Khamis, Julai 16, 2026

Tu dia. Komputer riba ke-10

Salam petang Khamis 1 Safar. Artikel istimewa yang membayangkan suatu peralihan zaman buat saya ini sebenarnya mahu dipersembahkan pagi Jumaat kemudian mahu dipercepatkan ke malam Jumaat. Isi dan penulisan telah disediakan sejak hari Selasa. Tetapi apabila teringat tarikh hari ini adalah bersamaan 1 Safar lalu malam nanti beralih ke 2 Safar biar dipersembahkan lebih awal.


Gambar ini menunjukkan komputer riba saya yang sudah dipakai sejak sekian lama, bersama komputer riba baru (atas) yang dibeli Isnin 13 Julai 2026. Merujuk pada artikel Asbab Haul Tokku Paloh - Dugaan sebelum masuk ke Pahang tentang hari pertama perjalanan ke Pantai Timur yang secara rasminya bermula 1 Julai apabila meninggalkan rumah untuk ke Kuala Lumpur. Ada dinyatakan singgah di Perpustakaan Negara lalu hendak menyambung kerja-kerja pembaikan cadangan tesis (thesis proposal) PhD saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Tetapi menghadapi masalah komputer riba  asyik sangkut lalu tidak dapat membuat kerja. 

Ini memaksa untuk ke Bukit Bintang mencari kedai untuk membaik pulih. Setelah sejam dua komputer dapat digunakan kembali. Tetapi saya sudah hilang rentak selain disibukkan dengan perjalanan yang memakan masa 7 hari 6 malam dan jarak pemanduan lebih 1,550 km. Kembali ke rumah 7 Julai mula melepaskan cerita keesokan hari. 

Sabtu 11 Julai, ketika hendak menulis tentang hari ke-5 perjalanan tengok-tengok masalah komputer asyik sangkut timbul kembali. Ketika itu sedang menghadiri satu majlis keMelayuan di Muzium Negara. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) :-


1. Hari Peradaban Melayu 2026 - Persediaan menghadapi perubahan tata dunia

2. Hari Peradaban Melayu 2026 - NGO sebagai pemangkin perjuangan, Sungai Batu serta adat dan adab Melayu

3. Hari Peradaban Melayu 2026 - Perjuangan Mat Kilau dan dunia persilatan


Masalah yang berterusan sehingga Ahad lewat malam Isnin 12 Julai menyebabkan terasa tiada pilihan. Harus membeli komputer riba baru. Pagi Isnin 13 Julai, setelah tekad dibulatkan, timbul rasa untuk menghidupkan komputer. Tengok-tengok boleh pakai. Itu yang ditulis pada awal artikel hari ke-5 Asbab Haul Tokku Paloh - Jejak sejarah lama Kelantan

Pun begitu, disebabkan telah dibulatkan tekad, dan komputer lama diputuskan hendak diberikan kepada isteri, pergilah ke Bukit Bintang petang itu juga untuk mencari baru. Singgah dahulu ke kedai di mana dibuat baik pulih 1 Julai. Diminta godek-godek sedikit supaya masalah sangkut tidak berulang lalu diberitahu ia cuma masalah sementara perisian disebabkan perubahan yang dibuat setelah ditukar komponen fizikal tertentu.

Balik ke rumah saya menggunakan komputer baru untuk mengemaskinikan sedikit rekod tentang buku-buku saya. Namun komputer lama, walau sudah jadi milik isteri, terus digunakan untuk menulis dan memaparkan baki cerita perjalanan Pantai Timur sehingga selesai. Begitu juga tentang majlis di Muzium Negara yang berlangsung 11-12 Julai. 

Sekarang semuanya telah selesai. Barulah menulis menggunakan komputer baru. Ini adalah artikel pertama ditulis dengan komputer itu. Dengan ini artikel-artikel lama berikut dirujuk :-


1. Komputer Sinclair ZX81... Satu kenangan lama 26 tahun lalu! - Ditulis Jun 2008, menunjukkan bagaimana boleh mula terlibat dengan komputer seawal tahun 1982, ketika berusia 12 tahun.

