Isnin, Oktober 07, 2024

Majlis-majlis ISTAC sejak mula terlibat tahun 2016

OK. Satu lagi artikel kompilasi majlis ilmu. Kali ini khas untuk majlis-majlis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) atau dipancarkan secara atas talian dari sana. Atau anjurannya di mana-mana walau atas nama lain.


Undangan bagi majlis pertama  yang melibatkan saya dengan ISTAC. Walaupun nama institusi yang tertera adalah Centre for Malay World and Islamic Civilisation (Pusat Dunia Melayu dan Tamadun Islam) ia sebenarnya adalah ISTAC dalam bentuk lain...


Merujuk pada artikel Majlis-majlis ilmu selepas 14 Februari 2020 yang mengumpulkan pautan bagi artikel-artikel tentang majlis ilmu dan sebagainya dalam CATATAN SI MERAH SILU sejak tarikh tersebut hingga semalam 6 Oktober 2024. Ia melibatkan pelbagai pihak dan banyak lokasi tempat namun ada bahagian khas untuk majlis-majlis ilmu di ISTAC. Artikel tersebut turut mengandungi pautan bagi beberapa artikel kompilasi sebelum itu. Kompilasi terawal, Apabila jumlah artikel "Refleksi Sejarah" mencapai 222  yang ditulis 22 Februari 2019 mengandungi pautan bagi cerita-cerita berkenaan sejak mula rajin menghadiri menghadiri majlis-majlis sebegitu penghujung 2009. 

Turut dipautkan Artikel-artikel ilmu selepas "Siri Refleksi Sejarah" mencapai jumlah 222 pada 8 bulan lalu  yang ditulis 20 Oktober 2019. Ia terdiri daripada pautan majlis-majlis bukan ISTAC sahaja. Ini kerana pada tarikh sama dibuat Kumpulan syarahan dan majlis ilmu di ISTAC. Cuma pautan-pautannya diatur menurut tema, bukan kronologi tempoh waktu majlis diadakan di ISTAC. 

Artikel keempat kompilasi, Sedar tak sedar - Majlis-majlis ilmu dan tulisan berkenaan yang dibuat dalam tempoh kurang 4 bulan, pula dibahagi dua - Satu untuk majlis-majlis bukan bawah ISTAC, satu bawah ISTAC. Artikel kelima, Pembentangan ilmu daripada acara-acara HIKMAH yang ditulis 22 Mac 2020 ada beberapa tajuk melibatkan ISTAC. Ini kerana acara ke-22 atas nama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) diadakan oleh pihak saya di sana. Cuma artikel-artikel berkenaan dikongsikan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).

Akhir sekali adalah artikel keenam kompilasi, Tentang siri diskusi bulanan buku di ISTAC yang ditulis 17 Julai 2024. Tetapi ia sekadar memuatkan pautan beberapa artikel yang relevan dengan tempoh masa cerita iaitu tahun 2019 sehingga awal 2020 lalu bertindih dengan artikel-artikel kompilasi sebelumnya. 

Sekadar menambah. ISTAC diasaskan  oleh Tan Sri Profesor Dr Syed Naquib al-Attas pada tahun 1987. Tetapi cuma mendapat bangunan sendiri di Bukit Damansara lalu dilancarkan secara rasmi pada tahun 1991. Saya pula mula mengenalinya ketika masih berkhidmat sebagai wartawan akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times tahun 1996-2001. Tidak ingat tepatnya bila. Cuma ketika itu masih bertugas di meja utama (main desk) akhbar sekitar tahun 1997. 

Saya telah dihantar untuk satu tugasan di kampus tersebut lalu berkenalan dengan anak pengasas, Sharifah Shifa. Beliau ada mengajak menyambung pengajian di tempat mereka. Namun saya sudah hilang minat untuk belajar secara formal sejak mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik daripada University College of London tahun 1995. Tidak pernah pun menyangka, lebih 20 tahun kemudian masuk sebagai pelajar, ketika Syed Naquib sudah lebih sedekad tidak lagi menerajui ISTAC, di kampus baru di Bukit Tunku yang mula dibuka awal tahun 2000an. 

Oh. Semakan menunjukkan ada majlis dihadiri tahun 2016 sebenarnya adalah anjuran ISTAC tetapi atas nama lain iaitu Centre for Malay World and Islamic Civilisation (Pusat Dunia Melayu dan Tamadun Islam), di kampus utama UIA  (Universiti Islam Antarabangsa), Gombak. Untuk pengetahuan ISTAC yang nama sebenarnya dalam bahasa Inggeris adalah International Institute of Islamic Thought and Civilisation pernah ditutup dan dibuka kembali beberapa kali lalu fungsinya diteruskan atas nama lain. UIA pula adalah badan yang menaungi sejak mula. Pada tahun 2016 malah selewatnya sejak tahun 2015 lagi ISTAC sudah tidak wujud, sekurang-kurangnya atas nama itu. Pusat Dunia Melayu menjadi ganti menggunakan kampus lama di Bukit Damansara. Kampus baru di Bukit Tunku pula diletakkan atas nama lain iaitu IIUM Crescent (IIUM adalah singkatan bagi International Islamic University of Malaysia, nama UIA dalam bahasa  Inggeris).

