Masuk kembali ke Malaysia dari Padang Besar, Thailand kita masuk ke Padang Besar, Perlis.
Keluar dari bandar perlu melalui jejantas.
Saya pun keluar dari kereta sebentar. Bukan apa, mahu melihat bagaimana rupa landasan keretapi sampai ke stesyen Padang Besar kerana terkenang perjalanan yang dibuat menaiki keretapi hingga ke Hatyai tahun lepas. Lihat buku yang terhasil dalam artikel Akhirnya... keretapi pun menuju destinasi.
Perjalanan diteruskan menghala ke selatan.
Ada sesuatu yang menarik di tepi jalan.
Ada taman burung unta yang dibuka kepada awam secara percuma.
Ada juga tempat membela kuda. Lihat The ostrich farm in Perlis.
Perjalanan diteruskan dengan niat untuk singgah di sejumlah tempat di Perlis. Jangan silap baca... dari taman burung unta yang terletak kira-kira 7-8 km dari Padang Besar itu masih ada 29 km untuk sampai ke Kangar, bukan 9 ya seperti yang kelihatan (nombor 2 depan 9 sedikit kelam). Lihat The road from Padang Besar to Kangar.
Salah satu tempat yang ingin disinggahi adalah tasik luas yang dipanggil Timah Tasoh. Lihat The lake called Timah Tasoh.
Ketika bergerak semakin hampir ke Kangar ternyata tasik Timah Tasoh yang amat indah ini masih boleh dilihat dari satu sudut di mana boleh kelihatan juga bagaimana ia terbentuk. Lihat Timah Tasoh at its 'source'.
Tidak lama kemudian sampai ke Kangar. Tetapi kami setakat melihat dari dalam kereta kerana ada lagi tempat-tempat lebih penting yang perlu dikejar. Lihat A quick look at the town of Kangar.
Perjalanan diteruskan menghala ke laut...
Kelihatan Pulau Langkawi apabila kami hampir sampai.
Sudah boleh agak ke manakah kami pergi? Lihat Kuala Perlis, the town at the estuary of the Perlis river.
Kami singgah di Kuala Perlis sebentar sahaja. Ini kerana selain mahu menunjukkan ia kepada isteri yang belum pernah sampai ke sana saya mahu menziarahi satu makam. Peliknya saya tidak dapat menemui makam yang sepatutnya terletak tidak jauh dari jeti ke Langkawi itu. Apabila ditanya tiada siapa pun tahu. Rupa-rupanya saya terlupa. Makam yang mahu dicari iaitu makam Tok Pasai terletak di Kuala Kedah bukan Kuala Perlis. Hek eleh... :]
Dengan itu kami bergegas ke bandar terakhir yang mahu dikunjungi di Perlis iaitu Arau. Ketika sampai sudah jam 5:30 petang. Maklumlah kami keluar dari Thailand dan melepasi imigresyen pun dah hampir jam 3. Singgah pula di banyak tempat...
Di Arau sendiri ada beberapa tempat yang mahu di jejaki, kalau boleh sebelum gelap...
Mula-mula lalu bahagian bandar lama...
Kemudian masuk ke makam diraja. Lihat Makam diraja (Royal mausoleum of) Perlis, Arau.
Apabila telah melihat ke dalam ternyata apa yang ditanda secara rasmi sebagai makam diraja itu masih baru. Makam diraja asal di mana raja-raja Perlis dan kerabat disemadikan turun-temurun terletak di satu kawasan kubur besar bersebelahan yang turut mengandungi kubur orang awam.
Namun makam kerabat diraja Perlis yang berasal dari keluarga Sayyid Jamalulail keturunan Nabi Muhammad SAW cukup terserlah dengan binaan-binaan batunya. Lihat Makam diraja Perlis yang asal (The original royal mausoleum of Perlis). Sejumlah batu nesan kerabat mengingatkan pada bentuk batu nesan sebuah makam besar yang berkait dengan watak legenda Perak, Keramat Kuala Bidor. Apakah ada kena-mengena? Lihat artikel lama Makam (Tomb of ) Keramat Kuala Bidor.
Namun entah kenapa bentuk itu kelihatan seperti tersorok jika dilihat dari arah lain. Sambil berehat di dalam masjid baru diraja (lihat Masjid negeri (State mosque of) Perlis, Arau), saya terfikir apakah bentuk lidah terjulur itu menandakan wujud satu warisan yang boleh dikaitkan dengan satu identiti Merong Mahawangsa seperti yang diilhamkan kepada saya? Lihat artikel lama Kepala naga Merong Mahawangsa dan legasi Saidina Salman Al-Farisi, satu petanda daripada era lebih 1,200 tahun lalu? untuk memahami apa yang dimaksudkan. Mungkin pada salasilah keluarga Jamalulail yang diketahui umum sebagai berasal dari kabilah besar Ba' Alawi dari Hadramaut, Yaman ada kaitan tersembunyi membawa kepada salasilah lama Aceh, Samudera-Pasai dan Perlak yang memiliki titisan cucu sulung Rasulullah SAW iaitu Saidina Hassan bercampur dengan titisan sahabat baginda Saidina Salman?
Hari semakin suntuk. Sampai masa untuk bersiap membeli makanan dan minuman untuk berbuka puasa.
Ketika mencari tempat yang elok untuk berbuka kelihatan satu bahagian tepi jalan yang agak selesa.
Rupa-rupanya ia terletak di hadapan sebuah klinik yang seolah memberi petunjuk tertentu. Nama Kamil mengingatkan pada Dinasti Al-Kamil (lihat koleksi artikel lama di Dinasti Al-Kamil bakal bangkit semula...). Nama Arif pula mengingatkan pada Sheikh Abdullah Arif yang dikatakan datang ke Aceh membawa kitab Tasawuf Bahr Laut (Lautan keTuhanan). Adalah dipercayai beliau juga orang yang sama disebut Hikayat Merong Mahawangsa mengIslamkan Sultan Muzaffar Shah Kedah. Tak tahulah Muzaffar Shah yang mana satu sebab dah ada berbagai teori sekarang tentang identiti sebenar Sultan Muzaffar...
Nah. Di sinilah kami menikmati juadah berbuka puasa.
Kami singgah di bandar Jitra untuk makan malam lewat.
Perjalanan disambung ke Alor Setar hingga ke Langgar. Singgah di masjid lama ini hampir 12 tengah malam. Cerita akan disambung pada hari dan waktu yang sesuai ya. Sekian buat masa ini. Selamat malam! :]
8 ulasan:
Salam,
Timah Tasoh asalnya adalah kawasan-kawasan kampung dan jalan lama yang menghubungkan antara Kangar hingga ke Padang Besar.
Terdapat beberapa kampung di dasar Empangan Timah Tasoh, hanya tinggal kenangan..
Kini Timah Tasoh sudah menjadi empangan dan dinamakan Empangan Timah Tasoh, yang dibina untuk membekalkan air ke kawasan-kawasan bendang sawah padi sekitar yang tidak mendapat bekalan air dari pihak MADA.
Dan Empangan Timah Tasoh juga digunakan untuk membendung air dari Thailand..
Sekadar info dari saya yang tinggal di Perlis..
Wassalam. Terima kasih Irdina. Perkongsian maklumat sebegini amat-amat dialu-alukan. Sudilah sesiapa sahaja tolong menambah ilmu di sini. Itulah salah satu tujuan utama blogspot dibuat. Sambil saya bercerita sepintas lalu apa yang dialami diharap ramai di luar sana dapat menambah apa yang perlu.
Singgah ke Wang Klian? Sebelum tu boleh la singgah ke Gua Kelam mandi air sungai...air sangat2 sejuk tapi sayang laluan masuk ke dalam gua manjang tutup untuk selengara x habis2..
Bro semoga berjaya dalam segala usaha anda...
Terima kasih! :]
salam tuan,terlanjur melewati Perlis nape x singgah 1 kawasan kubur purba makam kayangan! dimukim kayang 10km dari kuala perlis. saya kurang arif sejarahnya yg dah berusia ratusan tahub dulu! harap tuan leh selidik.
saya terjumpa 1 blog menarik utk rujukan salsiah merong @ keturunan aktif munulis kat sini & depa ada persatuan yg aktif yg dimana ahlinya ramai dari cucu-cicit merong. ni linknya http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2012/09/wangsa-itu-harimau-malaya.html
Anon 1:12 pm, wassalam. Saya tak tahu tentang kewujudan makam purba itu. Terima kasih kerana memberitahu.
Saudara Shukor, saya sudah sedia maklum blogspot tersebut sejak ia ditubuhkan beberapa tahun lalu.
nak tahu x makam sultan brunai ada di perlis??baru ditemui tahun lpas...berada di dlm gua yg mnjdi saliran air...lbih info add fb sy khai devide...tq..
Catat Ulasan