2. Tentang projek buku pertamaku dalam bahasa Melayu tahun 2002 - Ditulis Mac 2022 tetapi menunjukkan komputer riba pertama dimiliki, ketika berumur 32 tahun. Sebelum itu cuma pernah pakai komputer riba syarikat.

3. Komputer laptop TwinHead 12D hadiah daripada Nur. Mengenang jasa besarnya... - Ditulis Jun 2008, tentang komputer riba kedua yang mula dimiliki tahun 2005.

4. Komputer Acer Aspire pun bersara - Mac 2012. Tentang peralihan dari komputer riba ketiga yang bermula 2008 ke komputer ke-4.

5. Hikmah laptop rosak - Jun 2014. Peralihan ke komputer ke-5.

6. Komputer-komputer riba yang pernah dimiliki - Mac 2022. Meliputi komputer-komputer riba terdahulu dan seterusnya sehingga yang ke-7

7. Akhirnya komputer ribaku yang ke-7 tewas juga - April 2022. Peralihan ke komputer riba ke-8.

8. Masuk komputer riba yang ke-9 daaa... - Jun 2022. Tajuk cukup jelas.


Dengan itu dapat disenaraikan komputer-komputer riba saya seperti berikut :-


1. Compaq Presario - Tak ingat model tapi agak baru keluar pada awal tahun 2002. Kelihatan seperti model 1200-XL300. Dibeli baru lalu pakai sehingga penghujung 2004 atau awal 2005 gitu sebelum rosak terbakar akibat sendi 'koyak'. Inilah yang digunakan untuk penulisan-penulisan awal saya. Ia sempat membentuk draf awal siri novel "Berpetualang ke Aceh".

2. TwinHead 12D - Dihadiahkan baru oleh kawan awal atau pertengahan 2005. Digunakan hingga rosak Jun 2008 lalu dapat menerbitkan siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" iaitu buku pertama hingga ke-3 saya Jun 2006 - November 2007.

3. Acer Aspire 2920 - Dibeli baru pertengahan 2008 lalu digunakan hingga rosak Mac 2012. Dapat menerbitkan buku ke-4 sehingga ke-7 tahun 2009-2011.

4. Asus A43SJ - Dibeli baru tapi display model Mac 2012 lalu digunakan hingga rosak Jun 2014. Tidak sempat menerbitkan apa-apa buku dengannya. Yang ada cuma projek-projek penulisan yang tergendala atau tidak siap.

5. Sony Viao PCG-61213W. Processor I5 - Dibeli terpakai Jun 2014 sebelum rosak teruk penghujung 2016 atau awal 2017. Dapat menerbitkan buku ke-8 dan ke-9 pada tahun 2015 dan 2016.

6.  Acer   (tak ingat model. Processor I7) - Dibeli terpakai awal tahun 2017. Dapat bertahan sehingga April 2019 kalau tak salah ingatan. Dapat menerbitkan buku ke-10 hingga ke-12 pada tahun 2017 hingga awal 2018.

7. HP ProBook 6550b dengan processor I3 -  Dibeli terpakai sekitar April 2018 sebelum menghadapi masalah teruk 4 tahun kemudian. Dapat menerbitkan buku ke-13 Jun 2019. Digunakan untuk penulisan tesis di ISTAC (Institut Antarabanga Pemikiran dan Dunia Islam) sampai satu tahap.

8. Sony Viao PCG-71311W. Dibeli terpakai April 2022. Pelekat pada komputer menunjukkan processor I5. Kemudian baru dapat tahu sebenarnya Intel lama. Selepas berlaku kerosakan ditukar kepada I3 lama kemudian rosak lagi. Dapat dipakai dalam tempoh 6 minggu yang mana seminggu hilang begitu sahaja kerana menunggu baik pulih selepas kerosakan pertama. 