Pada tahun 2016 juga ada majlis diadakan atas nama Pusat Dunia Melayu  di kampus Bukit Damansara. ISTAC cuma dibuka kembali secara rasminya pada tahun 2017 di Bukit Tunku, tetapi  atas nama International Institute of Islamic Thought and Malay Civilisation (Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun Melayu). Namun singkatan nama ISTAC dikekalkan.  Dengan itu segala fungsi Pusat Dunia Melayu dialihkan ke situ. 

Pada tahun 2019 ISTAC dikembalikan nama penuh asal Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, fungsi Dunia Melayu diteruskan bawah satu unit. Pada tahun 2024 pula ada acara anjuran ISTAC diadakan di UIA Gombak lalu saya telah menyenaraikan ceritanya di bawah "bukan ISTAC" dalam Majlis-majlis ilmu selepas 14 Februari 2020. Di sini biar semua itu dimasukkan di bawah ISTAC. Dengan itu dapatlah senarai seperti berikut...


2016

1. Orang Melayu : Asal usul mereka, penghijrahan dan pengembaraan

2. Tentang kehidupan zaman lampau di kota-kota Asia Tenggara - Batu Bersurat Singapura terkait dengan Raja Suran dan Badang?


2017

Tidak dapat ditemukan apa-apa artikel berkenaan di CATATAN SI MERAH SILU. Ketika itu ISTAC sudah dihidupkan kembali di Bukit Tunku. Nampaknya saya tidak ada ke sana pada tahun itu.


2018

1. Dunia Melayu Dalam Peradaban Islam : Keperluan Untuk Kebudayaan Tinggi

2. Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC

3. Syarahan "Muslim and the West" oleh John Esposito di ISTAC

4. Kedudukan sebenar kedaulatan raja-raja Melayu dan perlembagaan negara

5. Tentang sistem kepercayaan sebagai penyatu ummah

6. Sejarah Asal Usul Melayu : Fakta Lama & Fakta Baru di Sebalik Kemerdekaan

7.  Cakap-cakap "kedai kopi" bersama Profesor Kopanski di ISTAC

8. Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia

9. Majlis Baca Puisi di ISTAC

10. Sedikit perkongsian setelah sebulan setengah menyambung pengajian di ISTAC





2019

















































2020













13. Semangat keilmuan Andalusia dalam menongkah arus zaman








2021



4. Islam dan makna kebebasan sebenar - Memasuki dimensi keTuhanan yang kurang difahami orang 

5. Tujuan sebenar wujudnya Islam - Ke arah sintesis pelbagai wadah demi kesejahteraan ummah







2022

Tidak dapat ditemui apa-apa artikel tentang majlis ilmu ISTAC, tak ingat kenapa tiada. Sedangkan  terdapat 17 artikel tentang majlis ilmu bukan ISTAC,  beberapa daripadanya melibatkan penyelia tesis saya di ISTAC, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Yang pasti, separuh awal tahun sibuk  menyiapkan tesis sehingga boleh diserahkan kepada penyelia untuk semakan. Selepas itu disibukkan dengan kes di mahkamah syariah Ipoh melibatkan hak faraid terhadap hartanah moyang di Mekah. Lihat Misi keluarga Laksamana dan mencari jejak melalui dokumentasi lama. Setelah menerima maklum balas penyelia pula dibuat perubahan dan penambaikan supaya dapat diserahkan kepada pejabat sebelum akhir tahun untuk penilaian.
.


2023






















2024








9. Musafir ilmu dan buku - Antara ISTAC dan PBAKL 
















Apabila disusun senarai sebegini rupa baru nampak jelas kekerapan menulis artikel melibatkan ISTAC -Tahun 2016 ada 2 artikel, tahun 2017 tiada, tahun 2018 ada 12, tahun 2019 ada 52, tahun 2020 ada 18, tahun 2021 ada 9, tahun 2022 tiada, tahun 2023 ada 20, tahun 2024 (setakat ini) ada 27. Ini membawa pada jumlah 140 artikel kesemuanya. Yang menarik adalah bagaimana pada tahun 2019 terdapat begitu banyak artikel ditulis iaitu 52, jauh lebih tinggi berbanding tahun-tahun lain. Paling banyak selepas itu adalah 27 pada tahun 2024.

Ini mengingatkan bagaimana asalnya saya berhasrat untuk menghabis Master atau pengajian sarjana yang bermula September 2018 dalam tempoh setahun. Lalu diambil terus 3 kursus wajib dan tamatkan pada semester pertama. Sedangkan boleh sahaja dibahagi-bahagikan untuk lain-lain semester. Saya telah mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa yang mana pengajian biasanya diselesaikan dalam tempoh 4 semester atau 2 tahun. 

Sebaliknya masuk awal 2019 timbul rasa tidak perlu terkejar-kejar, nikmati sahaja pelbagai sajian ilmu yang ada. Baru terasa diri sebagai pelajar, bukan seorang pengkaji yang sekadar hendak mendapatkan pengiktirafan akademik terhadap kajian semata. Dengan itu dilupakanlah hasrat asal 1 tahun itu. Masuk tahun 2020 baru hendak mengejar tapi asyik tak dapat rentak. Akhirnya jadi terlajak masa. 

Tu yang tesis baru siap untuk penilaian hampir penghujung 2022. Hampir penghujung 2023 baru cukup syarat untuk mendapat ijazah. Cukuplah cerita. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,566 di CATATAN SI MERAH SILU.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan