OK. Kesinambungan gerak penulisan daripada artikel Renungan seorang pelajar PhD berumur yang suka mengembara.
Seorang yang sayangkan ilmu haruslah juga seorang yang rajin membaca.
Kali ini mahu ditunjukkan buku-buku yang disimpan di rumah.
Buku-buku ini meliputi banyak bidang ilmu.
Dengan itu ada kena mengena dengan tanjak dan pakaian kepala seperti songkok dan sebagainya.
Ini menggambarkan pelbagai sudut fikir.
Namun akal fikiran tidak akan begitu berkesan kalau tidak ada kekuatan dan kelincahan tubuh badan untuk mempertahankannya. Ini boleh digambarkan dengan sedikit senjata tradisi yang dimiliki.
Berbalik pada buku. Menumpu kepada bahagian ini di mana terdapat buku-buku tulisan saya di atas kiri, buku-buku berkenaan Tasawuf di sebelahnya, dan buku-buku sejarah. Buku tulisan sendiri itu, 15 tajuk setakat ini boleh dilihat pada sidebar kiri blogspot. Kalau menggunakan telefon pintar sila skrol ke bawah dan klik "Paparan versi web" .
Bawah lagi terdapat salinan fotostat buku dan sejumlah cetakan berjilid...
Ada beberapa merupakan cetakan rancangan panduan bagi perjalanan yang telah berlalu.
Sejumlah perjalanan telah dirancang dengan teliti laluan bagi setiap hari dan tempat-tempat yang mahu disinggahi. Sepanjang perjalanan direkodkan belanja untuk dipantau dan dibandingkan supaya tidak lari jauh daripada cadangan belanjawan asal. Apabila selesai, barangan berkenaan seperti tiket muzium dan peta yang diperolehi dalam perjalanan diketipkan di dalam cetakan.
Setiap satu boleh dijadikan buku untuk bacaan umum. Ada cukup bahan. Jangkauan dan keaktifan membuat perjalanan boleh dilihat melalui artikel lama Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 diikuti 77 perjalanan yang ada tersenarai dalam Renungan seorang pelajar PhD berumur yang suka mengembara.
Pun begitu cuma satu sahaja perjalanan sebenarnya pernah dijadikan buku. Lihat Apabila buku Kenangan Kembara Eropah 1995 mula ditatap pembaca. Dua lagi perjalanan dibuat kerana memang keperluan untuk mengisi buku. Lihat Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC diikuti Projek buku keretapi (2010).














Tiada ulasan:
Catat Ulasan