9. Lenovo V14 Gen 2 dengan processor I3 1115g4 (11th generation) - Dibeli baru Jun 2022. Alhamdulillah dengan komputer ini dapat menerbitkan buku ke-14, menyelesaikan tesis sehingga dianugerahkan ijazah Sarjana (Master's) dan kemudian menerbitkan buku ke-15 berdasarkan tesis. Inilah yang diceritakan asyik sangkut kebelakangan ini tetapi kelihatan sudah elok kembali. Ini yang dihadiahkan kepada isteri.

10. HP x360 Elitebook 1030 G8 dengan processor I5 11th generation. Dibeli baru 13 Julai 2026 itu tetapi daripada koleksi display unit. Dengan komputer inilah ditulis artikel yang anda sedang baca ini. Semoga dengannya dapat menyelesaikan tesis sehingga dapat PhD. Semoga dapat bertahan jauh lebih lama lalu menghasilkan banyak tajuk baru buku. Amin.


Kompilasi cerita Asbab Tokku Paloh

Akhir sekali kompilasi bagi semua cerita-cerita Pantai Timur termasuk di blogspots sokongan.


Seperti tertera pada tajuk utama penceritaan perjalanan berlaku atas asbab utama mahu menghadiri majlis Haul Tokku Paloh, di Kuala Terengganu, pada hari Sabtu 4 Julai 2026. Tetapi ia secara rasminya dimulakan pagi Rabu 1 Julai apabila meninggalkan rumah untuk ke Kuala Lumpur. Isteri mahu ke satu majlis dekat Tasik Titiwangsa kemudian menemani saya ke syarahan ilmu di kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak pada malamnya. Dari situ bergerak masuk ke Pahang lalu bermalam di Janda Baik. 

Esoknya diteruskan ke Lanchang diikuti Temerloh dan Chenor membawa ke Pekan sebelum bermalam di Kuantan. Selepas itu baru masuk ke Terengganu kemudian dipanjangkan ke ke Kota Bahru, Kelantan. Banyak persinggahan dibuat termasuk mendaki Bukit Besar di Kuala Terengganu sebelum sampai kembali ke rumah petang Selasa 7 Julai lalu jarak pemanduan mencapai 1,552.6 km. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Masyarakat Madani dan Masyarakat Sivil : Suatu perbandingan

2. Asbab Haul Tokku Paloh - Dugaan sebelum masuk ke Pahang

3. Centre point of Peninsular Malaysia 

4. Masjid (Mosque of) Al Ubudiah, Kampung Batu Satu, Temerloh

5. Pahang river from a restaurant south of Temerloh

6. New waterfront attraction in Chenor 

7. Lawatan terbaru ke masjid lama (Latest visit to old mosque of) Chenor

8. Latest visit to Tasik Chini

9. Masjid (Mosque of) Kampung Acheh, Pekan

10. Makam (Tombs of) Nibong @ Tembuni

11. Asbab Haul Tokku Paloh - Tambahan tak dirancang hingga ke Pekan

12. Masjid (Mosque of) Imam Ash-Shafie, Kota SAS

13. Cherating from a different part

14. Masjid (Mosque of) Kampung Jambu Bongkok, Marang

15. Asbab Haul Tokku Paloh - Ke Ganu kite

16. Masjid (Mosqur of) al Muttaqin, Kepong, Kuala Terengganu

17. Surau (Praying hall of) Bandar Baru Pulau Kambing, Kuala Terengganu.

18. Climbing up Bukit Besar in Kuala Terengganu

20. Lawatan baru ke masjid (New visit to mosque of) Tokku Tuan Besar

21. Rupa baru makam (New look of the tomb of) Tokku Tuan Besar

22. Haul Tokku Paloh 2026 

23. Masjid (Mosque of) Kampung Tepoh, Kuala Nerus 

24. A stop at Pantai Rhu Sepuluh

25. Asbab Haul Tokku Paloh - Antara Haul Tokku Paloh dan Bukit Besar

26. A look at Pantai Kuala Rekang

27. Masjid (Mosque of) Kuala Rekang

28. Lawatan baru ke (New visit to) makam (tomb of) Raja Loyor.

29. Masjid (Mosque of) Tok Khatib Mael

30. Masjid (Mosque of) Al-Haqiqiah, Kampung Gertak Sagu

31. Lawatan baru ke (New visit to) makam (tomb of) Cik Siti.

32.  Latest visit to Tanah Serendah Sekebun Bunga

33.  Again, Kelantan river from Sekebun Bunga

34. Masjid (Mosque of) Kuala Balah

35. Asbab Haul Tokku Paloh - Jejak sejarah lama Kelantan

36. Lata Kertas 2026 

37.  Latest look at Jelai river from Kuala Lipis

38. Asbab Haul Tokku Paloh - Keindahan Lata Kertas membawa ke Kuala Lipis

39. Latest look from Kuala Lipis bridge

40. Gua Bama in 2026

41. Rupa baru (New look at) makam (tombs of) Maharaja Perba Jelai  

42. Batu nesan Aceh di makam Perba Jelai (Aceh tombstones at the tombs of Perba Jelai)

43. Latest look at Lipis river at Batu Malim

44. Asbab Haul Tokku Paloh - Legasi Maharaja Perja Jelai dan keenakan aserong Batu Talam

45. Asbab Haul Tokku Paloh - Liputan melalui Tiktok


Asbab Haul Tokku Paloh - Liputan melalui Tiktok

Salam awal pagi Khamis 1 Safar 1446 Muharram. Bagi melengkapkan lagi cerita perjalanan Pantai Timur biar dibuat perkongsian ini. Bersambung daripada Asbab Haul Tokku Paloh - Legasi Maharaja Perja Jelai dan keenakan aserong Batu Talam.


Adapun kami suami isteri telah membuat agak banyak rakaman video dalam perjalanan lalu dimuatnaik ke Tiktok. Ini boleh dicapai melalui pautan-pautan berikut :-


1. Titik Tengah Semenanjung 















16. Tuan Tabal 






Rabu, Julai 15, 2026

Asbab Haul Tokku Paloh - Legasi Maharaja Perja Jelai dan keenakan aserong Batu Talam

Setelah beberapa lama sampailah kita pada hari ke-7 dan terakhir perjalanan Pantai Timur. Bersambung daripada artikel Asbab Haul Tokku Paloh - Keindahan Lata Kertas membawa ke Kuala Lipis.



Pagi Selasa 7 Julai 2026. Selepas berhenti sebentar di jambatan ini untuk mengambil gambar  kami pun bersedia untuk meninggalkan Kuala Lipis. Lihat artikel Latest look from Kuala Lipis bridge di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Berpatah balik sedikit ke arah Gua Musang lalu terlihat simpang ke suatu tempat  tarikan masuklah sebentar melihat ke dalam. Lihat Gua Bama in 2026.



Adapun perjalanan patah balik dalam 16 km itu perlu dibuat kalau hendak mengambil jalan ke Sungai Koyan dari Kuala Lipis. Ada sebab akan diberitahu kenapa mengambil laluan tersebut. Dalam perjalanan singgah ke persekitaran yang pernah menjadi pusat pemerintahan Maharaja Perba Jelai, dahulu pemerintah yang menguasai Hulu Pahang di sepanjang lembangan Sungai Jelai, sekarang pembesar empat dalam sistem Kesultanan Pahang.




Parkir di masjid ini untuk ke makam Maharaja Perba Jelai dan keluarga ke arah puncak bukit di hadapan.



Kelihatan ada perubahan yang boleh mengangkat kembali tinggi martabat keluarga dan para pemegang gelaran/jawatan. Lihat artikel Rupa baru (New look at) makam (tombs of) Maharaja Perba Jelai diikuti  
Batu nesan Aceh di makam Perba Jelai (Aceh tombstones at the tombs of Perba Jelai) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.




Perjalanan diteruskan ke Sungai Koyan sebelum membelok ke arah Raub.




Tujuannya untuk mencari hidangan tradisional kegemaran iaitu gulai asam rong, disebut juga sebagai aserong di sekitar Batu Malim dan Batu Talam. Tetapi kedai-kedai di Batu Malim tidak dibuka. Ada sekurang-kurangnya satu diketahui biasa menghidangkan dalam lingkungan gambar. Lihat Latest look at Lipis river at Batu Malim.



Nasib baik dapat jumpa satu warung di Batu Talam yang menghidangkan. Cukup enak walaupun berlaukkan ayam, bukan ikan keli yang menjadi kegemaran.



Sempat menziarahi makam almarhum Nenek, ibu kepada bapa sebelum masuk ke bandar Raub.



Kemudian mengambil laluan terpantas untuk kembali ke rumah.



Apabila sampai ke rumah selepas jam 5 petang, meter menunjukkan jarak pemanduan 1,059.5 km telah dicapai. Ini sebenarnya adalah dari rumah saudara di Kuantan. Lihat . Sebelum itu telah memandu sejauh 493.1 km tetapi tersilap tekan butang jadi kosong. Rujuk cerita berkenaan dalam Asbab Haul Tokku Paloh - Ke Ganu kite. Jadi perjalanan Pantai Timur ini sebenarnya meliputi jarak pemanduan keseluruhan 1,552.6 km. 



Dalam kepenatan setelah 7 hari 6 malam keluar bermusafir tetap diusahakan melaksanakan edisi ke-32 "Merah Silu Live" malam itu. Lihat video atas. Perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang diulas kali adalah :-


51. Al-Rasyid berhari-raya Sept 2010 - 1,830 km. Lihat Kemeriahan Al-Rasyid berhari-raya.


Sekian cerita.


Selasa, Julai 14, 2026

Asbab Haul Tokku Paloh - Keindahan Lata Kertas membawa ke Kuala Lipis

Salam. Penceritaan kita menghampiri penghujung. Pergi pada hari ke-6 perjalanan Pantai Timur. Bersambung daripada Asbab Haul Tokku Paloh - Jejak sejarah lama Kelantan.



Pagi Isnin 6 Julai 2026. Kami telah bermalam di chalet milik kawan. Tapi bukan yang kelihatan sebalilnya satu yang kebanyakannya binaan kayu. Cuma terlupa hendak mengambil gambar. 



Kereta diletakkan di hadapan yang kelihatan kerana asalnya itulah yang hendak diberi inap oleh kawan. Gambar diambil dari serambi chalet kami sebelum bergerak ke tempat tarikan berdekatan.



Kompleks chalet kawan meliputi 11 pintu termasuk 2-3 bilik yang memberikan pemandangan tarikan tersebut. Kafe yang kelihatan, belum dibuka lagi pun milik beliau. 




Tarikan adalah satu siri jeram dan air terjun dengan air yang menyegarkan. Lihat artikel Lata Kertas 2026  di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH. Setelah 3 atau 4 kali sampai inilah kali pertama kami menginap.



Kompleks chalet termasuk rumah dan kebun durian terletak dalam tanah 11 ekar milik kawan dan suami. Sekarang musim durian. Tiap-tiap hari ada peraih datang mengambil durian. Kami suami isteri sampai tak larat makan.



Selepas puas mandi air terjun kemudian berehat sebentar di chalet kami pun menyambung perjalanan ke arah Lembah Klang.



Singgah di bandar Kuala Lipis.



Makan tengah hari di stesyen lama kereta api.



Bersolat di masjid lama.






Naik bukit melihat bangunan Residen Inggeris ke Pahang yang telah dijadikan hotel, tetapi sedang ditutup untuk baik pulih.




Singgah melihat sungai pada waktu petang. Lihat Latest look at Jelai river from Kuala Lipis.




Malam singgah bersolat di masjid jamek.






Kami telah memilih untuk menginap satu malam di Kuala Lipis. Ia ada;ah kali pertama buat isteri, kali ke-3 atau 4 buat saya.



Satu perkara menarik. Dapat makan sup belut setelah terlepas beberapa kedai makan yang menyediakan hidangan istimewa tersebut dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Jeli. Boleh pula terjumpa kedai yang menghidangkan di Kuala Lipis. Alhamdulillah.


