanya...hanya tinggal barang-barang pewaris seperti cemeti diraja...mahkota permaisuri.chop mohor..dan keris kebesaran hanya itulah kenangan buat anak-anak cucu cicit kami....

naim berkata...

geliga embun ada pada saya..

Tanpa Nama berkata...

Beting beras basah snonim dgn kisah manusia kmbar ular yg kmbar ular nye tlah d lps kn di betin beras basah..ade spe2 yg tahu akn crite nie dgn lbh lnjut?tlg cerite kn blh?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...sy juga nk tahu pasal ular ni...

Unknown berkata...

Salam...selagi yg di cari adalah beting beras basah..smpai bila pun rhsia xkan tersingkap..carilah nma sebenar benarnya..maka akn nmpak titik mula pencarian..
Nnt dh dpt kongsi ye☺☺..kerana waris nya msih wujud..

Unknown berkata...

Saya orang tebuk benkang selekoh

Unknown berkata...

Daeng rozaimi