Salam semua. Perkongsian daripada satu majlis ilmu semalam.
Beberapa waktu lalu saya mendapat tahu daripada budayawan terkenal Profesor Dr Siti Zainon Ismail tentang acara yang kelihatan dalam poster. Nama tokoh yang ingin diperbincangkan iaitu almarhum Ali Hasjmy sudah lama saya kenali sebagai tokoh sejarawan terkenal dari Aceh. Atas sebab itu berserta minat kuat saya terhadap Aceh yang mula dizahirkan kepada umum melalui penulisan siri trilogi buku "Berpetualang ke Aceh" yang diterbitkan sendiri tahun 2006-2007 Prof Siti yang saya biasa panggil sebagai Kak Siti telah memasukkan saya ke dalam satu grup khas Facebook untuk menghidupkan perpustakaan Ali Hasjmy di Aceh sejak 2-3 tahun lalu. Apabila mendapat tahu tentang acara saya pun berazam mahu menghadirinya.
Pagi semalam Selasa 19 Februari 2019 saya bergegas ke lokasi di kedai buku Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Pun begitu hampir tak jadi bertandang kerana terlambat memberitahu isteri. Biasanya kalau ada acara mahu dihadiri di KL 40 km dari rumah kami sudah lebih awal berbincang bagaimana hendak mengambil anak-anak dari sekolah kebangsaan jam 1 petang (kalau hari Rabu dan Khamis) atau 1.30 (Isnin dan Selasa). Memandangkan sejak dua minggu lepas hampir setiap hari saya ke KL untuk majlis-majlis ilmu lalu isteri harus bergegas 14 km (baru satu arah) dari tempat kerja di Rawang waktu rehat makan tengah hari untuk menguruskan anak-anak kemudian kembali ke pejabat tidak patutlah saya menyusahkan lagi beliau. Kali ini saya berjanji akan bergegas kembali lebih 40 km untuk mengambil anak pada waktunya.
Kelihatan pada mata kasar aturan dan isi kedai buku kini lebih menarik berbanding dahulu. Kebetulan pula ini kali pertama saya menghadiri majlis ilmu DBP di kedai buku. Biasanya acara diadakan di dewan, bilik persidangan dan sebagainya di tingkat-tingkat atas.
Selepas jam 10 majlis pun bermula. Tajuknya adalah "Sesi Bicara - Mengenali Kepustakaan Ali Hasjmy".
Pengenalan diberikan tentang majlis dan tokoh yang dibincangkan.
Dua orang panelis, Siti (paling kiri) dan Dr Wildan yang merupakan kepala Dinas (jabatan) Perpustakaan dan Kearsipan (arkib) Aceh (paling kanan) diperkenalkan oleh wakil DBP.
Wildan sebagai panelis pertama pun berbicara.
Beliau memulakan dengan berkongsi sejarah hubungan Aceh-Malaysia melalui perkahwinan Sultan Iskandar Muda (memerintah Aceh 1607-1636) dengan seorang puteri raja dari Pahang. Kisah ini sangat terkenal lalu boleh dicari dengan mudah di Internet. Puteri tersebut dikenali masyarakat Aceh sebagai Putro Phang. Baginda dikatakan bukan sahaja cantik tetapi bijak lalu membantu menerbitkan sejumlah rang undang-undang yang membentuk Kanun Aceh.
Setelah bercakap panjang lebar tentang sejarah lama baru Wildan menyebut tentang Ali Hasjmy. Menurut beliau tokoh besar Aceh yang sudah meninggal dunia tahun 1998 itu adalah penerus hubungan Aceh-Malaysia.
Saya pula setakat mengenali Ali Hasjmy sebagai tokoh sejarah melalui penulisan dan kumpulan karangan yang pernah dibaca dalam buku bertajuk "Sejarah Islam Indonesia" . Buku yang mengandungi kertas-kertas kerja "Seminar Masuknya Islam ke Indonesia" (diadakan 17-20 Mac 1963 di Medan) dan "Seminar Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Aceh" (10-16 Julai 1978 di Banda Aceh) disunting oleh beliau sebelum terbit tahun 1981. Rupa-rupanya banyak lagi peranan besar beliau. Ali Hasjmy yang dilahirkan tahun 1914 pernah menjadi gabernor Aceh tahun 1957-1964 atas lantikan Presiden pertama Indonesia iaitu Sukarno.
Dalam acara di DBP penumpuan diberikan kepada sumbangan besar beliau dalam dunia penulisan. Sebetulnya Ali Hasjmy lebih merupakan seorang sasterawan berbanding sejarawan dan itulah sisi yang mahu diangkat dalam majlis. Wildan menunjukkan antara senarai tulisan Ali Hasjmy. Di sini biar dikongsikan apa yang tertulis dalam Wikipedia :-
Keluarga
Ali Hasjmy adalah anak kedua dari 8 orang bersaudara. Ayahnya, Teungku Hasyim, pensiunan pegawai negeri dan mempunyai satu orang istri bernama Zuriah Aziz yang dikaruniai 7 orang anak yaitu Mahdi A Hasjmy, Surya A Hasjmy, Dharma A Hasjmy, Gunawan Hasjmy, Mulya Hasjmy, Dahlia A Hasjmy, Kamal A Hasjmy.
Pendidikan
Government Inlandsche School Montasie Banda Aceh, sebuah lembaga pendidikan setingkat sekolah dasar (SD)
Madrasah Thawalib di Padang Panjang, baik pada jenjang pendidikan tsanawiyah (menengah tingkat pertama) maupun jenjang ‘aliyah (menengah tingkat atas).
Al-Jami‘ah al-Qism Adabul Lughah wa Tarikh al-Islamiyah (Perguruan Tinggi Islam, Jurusan Sastra dan Kebudayaan Islam) di Padang.
Fakultas Hukum Universitas Islam Sumatera Utara, Medan.
Karier
Tahun 1975 diangkat sebagai guru besar (Prof) dalam ilmu dakwah oleh IAIN Ar-Raniry, Banda Aceh.
Gubernur Aceh periode 1957-1964
Gubernur diperbantukan Menteri Dalam Negeri Jakarta periode 1964-1968.
Ketua Majelis Ulama Aceh.
Rektor Institut Agama Islam Negeri Jamiah Ar Raniry, Darussalam, Banda Aceh.
Tahanan dalam penjara Jalan Listrik, Medan, karena dituduh terlibat dalam pemberontakan Daud Beuereueh di Aceh, September 1953 - Mei 1954.
Kepala Jawatan Sosial Daerah Aceh, Kutaraja (1946-1947)
Kepala Jawatan Sosial Sumatera Utara (1949)
Inspektur Kepala Jawatan Sosial Sumatera Utara (1949)
Inspektur Kepala Jawatan Sosial Provinsi Aceh (1950)
Kepala Bagian Umum pada Jawatan Bimbingan dan Perbaikan Sosial Kementerian Sosial di Jakarta (1957)
Karya-karya
Ali Hasjmy gemar membaca dan mendengarkan musik. Sebagai sastrawan, ia telah menerbitkan 18 karya sastra, 5 terjemahan, dan 20 karya tulis lainnya antara lain:
Kisah seorang pengembara, sajak, diterbitkan oleh Pustaka Islam, Medan 1936
Sayap terkulai. Buku ini merupakan kisah roman perjuangan yang selesai ditulis dalam tahun 1938, namun tidak sempat diterbitkan, kerana naskahnya hilang di Balai Pustaka, ketika pendudukan Jepang.
Dewan sajak, Centrale Courant, Medan 1938
Bermandi Cahaya Bulan, roman pergerakan, diterbitkan oleh Indiche Drukrij, Medan 1939 (Edisi Jakarta diterbitkan oleh Bulan Bintang, 1978).
Melalui Jalan Raya Dunia, roman masyarakat, diterbitkan oleh Indiche Drukrij, Medan 1939 (Edisi Jakarta diterbitkan oleh Bulan Bintang, 1978).
Suara Azan dan Lonceng Gereja, roman antara agama, diterbitkan oleh Syarikat Tapanuli, 1940. Edisi Jakarta diterbitkan oleh Bulan Bintang, 1978 dan edisi Singapura diterbitkan oleh Pustaka Nasional, 1982.
Cinta Mendaki, roman filsafat/perjuangan, tidak terbit kerana naskahnya hilang pada Balai Pustaka Jakarta ketika pencerobohan Jepang.
Dewi Fajar, diterbitkan oleh Aceh Simbun, Banda Aceh 1943. Buku ini merupakan roman politik.
Tanah Merah, Bulan Bintang, Jakarta 1950. Buku ini merupakan salah satu buku roman perjuangan.
Meurah Johan, Bulan Bintang, Jakarta 1950. Buku ini mengisahkan mengenai roman sejarah Islam di Aceh.
Pahlawan-pahlawan Islam yang Gugur, Bulan Bintang, 1956, 1971, 1974 dan1981. Edisi Singapura diterbitkan oleh Pustaka Nasional, 1971 dan 1982. Buku ini merupakan saduran dari karya berbahasa Arab.
Kerajaan Saudi Arabia, Bulan Bintang, Jakarta 1957. Buku ini merupakan riwayat perjalanan A. Hasjmy ke Saudi Arabia.
Rindu Bahagia, Pustaka Putro Canden, Banda Aceh 1963. Buku ini merupakan kumpulan sajak dan cerpen (cerita pendek).
Jalan Kembali, Pustaka Putro Canden, Banda Aceh 1963. Buku ini merupakan kumpulan sajak yang bernafaskan Islam.
Semangat Kemerdekaan Dalam Sajak Indonesia Baru, Pustaka Putro Canden, Banda Aceh 1963.
Sejarah Kebudayaan dan Tamadun Islam, Penerbit IAIN Ar-Raniry, Banda Aceh 1969.
Yahudi Bangsa Terkutuk, Pustaka Faraby, Banda Aceh 1970.
Sejarah Hukum Islam, Majlis Ulama Daerah Istimewa Aceh, Banda Aceh 1970.
Hikayat Perang Sabi Menjiwai Perang Aceh Lawan Belanda, Pustaka Faraby.
Islam dan Ilmu Pengetahuan Modern, Pustaka Nasional, Singapura 1972. Buku ini merupakan terjemahan dari Bahasa Arab.
Rubai Hamzah Fansury karya sastera sufi Abad XVII, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1974.
Sejarah Kebudayaan Islam, Bulan Bintang, Jakarta 1975, 1978 dan 1982.
Iskandar Muda Meukuta Alam, Bulan Bintang, Jakarta 1977. Buku ini membahas sejarah hidup Sultan Iskandar Muda.
Sumbangan Kesusastraan Aceh Dalam Pembinaan Kesusastraan Indonesia, Bulan Bintang, Jakarta 1978.
Langit dan Para Penghuninya, Bulan Bintang, Jakarta 1978. Buku ini terjemahan dari Bahasa Arab.
Apa Sebab al-Qur’ān Tidak Bertentangan dengan Akal, Bulan Bintang, Jakarta, 1978. Buku ini merupakan terjemahan dari Bahasa Arab.
Nabi Muhammad sebagai Panglima Perang, Mutiara, Jakarta 1978.
Mengapa Ibdah Puasa Diwajibkan, Bulan Bintang, Jakarta 1979. Buku ini merupakan terjemahan dari Bahasa Arab.
Cahaya Kebenaran, Bulan Bintang, Jakarta 1979. Buku ini merupakan terjemahan al-Qur’ān Juz Amma.
Surat-surat dari Tanah Suci, Bulan Bintang, Jakarta 1979.
Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia, Al-Ma’arif, Bandung 1981.
Mengenang Kembali Perjuangan Misi Haji RI ke II, Al-Ma’arif, Bandung 1983
Benarkah Dakwah Islamiyah Bertugas Membangun Manusia, Al-Ma’arif, Bandung 1983. Buku ini merupakan perubahan nama dari buku Dakwah Islamiyah dan kaitannya dengan pembangunan manusia, Mutiara, Jakarta 1978.
Kesusasteraan Indonesia dari Zaman ke Zaman, Beuna, Jakarta 1983.
Sejarah Kesusasteraan Islam/Arab, Beuna, Jakarta 1983.
Hikayat Pocut Muhammad dalam Analisa, Beuna, Jakarta 1983.
Publisistik dalam Islam, Beuna, Jakarta 1983.
Syiah dan Ahlussunnah Saling Rebut Pengaruh di Nusantara, Bina Ilmu, Surabaya 1984.
Di Mana Letaknya Negara Islam (Singapura, 1976)
Dustur Dakwah Menurut Al Quran (1973)
Nona Press Room (novel, 1963)
Cinta Sepanjang Jalan (kumpulan cerpen, 1980).
Apa Sebab Rakyat Aceh Sanggup Berperang Puluhan Tahun (Jakarta, Bulan Bintang 1978).
Terasa kerdil sungguh melihat senarai penulisan tokoh yang telah menyumbang besar kepada agama, bangsa dan negara. Jasa beliau terhadap dunia Melayu dan Islam memang begitu banyak, terasa diri saya ini langsung tak berguna jika dibandingkan dengan beliau. Tiba-tiba seorang anak Ali Hajsmy bangkit untuk menyatakan sesuatu. Adapun majlis ini dihadiri sejumlah ahli keluarga dan saudara mara beliau. Ada yang datang dari Aceh, ada dari Jakarta.
Beliau mahu menghadiahkan kepada DBP sebuah buku tentang sumbangan Ali Hasjmy...
Pembentangan Wildan pula menjurus kepada usaha menyelamatkan juga menghidupkan kembali karya-karya tokoh besar itu melalui usaha perpustakaan dan arkib di Aceh juga kerjasama menerbitkan karya terpilih dengan DBP.
Ditunjukkanlah keadaan perpustakaan Ali Hasjmy yang didirikan di rumah almarhum di Banda Aceh. Diberitahu bahawa tokoh tersebut menyimpan dengan baik segala kertas kerja malah beg kertas kerja yang diterima daripadas setiap seminar atau majlis ilmu yang pernah dihadirinya.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan karya-karya Ali Hasjmy terus berkumandang tak lapuk ditelan zaman. Satu sahaja perkara belum dilakukan kerana kekurangan alatan dan kepakaran iaitu mendigitalkan karya-karya agar lebih terjaga berbanding naskah kertas bercetak yang boleh mengalami kerosakan selain boleh mencapai sasaran lebih luas dan cepat.
Panelis kedua Siti pula menceritakan sisi yang lebih peribadi hasil perkenalan beliau dengan Ali Hasjmy ketika dibawa bertandang ke Aceh untuk satu majlis sastera.
Beliau memberitahu bagaimana suatu masa dahulu sering bersajak dan berpuisi dengan nada garang seperti seorang laki-laki. Tetapi ini mula berubah akibat Ali Hasjmy mengajak beliau bersyarah di sebuah masjid di Aceh sedangkan pada waktu itu (tahun 1991 kalau tak salah) beliau masih berpenampilan ranggi berseluar jeans tidak bertudung. Dengan lembut Ali Hasjmy mengesyorkan agar scarf di leher dipakaikan di kepala menjadi kerudung. Tidak lama kemudian Siti dijadikan anak angkat.
Sejak itu beliau selalu berulang-alik ke Aceh untuk terlibat dalam acara-acara sastera dan seni sehingga diberikan gelaran Cut Nyak Fakinah oleh lembaga adat merujuk kepada seorang pejuang wanita Aceh abad ke-19. Siti merasa begitu rapat dengan Aceh lalu berusaha untuk menghidupkan kepustakaan Ali Hasjmy, antaranya melalui jaringan dengan DBP.
Masuk sesi soal jawab saya bertanya kepada Wildan bagaimana Ali Hasjmy mendapat informasi tentang kerajaan Perlak yang dikatakan adalah Kesultanan Islam terawal di Asia Tenggara. Namun ini tidak dapat dijawab kerana beliau bukan sejarawan. Paling dekat Wildan memberitahu mungkin boleh digali antara segala macam bahan yang masih tersimpan di perpustakaan Ali Hajsmy di Banda Aceh.
Saya juga ada bertanya bagaimana Ali Hasjmy dapat menjadi gabernor Aceh sedangkan ketika diberikan jawatan tahun 1957 beliau baru berumur 43 tahun. Hal ini dijawab oleh anaknya dengan mengatakan Ali Hasjmy sudah aktif dengan pelbagai gerakan melawan penjajah sejak muda lagi termasuk memikul senjata nelawan Belanda. Beliau dilantik menjadi gabernor oleh Sukarno kerana berjaya meredakan satu masalah dalaman melibatkan perlawanan tokoh Aceh bernama Daud Beureueh terhadap kepimpinan pusat negara Indonesia di Jakarta.
Selain menulis dan bersastera Ali Hasjmy juga diakui sebagai seorang tokoh besar agama. Pun begitu beliau tidak pernah meletakkan diri sebagai seorang ulamak. Tokoh ini lebih selesa dikenali sebagai pendakwah namun diiktiraf di Indonesia sebagai ulamak moden tersohor selepas Hamka (Prof. Dr. Haji Abdul Malik bin Dr. Syekh Haji Abdul Karim Amrullah). Selepas Hamka meninggal dunia tahun 1981 Ali Hasjmy pernah ditawarkan kedudukan rasmi sebagai ulamak utama Indonesia menggantikan Hamka. Tetapi disebabkan harus berpusat di Jakarta beliau menolak lalu terus berbakti di Aceh.
Kepada anak Ali Hajsmy yang saya terlupa hendak bertanyakan nama itu ada ditanyakan apakah garis keturunan ayah beliau? Ini kerana berdasarkan pengalaman saya orang-orang cemerlang selalunya memiliki nenek moyang yang hebat, Kata anak tersebut beliau pernah ditunjukkan salasilah keluarga tetapi tidak pernah dikongsikan kepada umum kerana tidak mahu dikatakan yang bukan-bukan. Katanya seorang datuk beliau pernah menjadi pembantu kanan kepada Panglima Polim (panglima besar Aceh, boleh Google gelaran ini). Sedangkan seorang moyang atas pernah menjadi Syahbandar Aceh pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda. Bergelar Panglima Muda moyang itu berasal dari Tanah Arab.
Oh. Saya menjadi orang pertama bertanya semasa sesi soal jawab kerana diperkenalkan oleh Siti sebagai seorang penulis yang agak aktif lalu ada memakai nama Merah Silu. Seorang anak muda Aceh bernama Alkaf yang kebetulan duduk di kerusi hadapan pun memberitahu ada mengenali saya di Facebook. Wildan ada menyebut beliau sebagai cucu Ali Hajsmy. Saya pun bertanya lalu diberitahu Ali Hajsmy adalah adik beradik kepada datuk beliau. Alkaf kemudian diminta berkongsi kepada majlis aspirasi anak muda tentang hubungan Aceh-Malaysia.
Sasterawan Negara (dilantik tahun 2011) Dato' Ahmad Kamal Abdullah atau nama penanya Kemala seterusnya diminta tampil ke hadapan untuk memberikan sedikit kata-kata. Beliau menyatakan penghargaan terhadap Ali Hajsmy dan majlis. Bicara yang asalnya dijadualkan berlangsung 9.30 hingga 11.30 ini tamat selepas jam 12.30. Saya pun bergegas untuk mengambil anak dari sekolah.