Isnin, Julai 13, 2026

Asbab Haul Tokku Paloh - Jejak sejarah lama Kelantan

Artikel ini, tentang hari ke-5 perjalanan Pantai Timur sepatutnya ditulis dan dipersembahkan 2 hari lalu. Tetapi saya menghadapi masalah komputer riba asyik beku. Begitulah keadaannya sehingga lewat malam tadi. Pagi tadi, terasa hendak menyemak keadaan komputer, pada ketika sudah bertekad tengah hari karang mahu keluar cari komputer riba baru. Tengok-tengok sudah pulih begitu sahaja. Ini memberikan ruang untuk melepaskan beberapa artikel sokongan di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART diikuti penulisan ini. Maka bersambung penceritaan daripada artikel Asbab Haul Tokku Paloh - Antara Haul Tokku Paloh dan Bukit Besar.



Pagi Ahad 5 Julai 2026. Melihat keluar daripada bilik chalet yang disewa di Kuala Rekang, dekat dengan Pantai Melawi di Bachok, Kelantan.



'Beriktikaf' sebentar di pantai berdekatan. Lihat A look at Pantai Kuala Rekang.



Sebelum meninggalkan kawasan singgah di masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Kuala Rekang.




Merujuk kembali pada artikel  Asbab Haul Tokku Paloh - Antara Haul Tokku Paloh dan Bukit Besar. Sebetulnya selepas sesi petang Haul selesai saya dan isteri terus menuju ke persisiran Kelantan kerana ingin menghadiri satu acara kebudayaan di Tok Bali dekat sempadan negeri Terengganu pada waktu malam. Tetapi apabila sampai kawasan didapati hujan amat lebat dan tidak kelihatan sebarang aktiviti. Diteruskanlah perjalanan sehingga terasa perlu berehat akibat penat sangat lalu mencari penginapan.



Itu yang menginap di Kuala Rekang, di selatan pekan Bachok. Dari situ boleh diteruskan ke Kedai Lalat lalu melihat satu tempat bersejarah. Lihat Lawatan baru ke (New visit to) makam (tomb of) Raja Loyor.




Dalam perjalanan ke destinasi seterusnya singgah di sebuah warung. Ada masjid kecil di hadapan. Lihat Masjid (Mosque of) Tok Khatib Mael.



Destinasi seterusnya itu adalah makam Ratu Kuning di Kemumin. Sebelum menjejakkan kaki singgah di masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Haqiqiah, Kampung Gertak Sagu.



Kemudian ke makam Tuan Tabal di Banggol. Singgah sekali satu makam berdekatan. Lihat  Lawatan baru ke (New visit to) makam (tomb of) Cik Siti.



Selepas itu baru masuk ke bandar raya Kota Bharu.



Singgah beriktikaf di Masjid Muhammadi.




Ziarah makam Tok Kenali.



Keluar dari Kota Bahru untuk ke tempat ini yang ada kedudukan tinggi dalam sejarah lama Kelantan.





Malamnya singgah di masjid ini dalam perjalanan menuju ke rumah kawan. Lihat Masjid (Mosque of) Kuala Balah. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-2,848 di CATATAN SI MERAH SILU.


Jumaat, Julai 10, 2026

Asbab Haul Tokku Paloh - Antara Haul Tokku Paloh dan Bukit Besar

Salam petang Jumaat terakhir Muharram. Pergi pada hari ke-4 perjalanan baru Pantai Timur. Masuklah pada asbab utama seluruh perjalanan dibuat. Namun tajuk kecil artikel membayangkan ada percampuran dengan sesuatu perkara lain. Apa ceritanya? Bersambung daripada  Asbab Haul Tokku Paloh - Ke Ganu kite.


Awal pagi Jumaat 4 Julai 2026. Selepas bermalam dan beriktikaf di makam Tok Pulau Manis kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan.



Menuju ke bandar raya Kuala Terengganu...



Singgah sebentar di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosqur of) al Muttaqin, Kepong, Kuala Terengganu di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.



