Ahad, Mei 02, 2021

Perjalanan-perjalanan lain yang perlu diambil kira - Lagi proses yang perlu untuk melengkapkan analisis


 


Merujuk pada artikel-artikel berikut yang dipersembahkan 25-26 Apr :-


b. Lain-lain perjalanan jauh yang harus diambil kira - Tahun 2012 hingga 2015

c. Lain-lain perjalanan jauh yang harus diambil kira - Tahun 2016 hingga sekarang


Setelah 'menyaring' semua artikel yang tersenarai di dalamnya iaitu dengan cara membentuk kompilasi bagi mana-mana cerita perjalanan yang belum dibuat kompilasi... supaya setiap perjalanan yang ada boleh dicapai dengan satu sahaja artikel maka dapatlah senarai seperti berikut :-


1. Perjalanan yang terbit akibat pengembalian jenazah Laksamana ke Perak (September 2006)

2. Mengenang lawatan spontan ke Singapura tahun 2006... (Nov)

3. Mengenang kembali perjalanan mengambil video pusing Negeri Sembilan hingga ke Pulau Besar (awal 2008)

4. Perjalanan 'terbaru' ke Perak (Mei 2008)

5. Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap! (Ogos 2008)

6. Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya tahun 2008 (Sept 2008)

7. Perjalanan ke selatan dan naik balik (bersama isteri)... (hujung 2008)

8. Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis (awal 2009)

9. Meraikan pengantin di Jengka, Pahang membawa ke Bagan Datoh  (awal 2009)

10. Takdir yang mencorak perjalanan terbaru ke Melaka...(Mei 2009)

11. Perjalananan terbaru ke Muar dan Ledang... ada kena-mengena ke dengan Ahlul Bait? (Mei 2009)

12. Mencari gulai asam rong di Raub, nombor 66666 dan majlis Ijtimak di Sepang... (Julai 2009)

13. Dari Lubuk Pusing, Selangor terus 'berpusing' ke hilir Perak... (Julai 2009)

14. Pusing Negeri Sembilan mencari Hulu Muar langsung ke Pulau Besar (Julai 2009)

15. Mencari makam tertentu di Linggi  (hampir penghujung 2009)










25. Sekitar raya 2011 (Sept)



29. Dari Tok Bentayan ke Sultan Alauddin ke Tuanku Tambusai - Latihan awal Johan untuk pengembaraan akan datang (Mac 2012)





















 
(Okt 2014)















66. Menyahut panggilan pulau (Nov 2015)



70. Jadi 'Chef Wan' di Bentong sebelum mencari jejak Dato' Bahaman di Lanchang (Mei 2016)

71. Berbusana tradisional Melayu dari Lembah Klang ke Negeri Sembilan (Jun 2016)

72. Ledakan busana tradisional Melayu di masjid-masjid pagi raya (Julai 2016)


(Sept 2016)

75. Ke PD bersama keluarga (Dis 2016)

76. Di Muar bersama ibu bapa yang baru kembali daripada percutian di negara-negara Balkan (Dis 2016)

77. Menyahut (lagi) panggilan Muar (Mac 2017)

78. Talian Teluk Intan (Apr 2017)

79. Jejak Tok Bahaman  (Apr 2017_

80. Majlis perjumpaan keluarga dan keturunan Daeng Betak di Pontian (Jun 2017)

81. Dari Pagoh ke Pulau Besar (Ogos 2017)

82. Ke Cameron Highlands membawa ke Kuala Kangsar (Ogos 2017)

83. Antara kenangan pengembaraan bermotosikal dan naik gunung dengan pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa (Okt) 2017

84. Aktiviti-aktiviti kecil bulan Oktober - Ganti balik masa bersama keluarga... (Okt 2017)

85. Jalan-jalan Ipoh : Melacak nostalgia tanah milik Melayu yang sudah terlepas tangan... (Nov 2017)

86. Iktikaf 10 hari terakhir Ramadhan 2018 (Jun) 

87. Menyambung/memperbarui wasilah keluarga di Teluk Intan sempena Ma'al Hijrah tahun 1440 (Sept 2018)

88. Muar, Bukit Kepong dan Pulau Besar sekitar awal Muharram (Sept 2018)

89. Majlis tahlil ad hoc keluarga Laksamana Raja Mahkota di masjid lama Batak Rabit (Dec 2018)

90. Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007 (Januari 2019)

91. Perjalanan jauh pertama tahun 2019 (Mac)














Nah. 103 perjalanan yang pernah saya buat antara tahun 2006 hingga tahun 2020, perjalanan-perjalanan yang cerita-ceritanya ada dikongsi dalam blogspot ini sejak ia dibuka penghujung tahun 2006 boleh dicapai dengan mudah selain apa yang telah diletakkan dalam Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa. Namun ini pun sebenarnya belum cukup untuk saya membuat analisis tentang tren perjalanan sejak tahun 1989. Untuk melakukannya setiap 103 perjalanan ini mesti dibuat lakaran dalam Google Map supaya tahu jarak. 

Setakat ini perkara tersebut telah dilakukan terhadap 36 daripada 103 itu, seiring dengan keluarnya artikel-artikel kompilasi berkenaan pada beberapa hari kebelakangan. Masih ada 67 perjalanan perlu dibuat begitu dan ini akan dilakukan selepas ini sambil saya mengeluarkan senarai perjalanan dengan jarak dan peta, 10 demi 10 sehingga selesai (yang akhir harus terdiri daripada 13 perjalanan). Selepas itu pun terasa masih ada keperluan untuk mengeluarkan cerita baru tentang tiga perjalanan lama diikuti lakaran peta dan perkiraan jarak. Tiga perjalanan itu adalah seperti berikut :-

a. Mengikuti program outward bound di Pulau Pangkor tahun 1989

b. Mengikuti program lumba basikal Jelajah Mesra PDRM (antara tahun 1998 hingga 2000, nanti akan disemak bilakah tahun tepat)

c. Meliputi acara X Games di Phuket tahun 2000

Apapun satu proses penting sudah selesai dengan munculnya senarai 103 perjalanan di atas. Insyaallah saya akan cuba menyelesaikan proses seterusnya secepat mungkin kerana selepas membuat analisis baru boleh memberikan tumpuan penuh pada penulisan tesis saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan Islam). Doakan... :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan