Salam pagi Jumaat. Pada 3 Februari iaitu 19 hari lalu saya telah menutup siri cerita pengembaraan saya dan keluarga di Cambodia dan Thailand dengan artikel terakhir siri, Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Kembali ke tanah air selepas 12 hari 11 malam di perantauan. Ketika itu sudah tepat 2 bulan perjalanan selesai dengan kembalinya kami ke rumah melalui jalan darat. Pengembaraan berlangsung 22 November hingga 3 Disember 2018.
Didapati 3,000 km kami anak beranak telah berjalan dengan menaiki pelbagai jenis kenderaan singgah di pelbagai tempat terutama yang ada kena mengena dengan kerajaan lama Funan yang berpusat dalam sempadan Cambodia moden. Ia adalah empayar terawal diketahui dengan pasti pernah wujud di Alam Melayu/Asia Tenggara iaitu sejak 2,000 tahun lalu. Turut disinggahi tempat-tempat bersejarah yang berkait dengan beberapa kerajaan yang muncul kemudian.
Kalau dicampur sekali jarak penerbangan dari KLIA ke lapangan terbang Siem Reap di Cambodia pada 22 November lalu iaitu mulanya perjalanan harus lebih 4,200 km jarak keseluruhan sudah diliputi. Hari ini 22 Februari tepatlah 3 bulan ia dimulakan. Maka sangat sesuailah satu artikel kompilasi yang mengandungi pautan bagi semua artikel tentang perjalanan yang telah dipersembahkan di blogspots saya disediakan untuk memudahkan rujukan.
Untuk pengetahuan perjalanan ini berlaku atas asbab mahu melawat kuil lama Angkor Wat yang sangat terkenal di Cambodia. Setahun lebih awal iaitu pada penghujung tahun 2017 kami pernah bercadang mahu ke sana dengan menaiki kereta sendiri yang dipandu dari rumah. Tetapi didapati belanjawan kami lari. Dan prosedur untuk membawa kereta sendiri masuk ke Cambodia agak bermasalah. Rujuk Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation.
Sejak kembali daripada perjalanan yang menyaksikan saya memandu kereta sejauh lebih 3,600 km, isteri pula memandu sekitar 500 km iaitu apabila saya terlalu penat kami berazam akan membuat satu perjalanan khas ke Angkor Wat. Alang-alang sudah ke sana biar dipanjangkan perjalanan untuk melihat banyak lagi tempat. Lalu jadilah seperti dipersembahkan berikut :-
Sejak kembali daripada perjalanan yang menyaksikan saya memandu kereta sejauh lebih 3,600 km, isteri pula memandu sekitar 500 km iaitu apabila saya terlalu penat kami berazam akan membuat satu perjalanan khas ke Angkor Wat. Alang-alang sudah ke sana biar dipanjangkan perjalanan untuk melihat banyak lagi tempat. Lalu jadilah seperti dipersembahkan berikut :-
1. Akan datang tidak lama lagi - Cerita Jejak Kerajaan Funan
12. Angkor Wat
56. Wat Phnom
Tiada ulasan:
Catat Ulasan