Kami ke Kuala Terengganu kerana mahu menghadiri Haul Tokku Paloh. Itulah sebab utama perjalanan Pantai Timur ini dibuat. Sambil itu, dalam perjalanan hendak pergi dan kembali, diambil peluang untuk membuat persinggahan dari tempat ke tempat.



Sebelum ke majlis yang bermula jam 10 pagi mahu ke satu bukit yang sudah lama ingin didaki, Bukit Besar di pinggir pusat bandar raya Kuala Terengganu, bukit yang ada tulisan besar "Allah Peliharakan Terengganu". Gambar diperolehi daripada Internet atas sebab yang akan diberitahu kemudian.



Sebelum mendaki harus bersarapan dahulu. Kebetulan apabila mencari arah ke bukit melalui Google Map terlihat nama kedai yang dicadangkan saudara ketika berada di Kuantan. Didapati kedai dibuka jam 7.30. Apa lagi ke sanalah untuk bersarapan...






Pusing-pusing di pusat bandar raya Kuala Terengganu. 



Petang nanti tak lalu lagi belah sini...



Singgah di sini dalam perjalanan ke bukit untuk melepaskan hajat. Lihat Surau (Praying hall of) Bandar Baru Pulau Kambing, Kuala Terengganu.



Kemudian baru mendaki bukit.









Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.





Cuma sayang tulisan besar "Allah Peliharakan Terengganu" sudah diroboh untuk dibina baru. Walhal itu antara sebab utama mahu mendaki Bukit Besar. Untuk berada di bawah 'naungan' tulisan itu.




Apapun, poster bagi majlis. Adapun kami mula mendaki jam 9.15 dengan jangkaan sempat turun selewatnya jam 10.30. Kira masih boleh mengejar sesi pagi majlis. 

Ini sebenarnya dapat dilakukan kalau turun melalui laluan sama iaitu jalan tar ke ibu sawat di puncak bukit. Namun timbul rasa hendak turun melalui denai hutan yang mengambil masa namun memberikan pemandangan dan pengalaman lebih menarik lalu sampai balik ke kereta melepasi jam 11.




Terasa sudah lewat untuk mengejar sesi pagi yang dijadualkan selesai jam 12. Lebih elok berehat sahaja di masjid ini sementara menunggu sesi seterusnya bermula jam 2 petang. Lihat Lawatan baru ke masjid (New visit to mosque of) Tokku Tuan Besar. Letaknya dalam perjalanan dan sebenarnya ada kena mengena dengan majlis. Untuk maklumat majlis juga dikenali sebagai Haul Tokku Paloh dan Tokku Tuan Besar. Ini kerana Tokku Tuan Besar adalah ayahanda kepada Tokku Paloh.




Tiba-tiba terfikir, macam ada kaitan pula nama Tokku Tuan Besar dengan Bukit Besar. Ziarah sekali makam beliau di hadapan masjid. Lihat Rupa baru makam (New look of the tomb of) Tokku Tuan Besar.




Sebelum ke sesi petang Haul ziarah makam Tokku Paloh. Ada hikmahnya bertandang lewat. Dapatlah masuk ke dalam bangunan makam. Kalau datang pagi kemungkinan agak tipis kerana ramai orang lalu jumlah yang dapat masuk dihadkan kepada orang tertentu sahaja.



Semasa sesi berupa forum tentang agama berlangsung di Masjid Tokku Paloh tidak jauh dari makam (lihat artikel Haul Tokku Paloh 2026 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)) mengambil peluang untuk menulis artikel tentang majlis ilmu yang dihadiri di kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak pada Selasa malam Rabu 1 Julai, hari pertama perjalanan. Lihat Masyarakat Madani dan Masyarakat Sivil : Suatu perbandingan.




Dengan itu terasa lepas suatu beban. Selesai forum terus menuju ke Kelantan melalui jalan persisiran.




Singgah seketika di sebuah masjid sebelum pekena makanan laut celup tepung di satu pantai. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Tepoh, Kuala Nerus diikuti A stop at Pantai Rhu Sepuluh.